KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

TOPIK GLOBAL DI ABAD KE 21

Di mana juga di arena antarabangsa,  kita saksikan peristiwa atau berita yang menumpukan perhatian kepada keadaan dunia di masa mendatang.   Isu dan topik seperti keganasan, keselamatan,  ekonomi,  makanan,  pendidikan, perdagangan dan sebagainya mengambil  ‘centre stage’,  bukan saja di dalam negara-negara yang berkenaan,  malah menjadi agenda utama untuk perbincangan antara negara.

Maknanya topik-topik ini adalah yang logik dibincangkan,  kerana hasil yang dibuahkan dari perbincangan-perbincangan  yang diadakan akan mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung perjuangan hidup manusia.

Manusia memerlukan hidup dalam suasana yang selamat dan sejahtera.  Ia memerlukan banyak perancangan untuk menyediakan program-program yang akan membawa manfaat dan faedah kepadanya.  Ia memerlukan program yang dapat menyediakan makanan yang cukup,  kesihatan yang baik,  pelajaran yang lengkap,  keselamatan yang mampat,  keadaan sekitar yang munasabah,  dan seumpamanya.

Dalam hal ini, memang sesuailah keutamaan diberi kepada perkara-perkara  yang diperlukan untuk hidup sejahtera.  Dan sudah semestinyalah perkara atau agenda yang diletakkan pada tahap keutamaan itu,  akan membawa kehidupan yang memang dihasrat dan diidamkan.

Jika dibandingkan dengan lain-lain Negara yang membangun,  kita di Negara ini memang pun mempunyai ‘priority’ yang munasabah,  kerana kita sedar dan tahu apa yang kita kehendaki dan apa yang patut menyelubungi kehidupan kita di masa hadapan.

Sudah 55 tahun kita hidup sebagai masyarakat dan bangsa yang merdeka dan berdaulat.  Kita sudah dewasa.  Dan kedewasaan ini sepatutnya membolehkan kita berfikir dan membuat pilihan yang tepat mengenai keadaan masa hadapan yang akan kita temui nanti.

Kita akan Berjaya … Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 6, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: