KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Jalan ke Kota Bharu

Seorang teman,  Saudara Halim dari Melaka,  berkata kepada saya, melalui telefon, baru-baru ini  “Banyak telah saya dengar mengenai negeri Kelantan.  Banyak kemajuan dan pembangunan telah dinikmati oleh penduduk-penduduknya.  Mengikut kata mereka yang telah berkunjung ke sana,  masyarakat di negeri itu tidak ketinggalan.  Saya nak lihat dengan sendiri.  Jalan yang mana patut saya lalui hendak ke sana?” katanya.

Saudara Halim menyatakan bahawa dia berkunjung ke Kota Bharu semasa dia di bangku sekolah dulu.  Dia masa itu di sekolah rendah.  Katanya dia bersama satu rombongan dari sekolahnya ke bandar ini untuk melihat perusahaan batik,  songket,  tembaga, perak dan juga aktiviti membuat layang-layang yang terdapat di sini.  Itu sudah lama dulu.  Sekarang Saudara Halim sudah berkeluarga.  Maknyanya terakhir dia ke sini kira-kira 20 tahun yang lalu.

.Kepadanya saya berkata, datanglah dan lihat sendiri keadaan di negeri ini.

Jalan yang saya cadangkan ialah ikut jalan pantai iaitu melalui negeri Pahang,  Terengganu dan kemudian ke Kota Bharu.

Jalan ini saya cadangkan kerana,  walaupun mengambil masa yang lebih lama untuk tiba,  tetapi banyak yang boleh dilihat di sepanjang jalan,  dan selain dari itu lebih selamat pula. Keadaan jalan pula tidaklah seperti dulu.  Sudah banyak lebuh raya menghubungkan Kota Bharu dengan pantai barat sana.

Ramai teman-teman yang tidak pernah berkunjung ke Kelantan ini selalu bertanya soalan yang sama.  Kepada mereka saya katakan datanglah beramai-ramai dan lihat sendiri.

Saya kira kunjungan mereka itu tidak sia-sia,  kerana selain dari dapat melihat keadaan yang sebenarnya,  dapat juga mereka membawa balik buah tangan atau cendera mata dari sini.

Saya cadangkan mereka mesti singgah di kawasan kerupuk lekor di Terengganu.  Sebelum itu di Pahang,  pusat mentenun kain sutera.  Dan di Kelantan ini pula perkampungan pembatik,  pusat pertukangan perak,  pantai-pantai indah seperti Pantai Irama di Bachok,  Pantai Seri Tujuh di Tumpat.  Di Terengganu pantai Batu Buruk dan Pantai Cendering.  Dan di Pahang Pantai Cherating,  Telok Cempedak,  Pantai Balok dan banyak lagi.

Dan di negeri Kelantan ini,  saya percaya Saudara Halim akan dapat menyaksikan sendiri keindahan Bandar Kota Bharu,  bandar-bandar satelit yang sedang dalam pembinaan, Wakaf Che Yeh dan lain-lainnya.

Cuma pesanan saya … bawalah kamera dan secukup wang untuk membeli belah.  Dan ‘Selamat Datang’ saya ucapkan.

One comment on “Jalan ke Kota Bharu

  1. Charity
    Oktober 12, 2012

    I felt the necessity mainly because you
    are felt the requirement to actually write to some portal.
    You spent time writing up an activity that I read.
    I know selecting what I read isn’t especially always my choice. I occasionally skim what I was looking out for. So yeah, thanks and saying hello

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 27, 2012 by in Makluman, Pelancongan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: