KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Tanda-tanda tengkujuh menjelang tiba

Waktunya sekarang,  iaitu semasa post ini ditulis,  ialah 2.00 petang waktu Malaysia.  Pagi tagi,  cuaca terang menderang dan panas.  Mata hari bersinar tanpa secebis awan hitam pun kelihatan.

Awan hitam membawa hujan

 

Sekarang,  sudah mula munculnya awan hitam … awan yang membawa bersamanya hujan.  Sebentar lagi akan turunlah hujan mencurah-curah.  Akan dinginlah udara,  dan akan tergendalanya perjalanan ke taman dengan seisi keluarga … iaitu di negeri-negeri di mana hari ini cuti hujung minggu.

Kita lihat pada carta ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dalam masa beberapa hari kebelakang ini,  di tiap negeri di pantai timur Semenanjung  kita baca ramalan yang memaparkan  –  pagi  hujan,  petang rebut petir  dan malam hujan.

Di Kota Bharu umpamanya ramalan cuaca dari hari ini Ahad 21/10  hingga Sabtu 27/10 ialah seperti berikut:

  • Pagi  :  Hujan
  • Petang  :  Ribut petir
  • Malam  :  Hujan
  • Minimum  :  24 °C 
  • Maksimum  :  31 °C

Ini bermakna,  musim tengkujuh sudah pun tiba.

Kepada yang tinggal di pantai barat Semenanjung,  keadaan tengkujuh pada penghujung tahun biasanya tidak begitu dirasai.  Kerana di sebelah sana,  musim hujan berlainan masanya.

Hujan lebat banjir pun tiba

Apa pun,  yang perlu diperhatikan sekarang,  terutama untuk mereka yang tinggal di kawasan-rendah,  di tepi sungai  atau di tepi pantai,  ialah keadaan air yang mencurah-curah turunnya dari langit itu.yang akan melibatkan kenaikan paras air.  Dan akibatnya … banjir.

Bila banjir tiba,  yang logik di awasi ialah anak-anak kita … supaya tidak bermain air di kawasan yang sedang banjir,  barang-barang keperluan,  kesihatan,  dokumen-dokumen penting,  dan lain-lainnya.

Rasanya,  kepada kita yang tiap tahun menghadapi keadaan ini,  kita sudah pun bersedia.  Tetapi ada juga yang kadang-kadang terlupa.

Sifat terlupa atau melupakan perkara-perkara yang penting yang boleh menjejaskan keselamatan diri sendiri,  perlulah dipinggirkan demi kesejahteraan dan kebahgiaan hidup kita.

Musim tengkujuh yang menjelang tiba,  seharusnyalah dijadikan sebagai waktu kita menjalani percubaan dalam usaha kita membawa kecemerlangan hidup.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 21, 2012 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Makluman.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: