KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Sana sini Aidiladha – 26 Okt

PERHATIAN:    UNTUK BACA BERITA LENGKAP,  SILA KLIK PADA TAJUK AKHBAR BERKENAAN

Jemaah haji wukuf di Arafah

Seorang jemaah haji lelaki yang kurang upaya mengayuh basikal menggunakan tangan di sebatang jalan di Padang Arafah.. – AFP

PADANG ARAFAH 25 Okt. – Lebih dua juta jemaah haji dari 189 buah negara mula berkumpul di Padang Arafah awal pagi ini bagi menyempurnakan ibadah wukuf.

Sesetengah jemaah tiba di Padang Arafah sejak semalam dan bermalam di khemah-khemah yang disediakan di situ, namun ada juga jemaah yang tiba ketika subuh.

Selepas sembahyang subuh, jemaah bergerak menuju sebuah bukit kecil ‘Jabal Rahmah’ sambil berdoa.

Kawasan yang terletak antara dua bukit berbatu besar itu juga merupakan tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya sebelum baginda wafat.

Pengawal mengarahkan jemaah agar tidak mendaki tangga bukit berbatu yang licin itu menggunakan pembesar suara, “Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah mendaki bukit itu,” tegas arahan itu.

Bagaimanapun, ada jemaah yang ingkar dengan mendaki bukit tersebut.  UTUSAN ONLINE

Jutaan jemaah haji wukuf di Padang Arafah

MAKKAH – Kumpulan 28,000 jemaah haji Malaysia menyertai dua juta jemaah dari seluruh dunia semalam untuk berwukuf di Padang Arafah
iaitu kemuncak penyempurnaan ibadah haji mereka.

Para jemaah memenuhi Arafah yang bertukar menjadi kota raya khemah terbesar di dunia ketika ini   SINAR HARIAN ONLINE

Ramai kurang faham tujuan Aidiladha

Putrajaya: Segelintir masyarakat Islam di Malaysia masih kurang faham mengenai tujuan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha yang sepatutnya diraikan dengan rasa kesyukuran serta kegembiraan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, dalam satu kenyataan semalam, berkata Aidilfitri disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa sepanjang Ramadan.

Aidiladha pula disambut lebih meriah bagi mereka yang menyempurnakan ibadah haji di Makkah dan berwukuf di Arafah.

Hakikatnya, hikmah pensyariatan hari raya korban ini bagi golongan yang berkemampuan adalah dituntut untuk melaksanakan ibadah korban seba-gai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Bagi yang kurang berkemampuan pula, akan menerima pemberian hasil korban. Kegiatan penyembelihan dan pengagihan yang dilaksana secara bergotong-royong ini perlu dibudayakan sebagai satu terjemahan sambutan hari raya ini.     BERITA HARIAN ONLINE

Jemaah haji Singapura dalam keadaan baik

WUKUF DI ARAFAH: Foto REUTERS

SEKUMPULAN 680 jemaah haji dari Singapura menyertai jutaan umat Islam lain dari seluruh pelosok dunia berwukuf di padang Arafah semalam.

Sebahagian besar daripada kumpulan itu tiba di Arafah malam kelmarin dan berpeluang bermalam di sana.

Sekitar 90 jemaah pula tiba awal pagi semalam, menyertai sekitar 2.5 juta jemaah dari 189 negara yang membanjiri padang Arafah di bawah terik matahari dengan suhu yang mencecah sehingga 35 darjah Celsius.

Menurut Ketua Delegasi Misi Haji Singapura, Dr Ab Razak Chanbasha, di padang Arafah, para jemaah ditempatkan di beberapa khemah bersama jemaah dari Malaysia dan Thailand.

“Alhamdulillah, semua jemaah kita dalam keadaan baik dan selesa. Sejauh ini, semua berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan,” kata Dr Ab Razak.

Beliau juga berkata kesemua jemaah haji Singapura berada dalam keadaan sihat, kecuali beberapa jemaah yang ke klinik kerana sakit-sakit biasa.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Tidak ada kejadian signifikan bagi jemaah haji Indonesia

Makkah (ANTARA News) – Direktur Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umroh (Dirjen PHU) Kementerian Agama, Anggito Abimanyu, mengatakan sejauh ini tidak ada kejadian yang signifikan terkait prosesi ibadah haji, dan yang masih perlu perhatian adalah di Mina dan melontar jumrah.

Anggito Abimanyu. (ANTARA/Yudhi Mahatma)

“Di Mina itu kan dua malam, diperlukan fisik yang prima, tidak seperti di Afarah yang hanya satu malam. Dari Mina Jadid ke proses lempar jumrah sekitar empat kilometer. Jemaah hendaknya ikuti ketentuan waktu yang telah ditetapkan dalam melakukan lempar jumrah untuk menghindari desak-desakan,” kata Anggito, usai shalat Jumat, di Makkah.

Pada Jumat siang seluruh jemaah haji Indonesia telah berada di Mina setelah melakukan wukuf di Arafah pada Kamis siang dan mabit di Muzdalifah saat Kamis malam.

Usai mabit, jemaah Indonesia sebagian langsung ke Masjidil Haram mengikuti prosesi tawaf dan wukuf, terutama jemaah haji khusus sedangkan sebagian besar jemaah haji, terutama yang reguler melanjutkan pergerakan ke Mina setelah mabit dan mengambil kerikil di Muzdalifah untuk melempar jumrah di Mina.   ANTARA NEWS ONLINE

Mengenang Ketangguhan Pribadi Nabi Ibrahim

Hari Idul Adha tidak cukup diramaikan dengan siar ibadah Kurban dan pelaksanaan haji. Perayaan Idul Adha mestinya juga digunakan sebagai momen penting untuk merenung dan mengagumi sebuah pribadi yang tangguh, Nabi Ibrahim asPribadi utuh dan tangguh yang dimiliki Nabi Ibrahim menjadi simbol kekuatan bagi tiga agama besar yaitu Yahudi, Nasrani, dan Islam. Kedekatan secara historis, genealogis, dan substansi ajaran ketiga agama ini sering disebut sebagai “Abrahamic Religions”, agama anak cucu Ibrahim.
Terlalu panjang kolom ini jika semua prestasi monumental Nabi Ibrahim  diceritakan. Mulai dari remaja sampai dewasa hingga wafat seolah tiada hari tanpa prestasi. Prestasi-prestasi itu bukan sesuatu yang ringan atau dapat dilaksanakan banyak orang, tetapi prestasi-prestasi tersebut sangat menakjubkan.
Salah satu contoh pengalaman Nabi Ibrahim ialah ketika ia berhadapan dengan Raja Namrud. Kisah ini tidak hanya ditemukan di dalam Alquran, tetapi paralel dengan apa yang dijelaskan di dalam Bibel, khususnya Dalam Kitab Kejadian. Raja Namrud dianggap sebagai simbol manusia penuh power struggle yang senantiasa mengobarkan api kezaliman dan penindasan.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

One comment on “Sana sini Aidiladha – 26 Okt

  1. Pingback: Kisah | inspirasi.me

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 26, 2012 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: