KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

TERKINI: Untuk kita renungkan bersama

Jangan iktiraf Kesultanan Sulu lagi

REJAL ARBEE
6 Mac 2013

AKHIRNYA setelah lapan anggota polis termasuk beberapa pegawai kanan terkorban barulah tentera dibenarkan untuk mengakhiri pencerobohan gerombolan yang mendakwa mereka sebagai anggota tentera Kesultanan Sulu.

Ramai mengharapkan dengan tindakan terakhir ini pencerobohan yang jelas menggugat kedaulatan negara itu dapat dihapuskan. Tindakan yang ditunggu-tunggu ini melegakan perasaan orang awam, khususnya di kawasan berhampiran pantai timur Sabah seperti Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Sandakan yang berhadapan beberapa kilometer sahaja dari kepulauan Tawi-tawi dan Sulu.

Gerombolan tersebut mula menceboroh negara ini di Kampung Tanduo dalam Felda Sahabat, Lahad Datu sejak 11 Februari, menggugat bukan sahaja keselamatan rakyat tempatan,  tetapi lebih    serius ceroboh kedaulatan negara ini.

Mulanya mereka tidak ramai tetapi bertambah kepada lebih 200 orang yang semuanya datang dari beberapa kepulauan Filipina berdekatan pantai itu.

Tidak pula diketahui apakah tambahan anggota itu hanya dari Simunul dan Jolo atau terdiri daripada orang Filipina yang sudah pun berada di kawasan timur Sabah.

Inilah yang menggelisahkan rakyat tempatan kerana ramai tidak mengetahui siapa mereka itu sebenarnya memandangkan ramai rakyat Filipina dari kawasan sama seperti Tawi-Tawi dan Sulu sudah pun menetap di Sabah, malah ada yang sudah pun mempunyai Kad Pengenalan Malaysia.  Baca lagi di   SINAR HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mac 6, 2013 by in Renungan, Terkini.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Mac 2013
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: