KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

TERKINI – PRU 13: Rabu 03 April 2013

PARLIMEN BUBAR HARI INI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara.  BERITA HARIAN ONLINE

SPR akan bermesyuarat tentukan tarikh PRU-13

PUTRAJAYA 3 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pilihan raya umum ke-13 sebaik sahaja menerima pemakluman pembubaran dari Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd,. Yusof berkata, pemakluman tersebut penting bagi membolehkan tarikh penamaan calon dan PRU ke-13 diadakan serentak.   UTUSAN ONLINE

SPR Tunggu Surat Speaker Sebelum Mesyuarat Tetap Tarikh PRU

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri sebelum mengadakan mesyuarat bagi penetapan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya selewat-lewatnya petang Rabu atau awal pagi Khamis.

“Walaupun Perdana Menteri umumkan pembubaran Parlimen hari ini, tapi kita perlu tunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan semua Speaker DUN kecuali Sarawak sebelum kita tetapkan tarikh untuk bermesyuarat,” katanya kepada mStar Onlinepada Rabu.   mStar Online

PRU13: Mesyuarat khas SPR akan diketahui petang ini

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM  – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan petang ini tarikh mesyuarat khas pihaknya bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Pada petang ini, SPR akan mengeluarkan kenyataan bila mesyuarat khas akan diadakan untuk menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Kata Wan Ahmad, SPR akan mengadakan mesyuarat khas dalam waktu terdekat untuk menentukan tarikh pilihan raya.   SINAR HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 3, 2013 by in Ehwal Semasa, Terkini.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: