KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 02 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

SPAD Akan Kemuka Laporan Cadangan Kereta Api Laju KL-Singapura Kepada EC

JOHOR BAHARU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan laporan mengenai cadangan projek Kereta Api Laju kepada Majlis Ekonomi (EC) tidak lama lagi, kata Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.

“Kami akan bentangkan cadangan itu kepada Majlis Ekonomi dan Kabinet, dan semua laporan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada majlis janji ditepati di Kompleks Belia dan Sukan di sini, Rabu. “Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju pada dasarnya melaksana projek kereta api berkelajuan tinggi itu. Ia akan dibincangkan secara mendalam pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura,” katanya.

Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan projek itu, yang dianggap sebagai ‘game changer’, antara Kuala Lumpur dan republik itu menjelang 2020.   mStar Online

KSN: Kenaikan elaun penjawat awam masih dibincang

Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

NILAI – Semua tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), untuk menambah baik elaun yang diterima penjawat awam masih pada peringkat perbincangan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Katanya, perbincangan dari semasa ke semasa itu melibatkan Cuepacs dan agensi lain berkaitan.

“Perbincangan itu termasuklah Elaun Sara Hidup (Cola) dan lain-lain yang diminta Cuepacs. Isu bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters (yang meminta dibayar penuh elaun Cola) dan mereka yang duduk rumah sendiri pula akan ada tuntutan lain.   SINAR HARIAN ONLINE

Anggota perintis bomba bantuan

Semenyih: Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih menjadi perintis kepada pencapaian baru dalam perkhidmatan apabila mempunyai anggota dalam kalangan orang awam yang dilantik sebagai bomba bantuan.

Penolong Penguasa merangkap Ketua Balai Bomba Semenyih Khairul Anuar Yaacob berkata, pembabitan orang awam sebagai kumpulan sulung anggota bomba bantuan ini memberi ruang kepada mereka yang berminat menggalas tugas anggota keselamatan.

“Perkembangan ini suatu yang sangat bagus apabila ia mewujudkan hubungan lebih rapat antara anggota bomba bersama masyarakat. Kerjasama ini juga membantu dalam menjaga keselamatan masyarakat bersama,” katanya pada majlis Pelancaran Balai Bomba Semenyih di sini, semalam.    myMetro Online

Enam maut ditembak di selatan Thailand

PATTANI — Polis Thailand menyatakan, kumpulan pemisah membunuh enam orang termasuk seorang budak lelaki berumur dua tahun dalam insiden tembakan di sini

Insiden tersebut merupakan antara yang terburuk di selatan Thailand pada tahun ini.

Kolonel Polis, Tuanday Juthanan berkata, empat gerila melepaskan tembakan raifal M16 di hadapan sebuah kedai runcit di sini, malam semalam.

Menurutnya, serangan itu meragut enam nyawa penganut Buddha dan mencederakan seorang lelaki.   KOSMO ONLINE

Harga minyak: Yudhoyono mahu rakyat miskin dibantu dulu

JAKARTA: Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semalam berkata Parlimen negara itu perlu terlebih dahulu menyediakan pampasan kepada golongan miskin sebelum menaikkan harga minyak yang bersubsidi.

Dr Yudhoyono turut memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan harga minyak yang akan dilaksanakan adalah “terhad dan boleh disukat”.

“Bilakah harga minyak bersubsidi akan dinaikkan? Apabila dana bagi golongan miskin telah disediakan. Saya harap semua itu akan dapat dimuktamadkan pada Mei ini,” ujar beliau dalam pertemuan dengan pegawai daerah dan pegawai kanan pemerintah pusat, semalam.

Awal bulan lalu, menteri kewangan Indonesia memberi amaran bahawa kos subsidi yang meningkat itu akan menambah defisit belanjawan sehingga 2.4 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP), jauh melepasi anggaran 1.65 peratus.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Peluang perniagaan di Brunei luas

Hajah Normah Suria Hayati

Hajah Normah Suria Hayati

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Jangan jadikan pasaran kecil sebagai alasan bagi sebuah perusahaan atau perniagaan untuk berkembang kerana jika dilihat, ASEAN mempunyai kira-kira 600 juta penduduk yang berada di hadapan pengusaha dan usahawan Brunei yang merupakan pasaran yang sedia untuk diterokai.

Oleh itu, perniagaan  atau perusahaan yang dipilih harus mempunyai kelebihan supaya mampu terus wujud dan bagi Brunei Darussalam walaupun sebuah negara kecil tetapi mempunyai banyak kelebihan bagi sebuah perusahaan atau perniagaan untuk berkembang, Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Hajah Normah Suria Hayati binti PJDSMDSU (Dr) Haji Mohd Jamil Al-Sufri.

Berucap di Sesi Dialog dan Bengkel PKS ke-10 yang berlangsung di Hotel Raddisson, di ibu negara, hari ini beliau berkata, kepimpinan Muslim yang kukuh membuka peluang untuk mempromosikan industri halal seperti penghasilan makanan halal serta perkembangan pelancongan Islam.   MEDIA PERMATA ONLINE

Polisi Kembali Sita Gula Ilegal Asal Malaysia

BENGKAYANG, KOMPAS.com— Kepolisian Resor Bengkayang, Kalimantan Barat, kembali menyita gula ilegal asal Malaysia. Kali ini, gula yang disita sebanyak 25 karung seberat 1,25 ton.

Kepala Polres Bengkayang Ajun Komisaris Besar Veris Septiansyah, Rabu (1/5/2013), menuturkan, penyitaan dilakukan, Selasa kemarin, di Jalan Raya Sanggauledo.

Gula disita dari sebuah bus kecil bernomor polisi KB 7119 C yang dikemudikan oleh Alponsus Gunawan, warga Singkawang. Bus jurusan Seluas-Singkawang itu memuat gula dari Pasar Seluas.   KOMPAS ONLINE

Kementan larang masuk ternak unggas asal China

Seorang petugas taman umum membawa kandang untuk menangkap merpati di sebuah taman di Lapangan Rakyat, pusat kota Shanghai

Seorang petugas taman umum membawa kandang untuk menangkap merpati di sebuah taman di Lapangan Rakyat, pusat kota Shanghai

Jakarta (ANTARA News) – Pemerintah melalui Kementerian Pertanian sejak 10 April 2013 melarang masuknya ternak unggas maupun produk turunannya asal China guna mengantisipasi penularan virus flu burung H7N9.

Direktur Kesehatan Hewan Ditjen Peternakan dan Kesehatan Hewan, Kementerian Pertanian Pujiatmoko, di Jakarta, Selasa menyatakan, hal itu dinyatakan melalui Peraturan Menteri Pertanian Nomor 44 Tahun 2013 tanggal 10 April yang melarang pemasukan unggas hidup dan produk-produk turunannya dari China ke Indonesia.

Larangan tersebut, tambahnya, diperkuat dengan surat edaran Dirjen Peternakan dan Kesehatan Hewan tanggal 11 April kepada asosiasi dan pelaku usaha untuk menghentikan impor unggas dan produknya dari China ke Indonesia.   ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 2, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: