KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 03 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

LUAR NEGARA

Pemerintah akan terus kerjasama dengan AMP selagi ia fokus pertingkat Melayu

PEMERINTAH semalam menjelaskan lagi bahawa ia akan terus bekerjasama dengan Angkatan Karyawan Islam (AMP) selagi tumpuannya adalah dalam usaha mempertingkatkan masyarakat Melayu/Islam.

Hal ini ditekankan oleh Encik Ho Ka Wei, Setiausaha Akhbar Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), kepada akhbar The Straits Times semalam dan salinannya turut diedarkan kepada Berita Harian.

Surat MCCY itu adalah sebagai respons kepada laporan The Straits Times semalam bertajuk Ex-AMP director drops out of May Day Protest (Bekas pengarah AMP tarik diri dari bantahan May Day).

Encik Ho merujuk kepada laporan itu yang menukil pengerusi AMP, Encik Azmoon Ahmad, sebagai berkata bahawa AMP ingin bergerak dari episod yang dihadapi dan meneruskan misinya untuk masyarakat.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Kementan siap sebar vaksin AI H5N1

Syukur Iwantoro (ANTARA)

Syukur Iwantoro (ANTARA)

Jakarta (ANTARA News) – Kementerian Pertanian (Kementan) siap menyebarkan vaksin flu burung jenis H5N1 clade 2.3.2 pada 8 Mei 2013 ke berbagai daerah untuk mengantisipasi mewabahnya penyakit yang menyerang unggas tersebut.

“Untuk tahap awal 4 juta dosis dulu yang akan disebar, khususnya untuk peternak itik di sekitar Jawa,” kata Dirjen Peternakan dan Kesehatan Hewan Kementerian Pertanian Syukur Irwantoro di Jakarta, Kamis.

Menurut dia vaksin ini merupakan produksi Pusat Veteriner Masyarakat (Pusvetma).    ANTARA NEWS ONLINE

Effendy Arungi Lautan ke Brunei Seorang Diri

SURABAYA, KOMPAS.com — Effendy Soleman berlayar seorang diri mulai dari Bali hingga Brunei Darussalam menggunakan perahu jukung. Melalui ekspedisi bertajuk Jukung Lintas Nusa Bali Brunei, Effendy berangkat dari Pantai Buleleng, Bali, 28 April dan tiba di Surabaya, Jawa Timur, Kamis (2/5/2013).

Setelah singgah di Surabaya, Effendy kembali berlayar dan tiba di Jakarta pada 10 Mei. Kemudian, mantan wartawan tabloid Mutiara ini akan bertolak dari Jakarta pada 20 Mei bertepatan dengan Hari Kebangkitan Nasional menuju Bandar Seri Begawan, Brunei.

Rute yang ditempuh Effendy adalah Jakarta-Pulau Untung Jawa (Kepulauan Seribu)-Bangka-Belitung-Pontianak-Singkawang-Tanjung Datuk- Kuala Belait (Brunei)-Bandar Seri Begawan. Perjalanan sejauh 2.500-an kilometer itu memerlukan waktu tempuh sekitar satu bulan.    KOMPAS ONLINE

 

Konflik Agraria di Sumsel Cenderung Meningkat

73konflik lahan-matanews.comPALEMBANG – Konflik agraria di wilayah Provinsi Sumatera Selatan cenderung mengalami peningkatan, sehingga perlu segera dicarikan solusinya agar tidak semakin banyak warga kehilangan lahan sumber penghidupan keluarga mereka.

“Sekarang ini terdapat sedikitnya 32 kasus sengketa agraria yang terungkap di Sumsel, berdasarkan hasil pengamatan di lapangan dan informasi dari masyarakat jumlahnya bisa lebih dari itu,” kata Pjs Direktur Eksekutif Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (Walhi) Sumsel Hadi Jatmiko di Palembang, Kamis (2/5).

Menurut dia, konflik agraria antara masyarakat dengan perusahaan perkebunan swasta dan badan usaha milik negara itu, perlu segera diselesaikan sehingga tidak terus menimbulkan gejolak.   SINAR HARAPAN ONLINE

Brunei Halal lancar produk baru

Antara produk terbaru Brunei Halal dalam pasaran tempatan.

Antara produk terbaru Brunei Halal dalam pasaran tempatan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Kumpulan Brunei Halal terus mengembangkan kepelbagaian produknya dengan melancarkan 23 produk terbaru, termasuk sos dan perencah masakan India, yang membawa label Brunei Halal.

Dengan menggunakan sos dan perencah masakan ini memasak akan menjadi mudah dengan hanya mengambil masa beberapa minit untuk siap.

Ketua Pegawai Eksekutif Wafirah Holdings, Feby Latip berkata pelancaran produk hidangan tersedia dan pelbagai sos ini adalah sebagai bukti komitmen ‘Brunei Halal’ untuk menjadi penyalur makanan halal kepada dunia dan ini sebagai salah satu haluan yang diterajui jenama Brunei Halal.   MEDIA PERMATA ONLINE

DALAM NEGARA

Enam lagi maut di selatan Thailand

Bangkok: Perunding Thailand percaya keganasan terbaru yang menyusuli kebuntuan rundingan damai di Kuala Lumpur tidak akan menggagalkan usaha memulihkan keamanan di selatan negara itu.

Enam penduduk Pattani termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas ditembak penyerang dipercayai pemisah di sebuah kedai runcit, kelmarin.

Ia berlaku dua hari selepas perunding Thailand menolak tuntutan Barisan Revolusi Nasional (BRN) membenarkan wilayah selatan diperintah sepenuhnya oleh mereka.   BERITA HARIAN ONLINE

260,000 orang mati kebuluran di Somalia

NAIROBI 3 Mei – Hampir 260,000 penduduk Somalia dengan separuh daripada jumlah itu adalah kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran bagi tempoh 2010 hingga 2012.

Menurut laporan Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), hampir separuh angka kematian itu merupakan golongan kanak-kanak berusia bawah lima tahun yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas.

“Kebuluran dan kekurangan makanan yang teruk di Somalia telah meragut nyawa kira-kira 258,000 orang di antara Oktober 2010 dan April 2012, termasuk 133,000 kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun,” jelas laporan tersebut.   UTUSAN ONLINE

Kampung, masjid dibakar

Keadaan dalam masjid menjadi sasaran serangan penyerang anti-Islam

Keadaan dalam masjid menjadi sasaran serangan penyerang anti-Islam

YANGON – Seorang terkorban dan sembilan cedera dalam insiden terbaru keganasan etnik di tengah Myanmar, semalam.

Kelmarin, bandar Oakkan di utara Ranggon dicemari rusuhan selepas insiden kemalangan seorang sami.

Susulan kejadian itu, kira-kira 200 hingga 300 penyerang bertindak menyerbu empat kampung di bandar itu  dan membakar 77 rumah termasuk tiga masjid.

Seorang penduduk Soe Myint, 48, berkata, semua penduduk terpaksa melarikan diri berikutan  ratusan penyerang bertindak memusnahkan harta benda milik mereka di kampung Mie Laung Sakhan.   SINAR HARIAN ONLINE

Sajian dari tong sampah

Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya.

Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.

Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.    myMetro Online

One comment on “Menarik di akhbar online SERANTAU – 03 Mei 2013

  1. JIWA HAMBA
    Mei 3, 2013

    Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 3, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: