KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

PRU-13: Hari ini Hari Mengundi – 05 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Polis jamin kawalan keselamatan tertinggi

Ismail menunjukkan nombor telefon SPR pada sesi ramah mesra bersama Ketua Polis Negara IPD Bukit Aman, semalam

Ismail menunjukkan nombor telefon SPR pada sesi ramah mesra bersama Ketua Polis Negara IPD Bukit Aman, semalam

Kuala Lumpur,  2013/05/04: Polis memberi jaminan kawalan keselamatan pada hari pengundian, esok berada pada tahap tertinggi dan meminta pengundi keluar mengundi tanpa rasa takut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa yang cuba mencetuskan kekecohan, tanpa mengira jantina, umur dan status.

“Saya juga memberi amaran kepada semua pihak supaya jangan menyertai demonstrasi jalanan.

“Semua pihak perlu menerima keputusan PRU dengan hati terbuka tanpa melakukan sebarang tindakan di luar rasional. Mereka yang tidak puas hati perlu menggunakan saluran betul untuk mengemukakan bantahan kepada pihak berwajib.

“Saya nasihatkan semua pihak menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan baik dan tidak kisah mana parti politik, jika tidak puas hati ikut saluran betul,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Ismail juga berkata, polis juga bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku peralihan kuasa selepas keputusan diumumkan nanti.   BERITA HARIAN ONLINE

Judi PRU-13 raih jutaan ringgit

Datuk Abdul Jalil Hassan

Datuk Abdul Jalil Hassan

KUALA LUMPUR 4 Mei – Hanya dengan menjual tiket di sekitar kedai runcit dan pasar basah, sindiket perjudian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dikesan beroperasi di Pulau Pinang mampu meraih keuntungan mencecah jutaan ringgit dalam tempoh lapan hari.

Sindiket perjudian haram terbabit melantik beberapa bookie untuk menjual tiket berbentuk nombor ekor itu kepada kaki judi yang berminat dan perbuatan tersebut dilakukan secara tertutup bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, sindiket menjual sekeping tiket pertaruhan dengan harga RM50.

Beliau berkata, dalam tempoh lapan hari beroperasi, sindiket sudah menjual 40,000 keping tiket dan mengaut keuntungan lebih RM2 juta.

Katanya, kegiatan haram itu akhirnya terbongkar setelah polis memberkas enam lelaki dipercayai menjadi bookie kepada sindiket berkenaan dan merampas wang pertaruhan lebih RM2 juta dalam tiga serbuan di Pulau Pinang semalam.   UTUSAN ONLINE

18 Pemerhati Antarabangsa, 1200 Pemerhati Tempatan Pantau Proses PRU-13

Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Datuk Wan Ahmad Wan Omar

KUALA LUMPUR,  Mei 4,: Seramai 18 pemerhati antarabangsa yang dijemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13), berpeluang meninjau persiapan pusat pengundian di sekitar ibu negara, pada Sabtu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 18 pemerhati itu terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka.

“Pemerhati asing ini juga akan memantau proses pengundian beberapa kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Gombak, Titiwangsa dan Setiawangsa, termasuk proses pengiraan undi, di Putrajaya esok,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat SPR mengenai PRU13 kepada pemerhati antarabangsa di sini hari ini.   mStar Online

SPR: Jangan kalut umum kemenangan

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan mana-mana parti politik agar tidak melangkaui kuasa pegawai agensi itu dengan mengisytiharkan kemenangan calon tanpa keputusan rasmi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan sebegitu akan menimbulkan ketegangan.

Menurutnya, jika pun ada parti yang menjangkakan kemenangan, mereka tidak boleh mengumumkan sendiri sehingga ia diberitahu secara rasmi oleh pegawai SPR.

“Usah bersorak hingga boleh mengecilkan pihak yang kalah. Kepada kalah, boleh cuba pilihan raya akan datang.   SINAR HARIAN ONLINE

PRU13 Harap pilihan raya berjalan lancar, kekal hubungan dua hala – wakil Duta Indonesia

KUALA LUMPUR: Timbalan Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Mulya Wirana berharap keseluruhan proses Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-13, esok berjalan lancar, aman dan selamat.

Mulya berkata, rakyat negara ini harus menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya untuk mengundi kerana PRU umpama ‘satu pesta demokrasi’ yang bakal menentukan tampuk pemerintahan Malaysia pada masa depan.

“Mewakili Kedutaan Besar Republik Indonesia, saya mengucapkan tahniah di atas pilihan raya yang bakal berlaku. Inilah masanya untuk rakyat memilih pemimpin negara mereka.

“Diharapkan pilihan yang dibuat bisa mengekalkan Malaysia untuk terus berjaya seperti mana sekarang,” katanya kepada Bernama.   BERITA HARIAN ONLINE

SILA LAYARI LAMANBLOG    ‘UNTUK MU MASYARAKAT‘    UNTUK MENGIKUTI LAIN-LAIN BERITA MENGENAI PRU-13.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 5, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: