KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 07 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

LUAR NEGARA

Lebih 1,000 kanak-kanak China dapat manfaat dari bantuan Mercy Relief

Sejauh ini, Mercy Relief telah mengagihkan bantuan bernilai $65,000 kepada mangsa gempa di wilayah Sichuan, China.

Sejauh ini, Mercy Relief telah mengagihkan bantuan bernilai $65,000 kepada mangsa gempa di wilayah Sichuan, China.

LEBIH 1,000 kanak-kanak yang terjejas oleh gempa bumi di wilayah Sichuan, China, meraih manfaat daripada barang-barang keperluan yang diagihkan badan kemanusiaan, Mercy Relief.

Menurut kenyataan Mercy Relief Jumaat lalu, barangan seperti lampin, perubatan kanak-kanak dan susu tepung itu tiba di pusat pengagihan bandar Shuang Shi dan Hospital Rakyat Daerah Lushan pada 29 April lalu.

Daerah Lushan adalah pusat gempa sekuat 6.6 pada skala Richter, yang berlaku pada 20 April lalu.

Selain daripada menerima barang-barang keperluan dan kebersihan, kanak-kanak yang terjejas turut diberi pek permainan mengandungi peralatan menulis dan mainan untuk membantu mengisi masa dan minda mereka.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Bazar Belia dapat sambutan

Antara peserta yang menyertai bazar berkenaan.

Antara peserta yang menyertai bazar berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Bazar Pelancongan Belia kali ke-3 anjuran Pusat Belia, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan di Bandar Seri Begawan hari ini mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada golongan muda yang berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan, Awang Amirul Syazmie bin Ibrahim, ia merupakan salah satu aktiviti pusat dalam memberi ruang kepada belia tanah air berkecimpung dan mengungkayahkan aktiviti keusahawanan dengan mempamerkan produk mereka, aktiviti jualan garaj dan bakat.   MEDIA PERMATA ONLINE

Realisasi monorel Jabodetabek tunggu peraturan presiden

Produk Contoh Monorel Sejumlah petugas berjalan memasuki ruang stasiun dari produk contoh (Mock Up) monorel perumpang skala 1:1 saat peluncurannya

Produk Contoh Monorel Sejumlah petugas berjalan memasuki ruang stasiun dari produk contoh (Mock Up) monorel perumpang skala 1:1 saat peluncurannya

Madiun (ANTARA News) – Realisasi monorel rute dalam kota di wilayah Jabodetabek karya konsorsium BUMN yang contoh gerbong dan stasiunnya telah diluncurkan di kantor PT Industri Kereta Api (INKA) di Kota Madiun, Jawa Timur, masih menunggu Peraturan Presiden (Perpres).

Wakil Menteri Perhubungan Bambang Susantono, mengatakan, penggunaan Peraturan Presiden sebagai dasar hukum pembangunan monorel Jabodetabek adalah untuk memudahkan mendapat rekomendasi dan perizinan pemerintah daerah setempat.

“Sebab monorel tersebut adalah lintas wilayah mulai dari Jakarta, Bekasi, dan Bogor. Rencana rute yang akan ditempuh adalah, Cibubur-Cawang, Bekasi Timur-Cawang, dan Cawang-Kuningan,” ujar Bambang saat melakukan peninjauan fisik monorel di PT INKA, Madiun, Senin.   ANTARA NEWS ONLINE

Istri Digigit Anjing, Suami Balas Mengigit Anjing

Caren Henry dan suaminya dan Laine Henry.

Caren Henry dan suaminya dan Laine Henry.

IOWA – Seorang perempuan warga Iowa, Amerika Serikat, terluka parah di hidung akibat gigitan anjing. Suami perempuan ini balas menggigit anjing jenis Labrador itu agar berhenti menyerang istrinya.

Caren dan Laine Henry mengatakan kepada desmoinesregister.com, pekan silam, bahwa anjing ras Labrador dengan bobot sekitar 20 kilogram itu sedang berlarian di pedesaan di Madrid, ketika pasangan ini sedang berjalan-jalan dengan anjing jenis beagle mereka.

Caren Henry mengatakan anjing itu menyerang perut dan paha kanannya, mencakar matanya, dan menggigit hidungnya hingga sobek. Tangan suaminya juga digigit ketika berusaha menolong Caren Henry.

Caren Henry mengatakan suaminya “akhirnya harus mengigit hidung anjingnya, agar gigitannya lepas.”   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

DALAM NEGARA

Penumpang panik bas terbalik

SERAMAI 20 penumpang sebuah bas ekspres panik selepas kenderaan itu terbalik

SERAMAI 20 penumpang sebuah bas ekspres panik selepas kenderaan itu terbalik

ALOR GAJAH – Seramai 20 penumpang sebuah bas panik apabila kenderaan itu terbalik selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dua buah bas ekspres dan sembilan kereta di Kilometer 202.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan semalam.

Difahamkan, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka ketika kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku.

Pemandu bas itu, Mohd. Anuar Othman, 58, berkata, sebelum kejadian dia cuba mengelak deretan enam buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan sebelum itu.

“Saya memaut stereng ke kiri menyebabkan bas berpusing dan terbalik ke kanan sebelum menghempap pula dua buah kenderaan.   KOSMO ONLINE

Kebakaran tambah buruk

Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran hutan di Carlifornia.

Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran hutan di Carlifornia.

CALIFORNIA – Lebih 1,000 kediaman termasuk sebuah pangkalan tentera dan universiti diarah berpindah selepas kebakaran di hutan California, barat laut Los Angeles, Amerika Syarikat makin merebak.

Jurucakap penyelamat berkata, lebih 900 anggota bomba diarah mengawal kebakaran di kawasan seluas 4,000 hektar persegi itu.

“Angin kencang menyukarkan usaha mengawal kebakaran. Sebanyak lebih 4,000 rumah berada dalam keadaan terancam dan mereka diarah berpindah serta merta,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE

PRU13: Herman Tino Adakan Kenduri Rai Kekalahan

Herman Tino

Herman Tino

PETALING JAYA: Penyanyi era 80-an Herman Tino akan mengadakan sebuah majlis kesyukuran bagi meraikan kekalahannya dalam merebut kerusi Parlimen Tanjong Karang daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar pada 5 Mei lalu.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, dia turut menjemput kesemua 340 pengundi yang mengundinya ke majlis tersebut bagi menghargai sokongan mereka walaupun tewas.

“Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya.   mStar Online

Permintaan graduan ICT tinggi

Berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, Malaysia memerlukan pekerja mahir dalam bidang tersebut

Berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, Malaysia memerlukan pekerja mahir dalam bidang tersebut

Cyberjaya, 5 Mei – Bersediakah warga tempatan untuk memenuhi 67,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang bakal diwujudkan di Cyberjaya menjelang 2020?

Berdasarkan perkembangan institusi pengajian tinggi (IPT) dan kualiti graduan yang dilahirkan sekarang, hampir mustahil untuk hasrat berkenaan direalisasikan.

Ketika ini sebahagian besar daripada 30,000 peluang pekerjaan di Cyberjaya dipenuhi oleh warga asing terutamanya di bahagian tertinggi pengurusan dan dijangka berterusan sehingga 2020 jika tiada tindakan dibuat.

Masalah besar ini telah disuarakan sendiri oleh perancang utama pembangunan Cyberjaya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.   UTUSAN ONLINE

Penduduk tolak tuntutan BRN

BANGKOK: Majoriti penduduk selatan Thailand semalam menolak lima tuntutan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang berunding dengan wakil Bangkok untuk mencari penyelesaian rantau berkenaan.

Keputusan itu disiarkan ketika Peguam Negara mendedahkan, tak banyak tuntutan membabitkan kawasan selatan berakhir dengan hukuman.

Tinjauan itu dijalankan antara 2 hingga 4 Mei lalu membabitkan 542 responden di tiga wilayah sempadan selatan di Narathiwat, Pattani dan Yala serta wilayah selatan di Songkhla.

Daripada jumlah itu, 65.18 peratus mendapati agak sukar untuk menerima tuntutan BRN ke atas pihak berkuasa Thailand kerana mereka percaya pemisah tidak ada hak membuat tuntutan.   BERITA HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 7, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: