KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 08 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

LUAR NEGARA

Ban Ki-moon ingin semua pihak bertenang

Ini antara bangunan yang musnah ekoran serangan udara pesawat pejuang Israel awal kelmarin

Ini antara bangunan yang musnah ekoran serangan udara pesawat pejuang Israel awal kelmarin

DAMSYIK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, semalam merayu agar semua pihak bertenang selepas Syria mengancam untuk melancarkan serangan balas ekoran tindakan pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara berdekatan Damsyik.

Serangan udara Israel itu telah mengenai sasaran tentera di luar ibu kota Syria pada awal kelmarin.

Ia dipercayai bertujuan menyekat pembekalan senjata kepada kumpulan militan Hezbollah di Lebanon.

Serangan udara Israel itu dikhuatiri akan menyebabkan perang saudara di Syria, yang telah mengorbankan lebih 70,000 orang sejak tercetus pada Mac 2011, merebak ke negara jiran.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Komitmen Brunei beri kesan positif

Daniel Shields

Daniel Shields

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam terhadap perlindungan Harta Intelek (IP) akan memberikan kesan positif kepada reputasi negara sebagai sebuah negara yang memandang serius kepada isu IP dan melindungi IP. Ia akan membantu untuk menjadikan Brunei sebagai destinasi pelaburan yang amat menarik bagi pelabur-pelabur asing.

“Perkara yang serupa dapat kita saksikan di negara-negara lain dimana mereka mempunyai perlindungan IP yang kuat dimana pelaburan asing meningkat dengan positif,” kata Duta Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Daniel Shields.   MEDIA PERMATA ONLINE

Gunung Mayon di Filipina meletus, lima orang tewas

Gunung Mayon di Filipina

Gunung Mayon di Filipina

Manila (ANTARA News) – Lima orang tewas sedangkan tujuh lainnya luka-luka akibat tertimpa batu jatuh setelah gunung berapi Mayon memuntahkan abu pada Selasa, sekitar pukul 08.00 waktu setempat, kata para pejabat Filipina.

Para korban adalah bagian dari kelompok pendaki gunung yang mendaki Gunung Mayon, salah satu tujuan wisata paling terkenal di negara itu, yang terletak di Provinsi Albay, sekitar beberapa kilometer sebelah tenggara ibu kota Filipina.

Xinhua melaporkan, regu-regu penyelamat pemerintah sekarang menuju ke kaki gunung berapi Mayon untuk menyelamatkan para pendaki gunung dan menemukan mayat-mayat mereka.   ANTARA NEWS ONLINE

4 Juta Penduduk Indonesia Korban Narkoba

80070513-NarkobaJAKARTA – Sedikitnya 4 juta orang saat ini tercatat menjadi korban penyalahgunaan narkoba atau sekitar 2,2 persen dari penduduk Indonesia.

Dari 4 juta penyalah guna narkoba itu, setiap tahun hanya 18.000 orang yang dapat direhabilitasi pemerintah ataupun swasta. Hal itu karena minimnya tempat rehabilitasi bagi penyalah guna narkoba.

Hal itu diungkapkan Kepala Badan Narkotika Nasional (BNN), Komjen Anang Iskandar saat ditemui SH di sela-sela Rapat Koordinasi Implementasi Kebijakan dan Strategi Nasional (Jakstranas) Pencegahan dan Pemberantasan Penyalahgunaan dan Peredaran Gelap Narkotika dan Prekusor Narkotika (P4GN) di Hotel Bidakara, Pancoran, Jakarta Selatan, Selasa (7/5) pagi.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Warga Palestina di Jerusalem Timur Hidup Miskin

Israel pada 1980 mengklaim Jerusalem sebagai ibu kotanya setelah menduduki Jerusalem pasca-Perang Enam Hari 1967.

Israel pada 1980 mengklaim Jerusalem sebagai ibu kotanya setelah menduduki Jerusalem pasca-Perang Enam Hari 1967.

JERUSALEM, KOMPAS.com – Sebanyak delapan dari 10 orang Palestina yang tinggal di Jerusalem timur hidup di bawah garis kemiskinan. Data ini diluncurkan di saat Israel tengah bersiap merayakan keberhasilannya merebut sektor Arab kota Jerusalem pada 1967.

“Hampir 80 persen warga Jerusalem timur hidup di bawah garis kemiskinan. Ini angka terburuk sepanjang sejarah,” demikian laporan Asosiasi untuk Hak Sipil di Israel (ACRI), Selasa (7/5/2013).   KOMPAS ONLINE

DALAM NEGARA

Akaun rahsia pelanggan luar diteliti elak lari cukai

Singapura: Bank di Singapura kini sedang meneliti akaun pelanggan asing masing-masing berikutan tarikh penguatkuasaan langkah menghukum bank dengan pelanggan asing yang memiliki akaun rahsia, semakin hampir.

Pemilikan akaun rahsia adalah antara strategi pelanggan asing bagi mengelak atau lari daripada membayar cukai yang dikenakan negara asal masing-masing.

Langkah meneliti akaun pelanggan itu juga secara tidak langsung membuatkan bank di republik berkenaan berdepan keputusan sukar, iaitu terpaksa memaksa sesetengah pelanggan asing mereka yang kaya dan memiliki akaun rahsia, menutup akaun dengan bank terbabit.   BERITA HARIAN ONLINE

Wakil rakyat yang menang perlu jalankan peranan masing-masing

KUALA LUMPUR 6 Mei – Semua wakil rakyat yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam perlu berusaha menyatukan semula rakyat negara ini agar mereka bersedia menghadapi pelbagai cabaran domestik dan global pada masa depan.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, terdapat pengajaran penting daripada pilihan raya semalam yang perlu dikaji secara mendalam dan ditangani oleh kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang khususnya yang berkaitan soal perpaduan.

“Pilihan raya sudah berakhir tetapi kita semua mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan segera iaitu berusaha ke arah sebuah negara yang bersatu padu untuk menghadapi pelbagai cabaran domestik dan global yang mendatang.

“Sudah tiba masanya untuk kita semua bersatu dan kembali berfikiran waras dan mengetepikan politik benci-membenci atau hasutan walaupun berbeza ideologi demi kepentingan integrasi kaum dan perpaduan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.    UTUSAN ONLINE

Bantu peniaga muda

Kuala Lumpur: Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputra Wilayah Persekutuan (PPPBWP), menyeru kerajaan supaya menambah lebih banyak pinjaman mudah kepada peniaga kecil terutama golongan belia yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Yang Dipertuanya, Mithlan DSamijoo berkata, sebelum ini golongan muda lebih berminat makan gaji, namun sekarang pihaknya melihat peningkatan minat golongan itu menjadi usahawan.

Katanya, sekitar 30 peratus daripada ahli PPPBWP adalah orang muda dan jika kerajaan memberi ruang secukupnya, pihaknya yakin jumlah itu berkembang sekali gus melahirkan usahawan muda berdaya saing.

“Sudah tiba masa golongan muda ini diberi perhatian terutama dalam memperkembangkan ekonomi perniagaan mereka dan memanfaatkan idea segar yang dilontarkan. Pihak terbabit juga bukan saja perlu memberi kemudahan pembiayaan, tetapi juga memberi latihan bidang berkaitan.

“Malah, kami lihat mereka berlumba-lumba untuk membuka perniagaan walaupun bermula secara kecilan. Ini kerana bidang yang paling mudah diceburi adalah berniaga secara kecilan di mana modal dan risikonya lebih rendah,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.   myMetro Online

Panglima Sulu masih bersembunyi

GAMBAR fail menunjukkan sekumpulan anggota tentera Malaysia bertanya khabar dengan penduduk kampung ketika membuat rondaan di Lahad Datu.

GAMBAR fail menunjukkan sekumpulan anggota tentera Malaysia bertanya khabar dengan penduduk kampung ketika membuat rondaan di Lahad Datu.

KUALA LUMPUR – Polis yakin kira-kira 15 lagi panglima pengganas Sulu masih bersembunyi di beberapa kawasan dekat Pantai Timur Sabah selepas mereka dikatakan takut ditangkap ketika hendak menyusup keluar ekoran kawalan ketat pasukan keselamatan di situ.

Sumber memberitahu, kawalan ketat setiap masa itu dipercayai telah menggugat ‘ketenangan’ saki-baki panglima pengganas tersebut hinggakan mereka tidak berani keluar untuk pulang ke negara asal, Filipina.

“Melalui risikan padu kita, mereka dipercayai masih berada di kawasan Pantai Timur Sabah. Mereka tidak mahu mengambil risiko lari pulang ke Filipina kerana kawalan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut di situ,” katanya ketika ditemui.   KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 8, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: