KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 09 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

LUAR NEGARA

Jerman akan jual 164 tank kepada Indonesia

ank Leopard yang dibeli pemerintah Indonesia dari Jerman akan dipamerkan dalam Indo Defence Expo dan Forum 2012 pada tanggal 7-10 November 2012.

ank Leopard yang dibeli pemerintah Indonesia dari Jerman akan dipamerkan dalam Indo Defence Expo dan Forum 2012 pada tanggal 7-10 November 2012.

Berlin (ANTARA News) – Jerman setuju menjual 164 tank bekas kepada Indonesia, kata pemerintah negara tersebut pada Rabu, sesudah parlemen Belanda pada tahun lalu menolak permintaan serupa dengan alasan masalah hak asasi manusia.

Pemerintah Kanselir Angela Merkel memberi lampu hijau kepada pembuat senjata berpusat di Dusseldorf, Rheinmetall AG, untuk menjual tank itu kepada Jakarta, kata wanita juru bicara kementerian ekonomi.

Ia menyatakan harga keseluruhan sekitar 3,3 juta euro (lebih kurang 43 miliar rupiah), dengan menunjukkan bahwa lebih dari 100 tank tempur Leopard 2 dan kendaraan lain itu adalah bekas pakai.  ANTARA NEWS ONLINE

Harga Karet Tetap Rendah

Petani menyadap karet di perkebunan rakyat Desa Maringin Jaya, Kecamatan Parindu, Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, Jumat (3/5/2013)

Petani menyadap karet di perkebunan rakyat Desa Maringin Jaya, Kecamatan Parindu, Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, Jumat (3/5/2013)

SANGGAU, KOMPAS.com — Harga karet di tingkat petani Kalimantan Barat belum beranjak naik setelah turun sejak beberapa bulan lalu.

Saat ini, harga getah karet Rp 9.000 per kilogram, padahal sebelumnya pernah mencapai Rp 23.000 per kilogram.

Sejumlah petani karet di Kecamatan Parindu, Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, mengeluhkan kondisi harga yang tak juga membaik itu.

Saat ini, karet sudah menjadi gantungan pendapatan warga.

Dirman Weng (40), warga Desa Maringin Jaya, Kecamatan Parindu, menjelaskan, ini adalah periode harga rendah yang cukup lama, sudah lebih dari lima bulan.    KOMPAS ONLINE

Wapres: Benahi Institusi Politik

Wakil Presiden Boediono.

Wakil Presiden Boediono.

JAKARTA – Wakil Presiden Boediono mengatakan diantara institusi yang harus dibangun, dibenahi dan ditata serta diprioritaskan adalah politik karena menentukan terbentuknya aturan main dasar dalam memberikan rambu di bidang ekonomi dan teknologi.

“Pesan pokoknya adalah prioritas pertama adalah membenahi dan menata institusi-institusi politik,” kata Wapres Boediono saat membuka seminar Seminar Nasional HUT (Lembaga Ketahanan Nasional) Lemhanas ke-48 dan HUT Ikatan Alumni Lemhanas ke-35 di Jakarta, Rabu (8/5).   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

S’pura harus kekal terkedepan dalam isu keselamatan

CIPTAAN BERTEKNOLOGI TINGGI: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (dua dari kanan)

CIPTAAN BERTEKNOLOGI TINGGI: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (dua dari kanan)

SINGAPURA harus kekal setapak di hadapan dalam isu berkenaan keselamatan dan keamanan, terutama sekali dalam era teknologi serba canggih sekarang.

Ini termasuk memanfaatkan teknologi itu sendiri kerana ia membolehkan profesional bidang keamanan menjalankan kerja dengan lebih berkesan dan lancar, sebagaimana ditunjukkan dalam usaha menangkap pelaku serangan bom di Maraton Boston, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa berucap merasmikan pameran Keselamatan & Keamanan Asia (SSA) dan Kebakaran & Bencana Asia (FDA) di Marina Bay Sands, semalam.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Jangan salah guna media sosial sebar maklumat palsu

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan menyebarkan maklumat palsu yang boleh menggugat/ mengancam atau menggemparkan atau menimbulkan keadaan cemas kepada orang awam merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Undang-Undang Negara Brunei Darussalam mengikut seksyen 34 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) yang membawa hukuman penjara sehingga sesuatu tempoh 3 tahun atau denda $3,000, jika sabit kesalahan.

Menurut Ketua Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei DSP Pg Hj Abd Salam bin Pg Hj Abd Ghani, peringatan itu dibuat ekoran kebelakangan ini terdapat penyebaran mesej di laman/media sosial seperti Whatsapp dan Facebook yang berupa amaran daripada pihak polis, maklumat tentang peringatan ancaman perbuatan jenayah dan yang seumpamanya.   MEDIA PERMATA ONLINE

DALAM NEGARA

H7N9: PPIM desak 98 kontena ayam dihantar balik ke China

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) harus menghantar balik 98 kontena ayam nyahtulang beku dari Shandong, China, sebagai langkah mengelak import wabak selesema burung (H7N9) ke Malaysia, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Ma’amor Osman berkata kerajaan perlu mengambil tindakan segera mengalihkan kontena tersebut daripada masuk ke negara ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau mengulas laporan akhbar ‘The Star’ pada 27 April lepas yang memetik komen Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin bahawa Malaysia telah mengenakan larangan sementara sejak 22 April lepas ke atas semua import ayam dari China selepas satu kes H7N9 dilaporkan di wilayah Shandong.

Wilayah Shandong merupakan pembekal utama ayam import ke Malaysia.   BERITA HARIAN ONLINE

Nama baik kehakiman diperkasa

Tun Zaki Azmi

Tun Zaki Azmi

MELBOURNE 8 Mei – Badan kehakiman Malaysia sedang melakukan perubahan untuk memperkukuh nama baik dan kewibawaannya, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Beliau akan menghuraikan perubahan itu dan membicarakan tentang pemisahan kuasa di Malaysia, khususnya berkaitan kebebasan badan kehakiman di Sekolah Undang-undang, University of Sydney pada Khamis.

“Para hakim di Malaysia sering didakwa mencampuri urusan politik. Sebagai seorang hakim sejak 2007 dan seorang anggota UMNO, Zaki juga tidak terlepas daripada dituduh melakukan campur tangan demikian,” kata universiti itu dalam kenyataannya.  UTUSAN ONLINE

21,000 pelanggan di Segambut, Jalan Duta alami gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR – Sejumlah 21,000 pelanggan sekitar Segambut dan Jalan Duta mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah ekoran kerja pengalihan paip air yang lewat disiapkan mengikut jadual asal.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata hujan lebat malam tadi dan petang ini menyebabkan pihak kontraktor menghadapi kesukaran untuk menyiapkan kerja tersebut.

“Syabas bersama kontraktor yang dilantik sedang berusaha memastikan agar kerja pengalihan paip ini dapat disiapkan pada 12.30 tengah malam,” menurut kenyataan itu.   SINAR HARIAN ONLINE

Air paras bahaya!

Kuala Selangor: Seramai 110 mangsa banjir daripada 31 keluarga yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Rantau Panjang, dekat sini belum dibenarkan pulang selepas paras air sungai yang melimpah ke penempatan penduduk berada pada paras bahaya, sekali gus memungkinkan ia meningkat jika berlaku lagi hujan dalam masa terdekat.

Setakat ini, paras air berada pada ketinggian 5.6 meter berbanding 7.3 meter kelmarin.

Semua mangsa terutama penduduk Kampung Bestari Jaya, Kampung Jaya Setia dan Kampung Rantau Panjang juga sudah diarah berpindah.   myMetro Online

Kolonel Black Panther Sulu ditahan

KUALA LUMPUR – Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah belum berakhir ekoran penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkuasa Filipina di perairan Simunul berdekatan negara jiran itu pada Ahad lalu.

Ketika ditahan pada pukul 3 pagi itu, dua buah bot yang menggunakan enjin sangkut tersebut masing-masing membawa seramai 12 dan 13 penumpang.

Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum itu menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Sumber berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negara Filipina ke atas kedua-dua buah bot tersebut menemui pelbagai jenis senjata api termasuk 15 laras raifel, lima laras senapang M-14 serta sepucuk pistol jenis Colt.   Turut dirampas 75 butir bom tangan.   KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 9, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: