KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 13 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

LUAR NEGARA

TKI korban kebakaran di Malaysia memprihatinkan

Kuala Lumpur (ANTARA News) – Kira-kira 200 tenaga kerja Indonesia (TKI) yang tempat tinggalnya di Malaysia terbakar, keadaannya membimbangkan kerana selain kehilangan harta benda mereka juga kesulitan memenuhi keperluan sehari-hari dan hanya bergantung bantuan dari warga Indonesia lainnya yang bersimpati.

“Kami hanya berusaha untuk menyelamatkan anggota keluarga saja sementara barang-barang di dalam rumah kongsi (bedeng sementara) tidak sempat terselamatkan,” kata Zaki, pekerja asal Pulau Kangean, Jawa Timur, saat dijumpai di lokasi kebakaran di sekitar kawasan Aman Heights Condominium, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia, Ahad.

Para korban hanya boleh menyelamatkan pakaian yang melekat di badan sehingga tidak punya gantinya. Namun beberapa hari ini sejumlah bantuan telah datang dari para warga Indonesia yang bersimpati.   ANTARA NEWS ONLINE   

Politik Kekerabatan Masalah Fundamental Demokrasi

JAKARTA – Ketua DPP PKS Indra mengatakan politik kekerabatan dalam proses pengambilan kader di parti politik merupakan masalah fundamental dalam demokrasi.

“Ketika itu (politik kekerabatan) dilakukan berarti menunjukkan proses kaderisasi parti tidak jalan dan demokrasi tidak hidup secara utuh,” kata Indra di Jakarta, Jumat (10/5).

Indra mengatakan ketika dalam Pemilu legislatif dan Pemilu Presiden 2014 amalan tersebut masih berjalan maka parti bukan sebagai sarana awam tetapi sarana bagi kumpulan dan keluarga tertentu.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE   

Tak Mau Susahkan Anak, Pria Ini Ingin Tinggal di Mars

SINGAPURA, KOMPAS.com – Robinson (53), seorang lelaki asal Singapura, mengajukan diri untuk tinggal di planet Marikh. Ia mengajukan lamaran dalam bentuk video berdurasi 1 minit ke laman web Mars-One. Web itu membuka lowongan kepada seluruh warga dunia yang ingin menjadi orang pertama yang akan diberangkatkan ke Marikh pada tahun 2023. Saat ini ada sekitar 78 ribu orang dari 120 negara yang mengajukan dirinya.

Yahoo Singapura, Jumat (10/5/2013), melaporkan, Robinson dalam videonya mendedahkan bahawa ia tak ingin menyusahkan anak-anaknya di hari tuanya. “Isteri saya meninggal tahun lalu, kelak tahun 2023, anak-anak sudah tumbuh dewasa, dan saya tidak mahu menjadi beban,” ungkapnya.   KOMPAS ONLINE

Indonesia Borong 104 Tank Dari Jerman

Tank Leopard buatan Jerman

Tank Leopard buatan Jerman

REPUBLIKA.CO.ID, BERLIN – Jerman telah membuat perjanjian eksport sebanyak 104 Tank Leopard 2 dengan Indonesia. Negara tersebut juga akan menghantar 60 kenderaan tentera ke Indonesia.

Majlis Keselamatan Jerman memberikan izin kepada syarikat pertahanan Rheinmetall untuk menjual peralatan perang tersebut. Kerajaan Jerman mendedahkan butiran perjanjian tersebut minggu lalu selepas anggota parlimen mengajukan siasatan rasmi mengenai perjanjian senjata.

Aktivis hak asasi manusia bimbang perjanjian Tank Leopard 2 tersebut boleh digunakan dalam pertempuran di penempatan awam. Majlis Keselamatan Jerman yang terdiri dari Canselor Angela Merkel dan anggota kabinet terpilih lain telah meluluskan beberapa perjanjian kontroversi dalam beberapa tahun terakhir.   REPUBLIKA ONLINE

Tekan Harga, Pasokan Daging Sapi Dipercepat

Daging sapi.

Daging sapi.

TEMPO.CO, Jakarta – Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan, Srie Agustin, menyatakan tengah menyiapkan dasar baru untuk menanggulangi tingginya harga daging. “Dasar akselarasi bekalan akan kami ambil,” ujar dia kepada Tempo hari ini, Minggu, 12 Mei 2013.

Srie menyatakan, Kemendag akan mempercepatkan bekalan daging (akselarasi) dengan cara memindahkan bekalan suku III ke suku II. “Untuk menjaga harga daging,” ujar dia. Akan tetapi, untuk teknikal akselarasi tersebut akan diumumkan oleh Menteri Gita secara langsung dalam beberapa hari ke depan.

Di pasar-pasar nasional memang harga daging saat ini stabil. Namun, kata Srie, kestabilan ini di peringkat harga yang masih tinggi. Masih banyak peniaga yang mengeluh tingginya harga daging lembu di pasaran. Tingginya harga lembu ini membuat Kementerian Perdagangan mengambil dasar akselarasi tersebut supaya tidak meresahkan para peniaga dan pengguna.   TEMPO ONLINE

Arab Saudi berikan amnesti untuk ratusan ribu pekerja

Tenaga kerja yang menyalahi izin tinggal dan tiba sebelum 3 Juli 2008

Tenaga kerja yang menyalahi izin tinggal dan tiba sebelum 3 Juli 2008

Arab Saudi untuk pertama kalinya menawarkan pengampunan untuk ratusan ribu pekerja yang menyalahi izin tinggal seperti yang ditetapkan dalam visa.

Mereka yang tiba sebelum tarikh 3 Julai 2008 dibenarkan untuk bekerja di syarikat-syarikat swasta atau sebagai pembantu rumah tangga.

Mereka dibenarkan untuk meninggalkan Saudi dalam dua bulan mendatang tanpa dikenakan hukuman.

Diplomat asing dan pengusaha Saudi menyambut langkah pengampunan ini.

Para imigran gelap biasanya dipulangkan dan dilarang untuk kembali.   BBC INDONESIA ONLINE

Polis: Sudut Pidato hanya bagi warga Singapura

SUDUT Pidato di Hong Lim Green ditetapkan bagi warga Singapura bercakap secara bebas mengenai isu-isu selagi mereka tidak menyentuk perkara-perkara berkaitan agama atau yang boleh menyebabkan perasaan bermusuhan, benci dan niat jahat antara pelbagai kumpulan kaum dan agama di Singapura.

Hanya warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) dibenarkan menyertai tunjuk perasaan di Sudut Pidato.

Ini dinyatakan polis semalam sebagai menjawab pertanyaan media berhubung posting dalam talian Encik Mr Jolovan Wham mengenai acara di Sudut Pidato hari ini dan bantan terlarang di Taman Merlion semalam.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

DALAM NEGARA

Rakyat Pakistan mengundi

Seorang anggota polis mendukung seorang budak lelaki yang cedera

Seorang anggota polis mendukung seorang budak lelaki yang cedera

ISLAMABAD 11 Mei – Sekurang-kurangnya 17 maut, sementara 36 yang lain cedera dalam siri serangan bom dan tembakan didalangi militan Taliban, ketika rakyat Pakistan keluar mengundi dalam pilihan raya umum negara ini, hari ini.

Polis berkata, satu serangan bom disasarkan terhadap calon pilihan raya daripada Parti Kebangsaan Awami (ANP), Amanullah Mehsud, yang bertanding di wilayah Sindh, namun beliau terselamat.

Taliban melalui jurucakapnya, Ehsanullah Ehsan mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu dan berikrar akan melancarkan lebih banyak serangan.

Di Peshawar, satu letupan yang disasarkan ke atas pengundi wanita, mengakibatkan lapan cedera.   UTUSAN ONLINE

Seorang lelaki ditahan berhubung kes bunuh Timbalan KP Kastam

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 26 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi semalam.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, polis telah merakam percakapan 35 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.    SINAR HARIAN ONLINE

Lihat pokok ‘sujud’

Kuantan: “Saya lihat deretan pokok di tepi surau seolah-olah sedang ‘sujud’. Pada masa sama, kanak-kanak yang bermain di padang bertempiaran lari.

“Serentak itu juga saya lihat pusaran angin sangat laju menuju ke bahagian bumbung rumah lalu mengangkat kepingan atap dan menerbangkannya,” kata Norlela Jusoh, 46.

Norlela berkata, kejadian itu berlaku dalam beberapa saat sebelum disusuli angin kencang dan hujan lebat.

“Sebelum kejadian, cuaca memang gelap tapi saya tak menduga berlaku pusaran angin yang sangat laju menyebabkan saya cemas dan menjerit minta kanak-kanak terbabit mencari tempat berlindung.   myMetro Online

Makan pucuk ubi dengan roti

ru_01.1 (1)…. Ubi kayu berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Populariti ubi kayu telah mendorong sebuah syarikat bumiputera, Innova Food Industries mengkomersialkan makanan tradisional Negeri Sembilan iaitu rendang pucuk ubi bagi memenuhi permintaan penggemar makanan kampung itu.

Walaupun berlainan dari segi pembungkusan, jenama Rendang Pucuk Ubi Mak Long Timah tetap mengekalkan rasa rendang tradisi yang menyelerakan. Ia didatangkan dalam dua perisa iaitu udang dan ikan bilis.   KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 13, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: