KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 14 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Peluang lalui debaran dan cabaran pengembaraan tentera laut

Kesemua aksi dan drama itu boleh disaksikan dalam Pameran Dinamik Rumah Terbuka RSN

Kesemua aksi dan drama itu boleh disaksikan dalam Pameran Dinamik Rumah Terbuka RSN

 

ENAM kapal dari luar negara dapat diteroka pengunjung Rumah Terbuka Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), buat julung-julung kalinya, tahun ini.

Ia adalah kapal peronda, kapal perang (frigate), kapal perang kecil (corvette), kapal peluru pantas (fast missile boat) dan kapal tempur untuk kawasan pesisiran (littoral combat boat) dari Amerika Syarikat, Indonesia, India dan Australia.

Pengunjung rumah terbuka RSN boleh meneroka kapal tersebut pada 18 dan 19 Mei, dari 9 pagi hingga 7 malam, di Pangkalan Tentera Laut Changi (CNB).   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

 

Kadar kematian kelahiran menurun

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Kadar kematian dalam kalangan anak damit dan ibu-ibu melahirkan di negara ini mencatatkan penurunan signifikan dalam tahun 2011 dan pada tahun itu juga, tiada kematian ibu direkodkan.

Kadar kematian anak damit di bawah usia lima tahun juga menurun secara drastik, manakala dalam pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, Negara Brunei Darussalam berjaya mencapai Matlamat Pembangunan Milenium yang didukung Pertubuhan Kesihatan Sedunia melalui langkah-langkah pencegahan, pengawalan dan pemantauan lebih komprehensif.   MEDIA PERMATA ONLINE

Taiwan Ultimatum Filipina Soal Penembakan Nelayan

Kapal Angkatan Laut dan penjaga pantai Taiwan

Kapal Angkatan Laut dan penjaga pantai Taiwan

TEMPO.CO, Taipei – Kerajaan Taiwan mengeluarkan ultimatum terhadap kerajaan Filipina agar segera meminta maaf soal penembakan seorang nelayan Taiwan dalam masa 72 jam.

“Kerajaan bertekad bulat melindungi nelayan kita,” kata juru bicara kabinet, Cheng Li-wen, dalam satu kenyataan, saat sejumlah kapal melaju menuju Selat Bashi, yang dituntut oleh kedua pemerintahan sebagai milik mereka sekaligus lokasi tewasnya seorang nelayan Taiwan yang ditembak pasukan Filipina pada Kamis, 9 Mei 2013.

Pengawas pantai Taiwan, Ahad, 12 Mei 2013, menghantar empat kapal pengawal berkaitan pertikaian perairan, tempat insiden penembakan nelayannya.   TEMPO ONLINE

Kemendagri: Card Reader Ubah Kebiasaan Pelayanan Publik

Reydonnyzar Moenek

Reydonnyzar Moenek

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Kemendagri menklaim, seruan kepada pelbagai agensi kerajaan usaha untuk memiliki card reader e-KTP semata-mata dilakukan untuk mengubah kebiasaan lama dalam pelbagai proses perkhidmatan awam.

“Harapannya, mulai tahun depan, semua proses pentadbiran yang melibatkan KTP boleh berjalan secara elektronik,” kata Staf Ahli Mendagri Bidang Politik, Hukum dan Hubungan antarlembaga, Reydonnyzar Moenek, saat dihubungi Republika, Jumat (10/5).

Sebelumnya, Mendagri Gamawan Fauzi mengeluarkan Surat Edaran No 471.13/1826/SJ bertarikh 11 April 2013. Isinya, meminta semua agensi kerajaan, pemerintah daerah, dan institusi perbankan dan swasta agar menyiapkan kelengkapan teknikal penerapan e-KTP. Salah satunya adalah card reader.   REPUBLIKA ONLINE

Pemerintah siapkan operasi pasar tekan harga daging

Pedagang menimbang daging sapi jualannya di Pasar Senen, Jakarta

Pedagang menimbang daging sapi jualannya di Pasar Senen, Jakarta

Jakarta (ANTARA News) – Menteri Koordinator Bidang Ekonomi, Hatta Rajasa, berkata, kerajaan menyiapkan operasi pasaran untuk menekan harga daging lembu yang masih relatif tinggi di beberapa daerah.

“Untuk menghadapi ketersediaan, kecukupan dan penstabilan keperluan menjelang Lebaran, maka diputuskan untuk menyiapkan operasi pasaran oleh Bulog,” ujarnya sesusai rapat koordinasi membahas pangan di Jakarta, Senin.

Rajasa mengatakan, usaha penstabilan harga melalui operasi pasaran ini dilakukan untuk mewujudkan harga daging lembu yang relatif normal, dengan tetap memperhatikan kepentingan dan keperluan nasional.   ANTARA NEWS ONLINE

Elpiji Kian Sulit, Warga Kembali Gunakan Kayu

94masak KAseptiawanBANDAR LAMPUNG – Dasar kerajaan menukarkan minyak tanah ke gas elpiji diharapkan lebih murah dan mudah. Namun yang terjadi justru sebaliknya, elpiji merumitkan warga kerana persediaan makin jarang dan harga melambung. Akibatnya, sebahagian warga terpaksa kembali menggunakan kayu bakar untuk memasak.

Sumiati (30), warga Gedongtataan, Kabupaten Pesawaran, Lampung, mengaku sudah sepekan terakhir kesulitan mendapatkan gas elpiji 3 kg. Agar tetap boleh memasak untuk keluarganya, terpaksa ia kembali menggunakan kayu bakar. “Kerana gas elpiji susah didapatkan, ya terpaksa saya beli kayu bakar untuk memasak,” ujarnya, Minggu (12/5).   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Warga Kaget, Harga Ayam Meroket

0829118pSAMPIT, KOMPAS.com – Pembeli di Pasar Keramat Sampit, Kabupaten Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah, yang dibuat kaget oleh meroketnya harga ayam potong yang menjadi Rp 30.000 per kilogram atau naik Rp 5.000 hanya dalam seminggu.

“Astaga, naiknya tinggi sekali. Minggu lalu saya masih membeli dengan harga Rp 25.000 per kilogram, sekarang sudah menjadi Rp 30.000. Belum bulan puasa harganya sudah seperti ini, bagaimana kalau bulan puasa nanti? Bisa lebih tinggi lagi,” kata Nisa, salah seorang pembeli, Minggu (12/5/2013).  KOMPAS ONLINE

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Muzium dibuka percuma Sabtu ini sempena Hari Muzium Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Kesemua muzium di bawah kendalian Jabatan Muzium Malaysia akan dibuka percuma pada Sabtu ini sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, tindakan itu bagi menghargai sokongan masyarakat termasuk pelancong yang tidak putus-putus melawat muzium di bawah kendalian jabatan itu.

“Pada 18 Mei tiada bayaran masuk dikenakan oleh muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia, malah slot pameran khas juga turut dibenarkan masuk percuma,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2013, di Muzium Negara hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Filipina mengundi hari ini

Benigno Aquino III, mengundi pada pilihan raya umum  - AFP

Benigno Aquino III, mengundi pada pilihan raya umum – AFP

MANILA 13 Mei – Filipina, hari ini mengadakan pilihan raya umum yang dilihat sebagai saat getir bagi agenda pembaharuan Presiden Benigno Aquino III, dengan kempen pilihan raya dicemari keganasan berdarah dan rasuah membayangi calon-calon yang bertanding.

Pilihan raya pertengahan penggal yang diumumkan Aquino itu bakal menyaksikan beribu-ribu pemimpin tempatan serta wakil dipilih oleh rakyat, selain menjadi petunjuk kepada usaha Presiden untuk mentransformasikan sistem politik rasuah dan ekonomi yang tidak membangun di negara ini.

“Presiden meminta pengundi meletakkan keyakinan kepada pentadbiran negara bagi membantu beliau meneruskan agendanya,” kata jurucakap pejabat Presiden, Abigail Valte.   UTUSAN ONLINE

Harga getah ditutup tinggi berikutan permintaan kukuh

KUALA LUMPUR: Harga getah di pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan permintaan kukuh mendapatkan komoditi itu, kata seorang peniaga.

Katanya harga tempatan yang menaik dipengaruhi oleh laporan pengeluaran perindustrian China, yang menunjukkan kenaikan 9.3 peratus pada April berbanding 8.9 peratus pada Mac, seperti yang dilaporkan oleh Biro Perangkaan Negara China.

“Kebanyakan pasaran getah global dirangsang selepas China, pengguna getah terbesar, meningkatkan import komoditi itu bagi aktiviti penyimpanan,” katanya.   BERITA HARIAN ONLINE

Teksi bandar beroperasi di KLIA

SYED HAMID (kiri) melawat aras satu terminal yang akan menempatkan operasi teksi bandar di KLIA

SYED HAMID (kiri) melawat aras satu terminal yang akan menempatkan operasi teksi bandar di KLIA

SEPANG- Pemandu teksi bandar akan dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bermula esok.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, teksi bandar akan beroperasi di aras satu, manakala teksi limosin pula di aras tiga terminal utama KLIA.

“Penumpang yang memilih menggunakan perkhidmatan teksi bandar perlu membeli kupon berharga RM2 di kaunter sebelum menaiki teksi dan caj perjalanan mengikut meter.   KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 14, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: