KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 15 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

14 Mei 2013 Hari Bertuah Bagi Tiga ‘Khalid

KUALA LUMPUR: Hari ini (14 Mei 2013) merupakan hari bertuah bagi tiga rakyat Malaysia yang berkongsi nama ‘Khalid’.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengangkat sumpah sebagai  Menteri Besar yang baharu di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Baharu, juga pagi Selasa.

Individu bernama Khalid yang ketiga iaitu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Jumaat ini.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara selepas tamat kontrak, Khamis ini.

Antara jawatan lain yang pernah disandang Khalid sebelum ini adalah Ketua Polis Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Polis Selangor.  mStar Online

Polis tubuh pasukan khas

KUALA LUMPUR 14 Mei – Polis melancarkan gerakan besar-besaran memburu kumpulan penjenayah yang membunuh sasaran dengan senjata api menerusi penubuhan pasukan khas di setiap kontinjen negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu Bernama langkah segera itu yang dibuat susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api mutakhir ini, menunjukkan keseriusan polis menangani kejadian tersebut.

Menurut beliau, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

“Polis akan pantau pergerakan serta fokus kepada siasatan dalam kes tembak yang telah berlaku,” katanya.   UTUSAN ONLINE

Galeri Mini Tuntung dan Penyu ubati kehampaan pelancong

Adlin (kanan) memberi penerangan mengenai galeri mini tersebut.

Adlin (kanan) memberi penerangan mengenai galeri mini tersebut.

PENARIK – Galeri Mini Tuntung dan Penyu yang terletak di Penarik Inn di sini, mendapat kunjungan ramai untuk melihat dan mengenali secara lebih dekat haiwan yang semakin pupus berikutan pelbagai faktor alam dan aktiviti manusia.

Bagaimanapun, penubuhan galeri khusus hasil kerjasama Tabung Alam Malaysia (WWF) dan Hijau Group sewajarnya diberi pujian dalam usaha untuk memastikan masyarakat terutamanya generasi muda sedar akan kepentingan pemuliharaan haiwan semakin terancam itu.

Pengarah galeri berkenaan, Adlin Mohd Said berkata, inisiatif mewujudkan galeri mini itu lahir setelah mendapati rata-rata pelancong yang menginap di chalet berkenaan datang semata-mata untuk melihat penyu mendarat dan bertelur.   SINAR HARIAN ONLINE

Tiada kenaikan harga gas memasak

SANDAKAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlaku kenaikan harga gas memasak di daerah ini.

Ketua pejabatnya di sini, Joe Azmi Jamil berkata harga bahan itu masih pada kadar ditetapkan iaitu RM26.60 setong bagi berat 14 kilogram, dan mereka yang membeli pada harga lebih tinggi diminta membuat laporan kepada pihaknya.

“Pengguna dinasihatkan agar tidak mendengar khabar angin dan mempercayainya lalu menghebahkannya.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Sultan Johor minta keamanan jangan digugat

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar tidak mahu ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara.

Baginda bertitah, waktu berkempen dalam pilihan raya telah tamat dan sekarang adalah masa untuk semua wakil rakyat yang dilantik bekerja.

“Saya tidak mahu mendengar ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik,” titah baginda pada Majlis Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini semalam.   KOSMO ONLINE

Kereta Mewah Yang Dicuri, Diseludup Ke Sabah Akan Dihantar Semula Ke Brunei

KOTA KINABALU: Sejumlah 41 kereta mewah bernilai RM4juta yang dicuri dari Brunei dan diseludup ke Sabah pada 2011 akan dihantar semula ke negara jiran itu, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah SAC Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata semua kereta itu, yang sudah dijual di Sabah, akan dihantar ke Brunei selepas siasatan kes berkenaan selesai dan pemilik kenderaan dikenal pasti.

“Mereka telah membuat tuntutan kepada pihak insurans di Brunei dan pihak polis dari sana telah datang ke sini untuk menerima kereta berkenaan bagi pihak mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kepayan, Selasa.   mStar Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Rusia Mau Belajar Hukum Islam dari Indonesia

Ketua MK Akil Mochtar (kanan) bersama mantan wakil perdana menteri Rusia Sergey M Shahray (kiri)

Ketua MK Akil Mochtar (kanan) bersama mantan wakil perdana menteri Rusia Sergey M Shahray (kiri)

TEMPO.COJakarta— Presiden Lembaga Kerjasama Persahabatan Rusia-Indonesia, Sergey M. ShahRay melawat Ketua Mahkamah Perlembagaan, Akil Mochtar, Selasa, 14 Mei 2013. ShahRay ditemani empat kakitangan mengaku pengin bertukar ilmu dan wawasan dengan MK.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Rusia ini mengaku kagum dengan aplikasi undang-undang jenayah dan undang-undang islam di Indonesia. ShahRay pun meminta MK memberikan maklumat berkaitan putusan gugatan Undang-undang agama. “Di Rusia, muslim sebanyak 20 peratus, tapi kami belum punya Undang-undang Syariah,” kata ShahRay.

Dia menambah, sampai saat ini Rusia belum punya Undang-undang Syariah. Masalah agama, dianggap ShahRay sangat sensitif.    TEMPO ONLINE

Sulbar bangun pembangkit listrik tenaga mikro hidro

Anwar Adnan Saleh

Anwar Adnan Saleh

Mamuju (ANTARA News) – Provinsi Sulawesi Barat akan memanfaatkan bantuan geran Amerika Syarikat untuk membina loji kuasa tenaga mikro hidro (PLTMH).

“Salah satu kesulitan yang dialami masyarakat sehingga masih sukar keluar dari garis kemiskinan adalah kerana kekurangan tenaga elektrik,” kata Gabenor Sulbar, Anwar Adnan Saleh di Mamuju, Rabu.

Hal itu menjadi alasan sehingga memanfaatkan anggaran dana geran dari Amerika Syarikat untuk membina loji janakuasa mikro (PLTMH) dan rangka memenuhi keperluan elektrik masyarakat.   ANTARA NEWS ONLINE

Belasan Ribu Rumah di Lebak Tak Layak Huni

Rumah tak layak huni

Rumah tak layak huni

REPUBLIKA.CO.ID, LEBAK – Pemerintah Kabupaten Lebak mengajukan 16.445 unit rumah tidak layak huni ke Kementerian Perumahan Rakyat RI untuk mendapat program bantuan perangsang perumahaan swadaya (BSPS).

“Kami berharap Kemenpera RI boleh merealisasikan pembaikan rumah tidak layak huni itu,” kata Kepala Dinas Cipta Karya Kabupaten Lebak Andi Hasan di Rangkasbitung, semalam. Ia mengatakan, beribu-ribu rumah yang diajukan itu sudah dilakukan pengesahan dan segera dilakukan pemulihan pembaikan.

Selama ini rumah mereka benar-benar tidak layak huni dengan keadaan beralas tanah, jubin bocor, kayu rapuh dan dinding yang diperbuat daripada buluh mengalami bolong-bolong. Mereka warga yang memiliki rumah tak layak huni itu rata-rata masyarakat berpendapatan rendah dengan pendapatan di bawah Rp2 juta per bulan.   REPUBLIKA ONLINE

Filipina Bungkam soal Kompensasi dan Permintaan Maaf

Para pengunjuk rasa dan anggota parlemen membakar bendera Filipina

Para pengunjuk rasa dan anggota parlemen membakar bendera Filipina

TAIPEI – Presiden Filipina Beniqno Aquino III mengatakan pada Selasa (14/5) bahawa kedua-dua pihak; Filipina-Taiwan, sudah berbincang. Ia menjamin penuntasan proses pengusutan penembakan nelayan sama-sama boleh memuaskan kedua belah pihak.

Tetapi, Aquino enggan mengulas soal tuntutan agar pihaknya meminta maaf terhadap penembakan itu dan membayar pampasan kepada keluarga mangsa, atau berhenti menghantar pekerja dari Filipina ke Taiwan. Ada 87.000 warga Filipina yang bekerja sebagai pembantu di Taiwan.

“Jika saya mengulas lebih jauh, eskalasi ketegangan akan berlaku. Jadi, sebaiknya saya diam. Saya rasa, ini adalah kewajiban kedua belah pihak untuk melanjutkan penyelidikan dengan lebih tenang dan kepala dingin agar semuanya boleh berjalan dengan baik, “kata Aquino.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Amerika Luncurkan Pesawat Tanpa Awak

PREDATOR - Pesawat tak berawak yang dipersenjatai ini bisa dikendalikan dari Amerika Serikat dan dioperasikan di mana saja,

PREDATOR – Pesawat tak berawak yang dipersenjatai ini bisa dikendalikan dari Amerika Serikat dan dioperasikan di mana saja,

WASHINGTON, KOMPAS.com— Angkatan Laut Amerika Serikat, hari Selasa (14/5/2013), bersiap meluncurkan pesawat terbang tak berawak dengan ukuran seperti pesawat tempur dari atas geladak kapal induk USS George HW Bush.

Langkah ini merupakan sesuatu yang signifikan karena memungkinan perluasan penggunaan pesawat tak berawak untuk berbagai konflik di masa depan.

Kantor berita AP hari Selasa melaporkan, pesawat tak berawak X-47B bisa mencapai ketinggian lebih dari 12.000 meter dengan jarak jelajah 3.400 kilometer.   KOMPAS ONLINE

‘Melombong’ emas di Geylang Serai

RAMAI PELANGGAN:

RAMAI PELANGGAN:

HARI Raya bak sudah dekat – beberapa kedai emas di Geylang Serai penuh sesak pada hujung minggu.

Malah, pelanggan membelanjakan lebih $270,000 membeli barang kemas di sebuah kedai emas di situ Ahad lalu.

Ia menyusuli kemerosotan harga emas sejak sekitar sebulan lalu, yang menyebabkan fenomena kerubut emas – bukan mencari emas tetapi membeli barang kemas.

Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan kedai emas di Geylang Serai menawarkan emas jenis mutu 916 pada harga $67 setiap gram, berbanding $70 sekitar tiga minggu lalu.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA   

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 15, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: