KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 16 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Pertumbuhan ekonomi suku pertama 4.1 peratus – Zeti

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pertumbuhan ekonomi negara menyederhana kepada 4.1 peratus bagi suku pertama 2013 berbanding 5.1 peratus yang dicatatnya pada tempoh sama tahun lalu.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, di sebalik kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan krisis di zon Eropah, Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan.  UTUSAN ONLINE

Bot bawa 150 etnik Rohingya karam

Yangon: Sebuah bot membawa sekurang-kurangnya 150 rakyat Rohingya yang cuba mengelak dari taufan dilaporkan karam di luar pantai Myanmar semalam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, kejadian berlaku ketika taufan Mahasen mengancam negeri Rakhine yang sentiasa dilanda banjir.

Bot terbabit dilaporkan hilang pada malam kelmarin selepas ia meninggalkan bandar Pauktaw, kata jurucakap Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan.   BERITA HARIAN ONLINE

2,000 pasport dirampas

Antara warga asing yang ditahan, kelmarin.

Antara warga asing yang ditahan, kelmarin.

KAJANG – Hasil laporan yang diterima, Jabatan Imigresen Putrajaya melakukan serbuan di pejabat pertubuhan terbabit, kelmarin.

Sebanyak 2,000 pasport milik warga asing termasuk dari Bangladesh dan Indonesia dirampas.

Ketua Unit Tindakan Jabatan Imigresen Putrajaya, Abdul Malik Bujang berkata, hasil pemeriksaan, pertubuhan yang menguruskan 6P dan kad oren itu didapati bersalah kerana beroperasi tanpa keizinan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).   SINAR HARIAN ONLINE

Polis Singapura beri amaran bersyarat

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberi amaran bersyarat kepada kesemua 21 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ini berikutan amaran bersyarat telah diberi kepada sembilan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di lokasi sama pada 8 Mei.
SPF berkata pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada 8 Mei dan 11 Mei.   myMetro Online
Belajar berkumpulan rahsia tiga pelajar UiTM cemerlang
ABDUL RAZAK (kiri), Muhammad Asyraf (dua dari kiri) dan Ahmad Zahir (kanan) berkongsi kegembiraan

ABDUL RAZAK (kiri), Muhammad Asyraf (dua dari kiri) dan Ahmad Zahir (kanan) berkongsi kegembiraan

SHAH ALAM – Tiga sahabat karib berkongsi kegembiraan apabila mereka dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-78 di kampus universiti itu di sini semalam.

Kesemua graduan Diploma Perakaunan itu, Muhammad Asyraf Mohd. Saufi, Abdul Razak Mohammad Yusoff dan Ahmad Zahir Abu Bakar yang masing-masing berusia 20 tahun mendapat keputusan cemerlang hasil kaedah mengulang kaji secara berkumpulan.

Menurut Muhammad Asyraf, mereka kerap berbincang dan berkongsi pendapat bagi meningkatkan kefahaman dalam setiap subjek yang diambil pada setiap semester.   KOSMO ONLINE

M’rakat kini masih berdepan kes dera wanita, kanak-kanak

Dr. Zuraidah memalu gong tiga kali sebagai tanda rasminya simposium

Dr. Zuraidah memalu gong tiga kali sebagai tanda rasminya simposium

KENINGAU: Masyarakat pada hari ini masih berhadapan dengan kes-kes penderaan yang sebahagian besarnya melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Pengarah Kesihatan Dr. Zuraidah Ahmad Babji, berkata peningkatan kes penderaan yang semakin serius ini memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan dan swasta untuk menanganinya.

Katanya, mangsa penderaan sering dibebani dalam aspek fizikal, mental dan sosio-ekonomi.   NEW SABAH TIMES ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Negara Asia-Pasifik diingatkan jangan ‘salah langkah’ dalam pertikaian di Laut China Selatan

Dr Ng Eng Hen (dua dari kanan) melihat model sebuah kapal serangan amfibia jenis Mistral

Dr Ng Eng Hen (dua dari kanan) melihat model sebuah kapal serangan amfibia jenis Mistral

MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, semalam mengingatkan negara-negara AsiaPasifik supaya tidak “tersalah langkah” dengan menambah ketegangan atau memulakan konfrontasi dalam mengendalikan pertikaian perairan di Laut China Selatan yang masih berterusan.

Berucap dalam majlis pembukaan Persidangan dan Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa (Imdex) Asia tahun ini, Dr Ng berkata rantau ini menghadapi risiko melepaskan satu “harapan hebat” bagi pertumbuhan ekonomi dan perdagangan yang berterusan jika pertikaian itu tidak diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa.

Beliau juga menambah bahawa ia boleh menjadi “enjin pertumbuhan global” yang sangat diperlukan dunia dalam ekonomi yang tidak menentu.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Penembakan Kapal, Taiwan Panggil Dubes Filipina

 Kapal nelayan

Kapal nelayan

TEMPO.CO, Taipei – Taiwan memanggil duta besar Filipina dan mengumumkan menghentikan pengambilan tenaga kerja. Sikap keras tersebut berkaitan dengan kes penembakan kapal yang menewaskan seorang nelayan Taiwan dan penolakan Filipina untuk meminta maaf atas insiden di perairan sengketa.

Sebelumnya, Taipei mengatakan, Filipina telah meminta maaf atas insiden itu. Namun Presiden Ma Ying-jeou, Rabu, 15 Mei 2013, meminta dengan sangat agar Manila meminta maaf secara rasmi, memberikan pampasan kepada keluarga mangsa, menangkap para pelaku, serta mengadakan perbincangan soal industri perikanan.

“Presiden Ma menyampaikan rasa tidak puasnya atas sikap Filipina,” ujar juru bicara Lee Chia-fei kepada wartawan, sambil menambah bahawa Presiden akan memanggil duta besar Taiwan untuk Filipina.   TEMPO ONLINE

Lomba Inilah yang Mengubah Wajah Indonesia

Desain baru bandara internasional Soekarno Hatta

Desain baru bandara internasional Soekarno Hatta

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA — Wajah satu negeri seringkali boleh dilihat dari lapangan terbang. Boleh dibilang inilah pintu gerbang awal memasuki satu negeri. Tak menghairankan bila diharapkan perkhidmatan di lapangan terbang pun boleh lebih baik ketimbang perkhidmatan awam lain. Terlebih jika kita menginginkan makin banyak pelancong asing yang masuk sehingga mampu mendongkrak sektor pelancongan.

Maka, demi terwujudnya citra destinasi pelancongan yang baik dan berdaya saing, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif melaksanakan kegiatan Penghargaan Sapta Pesona Toilet Umum Bersih di Lapangan Terbang Antarabangsa / Nasional yang keempat kali. Kegiatan ini merupakan tindakan dari Penghargaan Toilet Umum Bersih di Lapangan Terbang pada 2007, 2009 dan 2011.   REPUBLIKA ONLINE

Balikpapan akan gunakan trem

Balikpapan (ANTARA News) – Pemkot Balikpapan sedang menyusun konsep pembangunan trem untuk mengurangkan kesesakan yang kini jamak terjadi di Balikpapan.

“Pekan depan kajian kelayakannya sudah kami bermula,” kata Suryanto, Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Daerah (Bappeda) Balikpapan.

Suryanto menjelaskan, Balikpapan belajar dari keadaan di Jakarta. Bahawa Balikpapan harus segera mewujudkan sarana tranportasi yang murah dan massa selagi keadaan lebih mudah.  ANTARA NEWS ONLINE

Aceh Sudah 42 Kali Banjir Selama 2013

99150513-Tanggul Jebol-5BANDA ACEH – Akibat laju kerusakan lingkungan yang tinggi, terutama karena makin tergerusnya hutan tutupan dan pendangkalan daerah aliran sungai (DAS), potensi terjadi banjir di Aceh makin meningkat. Hingga Mei 2013, 46 lokasi di Aceh mengalami banjir. Bahkan 42 kali merendam daerah yang sama.

Hal itu dikemukakan Direktur Walhi Aceh TM Zulfikar di Banda Aceh, Selasa (14/5). Masalah illegal logging, pertambangan, dan perluasan perkebunan merupakan penyabab utama terjadinya banjir. “Itu baru data enam bulan, sementara kalau data enam tahun atau sejak 2007 hingga pertengahan 2013, sejumlah daerah di Aceh telah dihantam 1.017 kali banjir,” kata Zulfikar.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Warga Derawan Minta Agar Bisa Memanfaatkan Telur Penyu

 Penyelundupan 1.880 telur penyu di Pelabuhan Semayang, Balikpapan, Kalimantan Timur, berhasil digagalkan

Penyelundupan 1.880 telur penyu di Pelabuhan Semayang, Balikpapan, Kalimantan Timur, berhasil digagalkan

BERAU, KOMPAS.com-Warga di Kepulauan Derawan, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur tetap mendesak agar dibolehkan memanfaatkan telur penyu, yakni mengambil dan menjualnya.

Namun warga juga mau membantu pemuliharaan dengan memelihara anak penyu (rega) sampai beberapa bulan, sebelum dilepaskan ke laut.

Merujuk UU Nomor 5 Tahun 1990 tentang Konservasi Sumber Daya Alam Hayati dan Ekosistem, mereka yang memperdagangkan hidupan dilindungi bisa dijerat hukuman 5 tahun penjara dan denda maksimum Rp 100 juta.   KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 16, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: