Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap
DARI AKHBAR DALAM NEGARA
TNB salur RM257.6j naik taraf sistem
Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperuntukkan RM257.6 juta untuk kerja menaik taraf sistem pembahagian utamanya sehingga 2015 dalam usaha meningkat dan memberikan perkhidmatan bekalan elektrik berkualiti kepada lebih 307,000 pengguna berdaftar di Melaka.
Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB negeri Melaka, Baderul Sham Saad berkata, peruntukan itu meliputi kos pembinaan 12 Pencawang Pembahagian Utama (PPU), iaitu empat PPU dijangka akan disiapkan pada Disember setiap tahun bermula tahun ini sehingga 2015. BERITA HARIAN ONLINE
Kewangan berlandas syariah jadi pilihan
KUALA LUMPUR 17 Mei – Bukan Islam di negara ini telah memilih sistem kewangan Islam kerana yakin terhadap produk yang ditawarkan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Katanya, setakat ini, antara 50 peratus sehingga 70 peratus pelanggan perbankan Islam adalah di kalangan bukan Islam.
“Ini menunjukkan betapa produk kewangan Islam mempunyai potensi di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa.
“Bukan Islam hanya melihat sama ada produk yang ditawarkan itu sangat kompetitif atau tidak. Di Malaysia, mana-mana perbankan pelaburan yang menerbitkan sukuk turut menjadi pilihan di kalangan pelanggan bukan Islam,” katanya. UTUSAN ONLINE
Raja Perlis Mahu Rakyat Mantapkan Kembali Perpaduan
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) dan Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) memberikan tabik hormat pada perbarisan kehormatan
KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat memantapkan kembali ikatan perpaduan yang menjadi asas utama ke arah mengekalkan negara berdaulat.
Baginda bertitah masa untuk bertelagah kerana perbezaan fahaman politik tidak perlu dipanjangkan kerana pilihan raya umum ke-13 telah berlalu.
“Kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan yang membanggakan negara secara bersama. “Pepatah Melalu yang menyebut ‘kuah sama dihirup, sambal sama dicolek’ adalah releven bagi menyatakan tentang perpaduan rakyat di negara ini,” titah baginda pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Istana Arau pada Jumaat. mStar Online
Dusun buah-buahan dicadang kawasan Menara KL
KUALA LUMPUR – Pokok buah-buahan dicadang untuk ditanam di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur (Menara KL), menjadikan ia satu-satunya kawasan di bandaraya ini yang mempunyai dusun buah-buahan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hashim Abdullah berkata kementerian tersebut akan menghantar pakar untuk menilai dan mencadangkan pokok buah-buahan yang sesuai untuk ditanam setelah pihak pengurusan Menara KL mengenal pasti tapak atau lokasi dusun berkenaan.
“Namun kita tidak akan menebang pokok-pokok sedia ada di kawasan Menara. Kita akan berusaha mewujudkan dusun di tengah-tengah bandaraya yang tidak ada lagi mana-mana negara yang membuat buat pendekatan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Mangga 2013 @ Menara KL hari ini. SINAR HARIAN ONLINE
Pasukan khas jejak pekerja warga Indonesia
Miri: Polis Miri menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki sekumpulan pekerja warga Indonesia yang disyaki ada kaitan dengan kes pembunuhan dua lelaki yang mayat mereka ditemui ditanam di tapak pembinaan di Permyjaya di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, pasukan khas terbabit diketuai Asisten Superintendan Soliment Nyien yang akan menggiatkan usaha memburu suspek.
Katanya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan kumpulan pekerja Indonesia terbabit yang menghilangkan diri beberapa hari lalu untuk membantu siasatan. myMetro Online
DARI AKHBAR LUAR NEGARA
Puting beliung landa Bangladesh
COX’S BAZAR (Bangladesh): Puting beliung Mahasen melanda kawasan pantai selatan Bangladesh semalam, menyebabkan hujan lebat dan angin kencang di perkampungan nelayan terpencil.
Hujan lebat dan angin kencang itu meratakan pondok nelayan yang dibuat daripada lumpur dan jerami, selain memaksa lebih sejuta orang berpindah ke tempat lebih selamat.
Bahagian utama puting beliung itu tiba di darat semalam dan terus menjadi lemah, menurut Encik Mohammad Shah Alam, pengarah Jabatan kaji cuaca Bangladesh.
Pergerakan ke hadapan puting beliung itu juga semakin perlahan dan ini bermakna bandar-bandar di laluan puting beliung itu perlu melalui cuaca buruk untuk tempoh lebih lama, katanya. CYBERITA ONLINE SINGAPURA
Saudi Resmi Larang Twitter
TEMPO.CO, Riyadh – Kerajaan Arab Saudi melarang penggunaan Twitter. Ketua polis agama Arab Saudi Syekh Abdul Latif Abdul Aziz al-Sheikh berkata siapa saja yang menggunakan laman media sosial, khususnya Twitter, telah kehilangan dunia ini dan akhiratnya. Padahal, saat ini Twitter sudah sangat popular di sana, Jumat, 16 Mei 2013.
International Digital Times mencatat bahawa kenyataan ketua polis agama tersebut hampir sama seperti yang pernah diungkapkan imam Masjidil Haram dalam khutbahnya dan disaksikan oleh jutaan orang di TV pada April lalu. Imam tersebut menyebut Twitter sebagai ancaman bagi persatuan nasional kerajaan Arab Saudi sebagai negara beragama. Sebelumnya, di beberapa kesempatan ia juga menyebut pengguna Twitter sebagai orang bodoh. TEMPO ONLINE
Jika MRT dan Monorail Rampung, Siap-Siap Hadapi Ini
REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA — Untuk memaksimumkan daya angkut mass rapid transit (MRT) dan monorail jika nanti telah disiapkan pembangunannya, Gubernur DKI Jakarta, Joko Widodo, akan memaksa warga ibu kota menggunakan pengangkutan awam beramai-ramai tersebut. Salah satu cara yang akan ditempuh, yaitu dengan menaikkan cukai letak dan pelbagai dasar pendukung lainnya.
Jokowi mengatakan, akan melakukan percepatan terhadap pembangunan kedua angkutan massa berasaskan rel ini. Sehingga boleh memaksa rakyat untuk menggunakan pengangkutan massa yang tersedia. Pemaksaan yang dilakukan yakni dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti cukai letak kereta yang tinggi, electronic road pricing (ERP), serta penerapan sekatan kenderaan berdasarkan ganjil genap nombor polis kenderaan. REPUBLIKA ONLINE
BI beli emas 933 kilogram
Jakarta (ANTARA News) – Bank Indonesia (BI) menyatakan telah melakukan pembelian emas sebanyak 30 ribu troy ons atau setara 933 kilogram, sehingga total simpanan logam mulia bank pusat menjadi 73,93 tan pada akhir 2012.
“Simpanan dalam bentuk emas pada akhir 2012 sebanyak 2.377.046 troy ons (setara 73,93 tan), naik 30 ribu troy ons kerana ada pembelian pada 2012,” kata Pengarah Eksekutif Jabatan Kewangan Internal BI Mubarakah kepada wartawan di Gedung BI, Jakarta, jumat.
Dia menjelaskan dalam neraca kewangan BI per 31 Disember 2012, tercatat nilai aset dalam bentuk emas sebesar Rp38, 24 triliun, atau mengalami peningkatan dari Rp33, 51 triliun pada akhir tahun sebelumnya. ANTARA NEWS ONLINE
Lindungi Harga dan Pelaku Usaha Kopi
BANDAR LAMPUNG – Pemerintah Provinsi Lampung akan mengambil beberapa langkah untuk melindungi kopi Lampung agar tetap diterima pasaran antarabangsa. Pemerintah daerah (pemda) dalam waktu dekat akan melengkapkan keperluan yang diminta negara-negara pengguna berkaitan kualiti dan persyaratannya.
“Pertemuan hari ini merupakan tindak lanjut dari pertemuan Tim Pembina Perkopian Lampung sebelumnya. Kami akan meningkatkan mutu dan pengeluaran kopi Lampung. Selanjutnya, kami akan melindungi pelaku usaha kopi, khususnya pengeksport agar berperanan lebih besar,” ujar Wakil Gubernur Lampung, Joko Umar Said, usai memimpin rapat Tim Pembina Perkopian di kompleks pejabat Gubernur Lampung, Rabu (15/5). SINAR HARAPAN NEWS ONLINE
Industri Musik Indonesia Rugi Rp 4,5 Triliun akibat Pembajakan
JAKARTA, KOMPAS.com – Menteri Perdagangan Gita Wirjawan mengatakan bahawa potensi kerugian industri muzik Indonesia akibat pembajakan mencapai Rp 4,5 trilion setahun.
“Jika nilai penggunaan muzik per orang sebesar Rp 20.000 per tahun, nilai potensi penggunaan muzik mencapai Rp 5 trilion setahun. Namun, yang boleh dinikmati oleh para pemuzik tersebut hanya sepuluh peratus,” kata Gita saat jumpa pers seusai menemui puluhan musikus di Kementerian Perdagangan , Jakarta, Jumat. KOMPAS ONLINE
Komen Terbaru