KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 19 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

DBKL sasar 5,000 pokok hutan ditanam di taman awam sekitar ibu negara

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pihak swasta mensasarkan untuk menanam 5,000 pokok spesies hutan di taman awam sekitar ibu kota di bawah projek ‘Greener KL’.

Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggara DBKL, Mohd Najib Mohd, berkata pihaknya menjangkakan sasaran itu akan dapat dicapai menjelang September berikutan kerjasama menggalakkan yang diterima daripada syarikat swasta.

“Kami akan tanam secara berperingkat pokok hutan daripada spesies hampir pupus dan kami harap dalam 20 atau 30 tahun akan datang pokok yang kami tanam hari ini akan hidup subur,” katanya kepada pemberita pada program Scope KL Eco Challenge 2013 di Taman Rimba Bukit Kerinchi, di sini, hari ini.  BERITA HARIAN ONLINE
 
Tingkat keselamatan di IPTA
Naib Canselor Unisza, Profesor Dr Yahaya Ibrahim

Naib Canselor Unisza, Profesor Dr Yahaya Ibrahim

GONG BADAK – Konvensyen Keselamatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) edisi ke-2, di sini, semalam, sebulat suara ingin memastikan semua pengawal keselamatan di kampus itu bersedia sepenuhnya dan dilengkapi pelbagai peralatan untuk mengharungi zaman serba mencabar ini.

Menyedari hakikat tanggungjawab yang digalas semakin mencabar dari tahun ke tahun, peranan yang dimainkan anggota keselamatan itu juga turut tidak terkecuali dan apa yang pasti aspek pencegahan perlu diberi perhatian.   SINAR HARIAN ONLINE
Berhimpit 19 sekeluarga

Alor Setar: Kesempitan hidup yang membelenggu mereka, memaksa 19 sekeluarga tinggal dalam sebuah rumah pusaka usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, di sini, dalam keadaan sesak sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, rumah berusia lebih 100 tahun dan tidak pernah dibaiki itu dihuni Ishak Darus, 73, dan isteri, Jamaliah Rejab, 46, bersama 10 anak berusia antara 10 hingga 27 tahun termasuk dua menantu dan juga lima cucunya.

Malah, dua daripada anak pasangan terbabit yang sudah berkahwin juga turut tinggal bersama mereka kerana hidup susah.

Ishak berkata, dia tiada pilihan lain kecuali terpaksa tinggal bersama anak, menantu dan cucunya walaupun ruang rumah ini terhad dan sempit, selain ada banyak kerosakan seperti bumbung bocor kerana kesempitan hidup.   myMetro Online

Ushawan bumiputera perlu agresif

SANDAKAN – Usahawan bumiputera perlu bersifat agresif dan tidak takut untuk mencuba agar mereka mampu bersaing dengan usahawan lain yang jelas memonopoli sektor-sektor tertentu di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Datuk Mohd. Rosdi Ismail berkata, usahawan bumiputera perlu mengubah pemikiran untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya khususnya di kawasan luar bandar. KOSMO ONLINE

PPM rampas gula, minyak masak cuba diseludup

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 1,050 paket gula pasir bersubsidi dan 235 paket minyak masak yang kesemuanya bernilai RM3,338 ketika cuba diseludup keluar ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah berkata, bagi operasi pertama PPM telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah feri penumpang MV Labuan Express yang baru berlepas dari Tawau menuju ke Nunukan, Indonesia.

Menurutnya, pihaknya melakukan operasi itu pada jam 3.40 petang, 11 Mei lepas dan menjumpai 790 paket gula pasir yang diletak di bahagian bagasi dan kargo kapal berkenaan.     NEW SABAH TIMES ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Belia raih ilmu mulakan niaga

KONGSI PENGALAMAN

KONGSI PENGALAMAN

MENCEDOK ilmu dan mempelajari selok-belok perniagaan daripada dua usahawan terkemuka.

Itulah yang dilakukan lebih 20 belia termasuk pelajar dan karyawan muda dalam satu sesi seminar anjuran sayap belia Angkatan Karyawan Islam Muda (AMP) baru-baru ini.

Sesi tersebut adalah yang pertama daripada siri kepimpinan korporat yang dilancarkan buat julung-julung kalinya oleh AMP Muda (Young AMP).

Dalam sesi itu, dua usahawan – pengerusi eksekutif syarikat rekaan komunikasi Kingsmen Creatives Ltd, Encik Benedict Soh, dan ketua pegawai eksekutif syarikat sofwe navigasi Quantum Inventions Pte Ltd, Encik Saurav Bhattacharyya – berkongsi pengalaman mereka menjalankan perniagaan serta cabaran yang mereka lalui dan faktor kejayaan mereka.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Peletakan batu asas Akademi Pertahanan

Dato Paduka Haji Mustappa menyempurnakan peletakan batu asas

Dato Paduka Haji Mustappa menyempurnakan peletakan batu asas

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Dengan misi menyediakan pasukan bersenjata yang kuat, responsif dan cekap sumber dengan memberikan penghormatan kepada pertahanan kedaulatan, integriti wilayah dan mengekalkan falsafah Melayu Islam Beraja, Kementerian Pertahanan menubuhkan Akademi Pertahanan.

Sehubungan dengan itu satu Majlis Peletakan Batu Asas Akademi Pertahanan telah diadakan hari ini di tapak yang telah dicadangkan, di Kampung Tanah Jambu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat selaku tetamu kehormat.   MEDIA PERMATA ONLINE

Malaysia peringkat keenam negara berisiko kejahatan maya

Ilustrasi Peretas Internet (ANTARA News/Grafis)

Ilustrasi Peretas Internet (ANTARA News/Grafis)

Kuala Lumpur (ANTARA News) – Malaysia menduduki peringkat keenam sebagai negara di dunia yang paling berisiko terhadap kejahatan dunia maya dalam bentuk serangan virus melalui komputer atau telefon pintar.

Wakil Presiden Sri Haryati Malaysia Research Leftenan Kolonel (R) Sazali Sukardi mengutip laporan Sophos Security Threat 2013 mengatakan, dalam tempoh tiga bulan tahun ini, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, United Arab Emirates, Mexico, India, Filipina, Thailand, China dan Indonesia termasuk dalam kategori negara berisiko tinggi.

“Kejahatan dunia maya telah mengakibatkan kerugian hingga 331,7 bilion ringgit di seluruh dunia, rata-rata 593 ringgit per korban berdasar laporan Norton Cyber ​​Crime 2012,” katanya seperti dikutip Bernama dalam persidangan dua hari mengenai kejahatan dunia maya, Khamis.   ANTARA NEWS ONLINE

Produksi Susu Lokal Menurun

Peternak menyetor susu hasil perahan mereka di tempat pelayanan koperasi

Peternak menyetor susu hasil perahan mereka di tempat pelayanan koperasi

TEMPO.CO, Jakarta-Ketua Dewan Persusuan Nasional, Teguh Boediyana mengatakan tahun 2013 ini peratusan susu segar untuk membekalkan keperluan nasional diyakini menurun berbanding tahun 2012. Prooduksi susu segar di tahaun 2103 dijangka turun sekitar 10 -15 peratus.

“Hal ini diakibatkan bahawa sebagai implikasi harga susu segar yang kurang layak dan adanya kenaikan harga daging lembu,” katanya melalui surat elektronik kepada Tempo, Sabtu, 18 Mei 2013. Lebih lanjut Teguh mengatakan bahawa banyak penternak yang menjual lembu perahnya untuk menjadi lembu potong.

Kerajaan, menurut Teguh tidak melakukan tindakan pencegahan apa pun menghadapi keadaan ini. Padahal sesuai dengan ketentuan Undang-undang Nomor 18/2009 pemotongan lembu betina produktif dikenakan hukuman jenayah. Pengeluaran susu segar yang dipasarkan ke IPS sekitar 1700 Ton / hari.   TEMPO ONLINE

H7N9 Dilaporkan Sudah Merambah Tibet

Seorang pedagang di pasar Kota Fuyang city, Provinsi Anhui, Cina Tengah

Seorang pedagang di pasar Kota Fuyang city, Provinsi Anhui, Cina Tengah

REPUBLIKA.CO.ID, BEIJING–Wilayah Otonomi Tibet di China Barat-daya telah melaporkan wabah virus flu unggas H7N9, yang sangat menular, pada unggas, demikian pengumuman Kementerian Pertanian (MOA) China, Senin (13/5).

Sebanyak 35 ayam di satu peternakan di satu desa di Kabupaten Mainling di Prefektur Nyingchi memperlihatkan gejala yang diduga sebagai flu unggas dan mati pada Selasa lalu (7/5), kata kementerian tersebut.

Laboratorium Rujukan Influenza Unggas Nasional pada Senin mengkonfirmasi virus itu adalah flu unggas H7N9. Keterangan diberikan otoritas melakukan pemeriksaan terhadap sampel yang dikumpulkan di peternakan tersebut, kata MOA.   REPUBLIKA ONLINE

Nelayan, Gaya Selangit, Duit Habis

Muhammad Syukur menawarkan ikan hasil tangkapannya setelah pulang melaut selama dua hari

Muhammad Syukur menawarkan ikan hasil tangkapannya setelah pulang melaut selama dua hari

Matahari sudah bergerak naik pada Kamis (16/5), walaupun jarum jam baru bertengger di angka 10. Panas terasa menusuk kulit. Namun, Muhammad Syukur baru pulang melaut. Perahu yang dia gunakan bersama kakaknya, Zainal Abidin, hendak merapat di Pelabuhan Ulee Lheue, Banda Aceh.

Dari kejauhan, bajunya kelihatan lusuh. Dia bersama kakaknya telah dua hari mengharungi laut untuk mencari kehidupan. Pemuda asal Kecamatan Peukan Bada, Kabupaten Aceh Besar, yang kerap disapa Syukur ini mengaku menjadi nelayan sejak awal 2009.

Sebelum jadi nelayan, lelaki tamatan Sekolah Menengah Atas (SMA) tersebut bekerja sebagai buruh bangunan, tukang parkir, dan tukang becak. Namun kerana merasa malu dilihat oleh teman-temannya, dia akhirnya ganti haluan menjadi nelayan.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 19, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: