KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 20 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Wanita pertama Arab Saudi sampai kemuncak Everest

KATHMANDU: Pendaki wanita, Raha Moharrak berjaya memijakkan kaki di puncak Gunung Everest sekali gus menjadi wanita pertama dari Arab Saudi berbuat demikian, kata pegawai pelancongan hari ini.

Pendaki berusia 25 tahun itu sampai di kemuncak setinggi 8,848 meter pada awal pagi semalam bersama-sama pendaki asing dan jurupandu warga Nepal.   BERITA HARIAN ONLINE

Baja organik ‘Biojadi’ tunjuk hasil mengagumkan

KOTA KINABALU: Majlis Perniagaan BIMP-EAGA berkata inisiatif untuk memperkenalkan BioJadi—baja organik buatan Malaysia—kini, telah mula menunjukkan hasil.

Pengerusi Datuk Roselan Johar Mohamed berkata BioJadi diperkenalkan di Persidangan BIMP-EAGA IMT-GT (Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand) yang diadakan di Melaka pada November tahun lepas.

“Keputusan awal daripada ladang kelapa sawit yang menyertai di Sabah yang telah mula menggunakan BioJadi sejak lima hingga enam bulan lepas telah menunjukkan keputusan yang begitu menggalakkan.   NEW SABAH TIMES ONLINE

100 bunga ros gergasi, pelbagai warna dibawa khas dari Equador

KUALA LUMPUR – Sebanyak 100 bunga ros gergasi dan pelbagai warna diterbangkan khas dari Ecuador semalam untuk dihadiahkan kepada pengunjung Pesta Amerika Latin kelima dari dalam dan luar negara yang diadakan, di sini, hari ini.

Duta Besar Ecuador ke Malaysia Lourdes Puma Puma berkata, bunga ros melambangkan kasih sayang dan keindahan, seperti hubungan dua hala antara Malaysia dan Ecuador.

Katanya, bunga yang menjadi kebanggaan negara Amerika Latin itu mekar sepanjang tahun di kawasan tanah tinggi Ecuador, dan merupakan produk eksport utama negara berkenaan ke Amerika, Jepun dan Rusia.

“Bunga ros di negara kami amat cantik serta unik warnanya dan sukar ditemui di negara lain. Kami jadikannya sebagai hadiah dalam persahabatan kerana ia melambangkan kasih sayang serta sikap prihatin kami terhadap sahabat,” katanya kepada Bernama pada pesta itu yang berlangsung di BB Park di sini.    SINAR HARIAN ONLINE

Korea Utara lancar peluru berpandu

SEOUL 18 Mei – Korea Utara hari ini melancarkan tiga peluru berpandu jarak sederhana ke Laut Jepun, yang merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan negara itu.

”Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu pada sebelah pagi manakala satu lagi pada sebelah petang.

”Kesemua peluru itu jatuh di Laut Timur (Laut Jepun),” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Tambahnya, Korea Selatan mengekalkan pengawasan serius terhadap Korea Utara dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.   UTUSAN ONLINE

Prosiding RCI esok

Kuala Lumpur: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) akan disambung semula selama lapan hari bermula esok.

Prosiding pertama akan diadakan pada 20 hingga 23 Mei, diikuti 25 Mei dan dari 27 hingga 29 Mei di Mahkamah Persekutuan, Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah, bermula jam 9.30 pagi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha RCI yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim melalui satu kenyataan akhbar, semalam. Penubuhan RCI pada 21 September tahun lalu membuktikan komitmen kerajaan yang memandang serius isu pendatang tanpa izin di Sabah yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat negeri itu.   myMetro Online

Laman web kerajaan Arab Saudi digodam

ARAB Saudi telah menubuhkan satu inkuiri khas untuk menangani masalah serangan siber dan mengurangkan impaknya terhadap perkhidmatan internet

ARAB Saudi telah menubuhkan satu inkuiri khas untuk menangani masalah serangan siber dan mengurangkan impaknya terhadap perkhidmatan internet

 

RIYADH – Beberapa buah laman web kerajaan Arab Saudi telah digodam secara serentak, jelas jurucakap kerajaan yang kaya dengan minyak itu pada Jumaat.

Antara laman web yang digodam adalah laman web milik Kementerian Dalam Negeri. Laman web tersebut tidak dapat diakses selama sejam pada Rabu minggu lalu selepas menjadi sasaran serangan siber daripada beratus-ratus alamat IP dari beberapa buah negara berbeza.

Pusat Kawalan Informasi Arab Saudi dikatakan telah memulakan inkuiri tentang bagaimana untuk menangani serangan seperti ini dan mengurangkan impaknya ke atas perkhidmatan dalam talian.    KOSMO ONLINE

 

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Umrah: Dapatkan vaksin influenza, meningitis

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menasihatkan jemaah Singapura yang ingin mengerjakan ibadah umrah agar mendapatkan suntikan melawan penyakit influenza dan meningitis sebagai langkah pencegahan daripada menghidapi virus jenis novel Coronavirus.

Virus baru yang dinamakan Sindrom Sesak Nafas Coronavirus Timur Tengah (MERS-CoV) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu serupa dengan virus Sars dan berasal daripada keluarga virus yang menyebabkan demam biasa, batuk dan radang paru-paru.

Baru-baru ini, dua pekerja kesihatan di Arab Saudi dijangkiti virus tersebut selepas terdedah kepada pesakit yang menghidapi penyakit tersebut.

Menurut kenyataan Muis semalam, selain mendapatkan suntikan melawan influenza dan meningitis, Kementerian Kesihatan (MOH) turut menyarankan jemaah yang berumur 65 tahun ke atas atau mempunyai kondisi perubatan kronik untuk mendapatkan suntikan menentang virus pneumococcal.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Kasus demam berdarah di Singapura capai 7.000

Pencegahan DBD. Seorang petugas melakukan pengasapan untuk pencegahan DBD (Demam Berdarah Dengue).

Pencegahan DBD. Seorang petugas melakukan pengasapan untuk pencegahan DBD (Demam Berdarah Dengue).

Singapura (ANTARA News) – Jumlah kes demam berdarah di Singapura mencapai 7,000 pada Jumat pukul 15.00 waktu setempat.

Itu lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan untuk seluruh tahun 2012 dan 2011. Ada 4.632 kes dilaporkan pada 2012 dan 5.330 dilaporkan pada 2011.

Namun demikian terjadi sedikit penurunan jumlah kes yang dilaporkan dalam sepekan terakhir.

Ada 510 kes yang dilaporkan dalam pekan yang berakhir 17 Mei hingga pukul 15.00, berbanding dengan 562 minggu sebelumnya.

Daripada 7,000 kes, 159 berada di tapak pembinaan. Itu lebih dari dua kali ganda jumlah yang dilaporkan tahun lalu.  ANTARA NEWS ONLINE

Petugas Pos Malas, Timbun Surat 400 Kg di Rumahnya

0041056-kirim-surat-620X310

ROMA, KOMPAS.com – Seorang pegawai pejabat pos di Pulau Sardinia, Itali disinyalir terlalu malas untuk menghantar surat dan pakej surat pada pagi hari. Surat dan pakej pos yang sedianya harus dihantar ke alamat penerima ternyata hanya dibawa ke rumahnya dan ditimbun di sana. Total surat dan pakej yang ditimbun mencapai 400 kilogram.

Penduduk tempatan dan polis sebagaimana dikutip pejabat berita AFP melaporkan, penduduk sejak lama keberatan dan protes kepada polis kerana tidak pernah menerima ratusan dokumen penting. “Bagaimanapun tak pernah ada surat dan dokumen penting yang diterima penduduk,” ujar polis tempatan, Gianni di Carlo.

Akhirnya warga dan polis bersetuju mendatangani rumah di petugas pos ini. “Di sana kami menemui sejumlah besar surat dan pakej ditimbun di garaj rumahnya,” ujar Gianni. “Kami mendapati seluruhnya 400 kg surat dan pakej,” tambahnya. Sejumlah surat itu ternyata dihantar sejak empat tahun lalu.     KOMPAS ONLINE

Warga Belum Siap Terima Kenaikan BBM

2antrean BBM2-tribunnews.comRENGAT – Sejumlah warga daerah Indragiri Hulu, Provinsi Riau belum siap menerima kenaikan harga BBM yang dirancang kerajaan, pasalnya ekonomi masyarakat masih rendah.

“Saya sebagai warga tentu merasa keberatan jika harga BBM naik, masih ada kemungkinan lain yang dapat dilakukan kerajaan Pusat dalam mengurangkan subsidi yang terlalu besar itu,” kata Yanti (34) seorang ibu rumah tangga di Pematang Reba dijumpai saat pengisian BBM di salah satu stesen minyak di Rengat, Sabtu (18/5).

Dikatakannya, sebagai warga ekonomi lemah tentunya dengan rencana kenaikan harga BBM nantinya akan memberi kesan kepada ekonomi rumah tangga, berarti ada kos lebih yang mesti dikeluarkan untuk operasi honda sehari hari. manakala harga yang sekarang saja dirasakan sudah tinggi dan menyulitkan apalagi jika dinaikkan mencapai Rp6000.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Pentagon Setujui Perancis Beli Drone Buatan AS

Pesawat tanpa awak Northrop Grumman X-47B.

Pesawat tanpa awak Northrop Grumman X-47B.

TEMPO.CO, Paris – Perancis telah mendapatkan persetujuan dari Pentagon, Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, untuk membeli dua pesawat jenis Reaper untuk pengumpulan perisikan. Akhbar Le Monde, Sabtu 18 mei 2013 berkata, kini Perancis hanya memerlukan kelulusan daripada Kongres.

Dengan peranti keras saat ini yang semakin usang, Perancis berusaha membina satu armada moden pesawat tanpa awak (drone) untuk operasi pengintipan di negara-negara seperti Mali.

Le Monde mengatakan, Perancis akhirnya berniat membeli total lima atau tujuh Reapers, yang akan dibuat oleh syarikat swasta General Atomics, dengan kos 300 juta euro.    TEMPO ONLINE

Taksi Listrik Mulai Berkeliaran di Hongkong

Taksi Listrik.

Taksi Listrik.

REPUBLIKA.CO.ID, HONG KONG – Hong Kong mula beroperasi teksi tenaga elektrik untuk mengurangkan pencemaran udara akibat akitifitas kenderaan bermesin BBM.

AFP melaporkan teksi tersebut buatan pengeluar automotif China BYD dan disokong oleh pelabur besar Amerika Syarikat Warren Buffett.

Terdapat 45 teksi elektrik BYD e6 jenis crossover lima pintu warna merah yang beroperasi sejak Sabtu. Tenaga BYD e6 menggunakan bateri fosfat dan cuma perlu dua jam “cas” untuk menempuh 300 km. Armada tersebut disewa oleh Hong Kong Taxi dan Public Light Bus Association untuk masa percubaan selama enam bulan.   REPUBLIKA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 20, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: