KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 21 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

SPRM tawar khidmat dalam usaha pencegahan rasuah

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan khidmat nasihat kepada agensi, syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) bagi mencegah kegiatan rasuah dalam organisasi mereka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Sutinah Sutan berkata, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada SPRM untuk mendapatkan khidmat itu.

Katanya, SPRM mengambil pendekatan holistik dalam usaha memerangi rasuah dengan melaksanakan pelbagai transformasi dari segi fungsi, peranan dan penstrukturan semula.

“SPRM bukan saja mengambil pendekatan mendakwa pelaku rasuah tetapi kita juga mengunakan kaedah jangka masa panjang seperti menawarkan khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang wujudnya gejala rasuah,” katanya.  BERITA HARIAN ONLIN

Petronas, PENGASIH bekerjasama usaha mencegah, mengurangkan penyalahgunaan dadah di kalangan belia

KOTA KINABALU: Lebih 500 peserta termasuk guru-guru sekolah, ibu bapa dan agensi-agensi kerajaan di Sabah mengambil bahagian dalam Kenali Anak Kita (Kak) Program (PKAKP) yang dianjurkan oleh Petronas semalam.

Petronas dan Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) di 1 Borneo Grand Ballroom di sini, hari ini membawa usaha kerjasama mereka, PKAKP ke Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk mencegah dan mengurangkan penyalahgunaan dadah di kalangan belia Malaysia.

PKAKP, lanjutan daripada kempen Kak sebelumnya (2009-2011), adalah satu inisiatif untuk menggalakkan hubungan kekeluargaan yang positif dengan melengkapkan ibu bapa dengan kemahiran, maklumat dan pengetahuan untuk menguruskan tingkah laku negatif di kalangan anak-anak mereka.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Sindiket bomoh warga China tumpas

IPOH – Sindiket ‘bomoh’ dari kalangan warga China yang dipercayai terlibat dalam 23 kes penipuan di negeri ini melibatkan kerugian RM1 juta tumpas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata mereka yang terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berumur antara 45 hingga 51 tahun ditahan di sebuah bilik hotel di Kulim, Kedah pada Jumaat lepas.

“Dalam serbuan pada pukul 3.30 pagi itu polis merampas wang tunai dan barang kemas yang diserahkan mangsa kepaad mereka antaranya wang tunai sebanyak RM3,270, enam utas gelang, 14 bentuk cincin dan dua rantai leher,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Faktor Geografi, Politik Sebabkan Populasi Warga Asing Meningkat Di Sabah – Saksi

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah pada Isnin diberitahu faktor geografi dan politik menyebabkan jumlah populasi pendatang asing di negeri itu meningkat dengan drastik sejak tahun 1963 sehingga 2012.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sarawak Datuk Abu Bakar Mat berkata faktor tersebut menyebabkan pengeluaran kad pengenalan (IC) biru kepada golongan pendatang meningkat di Sabah dalam tempoh 49 tahun itu.

Menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, Abu Bakar berkata sebanyak 5,753 IC biru dikeluarkan kepada warga asing di Sarawak selepas mereka memperoleh taraf sebagai warganegara sejak 1963 sehingga akhir tahun lepas.   mStar Online

5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT

KOTA BHARU 20 Mei – Seramai 5,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghadiri sesi temu duga terbuka bagi mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di sini semalam.

Sesi temu duga itu dikelolakan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kelantan dan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini.

Antara IPT terlibat ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Unifield International College.

Setiausaha Penerangan GPMS Negeri Kelantan, Khairul Asraf Razali berkata, ia bagi membuka peluang kepada lepasan SPM di negeri ini untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi tempatan.   UTUSAN ONLINE

Pemuda 26 tahun dari New York jadi bilionair

GAMBAR fail menunjukkan Karp (kanan) bersama Presiden Media Kabel Warner, Joan Gilman.- AP

GAMBAR fail menunjukkan Karp (kanan) bersama Presiden Media Kabel Warner, Joan Gilman.- AP

 

NEW YORK – Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).

Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku.

Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.

Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Malaysia tetap ada wakil… Malaysia tetap ada wakil…

Pemilik Cardiff City, jutawan Malaysia Vincent Tan

Pemilik Cardiff City, jutawan Malaysia Vincent Tan

Tersingkirnya pasukan Queens Park Rangers, yang sebahagian besar sahamnya dipegang jutawan penerbangan Air Asia, Tony Fernandes, diganti seorang lagi hartawan Malaysia, Vincent Tan, yang memiliki pelbagai perniagaan termasuk dalam sektor hartanah, telefon, runcit dan perjudian.

Pasukan Cardiff City milik Tan, mencatat sejarah menyertai Liga Perdana, pertandingan kelab-kelab elit England, buat julung-julung kalinya selepas 51 tahun.

Apabila beliau mula menyalurkan wang sebanyak £6 juta ($11.3 juta) ke dalam Cardiff tiga tahun lalu, beliau tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak.

Tetapi keuntungannya dijangka berlipat kali ganda dengan Cardiff dijangka menerima lebih £100 juta ekoran kejayaannya menyertai Liga Perdana selaku juara Liga Kejuaraan.    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Kementan sarankan pebisnis bunga kembangkan beragam komoditas

ilustrasi petani bunga krisan (ANTARA/Seno S)

ilustrasi petani bunga krisan (ANTARA/Seno S)

Bogor (ANTARA News) – Director Budi Daya dan Pascapanen Florikultura Kementerian Pertanian Ani Andayani menyarankan pebisnis bunga mengembangkan beragam Komoditi sukses tidak terjebak pada satu jenis saja.

“Makin sukses dipulangkan tren para pengguna ditukar ke jenis bunga Other, pebisnis tidak akan kelimpungan,” katanya melalui McCaffrey Institut Pertanian Bogor (IPB) di Bogor, Jawa Barat, Minggu.

Ani Andayani memberi kepada saran itu pada perbincangan kelompok terarah (Fokus Gruop Perbincangan) rangkaian acara “Festival Bunga dan Buah Nusantara 2013” yang digagas bersama IPB, Kementan dan Kementerian BUMN.    ANTARA NEWS ONLINE

TNI Tahan Pesawat AS Tanpa Izin di Aceh

Pesawat Dornier seri 328 (ilustrasi)

Pesawat Dornier seri 328 (ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, BANDA ACEH-TNI Angkatan Udara Sultan Iskandar Muda Provinsi Aceh menahan sementara pesawat tentera milik Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Senin (20/5). Pesawat kerana tidak mempunyai izin terbang dalam wilayah Indonesia.

Komander Pangkalan TNI AU Sultan Iskandar Muda Kolonel Pnb Supri Abu di Aceh Besar mengatakan bahawa kewujudan pesawat tentera AS jenis Dornier siri 328 dari Maldives Srilanka menuju Singapura telah terjejas di radar di Lhokseumawe.

“Pesawat tentera AS yang mendarat sekitar pukul 14.00 WIB tersebut tidak boleh meneruskan perjalanannya sebelum mempunyai izin terbang di wilayah Indonesia,” katanya.    REPUBLIKA ONLINE

Kementerian Pertanian Optimis Produksi CPO Bisa DItingkatkan

Pekerja menyortir kelapa sawit yang akan dikirim ke pabrik CPO di kawasan PTPN VIII di Cigudeg, Bogor.

Pekerja menyortir kelapa sawit yang akan dikirim ke pabrik CPO di kawasan PTPN VIII di Cigudeg, Bogor.

TEMPO.CO, Jakarta – Ketua Pengarah Perkebunan Kementerian Pertanian Gamal Nasir mengaku optimis target pengeluaran minyak kelapa sawit (crude palm oil / CPO) boleh tercapai walaupun perluasan lahan terbantut. Pada Mei 2013, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memanjangkan larangan pemberian izin baru pemanfaatan hutan alam primer dan lahan gambut hingga 2015.

Gamal berkata tanpa pembukaan lahan baru, Indonesia masih boleh meningkatkan pengeluaran CPO daripada tanah yang ada saat ini. Di antaranya dengan mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah tidur.

“Dari segi tanah sebetulnya masih banyak izin lama yang belum semua ditanam. Dari data Badan Pertanahan Nasional juga masih banyak tanah terlantar,” kata Gamal kepada Tempo, Senin, 20 Mei 2013.    TEMPO ONLINE

Memilih Minyak Zaitun yang Baik

Tidak semua minyak zaitun memberi manfaat yang sama.

Tidak semua minyak zaitun memberi manfaat yang sama.

NEW YORK – Bukan maklumat baru bahawa minyak zaitun murni baik bagi tubuh. Minyak zaitun terutama diketahui meningkatkan kesihatan jantung dan bahkan menurunkan beberapa jenis kanser. Tetapi, tidak semua minyak zaitun memberi manfaat yang sama.

Menurut Nicholas Colman, pakar minyak zaitun dari Eataly di New York City, Amerika Syarikat, minyak zaitun segarlah yang unggul untuk menjaga kesihatan.

“Meski dari produser terbaik di dunia – jika minyaknya sudah tua, anda tidak akan menuai manfaat kesihatan dari itu,” kata Coleman FoxNews.com, Minggu (19/5).    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 21, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: