KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 22 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Indonesia dijangka naikkan harga minyak

Jakarta: Indonesia membayangkan akan ada kenaikan 45 peratus harga minyak subsidi, langkah yang dilihat perlu untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Kerajaan sudah merancang sejak beberapa bulan lalu mengenai bagaimana dan bila untuk menaikkan harga minyak subsidi, yang mewakili sebahagian besar daripada peningkatan bajet tahunan negara dan menambah kepada defisit akaun semasa.

Cadangan semakan bajet 2013 kepada Parlimen menganggap harga petrol oktana rendah akan meningkat 2,000 rupiah (21 cents) sen kepada 6,500 rupiah seliter (RM1.95). Diesel akan menjadi 1,000 rupiah lebih tinggi kepada 5,500 (RM1.66) seliter.

Ketua pejabat fiskal Kementerian Kewangan, Bambang Brodjonegoro, mengesahkan jumlah yang kerajaan bercadang untuk menaikkan harga berkenaan.   BERITA HARIAN ONLINE   
DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya,  kata Muhammad Ammir

KOTA KINABALU: Sebanyak 4, 442 rumah setinggan di bandaraya telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dari tahun 2008 sehingga Mei tahun ini, kata Penolong Penguatkuasa Kanan DBKK, Muhammad Ammir Izzat Abdullah.

Muhammad Ammir yang juga Ketua Bahagian Setinggan dan Petugas Khas DBKK, semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), di sini, kelmarin, memberitahu daripada jumlah berkenaan, sebanyak 253 rumah dirobohkan pada tahun ini sehingga Mei, 324 buah pada tahun 2012, 714 pada tahun 2011, 510 pada tahun 2010, 1,520 pada tahun 2009 dan sebanyak 1,121 rumah dirobohkan pada tahun 2008.

“Terdapat juga halangan yang berlaku ketika merobohkan rumah-rumah berkenaan di mana sekarang ini penduduk di kawasan setinggan merupakan warganegara Malaysia, termasuk ada yang mengemukakan rayuan dan menunjukkan surat sokongan pemimpin,” katanya.    NEW SABAH TIMES ONLINE

Warga asing hutang kerajaan RM21.67 juta biaya perubatan

KOTA KINABALU – Warganegara asing berhutang RM21.67 juta bagi kos rawatan perubatan di Sabah sejak 2007 hingga 2012, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Maria Suleiman berkata jumlah hutang itu membabitkan kos rawatan perubatan kepada 42,092 warga asing daripada beberapa negara yang majoritinya dari Filipina dan Indonesia dalam tempoh lima tahun.

Dr Maria berkata jumlah RM21.67 juta itu sepatutnya dibayar oleh warga asing itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.

“Kutipan memang sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Sabah, bagaimanapun ketika diminta bayaran mereka tidak membayar. Apabila pihak Jabatan Kesihatan merujuk bayaran itu kepada alamat yang diberi oleh pesakit ketika mendaftar, mereka tiada di alamat tersebut, bila telefon, nombor yang diberikan tidak dapat dihubungi,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE

SKMM Minta Orang Ramai Awasi E-Mel Penipuan Guna Identiti Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dimaklumkan akhir-akhir ini bahawa insiden ‘e-mel penipuan Nigeria’ yang dahulunya pernah diterima orang ramai kini semakin berleluasa.

Ketua Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata namun kali ini e-mel penipuan berkenaan menggunakan nama rakyat Malaysia atau nama tokoh dari Malaysia.

Beliau berkata modus operandi penipuan termasuklah menggunakan alamat e-mel palsu, menceritakan tentang sesuatu musibah, dan seterusnya merayu bantuan kewangan dan kemudiannya cara-cara mengkreditkan wang ke suatu akaun yang palsu.   mStar Online

Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar

PULAU PINANG 20 Mei – Taktik tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia menjadikan sebuah kebun durian di Batu Itam, Balik Pulau, sebagai lokasi untuk memproses dadah jenis syabu terbongkar dalam serbuan polis pada 14 Mei lalu.

Dalam serbuan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira pukul 11 malam itu, polis turut merampas sejumlah dadah dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, serbuan itu adalah hasil maklumat orang awam yang merasa curiga dengan kegiatan kumpulan terbabit di kawasan kebun berkenaan.   UTUSAN ONLINE

Penyelidik USM hasilkan kit pengesan DNA khinzir

GEORGETOWN: Produk hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) ‘Porcine DNA Detection Kit’ mampu mengesan DNA khinzir dalam daging mentah dan produk daging diproses seperti sosej dan burger.

Penyelidik dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM, Prof Tang Thean Hock berkata produk itu yang kini dalam proses permohonan paten amat sesuai digunakan untuk ujian pensijilan perindustrian halal di Malaysia.

“Harga kit dianggarkan RM500 yang boleh digunakan bagi menguji 50 sampel. Setakat ini terdapat lima syarikat telah menyatakan minat untuk memasarkan kit ini tetapi masih di peringkat perbincangan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Persekutuan Bola Sepak Malaysia Dalami Amalan Sindikat Judi Bola

malaysian-super-league-ilustrasi-_130521103843-709REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR – Ketua Pemeriksaan dan Pemantauan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Aseh Che Mat berkata pihaknya akan mendalami amalan sindiket judi bola di Liga Malaysia. Terlebih, sindiket sampai menebar ancaman pembunuhan pada pemain.

“Jika ada pemain Liga Malaysia menerima ancaman bunuh, laporkan segera kepada pihak berkuasa. Ini perkara serius. Jika benar dakwaan itu saya minta pemain bersangkutan membuat laporan polis,” kata dia.

Che Mat berkata pihaknya akan melakukan kerja sama dengan Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi Malaysia dan polis untuk mengusut kes ini lebih mendalam.   REPUBLIKA ONLINE

Kementerian Kehutanan Gandeng TNI untuk Merehabilitasi Hutan

57905_620TEMPO.CO, Jakarta – Kementerian Kehutanan melakukan kerja sama dengan Tentera Nasional Indonesia dalam program Pemulihan Hutan dan Lahan (RHL). Kerja sama ini bermula dengan Mesyuarat Penyelarasan Pemulihan Hutan Konservasi Kerja Sama Kementerian Perhutanan dan TNI, Selasa, 21 Mei 2013. Pada acara itu juga diserahkan penghargaan terhadap enam kodim dan tiga korem yang dinilai sebagai pelaksana terbaik program ini.

Menurut Pengarah Bina Rehabilitasi Hutan Kementerian Kehutanan Bedjo Santoso, kegiatan ini merupakan implementasi nota persefahaman antara Kementerian dan TNI. Saat ini, ada 42 kodim dan 23 korem yang terlibat dalam kegiatan ini. Merealisasikan pemuliharaan pada 2011 seluas 34.488 hektare dan pada 2012 seluas 38.834 hektare. “Tahun 2013 target kita 50,000 hektar,” katanya.    TEMPO ONLINE

Cara Baru China Mengurus Etika demi Pemasukan Devisa

53210513-KAKI-turis china-7China boleh saja bangga dengan peradabannya yang telah berusia 5.000 tahun. Tapi, sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri (PM) China Wang Yang mengatakan sebaliknya.

Bercakap dengan suara nyaring, keras, dan cepat adalah ciri-ciri umum orang China. Namun, faktanya, perilaku tersebut hanya sebahagian kecil daripada banyak perilaku orang China yang sangat mengganggu awam dan memalukan kerajaan.

Hal itu disedari oleh Wang. Seperti dilansir pejabat berita Xinhua, Kamis (17/5), saat berbicara di hadapan Parlimen, Wang mengkritik “perilaku tak beradab” warganya.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Buang Sampah Sembarangan di Jakarta Didenda Rp 50.000

Sampah yang belum sempat terangkut di Pintu Air Cawang, Kamis (16/5/2013)

Sampah yang belum sempat terangkut di Pintu Air Cawang, Kamis (16/5/2013)

JAKARTA, KOMPAS.com – Rapat paripurna Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) DKI Jakarta dan Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo mengesahkan rancangan peraturan daerah (perda) tentang pengurusan sampah. Siapa pun yang membuang sampah di tempat awam boleh dikenakan uang paksa sebesar Rp 50.000.

Berdasarkan draf perda yang diterima wartawan, Pasal 130 mata B dalam perda itu mengatur tentang sanksi administratif berupa wang paksa bagi setiap orang yang dengan sengaja atau terbukti membuang, terkumpul sampah, dan atau bangkai binatang ke sungai, kali, terusan, takungan, situ, saluran air sisa, jalan, taman atau tempat awam. Pelanggaran ini dikenakan uang paksa sebesar Rp 50.000.

Pada pasal yang sama dengan mata A, Gubernur DKI Jakarta dapat memberikan sanksi administratif berupa uang paksa kepada setiap orang yang dengan sengaja terbukti membuang sampah di luar jadual yang ditentukan dengan wang paksa paling banyak Rp 100.000.    KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 22, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: