KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 23 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Malaysia kena tumpu kualiti pekerja, khidmat

MALAYSIA perlu memberi lebih penekanan kepada peningkatan produktiviti pekerja terutama dalam sektor perkhidmatan bagi memastikan ekonomi negara ini berkembang secara mapan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Ahli Ekonomi The Conference Board, Bart van Ark, berkata ekonomi negara ini kini mula memasuki tahap matang dan langkah terbaik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan bagi tempoh jangka panjang ialah dengan menjadikan pekerja di sesebuah organisasi atau syarikat lebih produktif.

Beliau berkata, lazimnya sesebuah ekonomi mula berkembang dan mencatatkan peningkatan didorong oleh pertumbuhan pekerjaan dengan membawa masuk lebih ramai orang ke pasaran pekerjaan bagi pekerjaan biasa.   BERITA HARIAN ONLINE

Polis komited banteras seludup barangan subsidi

TAWAU: Polis daerah ini sentiasa komited dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan barangan subsidi kerajaan yang sepatutnya hanya dimanfaatkan oleh rakyat negara ini sahaja.

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah berkata, pihaknya memandang serius kegiatan penyeludupan barangan subsidi khasnya menggunakan feri penumpang yang semakin aktif dikesan melalui beberapa siri rampasan akhir-akhir ini.

Menurutnya, kes terbaru yang dicatatkan pasukan keselamatan itu adalah pada 16 Mei lalu membabitkan cubaan untuk menyeludup keluar 10 tong gas.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Warga asing kahwin rakyat tempatan meningkat

KOTA KINABALU – Jumlah perkahwinan warga asing dengan penduduk tempatan Sabah mencecah hampir 20,000 sejak tahun 2000 sehingga tahun ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu hari ini.

Baharuddin Alwi, yang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS) berkata statistik jabatan itu menunjukkan 8,859 lelaki warga asing berkahwin dengan wanita di negeri ini dari tahun 2000 hingga Oktober 2012.

Beliau yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Syariah, di JAIS berkata 10,922 wanita warga asing pula berkahwin dengan lelaki  tempatan dalam tempoh sama.

Baharuddin berkata sejak tahun 2000 hingga 2013 jumlah perkahwinan warga asing yang direkodkan ialah 19,781.   SINAR HARIAN ONLINE

USM Jalin Kerjasama Penyelidikan Neorosains Dengan Universiti Cuba

KOTA BARU: Universiti Sains Malaysia (USM) meningkatkan jalinan kerjasamanya dengan beberapa universiti luar negara dalam bidang penyelidikan dan pembangunan neorosains.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata, setakat ini, pihaknya mengadakan kerjasama itu dengan dua universiti di Cuba dan Jerman yang mempunyai pusat penyelidikan tersebut.

“Kerjasama itu termasuk pertukaran pakar penyelidik dan pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD),” katanya kepada Bernama selepas pelancaran Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neorosains di Kampus Perubatan USM Kubang Kerian di sini pada Rabu.   mStar Online

Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM436.9 bilion pada 15 Mei

KUALA LUMPUR 22 Mei – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM436.9 bilion, bersamaan dengan US$141.4 bilion pada 15 Mei.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar jangka pendek.

Ia berkata rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing US$128.2 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), hak pengeluaran khas (US$1.9 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan aset rizab lain (US$8.5 bilion).

Jumlah aset BNM, termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM486.189 bilion.   UTUSAN ONLINE

Rujuk pihak berkuasa sebelum bayar atas talian

Kuala Lumpur: Orang ramai terutama peniaga diingatkan supaya berhati-hati apabila berurusan dengan perniagaan secara atas talian bagi mengelakkan ditipu, sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat bayaran.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Mohd Mustafa Hamzah berkata, pihaknya menerima banyak aduan sejak pertengahan tahun lalu mengenai kes ditipu sebuah syarikat menjual koleksi pakaian serta tudung yang tidak menghantar stok dipesan selepas bayaran dibuat.

Katanya, ia bukan saja membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit kerana mangsa yang membuat panggilan susulan tidak mendapat penjelasan sewajarnya daripada syarikat, malah wang dilaburkan juga tidak dipulangkan.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Nak elak barah? Makan TOMATO!

BAIK UNTUK JANTUNG:

BAIK UNTUK JANTUNG:

ANTARA sayur yang popular di dunia, tomato sebenarnya jenis buah. Ia dimakan mentah, dimasak, dijemur kering dan ditinkan serta digunakan untuk menghasilkan jus, sup, sos, cutni, puri dan pes. Buah ini mengandungi potasium; vitamin A, C dan E; serta serat dan merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan pigmen antioksidan iaitu likopena (lycopene).

Tomato mula ditanam di Mexico oleh kaum Aztec dan buah yang berwarna kuning dibawa pulang ke Sepanyol pada abad ke-16 oleh penakluk Sepanyol yang berjaya menawan Mexico dan Peru.

Sepanyol merupakan negara dunia pertama menggunakan tomato dalam masakan, diikuti oleh Italy. Hari ini, bersama bawang besar, tomato merupakan bahan segar paling mustahak di dapur dan dalam masakan Mediterranean ia menjadi ramuan yang sangat perlu.

Terdapat lebih 7,000 jenis tomato dalam pelbagai bentuk dan rupa serta warna – merah terang, kuning, jingga dan hijau – daripada tomato bifstik berukuran 10 cm hingga tomato bulat biasa dan tomato ceri serta tomato plum yang kurang berair.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

450kg daging mentah diragui halal dirampas

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Pegawai Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah bersama Penguat kuasa Bahagian Pencegah, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, telah berjaya menahan sebuah kenderaan bersama pemandunya yang membawa daging mentah yang diragui kehalalannya di Kawasan Perumahan Kampung Rimba baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal, hari ini, pegawai penguatkuasaan menahan sebuah kenderaan bersama pemandu yang membawa daging mentah pada kira-kira pukul 2.30 petang pada 18 Mei lalu, hasil daripada maklumat orang ramai.   MEDIA PERMATA ONLINE

Media massa diminta ikut bangun karakter bangsa

Menteri Komunikasi dan Informatika, Tifatul Sembiring

Menteri Komunikasi dan Informatika, Tifatul Sembiring

Jakarta (ANTARA News) – Menteri Komunikasi dan Maklumat, Tifatul Sembiring, berkata, media massa diminta untuk memberikan edukasi dan pengukuhan karakter bangsa dalam siarannya, utamanya televisyen.

Oleh kerana itu, pembangunan karakter bangsa menjadi salah satu bahagian penting yang dimasukkan dalam Rancangan Undang-Undang (RUU) Penyiaran.

“Ya, itu ada dalam rang undang-undang Penyiaran, supaya media lebih edukatif, memberikan pengukuhan karakter bangsa dan mencerdaskan kehidupan bangsa. Kualiti siaran untuk itu, kita dorong dan pengawasnya oleh KPI,” kata Tifatul di Gedung MPR / DPR / DPD RI, Jakarta, Rabu .   ANTARA NEWS ONLINE

Nelayan Korban Bom Ikan Tidak Terkait Teroris

Nelayan menggunakan bom untuk mendapatkan ikan.

Nelayan menggunakan bom untuk mendapatkan ikan.

REPUBLIKA.CO.ID, TANJUNGPINANG – Camat Bintan Pesisir, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau, Zulkhairi berkata tiga mangsa bom ikan yang meletup di perairan Pulau Malang Merah, Desa Numbing tidak berkaitan dengan tindakan pengganas.

Zulkhairi menyatakan hal tersebut setelah ia dan pasukan Brimob dibantu Polres Bintan melakukan penggeledahan di rumah nelayan yang tewas. “Ada tiga rumah yang digeledah dan di rumah korban nelayan yang tewas tersebut ditemukan alat-alat tradisional untuk memasang bom ikan,” kata Zulkhairi yang dihubungi dari Tanjungpinang, Rabu   (22/5).

Zulkhairi mengatakan, penggeledahan yang dilakukan pasukan Brimob dengan alat pendeteksi bahan peledak tersebut tidak ada hubungannya dengan tindakan teroris yang didugakan kepada korban. “Tidak ada hubungannya dengan tindakan teroris, yang ditemukan murni alat-alat tradisional yang digunakan untuk bom ikan,” kata Camat.   REPUBLIKA ONLINE

Buruh Tani di Indramayu Makin Berkurang

94petaniarticlewnINDRAMAYU – Para petani pemilik tanah di daerah Pantura Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, mengaku semakin sukar mencari buruh tani kerana jumlah mereka semakin berkurang.

“Memasuki musim tanam padi kedua para petani pemilik tanah semakin sukar mencari buruh tani, kerana mereka semakin berkurang sehingga menjejaskan masa tanam,” kata Rastim salah seorang petani di Indramayu, Jawa Barat, Rabu (22/5).

Ia menuturkan, rendahnya minat menjadi buruh tani di Kabupaten Indramayu akibat generasi muda banyak yang merantau ke Jakarta, Bandung bahkan menjadi tenaga kerja Indonesia di luar negeri.

Menurut dia sebelumnya mencari 100 buruh tani untuk tanam dua hektar sawah cukup mudah, kini mendapatkan 30 buruh sudah beruntung akibat jumlah mereka semakin berkurang.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Pencurian Peralatan Pemantau Gunung Tangkubanparahu

Kawah Ratu di Gunung Tangkubanparahu, Lembang, Jawa Barat.

Kawah Ratu di Gunung Tangkubanparahu, Lembang, Jawa Barat.

BANDUNG, KOMPAS.com – Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menyurati kementerian berkaitan maupun Pemerintah Jawa Barat yang isinya pemberitahuan bahawa mereka tidak lagi boleh mengawasi aktiviti kegempaan dari Gunung Tangkubanparahu. Penyebabnya, peralatan mereka telah dicuri untuk kesekian kalinya.

Peralatan yang dicuri adalah seismograf dan batere aki di Stesen Ratu. Kejadian itu berlangung pada Selasa (21/5/2013) pukul 15.30. Dengan kejadian ini, hanya ada dua titik seismograf yang tersisa dan keadaan itu kurang sesuai untuk memantau keadaan kegempaan secara tepat.

“Dengan hilangnya alat pemantau seismik di Stesen Ratu dan rusaknya repeater di bibir Kawah Ratu (Makmal Penyelidikan Petir – ITB), maka sejak tarikh 21 Mei 2013, aktiviti kegempaan Gunung Tangkubanparahu tidak terpantau,” tulis Surono, Kepala PVMBG, dalam surat pemberitahuan tersebut dengan sengaja ditebalkan.   KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 23, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: