KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 25 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Pasangan Malaysia sertai senarai kelab jutawan di Australia

MELBOURNE: Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil ‘billionaire’.

David Teoh, 57, dan isterinya Vicky, 56, sudah mencapai salah satu peningkatan terbesar tahun ini dalam Senarai Mewah BRW Rich 200, melonjakkan kekayaan mereka daripada A$526 juta tahun lepas kepada A$1.06 bilion.

Pasangan Teoh, yang berhijrah dari Malaysia pada 1986, memiliki hampir 37 peratus daripada penyedia jalur lebar TPG Telecom, yang sudah berkembang menjadi satu perniagaan bernilai A$3 billion selepas pertumbuhan harga saham yang konsisten semenjak 12 bulan lepas.   BERITA HARIAN ONLINE

Ketua IMF beri keterangan dalam kes penipuan

PARIS: Ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde berdepan soal jawab berjam-jam pada sidang mahkamah khas di sini berikutan peranannya dalam pembayaran sebanyak 400 juta euro kepada seorang ahli perniagaan kontroversi ketika beliau memegang jawatan menteri kewangan Perancis.

Perbicaraan itu mungkin menjejaskan reputasi Legarde dan negaranya. Pembayaran itu dibuat kepada usahawan, Bernard Tapie sebagai sebahagian daripada proses timbang tara persendirian bagi menyelesaikan pertikaian dengan bank milik kerajaan, Credit Lyonnais dalam penjualan syarikat Adidas pada 1990-an.   BERITA HARIAN ONLINE

Pasport latar putih dikuat kuasa

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen telah kuatkuasakan penggunaan gambar pasport berlatar belakang putih secara berperingkat sejak 8 April lalu.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu akan pembaharuan polisi ini apabila tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat imigresen di Selangor mendapati masih ada yang bawa gambar pasport yang berlatar belakang biru.

Menerusi portal Jabatan Imigresen memaklumkan pihak imigresen melaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Putrajaya, disusuli Selangor dan Kuala Lumpur.   SINAR HARIAN ONLINE

Malaysia pilihan pengembara Islam

BERLIN: Malaysia beserta Turki dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan antara destinasi pilihan pengembara Islam, demikian menurut institut survei terkemuka bagi pasaran pengembara Islam, DinarStandard.

Survei yang dibentangkan pihak penganjur Messe Berlin pada International Tourism Bourse (ITB Berlin) di sini berkata Malaysia menawarkan pakej yang sesuai seperti makanan halal dan bilik sembahyang.

Ketua Eksekutif Messe Berlin, Raimund Hosch pula menyifatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mengujakan yang boleh menarik ketibaan pelancong yang lebih besar di masa depan.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Padah guna IC palsu jadi penjamin

SEORANG lelaki berusia 22 tahun yang menggunakan kad pengenalan palsu untuk menjadi penjamin bagi pembelian sebuah motosikal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dua bulan, semalam.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Fairuzzy Iman Suzali itu termasuk bagi tuduhan lain – mengambil dadah dan tidak hadir tanpa izin bagi tugas Perkhidmatan Negara (NS) dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Dia juga tidak dibenarkan memandu semua jenis kenderaan selama dua tahun dan dikenakan denda sebanyak $1,600, atau lapan hari penjara jika gagal membayar denda, bagi kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen antara 2010 dengan 2011.

Menurut Kenyataan Fakta, Fairuzzy Iman yang kini menganggur gagal melaporkan diri di unit NS-nya dari 2 November 2009 sehingga dia diberkas polis pada 11 Disember lalu.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

16 pasangan tamat kursus Pasca Perkahwinan

Salah seorang peserta menerima sijil kursus.

Salah seorang peserta menerima sijil kursus.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Seramai 16 pasangan suami isteri yang telah berkahwin lebih tiga tahun telah berjaya menamatkan kursus Pasca Perkahwinan, yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syari’ah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kursus selama tiga hari, bermula pada 21 Mei, itu berlangsung di Dewan Serba guna, Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Negara Brunei Darussalam.

Majlis penutup hari ini diselajurkan dengan penyampaian sijil yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Ketua Bahagian Kawalan Makanan Halal di Jabatan Hal Ehwal Syari’ah, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Pehin Khatib Abdullah, selaku wakil Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syari’ah

Sepanjang kursus berkenaan, para peserta didedahkan dan diterapkan unsur-unsur keugamaan dalam melayari kehidupan berumah tangga.   MEDIA PERMATA ONLINE

TNI pesan alutsista baru

Laksamana TNI Agus Suhartono

Laksamana TNI Agus Suhartono

Surabaya (ANTARA News) – Tentera Nasional Indonesia (TNI) menempah alat utama sistem persenjataan (Alutsista) baru yang rencananya akan diperkenalkan ke publik bersamaan dengan Hari Ulang Tahun ke-69 TNI pada 5 Oktober 2014.

“Kami jadwalkan pada awal tahun depan sudah ada dan dipaparkan pada HUT TNI di Mako Armatim Surabaya,” ujar Panglima TNI Laksamana Agus Suhartono kepada wartawan usai menutup Latgab TNI 2013 di Jeti Madura, Ujung, Komplek Mako Armatim Surabaya, Jumat.

Sejumlah alutsista atau alat-alat perang baru yang akan dimiliki antara lain Pesawat F-16, Tank Battle Mac, Pesawat dan Kapal “Landing Ship Tank” (LST) dari PT. PAL, serta Kapal Fregat (Inggeris).   ANTARA NEWS ONLINE

Hujan Badai Landa Pagaralam, 148 Rumah Rusak

badai-ilustrasi-_120401122810-462REPUBLIKA.CO.ID, PALEMBANG – Hujan dan badai melanda Kota Pagaralam, Jumat (24/5). Akibat hujan yang disertai angin kencang tersebut sebanyak 148 rumah warga di Kelurahan penjalang, Kecamatan Dempo Selatan mengalami kerosakan.

Tidak ada korban jiwa dalam kejadian tersebut. Dari data yang dihimpun Badan Penangggulangan Bencana Daerah (BPBD) Pagaralam dari 148 rumah yang rosak ada 32 rumah rosak berat dan 116 rumah rosak ringan.

Di antara bangunan yang rosak termasuk puskesmas. Beberapa pohon besar juga ikut tumbang dan ada yang menimpa rumah warga. Jumlah rumah yang mengalami kerosakan terbanyak di daerah yang berada di kaki gunung Dempo tersebut tersebar di tiga dusun, yaitu Dusun Tebat Lereh tujuh rumah rosak berat dan 36 rumah rosak ringan, Dusun Meringang Baru sembilan rumah rosak berat dan 56 rumah rosak ringan, dan di Dusun Meringang Lama 16 rumah rosak berat, 24 rumah rosak ringan.   REPUBLIKA ONLINE

10 Pasangan Paling Berpengaruh di Dunia

Presiden China Xi Jinping dan istrinya, Peng Liyuan.

Presiden China Xi Jinping dan istrinya, Peng Liyuan.

NEW YORK – Dari 100 perempuan yang masuk ke dalam senarai Forbes sebagai perempuan paling berpengaruh di dunia, majoriti berasal dari kalangan ahli-ahli politik, Ketua Pegawai Eksekutif, jutawan dan selebriti. Tahun ini, beberapa perempuan paling berpengaruh di dunia mempunyai pasangan yang juga tak kalah besar pengaruhnya.

Pasangan-pasangan berpengaruh ini membuktikan bahawa apabila mereka berupaya menangani krisis global ataupun memimpin dunia, kadangkala perlu dilakukan bersama-sama dengan pasangan mereka.

SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Parlemen Turki Sahkan Undang-undang Anti-alkohol

Dengan berbagai jenis minuman cocktail, bagaimana memilih yang tepat

Dengan berbagai jenis minuman cocktail, bagaimana memilih yang tepat

ANKARA, KOMPAS.com – Parlimen Turki, Jumat (24/5/2013), rasmi meloloskan undang-undang baru yang melarang penggunaan dan iklan minuman beralkohol di negeri berpenduduk majoriti Muslim itu.

Undang-undang baru ini melarang syarikat minuman beralkohol menjadi sponsor pelbagai acara di Turki dan melarang tempat-tempat yang membolehkan pengambilan minuman beralkohol.

Undang-undang ini juga melarang siapa pun menjual minuman beralkohol pada pukul 22.00 hingga 06.00.

Televisyen, filem, atau video muzik juga dilarang memuat gambar atau adegan yang mendorong pengambilan minuman beralkohol.   KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 25, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: