KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 26 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Sambut baik tambah waktu rawatan

Kuala Lumpur: Orang ramai menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk memanjangkan waktu operasi perkhidmatan pesakit luar di semua hospital kerajaan sehingga malam, bagi mengatasi masalah kesesakan.

Kebanyakan mereka yang ditemui berpendapat tempoh rawatan yang dilanjutkan itu memberi banyak faedah kepada orang ramai terutama golongan bekerja.   BERITA HARIAN ONLINE

Petisyen PRU13 perlu didengar, selesai dalam tempoh 6 bulan

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria

KUANTAN – Sebarang petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim yang bakal mendengar permohonan semakan keputusan PRU13 bagi memastikan konsep keadilan dapat ditegakkan.

“Perkara ini penting memandangkan ada cubaan (parti politik) untuk mengemukakan petisyen berikutan kurang berpuas hati dengan keputusan PRU13 lalu.

 “Jika petisyen itu dikemukakan atau difailkan, saya memohon kerjasama semua (hakim) untuk melaksanakan tanggungjawab (mendengar) dengan minda yang bebas… tanpa dipengaruhi oleh desakan pihak tertentu,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE

Penduduk Islam Britain ketakutan

Beberapa anggota polis berkawal di sebuah persimpangan jalan berikutan ancaman serangan ke atas masyarakat Islam - REUTERS

Polis berkawal di sebuah persimpangan jalan berikutan ancaman serangan ke atas masyarakat Islam – REUTERS

LONDON 24 Mei – Penduduk Islam di Britain kini hidup dalam ketakutan selepas berpuluh-puluh insiden anti-Islam dilaporkan berlaku di negara ini selepas pembunuhan kejam seorang anggota tentera oleh suspek pelampau Islam di sini, kelmarin.

Talian bantuan The Tell Mama yang merekodkan jenayah dan insiden anti-Islam, mencatatkan 38 kejadian sejak malam Rabu lalu, termasuk serangan ke atas tiga masjid dengan banyak lagi insiden berlaku, semalam.

Polis Metropolitan turut menempatkan 1,200 anggota di jalan-jalan raya sekitar London semalam dan lebih banyak rondaan dibuat di masjid serta di tapak keagamaan selepas kumpulan berhaluan kanan bertindak balas atas insiden tersebut.   UTUSAN ONLINE

Amarah ribut

Kuala Lumpur: “Saya nampak lima khemah yang dipasang depan surau terbang dan menghempap bumbungnya,” kata Baharuddin Mat Ayed, 58, saksi kejadian ribut sekitar Pekan Sungai Besi, di sini petang semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Surau Jumaat (sementara) Ibnu Khaldun berkata, melihat khemah diterbangkan ribut itu, dia dan 10 jemaah lain di dalam surau segera menutup pintu dan tingkap surau.

“Hujan lebat bermula jam 4 petang dan selesai solat Asar, jemaah beransur pulang, hanya tinggal saya dan kira-kira 10 jemaah lain.

“Kira-kira jam 4.45 petang itu, ribut melanda dan menerbangkan lima khemah di depan surau ke atas bumbung surau,” katanya ketika ditemui semalam.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Kembang sayap tambah rezeki ke ISKANDAR

LUAS TERBENTANG: Beginilah pandangan panorama Taman Perindustrian Setia

LUAS TERBENTANG: Beginilah pandangan panorama Taman Perindustrian Setia

SYARIKAT Melayu/Islam Singapura boleh menimbangkan membeli atau menyewa hartanah-hartanah perindustrian di Iskandar Malaysia bagi meluaskan perniagaan mereka.

Dengan tanah yang terhad dan kos perniagaan yang tinggi di Singapura, semakin banyak syarikat Singapura melihat hartanah perindustrian di Iskandar sebagai lokasi semulajadi bagi mereka.

Berdasarkan kunjungan Ekoniaga ke dua buah hartanah perindustrian milik Axis AME IP Sdn Bhd dan SP Setia Bhd di Johor baru-baru ini, ternyata minat para peniaga Singapura bagi membeli hartanah perindustrian di Iskandar kini semakin meningkat terutama sejak 12 bulan lalu.

“Hampir setiap hari, kami sibuk melayani permintaan syarikat Singapura yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah perindustrian kami,” kata Pengurus Besar Divisyen SP Setia di Johor, Cik Hoe Mee Ling, yang telah menarik syarikat-syarikat Singapura seperti Old Chang Kee di Taman Perniagaan Setia.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Bersyukurlah negara aman

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah benteng pertahanan negara dan pelindung masyarakat, maka anggota ABDB harus memiliki keterampilan yang meyakinkan serta memiliki tingkah laku yang terpuji.

Anggota ABDB juga perlu memiliki sifat kepimpinan yang berwibawa dalam pengurusan kerana ia akan dapat menentukan pencapaian yang tinggi dan sistematik, malah pendekatan kepimpinan yang berkesan akan mampu memperkasa semangat juang anggota ABDB untuk berperanan demi agama dan negara.

“Manakala kita sebagai rakyat dan penduduk yang bertanggungjawab pula sewajarnya sama-sama menghargai dan tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh seluruh anggota ABDB bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.”   MEDIA PERMATA ONLINE

Permintaan mebel bambu Majalengka meningkat

Cirebon (ANTARA News) – Permintaan perabot berbahan buluh buatan tukang Majalengka, Jawa Barat meningkat terutama semasa musim menuai di daerah Pantura seperti Indramanyu dan Cirebon.

“Pesanan pelbagai jenis perabot berbahan buluh hitam cukup menggairahkan kerana perabot tersebut sangat diminati pengguna di Cirebon, Indramayu, Kuningan, Majalengka bahkan hingga Jakarta,” kata Yanto salah seorang perajin perabot di Kabupaten Majalengka, Sabtu.   ANTARA NEWS ONLINE

Demam Berdarah di Singapura Capai 7.000 Kasus

Nyamuk demam berdarah

Nyamuk demam berdarah

REPUBLIKA.CO.ID, SINGAPURA – Jumlah kes demam berdarah di Singapura mencapai 7,000 pada Jumat pukul 15.00 waktu setempat.

Itu lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan untuk seluruh tahun 2012 dan 2011. Ada 4.632 kes dilaporkan pada 2012 dan 5.330 dilaporkan pada 2011.

Namun demikian terjadi sedikit penurunan jumlah kes yang dilaporkan dalam sepekan terakhir.

Ada 510 kes yang dilaporkan dalam pekan yang berakhir 17 Mei hingga pukul 15.00, berbanding dengan 562 minggsebelumnya.   REPUBLIKA ONLINE

Muslim Myanmar Hanya Boleh Punya 2 Anak

Pelarian etnik Rohingya di perahu menuju tempat pengungsian di Bangladesh. AP / Anurup Titu /

Pelarian etnik Rohingya di perahu menuju tempat pengungsian di Bangladesh. AP / Anurup Titu /

TEMPO.CO, YANGON  –   Kerajaan Negeri Rakhine, Myanmar, Sabtu 25 Mei 2013 melaksanakan peraturan baru mengenai jumlah anak bagi warga Muslim Rohingya. Dalam peraturan baru itu, warga etnik Rohingya hanya dibenarkan mempunyai paling banyak dua anak.

“Pertumbuhan penduduk Rohingya 10 kali ganda berbanding warga Rakhine Buddha. Ini menjadi salah satu pencetus ketegangan sektarian,” kata Win Myaing, jurucakap kerajaan Negeri Rakhine.

Peraturan baru yang juga melarang perkahwinan poligami itu akan diterapkan di dua bandar yang mempunyai populasi penduduk Muslim terbesar di negara bahagian itu. Bandar Buthidaung dan Maundaw mempunyai penduduk Muslim 95 peratus. Namun Win Myaing berkata belum ada kepastian bagaimana peraturan ini akan ditegakkan.   TEMPO ONLINE

“Abang Kopi Keliling” Punya Pasar Sendiri

Bang Haris sudah menjadi “Abang Kopi Keliling” sejak enam tahun lalu.

Bang Haris sudah menjadi “Abang Kopi Keliling”.

Beberapa jenis minuman sachet tertata rapi mengulur keluar dari bahagian dalam keranjang dan setir basikal. Ada aneka rasa minuman, kopi, dan susu.

Ada juga beberapa jenis rokok, serta susunan gelas plastik sekali pakai. Di bahagian belakang, ada besi menopang sebuah kotak kayu berisi dua termos dan sebuah tempat penyimpanan es batu.

Kebanyakan orang memanggilnya “abang kopi keliling”. Ya, seperti sebutan itu, Haris (23) selalu berbasikal di beberapa kawasan di Jakarta Pusat. Terus berkeliling hingga mendapatkan pembeli dagangannya itu. Kegiatan itu sudah dilakukannya sejak 2006, mula-mula dengan menjajakan di satu tempat kemudian berkembang dengan menggunakan basikal.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 26, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: