KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 30 Mei 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Semua premis makanan wajib daftar dengan Kementerian Kesihatan mulai tahun depan

PUTRAJAYA: Semua premis makanan wajib mendaftar dengan Kementerian Kesihatan sebelum 1 Januari tahun depan dalam usaha untuk menentukan makanan yang dijual premis berkenaan adalah bersih.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata, premis makanan termasuk yang diusahakan oleh pengusaha kilang makanan, katering, restoran, gerai atau penjaja bergerak.

“Ini adalah selaras dengan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang diwartakan pada 28 Februari 2009 yang mewajibkan semua premis makanan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan.    BERITA HARIAN ONLINE

SABA, S’ykat Gerak Borneo dipelawa bina sarang burung di Semenanjung

SANDAKAN: Persatuan Industri Sarang Burung Walit Sabah (SABA) dan konsultannya Syarikat Gerak Borneo Sdn Bhd maju setapak lagi dalam penternakan sarang burung walit di negara ini apabila dipelawa untuk membina rumah-rumah burung walit di Semenanjung Malaysia.

Pelawaan itu dibuat serombongan delegasi sebaik berakhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Walit (Projek E-Kasih) Bil.1/2013 di Four Points by Sheraton Sandakan pada minggu lepas.

Kepakaran Gerak Borneo membuatkan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Putrajaya, Dato’ Dr.Ibrahim Che Embong dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Prof. Datin Paduka Dr.Aini Ideris teruja sewaktu mengunjungi beberapa rumah burung walit yang dibina sekitar pulau-pulau berhampiran.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Kementerian Kesihatan Gantung Produk Import ‘Bubble Tea’ Taiwan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menggantung pengimportan 11 produk keluaran beberapa syarikat makanan Taiwan mulai semalam, termasuk ‘Tapioca Balls’ atau ‘Tapioca Pearls’ yang diguna dalam penyediaan minuman ‘Bubble Tea’ kerana dilapor mengandungi asid maleik.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihaan Noraini Mohd Othman berkata penggunaan bahan itu tidak dibenar mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana jika diambil pada paras tinggi boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.

“Terkini, didapati Tapioca Balls atau Tapioca Pearls yang dikeluarkan beberapa syarikat (Taiwan) telah dicemari maleic acid (asid maleik) dan ia turut dikesan di dalam beberapa produk makanan yang lain.   mStar Online

6 lagi maut di selatan Thai

BANGKOK 28 Mei – Enam termasuk lima anggota keselamatan Thailand maut dalam beberapa serangan tembakan dan bom di wilayah bergolak di selatan negara ini sejak semalam, insiden yang disifatkan kerajaan sebagai cubaan pemberontak mengganggu proses damai.

Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Paradorn Pattanatabut berkata, serangan itu dilakukan kerana kumpulan pemberontak tidak mahu perbincangan damai diteruskan.

Dua anggota renjer separa tentera yang sedang berkawal, ditembak mati dalam satu serangan hendap pada awal pagi ini di Pattani.    UTUSAN ONLINE

Salah siapa semua ini?

Kuantan: Dua penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) cedera terkena objek dibaling individu tidak bertanggungjawab pada aksi separuh akhir kedua Piala FA yang melakar episod mendukacitakan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Seorang wanita dipercayai penyokong Pahang terpaksa dibawa keluar polis selepas mata kanannya cedera terkena objek dibaling ketika dia dan lebih 7,000 penyokong tuan rumah terpaksa duduk di trek gara-gara stadium skuad Tok Gajah itu penuh sesak.

Seorang penyokong Johor DT pula memegang kepalanya selepas terkena balingan objek sekali gus menghidangkan risiko besar buat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap tindakan yang boleh dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pasti berang dengan insiden ini.

Pertemuan yang diungguli Johor DT hasil kemenangan 1-0 di Stadium Larkin, Sabtu lalu itu gagal dimulakan mengikut jadual sebenar selepas 7,000 penyokong tuan rumah memenuhi trek, memaksa semua pihak terbabit mengadakan mesyuarat tergempar mencari jalan penyelesaian serta-merta.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Dua didakwa anggota Al-Qaeda Malaysia

DIDAKWA: Bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat, digiring pegawai keselamatan semasa menghadiri sesi Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur

DIDAKWA: Bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat, digiring pegawai keselamatan semasa menghadiri sesi Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seorang pembantu kafeteria kelmarin didakwa di Mahkamah Majistret Ampang kerana menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Yazid Sufaat, 49 tahun, yang mengendalikan sebuah kafeteria di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, dan pekerjanya, Muhammad Hilmi Hasim, 33 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, dekat Kuala Lumpur, antara 1 Ogos tahun lalu dengan 7 Februari lalu, lapor Bernama yang ditukil oleh akhbar New Straits Times (NST).

Secara kebetulan Mahkamah Tinggi pada 20 Mei lalu telah membebaskan kedua-dua tertuduh itu dan seorang wanita, Halimah Hussein, daripada tuduhan menghasut rakyat di Syria untuk melakukan pengganasan.

Pada prosiding di mahkamah kelmarin, tiada pengakuan dicatatkan apabila pertuduhan itu dibacakan kepada Yazid dan Muhammad Hilmi di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.   CYBERITA ONLINE SINRAPURA

Konflik Rohingya Meluas Jadi Genosid

Muslim Rohingya, jadi pelarian di negeri sendiri.

Muslim Rohingya, jadi pelarian di negeri sendiri.

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Konflik antaretnis yang terjadi antara suku Muslim Rohingya atau Arakan yang mendiami wilayah Rakhine, yang terus terjadi di wilayah Myanmar (Burma) dianggarkan telah meluas menjadi Genosid (pembunuhan besar-besaran) tidak hanya pada salah satu etnik muslim saja.

Baru-baru ini, pusat lembaga advokasi undang-undang dan hak asasi manusia (HAM), PAHAM yang berada dibawah Fakulti Undang-undang Universiti Indonesia (FHUI), dan memfokuskan sebagai pusat maklumat dan advokasi Rohingya Arakan (PIARA) mendedahkan, jumlah umat muslim di Myanmar turun sangat drastik dengan adanya konflik Rohingya yang terjadi di sana.

Pengarah PAHAM, Heri Aryanto mendedahkan, konflik yang terjadi disana sudah menyebar, yang menjadi sasaran serangan warga Myanmar dan kumpulan radikal Buddhis disana tidak lagi hanya orang Rohingya akan tetapi sudah merebak ke semua komuniti muslim Burma yang mana mereka semua mempunyai akar keturunan asli Myanmar, namun beragama Islam.   REPUBLIKA ONLINE

Nenek-nenek Jadi Kunci dalam Pemilu 2014?  

Sejumlah peserta melakukan senam dalam acara "Jambore Nasional Warga Tua" untuk memperingati Hari Lanjut Usia Nasional 2012

Sejumlah peserta melakukan senam dalam acara “Jambore Nasional Warga Tua” untuk memperingati Hari Lanjut Usia Nasional 2012

TEMPO.CO, Jakarta – Kementerian Sosial menganggarkan terdapat kira-kira 20 juta orang lanjut usia di Indonesia. Menteri Sosial Salim Segaf Aljufri mengatakan, dari jumlah sebanyak itu, para lansia mempunyai peranan penting dalam Pemilihan Umum 2014 sebagai pemilih.

“Jadi jangan macam-macam mempermainkan anggaran untuk lansia jika ingin dipilih kira-kira 20 juta warga tua,” kata Salim bergurau saat memberi sambutan dalam Hari Lanjut Usia Nasional di Mekarsari, Bogor, Jawa Barat, Rabu, 29 Mei 2013.

Berkaitan dengan dominasi kaum Hawa pada peserta lansia ini, Salim juga bergurau bahawa nenek-nenek lebih awet muda dan panjang umur. “Laki-laki lebih cepat meninggal. Mungkin kerana stres mikirin politik dan lain-lain,” ucap Salim, yang spontan mengundang tawa peserta.   TEMPO ONLINE

Kawasan Senen, Tempat Empuk Peredaran Wang Palsu

6290513-Uang PalsuDi kawasan Senen, Jakarta Pusat, banyak pedagang mengadu nasib. Di kawasan Stesen Senen, misalnya, terlihat jelas para peniaga menjual telefon bimbit pelbagai jenama.

Banyak dagangan yang dijajakan itu menarik pembeli. Pembeli pun boleh memilih sesuai selera dan menawar berapa harga yang pas. Namun, pembeli perlu berhati-hati kerana kawasan itu pun dijadikan tempat empuk para pengedar wang palsu.

Pengedar wang palsu beroperasi di kawasan itu. Masyarakat atau pembeli yang hendak membeli-belah jangan sampai terpancing, tergoda dan terjebak dengan peredaran wang palsu. Ini kerana pemilik wang palsu tidak segan-segan menghabiskan wang mereka di kawasan yang tepat di pinggir rel kereta Stesen Senen.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Awas, Hati-hati Nikah dengan Orang Luar Negeri

Petugas mengambil sampel barang bukti sabu-sabu untuk dites keasliannya sebelum dimusnahkan di Badan Narkotika Nasional, Jakarta Timur,

Petugas mengambil sampel barang bukti sabu-sabu untuk dites keasliannya sebelum dimusnahkan di Badan Narkotika Nasional, Jakarta Timur,

SURABAYA, KOMPAS.com – Rangkaian peredaran narkoba antara negeri memanfaatkan ikatan perkahwinan untuk melancarkan aksi pengedaran. Perempuan Indonesia diminta waspada kepada orang asing yang hendak menikahinya.

Mod itu, kata Kepala Bidang Pemberantasan Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) Jatim AKBP Basuki Effendy, seperti yang dilakukan suspek SE, ibu hamil yang tertangkap membawa 3.3 kilogram sabu-sabu semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, pekan lalu.

“SE ternyata wanita Indonesia yang dinikahi warga Nigeria yang tinggal di Singapura,” katanya saat disahkan, Selasa (28/5/2013).   KOMPAS ONLINE

Singapura ingatkan warga asing patuhi hukum

Singapura

Singapura

Singapura (ANTARA News) – Singapura mengeluarkan amaran keras kepada warga asing untuk mematuhi undang-undang yang berlaku di negeri itu.

Peringatan dikeluarkan selepas beberapa warga Malaysia ditahan kerana menggelar demonstrasi haram yang meminta kelonggaran.

“Warga asing yang melanggar undang-undang di Singapura mesti bersiap menghadapi akibat-akibatnya, termasuk dicabutnya visa dan izin kerjanya,” umum kementerian luar negeri dan dalam negeri Singapura dalam kenyataan bersama seperti dikutip AFP.   ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 29, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: