KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 07 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Universiti jual 400 ijazah PhD palsu

Shillong: Polis India menyiasat sebuah universiti di India kerana disyaki mengeluarkan lebih 400 ijazah doktor falsafah (PhD) palsu dalam tempoh setahun, kata pihak berkuasa, semalam.

Polis menahan empat pegawai kanan dari Universiti CMJ di negeri timur laut Meghalaya kerana disyaki memalsukan dan menipu manakala polis kini memburu canselor yang disyaki melarikan diri.

 “Kami tidak tahu di mana beliau, kerana beliau sering kali menukar lokasi,” kata pegawai kanan polis negeri, Sunil Kumar Jain kepada AFP.   BERITA HARIAN ONLINE

Dua kereta sama pendaftaran

Anggota trafik membawa kenderaan curi (kiri) ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Anggota trafik membawa kenderaan curi (kiri) ke balai polis untuk siasatan lanjut.

KULIM – Tiga anggota Trafik yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah menemui kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di belakang bangunan di kawasan Perindustrian
Taman Manggis kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya membuat semakan terhadap nombor pendaftaran kereta terlibat dan mendapati pemilik kenderaan itu tinggal di Kulim.

Menurutnya, namun dari siasatan dijalankan, pemiliknya terkejut dan menyatakan keretanya berada di rumah.

“Curiga dengan kenyataan dibuat pemilik, polis membuat pemeriksaan terhadap kereta itu semula dan mengarahkan pemilik kereta membawa kereta dimilikinya ke Balai Trafik Kulim untuk membuat laporan.   SINAR HARIAN ONLINE

Institusi raja mesti dikekalkan

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis penutup Seminar Institusi Raja di Lanai Kijang, Bank Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis penutup Seminar Institusi Raja di Lanai Kijang, Bank Negara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Jun – Institusi raja di negara ini mesti dikekalkan bukan sahaja untuk memenuhi nilai sejarah serta sentimental bangsa tetapi raja itu sendiri berperanan memastikan keberkesanan ‘semak dan imbang’ dalam sebuah sistem demokrasi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, institusi raja cukup istimewa serta mampu menghidupkan minda kerana selaku ketua negara atau negeri, raja merupakan tonggak penting kepada kestabilan dan perpaduan.

“Institusi raja adalah satu penerusan bagi mengekalkan identiti kerajaan Melayu kerana raja mempunyai kuasa serta tanggungjawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang sama ada secara mutlak mahu pun secara berperlembagaan.

“Raja juga berperanan memberi pandangan dalam aspek ekonomi, pembangunan serta pendidikan selain menjadi ketua agama Islam dan pelindung adat istiadat Melayu,” titahnya semasa merasmikan majlis penutup Seminar Institusi Raja (SIRaj) di sini hari ini.    UTUSAN ONLINE

80 pemilik tanah diarah tanam semula pokok

Kuala Lumpur: Pejabat Tanah dan Daerah Gombak (PTDG) sedang mencari lebih 80 pemilik tanah yang diteroka di Permatang Kuarza Genting Klang, dekat sini.

Pegawai Daerah Gombak Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, PTDG akan segera menghubungi semua pemilik tanah yang memiliki sehingga satu hektar bagi setiap lot bagi membolehkan pihaknya menyerahkan notis 7A iaitu mengarahkan kerja baik pulih segera dilakukan.

“Mereka perlu membaik pulih tanah terbabit termasuk menanam semula pokok di kawasan yang sudah dibersihkan.   myMetro Online

900 warga Myanmar ditangkap

SEBAHAGIAN daripada warga Myanmar yang ditahan

SEBAHAGIAN daripada warga Myanmar yang ditahan

KUALA LUMPUR – Polis kelmarin menahan lebih 900 warga Myanmar berikutan beberapa siri pergaduhan sehingga menyebabkan dua rakyat negara itu terbunuh dalam kejadian di ibu negara sepanjang minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 250 orang telah diserahkan kepada pihak Imigresen atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan.

Sebahagian lagi warga Myanmar dibebaskan selepas maklumat diri mereka direkodkan.

“Operasi ini dilakukan bagi memastikan keganasan yang berlaku di Myanmar tidak merebak ke negara ini,” kata beliau kepada agensi berita AFP semalam.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

‘Bujang Lapok’ tinggal seorang…

DAHULU Bujang Lapok bertiga, kini tinggal seorang sahaja.

Siri filem Bujang Lapok keluaran Shaw Brothers itu menggandingkan tiga pelakon – P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin.

Allahyarham P. Ramlee meninggal dunia pada 1973.

Allahyarham S. Shamsudin meninggal kelmarin dan selamat dikebumikan semalam.

Kini, hanya seorang daripada tiga sekawan itu sahaja yang tinggal, Aziz.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Sekjen ASEAN-Cina Akui Angklung Luar Biasa

Angklung

Angklung

REPUBLIKA.CO.ID, BEIJING – Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China, Ma Mingqiang, berkata alat muzik angklung sangat luar biasa, kerana sederhana tetapi dapat menghasilkan harmoni yang sangat indah.

“Incredible (luar biasa),” katanya, saat menyaksikan sejumlah perwakilan negara sahabat dan tetamu jemputan bermain angklung bersama dalam acara “Malam Indonesia” di Beijing, Kamis (6/6) malam.

Ma mengaku belum pernah memainkan alat muzik tradisional Jawa Barat itu. “Saya belum pernah memegang, apalagi memainkannya,” ungkapnya sambil tersenyum. “Tetapi melihat orkestra angklung yang dimainkan malam ini, saya melihat langsung angklung sangat luar biasa. Mudah, boleh dimainkan oleh sesiapa pun, dalam jumlah berapa pun hingga menghasilkan simfoni yang indah,” kata Ma sambil memegang angklung.   REPUBLIKA ONLINE

KPI Selenggarakan Indonesia Broadcasting Expo 2013

Komisi Penyiaran Indonesia selenggarakan Indonesia Broadcasting Expo 2013. (Inforial)

Komisi Penyiaran Indonesia selenggarakan Indonesia Broadcasting Expo 2013. (Inforial)

TEMPO.CO, Jakarta – Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) Pusat menyelenggarakan Indonesia Broadcasting Expo 2013 (IBX 2013), pada 18 – 20 April 2013 di Kartika Expo BalaiKartini, Jakarta. Acara ini sekaligus memperingati Hari Penyiaran Nasional (Harsiarnas). Kegiatan mengandungi seminar, workshop, job fair, hiburan dan pameran seputar dunia penyiaran. Tema yang diangkat adalah “Spirit Indonesia”.

Sebagai penjabaran tema IBX 2013 diadakan seminar “Membina Media Penyiaran yang Mencerdaskan”, “Konfergensi dan Digitalisasi Media”, “Peluang dan Cabaran Bagi Dunia Penyiaran”, “Peraturan Penyiaran Progresif Bagi Pembangunan Dunia Penyiaran” dan “Strategi dan Reformulasi Pertandingan Perniagaan Penyiaran”. Workshop yang diadakan termasuk literasi media, pengeluaran Siaran TV, production house, jurnalistik TV, jurnalistik radio, penyiar radio, pengiklanan, dan penyiaran digital.   TEMPO ONLINE

Malaysia Larang Perempuan Jadi Model Iklan Rokok

79larangan merokok.istKUALA LUMPUR – Malaysia melarang syarikat rokok dan agen pemasarannya menggunakan perempuan untuk mempromosikan produk rokok dalam segala bentuk pengiklanan.

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya juga akan mengkaji larangan terhadap penggunaan perempuan untuk mempromosikan rokok di kelab malam mahupun di gerai-gerai dan promosi langsung kepada pelanggan.

Subramaniam seperti dikutip media tempatan di Kuala Lumpur, Senin (3/6), mengatakan, bentuk promosi rokok secara langsung dan tidak langsung adalah dilarang, termasuk pemberian diskaun.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Indonesia berpeluang tuan rumah Piala Dunia 2022

Sejumlah pekerja merawat lapangan Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta

Sejumlah pekerja merawat lapangan Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta

 

Bukittinggi, Sumatera Barat (ANTARA News) – “Indonesia berpeluang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 jika mendapat sokongan kerajaan dalam mengupayakan cita-cita itu,” kata Ketua Masyarakat Sepak Bola Indonesia, Sarman El Hakim.

Saat ini, kata dia, di Bukittinggi, Kamis (6/6), hanya diperlukan peranan kerajaan dalam mengujudkan cita-cita tersebut, kerana perhitungan sokongan suara yang sudah dilakukan Piala Dunia 2022 FIFA, Indonesia telah mendapat 14 suara.

Menurut dia, perhitungan sokongan suara dilakukan Piala Dunia 2022, Indonesia (14 suara), Amerika Syarikat (tiga suara), Australia (dua suara), Jepun (satu suara), Korea Selatan (satu suara), Qatar (tidak mendapat suara) dan tak memilih (tiga suara).   ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 7, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: