KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 08 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Suu Kyi mahu tanding Presiden Myanmar

Naypyidaw: Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi(gambar), semalam melahirkan hasrat bertanding jawatan presiden negara itu dan menggesa rakyat berkongsi perubahan yang berlaku.

Ketika menyampaikan ucapan pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Asia Timur di Naypyidaw, Suu Kyi merayu supaya Perlembagaan yang digubal junta dipinda kerana ia menghalang beliau daripada mengetuai negara itu.

“Saya mahu bertanding jawatan presiden dan terus-terang menyatakan hasrat ini. Jika saya berkata tidak mahu menjadi presiden, maka saya tidak jujur,” katanya.    BERITA HARIAN ONLINE

Insiden Lahad Datu: Seorang lelaki berdepan hukuman mati

TAWAU – Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Feb 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

 Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.   SINAR HARIAN ONLINE

Hina Agong: Dua Individu Serah Diri

KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini, Jumaat.

Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.

Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.   mStar Online

ABTC: Rusia buka kemasukan tanpa visa

SINGAPURA 7 Jun – Rusia menyertai secara rasmi skim Kad Pelancongan Perniagaan (ABTC) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang membolehkan sejumlah besar ahli perniagaan bergerak dengan pantas dan lebih mudah dalam rantau Asia Pasifik.

Sebagai peserta penuh, Russia kini akan membenarkan pemegang kad ABTC dari ekonomi APEC lain memasuki sempadannya tanpa Visa, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh APEC Business Mobility Group.

Ia berkata, warga Rusia juga layak untuk memohon kad itu bagi menikmati kemasukan mudah ke 18 ekonomi APEC lain yang menyertai skim tersebut tanpa perlu memohon visa berasingan.

Langkah itu sejajar dengan satu dikri yang dibuat oleh Presiden Vladimir Putin tahun lepas semasa Rusia menjadi tuan rumah APEC yang mengumumkan hasrat negara tersebut untuk menyertai sebagai peserta penuh skim ABTC.   UTUSAN ONLINE

Kumpulan radikal Islam mahu halang pertandingan Ratu Cantik Dunia

GAMBAR fail menunjukkan pemenang pertandingan Ratu Cantik Dunia 2012, Yu Wenxia (tengah)

GAMBAR fail menunjukkan pemenang pertandingan Ratu Cantik Dunia 2012, Yu Wenxia (tengah)

JAKARTA – Sebuah kumpulan radikal Islam semalam berikrar untuk menghentikan penganjuran pertandingan Ratu Cantik Dunia di Indonesia walaupun pihak penganjur mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Kumpulan Hizb ut-Tahrir itu menyelar pertandingan tersebut kerana ia dianggap seperti menjual tubuh wanita.

Ia turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah pertandingan tersebut.

Lebih 130 wanita akan bersaing dalam pertandingan itu yang berlangsung pada September depan di Bali.

Pertandingan akhir akan diadakan di Bogor, wilayah Jawa Barat.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Dua Korea akur untuk berunding

JAMBATAN PENYATUAN: Kenderaan tentera Amerika Syarikat semalam menyeberangi Jambatan Penyatuan yang menghala ke zon bebas tentera di Paju, Korea Selatan

JAMBATAN PENYATUAN: Kenderaan tentera Amerika Syarikat semalam menyeberangi Jambatan Penyatuan yang menghala ke zon bebas tentera di Paju, Korea Selatan

SEOUL: Korea Selatan dan Korea Utara telah bersetuju secara dasarnya semalam bagi mengadakan rundingan rasmi pertama dalam masa bertahun-tahun.

Ia menandakan kemungkinan kebuntuan bakal dihuraikan dalam hubungan rentas sempadan setelah ketegangan tentera yang meningkat antara kedua-dua negara selama berbulan.

Memberikan jawapan yang luar biasa pantas, Korea Selatan menyeru agar rundingan peringkat menteri diadakan di Seoul pada 12 Jun ini dan menggesa Korea Utara membuka semula saluran perhubungan bagi perbincangan peringkat jawatankuasa kerja bermula hari ini.

“Saya harap… dialog akan menyediakan momentum untuk Korea Selatan dan Korea Utara memperbaiki hubungan berdasarkan rasa saling percaya,” kata Menteri Penyatuan Korea Selatan, Encik Ryoo Kihl-Jae, dalam kenyataannya yang disiarkan menerusi televisyen.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Vietnam tertarik membeli CN 295

20120919Logo-PTDI-001Jakarta (ANTARA News) – Menteri Pertahanan (Menhan) Vietnam, Jeneral Phung Quang Thanh, berkata bahawa Vietnam berminat membeli pesawat CN 295 pengeluaran Indonesia, karena sesuai dengan keperluan negeri tersebut.

Siaran akhbar KBRI Hanoi yang diterima ANTARA di Jakarta, Senin, menyebutkan Menhan Vietnam juga merancang menghantar delegasi Tentera Udara Vietnam ke Indonesia untuk mempelajari industri penerbangan Indonesia dan menanyakan hal-hal yang lebih terperinci mengenai pesawat CN 295.

Pernyataan tersebut disampaikan saat Wamenhan RI Sjafrie Sjamsoeddin melakukan kunjungan kehormatan kepada Menhan Jenderal Thanh.   ANTARA NEWS ONLINE

Tank Israel dan Syria Berhadapan di Golan, Selanjutnya?

Sejumlah tank Israel bersiaga di kawasan Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel, dekat perbatasan dengan Suriah

Sejumlah tank Israel bersiaga di kawasan Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel, dekat perbatasan dengan Suriah

REPUBLIKA.CO.ID, Pasca kontak senjata antara militer Suriah dan anasir bersenjata jalur penyebarangan Quneitra, Golan, serta penguasaan kembali jalur tersebut oleh militer Suriah, Israel mengerahkan tank-tanknya di wilayah pendudukan Golan.

Alalam melaporkan, Radio Israel menyatakan bahwa para pejabat Tel Aviv mengerahkan tank-tanknya di Golan itu menyusul kehadiran tank Suriah di wilayah Golan. Israel juga akan mengadukan masalah ini kepada Perserikatan Bangsa-Bangsa.

Menyusul bentrokan militer Suriah dan anasir teroris di Quneitra, Austria menyatakan akan menarik mundur pasukan penjaga perdamaiannya dari wilayah tersebut.   REPUBLIKA ONLINE

Bali Akan Gelar Sidang WTO, Desember Depan

Kawasan wisata Garuda Wisnu Kencana (GWK), Jimbaran, Bali.

Kawasan wisata Garuda Wisnu Kencana (GWK), Jimbaran, Bali.

TEMPO.COJakarta –  Delegasi Kementerian Perdagangan Indonesia berkunjung ke markas Organisasi Perdagangan Dunia (World Trade Organization) di Jenewa, Swiss, Jumat 7 Juni 2013. Di sana pemerintah memaparkan persiapan Konferensi Tingkat Menteri WTO di Bali yang bakal dihadiri 159 negara, pada awal Desember 2013 depan.

Selain menjelaskan persiapan Indonesia, delegasi juga menggelar Pameran Indonesia di Galeri Sekretariat WTO di Jenewa. Pameran ini menampilkan informasi mengenai capaian ekonomi Indonesia kini dan proyeksi pencapaian di masa depan. Selain itu ditampilkan juga gambaran industri strategis dan manufaktur Indonesia, produk ramah lingkungan serta sisi humanis Bali sebagai tuan rumah pertemuan para menteri negara anggota WTO. Semuanya dikemas dalam panel display, poster, foto dan aneka video.   TEMPO ONLINE

Anomali Cuaca, Masyarakat Diminta Waspada Bencana

78070613-anomali cuacaJAKARTA – Saat ini tengah terjadi fenomena anomali atau penyimpangan suhu permukaan laut di sejumlah wilayah di Indonesia. Hal itu disebabkan suhu permukaan laut lebih tinggi dibanding kondisi normal. Ini berdampak pada peningkatan curah hujan di sebagian wilayah Indonesia, khususnya di Jawa dan Sumatera.

Menurut Kepala Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Sri Woro Budiharjo, akibat anomali cuaca tersebut maka pada musim kemarau tahun ini akan lebih banyak terjadi hujan dibandingkan dengan pola musim kemarau pada biasanya.

“Hujan deras di atas normal akan terjadi di sejumlah wilayah Indonesia, dan akan terjadi sampai Agustus,” ujar Woro, di Jakarta, baru-baru ini.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 8, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: