KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 09 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Nenek ambil upah panjat pokok kelapa

Kuala Kangsar: Demi mencari rezeki tambahan, seorang nenek berusia 59 tahun sanggup mengambil upah memanjat pokok kelapa sehingga ketinggian melebihi 10 meter.

Zabedah Mansor yang juga ibu tunggal menggunakan kudrat empat keratnya sejak 43 tahun lalu bagi memetik buah kelapa untuk dia memperoleh pendapatan antara RM40 dan RM50 sehari.

 “Saya mula mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun dan hanya mengambil masa dua minit untuk sampai ke puncak pokok.

“Malah, saya juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan dan duku untuk memetik buahnya dengan tangan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Pekan, dekat sini, semalam.   BERITA HARIAN ONLINE

Kategori bikini Miss World 2013 ditiadakan

JAKARTA – Peminat pertandingan Miss World bakal kecewa kerana tahun ini acara atau kategori bikini telah ditiadakan.

Sebaliknya, peserta hanya akan mengenakan sut mandi beserta kain pada pertandingan yang dijangka bermula pada 4 September depan.

Menurut jurucakap pertandingan, Adjie S. Soeratmadjie berkata, kategori itu tidak dimasukkan kerana mahu menghormati adat, budaya dan nilai tradisi Indonesia.

Pengerusi Miss World Organization, Julie Morlie turut mengesahkan tiada seorang pun daripada 137 peserta yang akan memakai bikini bagi tahun ini dan organisasi itu turut bersetuju dengan syarat yang dikenakan di negara itu.   SINAR HARIAN ONLINE

Sultan Pahang mahu TUDM terus adaptasi teknologi terkini

Sultan Ahmad Shah memeriksa perbarisan pada Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-55 di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang

Sultan Ahmad Shah memeriksa perbarisan pada Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-55 di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang

KUANTAN 7 Jun – Sultan Pahang mahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus mengadaptasikan sistem teknologi terkini dalam semua aspek perolehan bagi mengekang sebarang anasir yang boleh mengganggu-gugat kedaulatan dan keselamatan negara.

Sultan Ahmad Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM bertitah, keupayaan menguasai teknologi terkini, canggih serta kemampuan jitu akan memberi anjakan besar kepada keupayaan pasukan itu memenuhi peranannya.

“Dalam hal ini saya amat berbangga dengan perkembangan TUDM sehingga kini. TUDM sentiasa merancang untuk mengadaptasikan teknologi terkini dalam semua aspek perolehan dan pengurusannya.

“Sebagai bukti, keupayaan TUDM untuk memikul misi yang diamanahkan telah dapat ditingkatkan dengan penerimaan helikopter pengangkut jarak jauh, Eurocopter EC725 yang mula diterima ke dalam perkhidmatan.   UTUSAN ONLINE

Satu keluarga hisap dadah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang sudah bergelar datuk dan sepatutnya menjadi contoh, dicekup ketika sedang khayal dadah bersama anak dan menantu lelaki serta cucu lelakinya di sebuah rumah di Kampung Mensiang, Menggatal, dekat sini, Ahad lalu.

Serbuan kira-kira jam 1 pagi dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Turut ditemui, dadah disyaki jenis syabu seberat 20.8 gram bernilai RM6,240.

Dalam serbuan itu juga, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai rakan keluarga berkenaan.   myMetro Online

Jadi mangsa geng trak tunda tipu

NIK MOHD. NOOR FAIZAL menunjukkan keadaan keretanya setelah menjadi mangsa penipuan

NIK MOHD. NOOR FAIZAL menunjukkan keadaan keretanya setelah menjadi mangsa penipuan

BANGI – Hasrat seorang pensyarah untuk bercuti bersama keluarga berkecai apabila menjadi mangsa sindiket penipuan trak penunda haram dan pengusaha bengkel yang cuba mengenakan caj melampau ketika keretanya rosak pada Selasa lalu.

Nik Mohd. Noor Faizal Md. Saad, 34, dari Pulau Pinang mendakwa, masalah bermula apabila enjin keretanya jenis Proton Waja mengalami masalah suhu meningkat sebaik keluar dari kawasan Rehat dan Rawat Seremban.

“Tidak sampai beberapa minit kemudian muncul dua lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna putih untuk melihat keadaan kereta saya.

“Mereka kata gasket terbakar dan memberi jaminan boleh selesaikan masalah saya kerana bengkel mereka tidak jauh dari susur keluar ke Seremban,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.    KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Ejen AS merisik lungsur Internet

JAMES CLAPPER

JAMES CLAPPER

WASHINGTON: Ejen-ejen perisik Amerika Syarikat sedang merisik ke dalam server sembilan gergasi Internet negara itu termasuk Apple, Facebook, Microsoft dan Google, dalam satu usaha antipengganasan yang disasarkan ke atas warga asing, menurut ‘ledakan’ laporan-laporan media, semalam.

Dikejutkan oleh pendedahan mengenai rancangan risikan terselindung selama 24 jam itu, Pengarah Risikan Nasional Amerika, Encik James Clapper, mengeluarkan sanggahan kerasnya terhadap laporan-laporan itu.

Beliau juga memberi amaran bahawa langkah membocorkan satu program berasingan berkaitan dengan kegiatan risikan terhadap rekod-rekod panggilan telefon di sana boleh menjejas keselamatan Amerika.

Sementara itu, Rumah Putih, yang semakin menghadapi lebih banyak kontroversi berhubung skala dan skop program-program pemantauan sulit, menafikan kegiatan mengintip itu ke atas warga Amerika tetapi menegaskan bahawa ia harus menggunakan apa sahaja wadah untuk memastikan Amerika selamat.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Menteri Pertanian: jangan lengah tangani penyakit hewan

Menteri Pertanian Suswono saat meninjau suatu sentra penggemukan dan pembibitan sapi

Menteri Pertanian Suswono saat meninjau suatu sentra penggemukan dan pembibitan sapi

Denpasar (ANTARA News) – Menteri Pertanian Suswono mengingatkan kepada para peternak agar tidak lengah dalam menghadapi berbagai jenis penyakit yang dapat mengancam hewan ternak mereka.

“Saat ini pemerintah sudah berhasil menangani flu burung, namun pengawasan harus tetap dilakukan sehingga penyakit tersebut bisa teratasi secara maksimal,” katanya seusai pembukaan pemeran dagang internasional di Nusa Dua, Bali, Rabu.

Dalam menangani penyakit tersebut, dirinya berharap ada peran serta dari masyarakat untuk ikut serta mengawasi dan mencegah potensi penyebaran penyakit berbahaya tersebut.   ANTARA NEWS ONLINE

Aher Akan Hadiri Konser Kolosal Angklung Udjo di Cina

Ahmad Heryawan

Ahmad Heryawan

REPUBLIKA.CO.ID, BANDUNG – Setelah berjaya tercatat di The World Guiness Book of the Record dalam memainkan angklung secara ensamble di Amerika Syarikat (AS) tahun 2011 lalu, Saung Angklung Udjo akan memecahkan rekod baru di China.

Sebanyak 10 ribu angklung bakal dimainkan di Tembok Besar China pada Ahad (9/6) mendatang. Konsert yang amat besar angklung ini akan dihadiri oleh Gubernur Jawa Barat, Ahmad Heryawan alias Aher.

Kepala Biro Humas, awam dan Protokol Sekretariat Daerah Provinsi Jawa Barat, Rudy Gandakusumah mengatakan kedatangan Aher dalam konsert yang amat besar angklung itu sebagai bentuk apresiasi dan kebanggaan terhadap alat muzik buluh ini.

“Sebagai bentuk apresiasi kerana angklung berasal dari wilayah Jawa Barat,” kata Rudy saat dihubungi Republika, Selasa. (4/6).   REPUBLIKA ONLINE

Pengusaha Siap Percepat Impor Sapi Bakalan

Pedagang daging sapi berjualan di Pasar Kramat Jati, Jakarta

Pedagang daging sapi berjualan di Pasar Kramat Jati, Jakarta

TEMPO.CO, Jakarta – Pengarah Eksekutif Persatuan Pengeluar Daging dan Feedlot (penggemukan sapi) Indonesia (Apfindo) Johny Liano menyatakan merealisasikan import lembu bakalan pada suku pertama tahun ini telah dituntaskan. Sesuai anjuran kerajaan, ia juga menyatakan kesediaannya untuk mempercepat import di penghujung suku kedua ini. “Kami siap, sebelum ini juga kami sudah tertib impornya,” ujar Johny Liano saat dihubungi, Selasa 28 Mei 2013.

Semalam, Menteri Pertanian Suswono dan Menteri Perdagangan Gita Wirjawan Kerajaan telah memutuskan untuk mempercepatkan import lembu bakalan. Dengan keluarnya dasar ini dijangka pada suku II-2013 akan terealisasi import lembu bakalan sebanyak 164.162 ekor. Merealisasikan import sebanyak itu terdiri daripada peruntukan suku II sebanyak 117.931 ekor dan suku III sebanyak 46.231 ekor.    TEMPO ONLINE

Rizal, Si “Ranger” Gajah

Samsul Rizal.

Samsul Rizal.

Sudah lebih dari seminggu, Rizal keluar masuk hutan. Sekumpulan gajah liar itu telah hampir seminggu berusaha kembali masuk ke ladang penduduk. Gajah liar tersebut harus tetap dia giring menjauh dari ladang getah dan sawit milik masyarakat. Tujuannya, agar konflik antara gajah dengan warga tidak berlaku dan penduduk gajah yang sangat terancam dapat terselamatkan.

Rizal tidak sendiri, ada juga sejumlah ranger lain serta mahot, atau jururawat gajah yang bertugas di Conservation Response Unit (CRU) Sampoiniet, Kabupaten Aceh Jaya, ditambah dua Polis Hutan (Polhut) Aceh Jaya.

Menggiring kumpulan gajah liar agar kembali ke hutan lindung dan menjauh dari ladang penduduk bukanlah perkara mudah, perlu waktu berhari-hari dan belum tentu kumpulan gajah tersebut mau pindah.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 9, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: