KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 10 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Google, Facebook, marah intipan

San Francisco: Ketua Eksekutif Google, Larry Page dan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengutuk tindakan kerajaan Amerika Syarikat melakukan perisikan ‘online.’

Mereka juga menggesa supaya pihak berkuasa tidak menyembunyikan perbuatan mengintip menggunakan internet.

 “Kami faham Amerika dan kerajaan lain perlu ambil tindakan untuk melindungi keselamatan rakyat termasuk menggunakan taktik mengintip.

“Tetapi, prosedur perundangan ketika ini menjejaskan kebebasan yang kita sanjung,” kata Page dalam blognya.   BERITA HARIAN ONLINE

Blogger bantah peraturan baharu

Sebuah batu nisan palsu tertera perkataan 'RIP Freedom of Speech' turut ditempatkan di lokasi bantahan

Sebuah batu nisan palsu tertera perkataan ‘RIP Freedom of Speech’ turut ditempatkan di lokasi bantahan

SINGAPURA 8 Jun – Kira-kira 2,000 rakyat Singapura hari ini mengadakan bantahan terhadap peraturan baharu kerajaan yang mewajibkan beberapa portal berita memiliki lesen berkuatkuasa bulan ini.

Kesemua penunjuk perasaan berkumpul di kawasan bebas bersuara, Speakers’ Corner di sebuah taman di sini untuk mendengar ucapan beberapa blogger dan individu lain yang mengutuk dasar baharu kerajaan tersebut.

“Kerajaan perlu mempercayai kami dan berhenti melayan kami seperti bayi.

“Kita perlu berasa malu terhadap masyarakat dunia kerana ketika kerajaan lain sedang berusaha untuk membatalkan kawal selia Internet, Singapura, satu daripada negara terkaya dari segi perkapita sedang cuba bertindak sebaliknya,” kata Choo Zheng Xi, seorang jurucakap dan pengasas bersama laman web berita popular The Online Citizen.   UTUSAN ONLINE

ETS hero keretapi antara bandar

Perkhidmatan ETS yang disediakan KTMB mendapat sambutan hangat pengguna

Perkhidmatan ETS yang disediakan KTMB mendapat sambutan hangat pengguna

BEBERAPA tahun lalu, keretapi bukanlah pilihan perjalanan jarak jauh utama kerana faktor tempoh perjalanan yang panjang tetapi kini makin ramai yang memilih Electric Train Service (ETS), iaitu perkhidmatan keretapi yang disediakan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sejak 2010 kerana ianya lebih cepat dan menjimatkan masa.

Pemodenan perkhidmatan KTMB itu disambut baik pengguna dan memberi nafas baru kepada KTMB yang bakal menyambut ulang tahun ke-128, bulan ini.

ETS, perkhidmatan rel komuter berkelajuan tinggi dengan kelajuan operasi maksimum 140 kilometer sejam mampu memuatkan maksimum 350 orang penumpang dalam setiap gerabak.

Pengurus Besar KTMB Antara Bandar, Mohd Zain Mat Taha berkata, ETS adalah satu pembaharuan yang memberikan kemudahan kepada penumpang dengan memendekkan tempoh perjalanan, kelajuan lebih baik dan penggunaan tenaga elektrik yang mesra alam.   SINAR HARIAN ONLINE

Jambatan Runtuh: DOSH Kaji Ambil Tindakan Undang-Undang

Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi membuat tinjauan ke tapak runtuhan

Pengarah  DOSH Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi membuat tinjauan ke tapak runtuhan

GEORGE TOWN: Tindakan mahkamah akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi runtuhan tanjakan konkrit penyambung susur keluar jambatan kedua yang masih dalam pembinaan di Batu Maung Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi pada Ahad berkata, kontraktor boleh didakwa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 jika didapati gagal untuk mematuhi peraturan.

Tambah beliau jabatan itu mempunyai masa selama sebulan untuk menjalankan siasatan sebelum laporan penuh dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia.   mStar Online

APMM Tawau selamatkan empat pemancing dipukul ribut

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menyelamatkan empat pemancing daripada dihanyutkan lebih jauh ke laut selepas dua bot yang mereka naiki bocor dipukul ribut awal pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim APMM Tawau Anor Jaafar berkata keempat-empat nelayan berkenaan yang keluar memancing pada awal pagi sebelum dipukul ribut pada jam 9.30 pagi, diselamatkan anggota agensi itu di lokasi kira-kira 14.5 kilometer dari Jeti Tinagat.

“Semasa kejadian, kedua-dua bot pemancing telah bocor kerana dipukul ribut semasa mereka sedang memancing. Keadaan laut yang bergelora menyukarkan lagi keadaan. Bot Kilat milik APMM dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengiringi mangsa kembali ke Perairan Tinagat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  myMetro Online

Penyelidik USM hasilkan penampal gigi daripada bahan organik sekam padi

KOTA BHARU – Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini, menghasilkan komposit tampalan gigi daripada sekam padi bagi menggantikan bahan konvensional amalgam.

Ketua penyelidik, Prof. Dr. Ismail Ab. Rahman berkata, kejayaan menghasilkan komposit tampalan gigi daripada bahan organik sekam padi itu, yang pertama seumpamanya di dunia, adalah hasil penyelidikan kira-kira tiga tahun mulai 2011.

Produk tampalan gigi daripada sekam padi itu menepati piawaian antarabangsa dan boleh dihasilkan dengan kos yang rendah, mempunyai jangka hayat lama serta pasaran yang amat luas, kata Ismail pada sidang akhbar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Seminar bincang hidupan marin

Jabatan Marin adalah antara sektor kerajaan yang menyertai pameran Hari Lautan Sedunia.

Jabatan Marin adalah antara sektor kerajaan yang menyertai pameran Hari Lautan Sedunia.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Hari Lautan Sedunia diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diraikan di seluruh dunia pada setiap 8 Jun sebagai menghargai sumbangan dan kepentingan lautan serta hidupan laut kepada kehidupan manusia, dari segi bekalan makanan, pekerjaan, pengangkutan, penyelidikan dan sebagainya.

Sempena Hari Lautan ini, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama melalui Jabatan Perikanan mengadakan seminar di Empire Hotel & Country Club semalam, hari ini dan esok.

Seminar dihadiri pelajar sekolah menengah dan institusi tinggi termasuk kakitangan dan pegawai dari sektor kerajaan dan swasta.   MEDIA PERMATA ONLINE

Terbang tinggi

DEMI memenuhi hasrat anaknya menjadi pilot, seorang ayah menubuhkan syarikat bagi menyediakan landasan agar puteranya itu terbang tinggi.

Bersempena Hari Bapa bulan ini, SUTRA edisi Jun mewawancara ayah tiga orang anak, Encik Elias Bawa, usahawan rendah hati yang gigih dalam kerjaya dan kini menjadi ejen rasmi sekolah penerbangan.

Dalam rencana dalam ruangan Realiti, SUTRA menyingkap laluan kerjaya Encik Elias, bekas pengurus akaun bagi daerah Asia Pasifik, di syarikat penghantaran pakej terbesar sedunia, United Parcel Service (UPS).

“Mungkin ada yang tertanya kenapa saya yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan menceburi bidang sekolah penerbangan?

“Jawapan saya, saya lakukan ini untuk anak saya seiring niat membantu masyarakat Melayu di Singapura. Jika ditinjau di sekeliling kita, berapa ramaikah juruterbang Melayu di Kota Singa sejak kita merdeka?   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Kementan gulirkan Rp6,840 miliar untuk peternak sapi

20130327Persiapan-swasembada-daging-260313-abs-2xxSamarinda (ANTARA News) – Kementerian Pertanian (Kementan) merangka dana sebesar Rp6, 840 bilion sebagai insentif bagi penternak yang mempertahankan lembu betina produktif atau yang sedang bunting.

Sementara itu 38 kumpulan ternakan di Provinsi Kalimantan Timur (Kaltim) mendapatkan insentif itu, kerana mereka berjaya mempertahankan 7.600 ekor lembu dan kerbau yang sedang bunting. Demikian disampaikan Kepala Dinas Peternakan Provinsi Kaltim, H. Dadang Surdaya, di Samarinda, Minggu.

“Kegiatan berupa mempertahankan lembu betina produktif adalah para penternak tidak menjual atau memotong lembu maupun kerbaunya sehingga ternak-ternak tersebut dapat berkembang biak atau akan terus terus beranak pinak,” katanya.   ANTARA NEWS ONLINE

Persediaan Beras Sumut Cukup untuk 5 Bulan

Stok Beras Bulog

Stok Beras Bulog

MEDAN-Badan Urusan Logistik (Bulog) Sumatera Utara belum boleh memastikan jadual pasti penambahan penyaluran beras untuk warga miskin (raskin) menjadi 16 bulan alokasi.Selain kerana penyaluran raskin tambahan selepas kenaikan BBM itu merupakan keputusan Kementerian Koordinator Kesejahteraan Rakyat, daerah ini juga punya stok beras Bulog Sumut sebanyak 58,000 tan. Jumlah hasil tuaian hingga akhir minggu ini, dinilai mencukupi untuk keperluan rutin masyarakat di daerah itu kira-kira lima bulan lebih.

“Belum ada arahan dari Bulog pusat kerana rencana penambahan peruntukan dari 12 menjadi 16 bulan peruntukan itu dilakukan kalau kerajaan sudah menaikkan harga bahan bakar minyak (BBM),” kata Humas Bulog Sumut Rudi, di Medan, Jumat.

“Bulog pasti segera menjalankan dasar itu kalau sudah ada arahan dari pusat,” tambahnya.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Indonesia Catat Rekor Produksi Padi  

Lahan persawahan. TEMPO/Subekti

Lahan persawahan. TEMPO/Subekti

TEMPO.CO, Rom – Pertubuhan Bangsa-Bangsa mencatat bahawa Indonesia mencapai rekod terbaru tuaian padi di Indonesia pada suku satu tahun 2013. Jumlah tuaian padi saat ini mencapai 72,1 juta tan metrik atau meningkat 4.4 peratus berbanding tahun lalu, yang sebanyak 69,05 juta tan metrik.

Jumlah tuaian itu dijangka kekal meningkat walaupun curah hujan tinggi pada bulan Disember dan Mac, yang mengakibatkan banjir yang melanda beberapa daerah penghasil padi. “Rekod itu sekaligus menghadkan keperluan untuk import padi,” ujar Food Agricultural Organization (FAO) dalam rilisnya, seperti dilansir Bloomberg, Selasa, 30 April 2013.

Sementara itu, hasil tuaian jagung dianggarkan mencapai 19 juta tan pada suku pertama. Angka itu tidak berbeza jauh dari tahun sebelumnya pada tempoh yang sama, yakni 18,96 juta jagung dituai.

Pertumbuhan yang sudah dijangkakan itu terutama didorong dari kepelbagaian yang dilakukan kerajaan untuk mencapai sasaran kecukupan mandiri. “Juga kerana bertambahnya lahan yang ditanami,” ujarnya.    TEMPO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 10, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: