KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 11 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Tempoh visa umrah dihad 14 hari

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa semalam, tempoh visa untuk mengerjakan umrah dihadkan kepada 14 hari saja.

Peraturan baru itu turut menetapkan jemaah perlu mengesahkan visa mereka 14 hari selepas dikeluarkan, berlepas ke Makkah dalam masa 14 hari dan pulang selepas 14 hari.

Kementerian Haji Saudi membuat keputusan itu bagi mengurangkan kesesakan teruk di semua tempat penginapan, termasuk hotel bertaraf lima bintang selepas melakukan proses pembesaran kawasan tawaf di Masjidil Haram.

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini yang bercadang mengerjakan umrah pada Ramadan nanti dinasihatkan merancang jadual perjalanan lebih teratur.   BERITA HARIAN ONLINE

Pusat Penyelidikan Marin Kepulauan Sugud ditubuh

SANDAKAN: Sebuah pusat penyelidikan telah ditubuhkan untuk menambahbaik ekosistem marin di Pusat Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) di timur Sabah.

Pusat Penyelidikan Marin Kepulauan Sugud (SIMRC) ditubuhkan susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) semalam di Pulau Billean di perairan Sandakan.

SIMRC, terletak di Billean, ialah usaha sama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Reef Guardian Sdn Bhd dan Universiti Cardiff.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Pisang berjantung tiga

Tiga jantung dalam satu pokok pisang.

Tiga jantung dalam satu pokok pisang.

KUPANG – Seorang penduduk terkejut setelah melihat pokok pisang di hadapan rumahnya mempunyai tiga jantung pisang, malah sebatang pokok lagi mempunyai dua tandan pisang dalam sebatang pokok.

Mohd Hafizul Idris, 28, dari Kampung Besah berkata, dia belum pernah melihat lagi kejadian seperti itu tambahan, pula ianya berlaku pada pokok pisang miliknya.

“Baru dua hari lepas saya sedar pokok pisang ini mempunyai tiga jantung dan sebatang pokok lagi ada dua tandan. Mana ada pokok pisang ada dua tandan,” katanya.   

Katanya, dia tidak berhasrat untuk mengambil pisang itu, tetapi ingin terus melihat tumbesaran dua pokok pisang itu.   SINAR HARIAN ONLINE

Bantahan pekerja Indonesia bertukar ganas

RIYADH 10 Jun – Seorang pekerja wanita Indonesia terbunuh dalam kejadian kebakaran yang tercetus apabila kira-kira 8,000 pekerja asing negara itu mengadakan bantahan yang bertukar ganas di luar Kedutaan Indonesia semalam setelah terpaksa menunggu terlalu lama bagi mendapatkan visa untuk keluar dari Arab Saudi.

Satu sumber berkata, penunjuk perasaan terbabit bertindak memanjat dan membakar dinding bangunan kedutaan itu serta bertempur dengan pasukan keselamatan Arab Saudi.

“Tindakan ganas mereka (penunjuk perasaan) itu telah menyebabkan seorang wanita Indonesia terbunuh,” kata sumber berkenaan.

Jurucakap polis Jeddah, Nawaf al-Booq berkata, penunjuk perasaan terbabit menyerbu masuk bangunan kedutaan, menyebabkan berlakunya rempuhan dan beberapa pekerja mengalami kecederaan kecil.   UTUSAN ONLINE

‘Amal tiga Qul’

Shah Alam: “Sihir boleh disampaikan melalui pelbagai cara tanpa disedari mangsa. Sekiranya melalui minuman, mangsa tidak akan sedar dia disihir kecuali selepas merujuk kepada pengamal perubatan Islam,”.

Itu kata Pengamal Perubatan Tradisional Islam Al-Banjary Nor Azman Md Derus ketika diminta kejadian menimpa Nurul yang mendakwa dirinya dikawal seorang lelaki digelar Abang Aji selepas dibacakan jampi dan diberi minum air penyeri wajah. Nor Azman berkata, perubatan berasaskan Islam adalah jalan yang terbaik untuk mengubati mangsa sihir dan setiap umat Islam perlu menyiapkan diri dengan mengamalkan ayat al-Quran tertentu bagi mengelakkan disihir.   myMetro Online

Bekas ejen CIA dedah rahsia AS intip e-mel

du_01.1WASHINGTON – Seorang bekas petugas Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja sebagai kontraktor di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mendedahkan dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin bahawa dia yang membocorkan rahsia satu program pemantauan sulit AS ekoran timbul kesedaran untuk melindungi kebebasan asas penduduk di seluruh dunia.

Berlindung di sebuah bilik hotel di Hong Kong, kontraktor tersebut, Edward Snowden memberitahu, dia berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendedahkan program sulit NSA tersebut yang diberi nama PRISM.

Namun, lelaki berusia 29 tahun itu berkata, dia terpaksa belot terhadap majikannya kerana berasa Amerika Syarikat (AS) telah membina program mesin pengintip yang boleh mengintip maklumat setiap warga AS.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Banyumas Sentra Gula Kelapa Terbesar

89195_620TEMPO.CO, Purwokerto-Menteri Koperasi dan UKM Syarifuddin Hasan dijadualkan akan menjadikan Banyumas sebagai penghasil gula kelapa terbesar di Indonesia. Rencananya, pelancaran program tadi dilakuka pada 5 Julai. Setiap hari, para perajin gula kelapa yang rata-rata masih hidup miskin di Bandar Satria itu menghasilkan sekitar 172 tan gula kelapa.

“Banyumas sudah mengantongi sijil antarabangsa sebagai penghasil gula kelapa terbesar di Indonesia,” kata Ketua seksi Industri Pertanian dan Perhutanan Dinas Perindustrian, Perdagangan, dan Koperasi Banyumas, Sri Gito, Selasa, 28 Mei 2013.

Saat ini, kata dia, perajin gula kelapa di Banyumas mencapai 27 ribu kepala keluarga. Mereka membuat gula dengan pelbagai bungkusan seperti gula cetak, kristal atau semut, kristal halia, dan gula kelapa kristal kombinasi.   TEMPO ONLINE

Makanan Impor Perburuk Lingkungan

12makanan kalengJAKARTA – Indeks Perilaku Peduli Lingkungan (IPPL) 2012, menunjukkan masyarakat Indonesia belum berkelakuan peduli lingkungan dalam menjalankan kehidupan sehari-hari.

Salah satu yang paling ketara adalah perilaku masyarakat dalam memenuhi keperluan konsumsinya, 49,3 peratus berupa pengambilan makanan berasal dari luar negeri, atau makanan import.

“Keadaan ini tentunya akan memberikan kesan kepada alam sekitar, seperti peningkatan pelepasan karbon kegiatan pengangkutan bahan makanan tersebut dari daerah asal ke tempat tujuan,” ungkap Menteri Alam Sekitar (menlh), Balthazar Kambuaya, di Jakarta, Senin (10/6).   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Apa Penyebab Banyaknya TKI ‘Overstay’ di Arab Saudi?

TKI, ilustrasi

TKI, ilustrasi

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Persoalan overstay atau melebihi masa tinggal yang terjadi pada tenaga kerja Indonesia (TKI) di luar negeri terutama Arab Saudi bukanlah perkara mudah untuk diselesaikan. Overstay TKI berkaitan erat dengan kemahuan kerajaan mengatasi TKI haram yang marak terjadi.

“Punca overstay TKI bermacam-macam,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya IX DPR RI, Nova Riyanti Yusuf kepada Republika di kompleks Parlimen, Senayan, Jakarta, Selasa (11/6).

Wanita yang akrab disapa Noriyu ini menceritakan pengalaman peribadinya saat berkunjung ke Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI), Jeddah, Arab Saudi. Ketika itu ada 19 ribu TKI yang mengalami overstay dengan sebab berbagai macam. Mulai dari dokumen yang tamat, TKI haram hingga WNI yang berniat umrah namun memutuskan bekerja.   REPUBLIKA ONLINE

Sampah bawa Sofia bertemu Presiden SBY

20130419Sampah-Sungai-Cikapundung-180413-FJ-1Pekanbaru (ANTARA News) – Ketua perajin kitar semula sampah “Dalang Colection”, Pekanbaru, Riau, Sofia Seven, mengaku bangga mencintai lingkungan hingga membawanya bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

“Saya merasa bangga dan terharu, dari sampah saya boleh datang ke Istana Negara dan bertemu dengan Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono,” kata Sofia kepada Antara di Pekanbaru, Selasa.

Warga Kelurahan Rejosari, Kota Pekanbaru, Riau, dipanggil ke Istana Negara untuk menerima anugerah Kalpataru kategori Pengabdi Alam Sekitar.   ANTARA NEWS ONLINE

Seorang lagi maut akibat denggi

SEORANG lagi mangsa telah meninggal dunia akibat demam denggi – kes kematian kedua yang dilaporkan tahun ini – semalam.

Mangsa, seorang lelaki berbangsa Cina berusia 60 tahun, merupakan penduduk di kawasan Ang Mo Kio Avenue 3.

Satu kenyataan bersama oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam, berkata mangsa meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Mangsa telah mengunjungi jabatan kecemasan (ED) TTSH buat kali pertama pada 5 Jun lalu kerana mengalami demam, sesak nafas, muntah dan ruam pada kaki kirinya.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 11, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: