KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 13 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

‘Tak perlu tunggu aduan’

Kota Kinabalu: Penjawat awam diminta lebih proaktif turun padang mencari dan menyelesaikan masalah rakyat yang memerlukan bantuan tanpa bergantung kepada aduan orang ramai yang datang ke pejabat mereka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata ia pendekatan baru diperkenalkan menerusi ‘Program Jejak Mesra Penjawat Awam’ membabitkan semua kakitangan kerajaan.

“Kita perlu keluar, cari mereka yang menghadapi kesusahan dan perlukan bantuan kebajikan. Tak perlu hanya tunggu mereka datang ke pejabat untuk mohon bantuan. Walaupun sudah dilakukan (kerajaan selama ini), sekarang tanggungjawab itu membabitkan semua penjawat awam tanpa mengira jabatan.    BERITA HARIAN ONLINE

90 majikan antara 2,216 ditahan Imigresen KL

KUALA LUMPUR – Seramai 90 majikan antara 2,216 yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur sepanjang operasi penguatkuasaan pada tahun 2012 kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, mengambil pekerja asing secara tidak sah.

Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Zahari Hassan berkata dalam operasi oleh jabatan itu, seramai 2,126 warga asing turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan, di bawah Akta Imigresen 1953/1963 dan Peraturan Imigresen 1963.

“Sepanjang 2012 pihak kami juga menerima 635 aduan dan melakukan operasi sebanyak 215 kali.

“Dalam operasi itu, kami menahan 2,126 warga asing iaitu 1,467 lelaki dan 659 perempuan serta 90 majikan iaitu 63 lelaki dan 27 wanita, kesemua yang ditahan berumur 13 hingga 53 tahun,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.    SINAR HARIAN ONLINE

Warga Filipina didakwa tipu Maybank RM3 bilion

KUALA LUMPUR 12 Jun – Seorang lelaki warga Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu sebuah bank tempatan dengan mengemukakan sekeping sijil deposit tunai palsu berjumlah RM3 bilion, April lalu.

William Morales Vizon, 75, dari bandar Deo Balacat, Papangar, Filipina didakwa menipu Maybank Bhd., kira-kira pukul 3.30 petang, 23 April lalu di Tingkat 28, Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.    UTUSAN ONLINE

Latihan hadapi pengganas langkah awal elak ancaman menular: Panglima Tentera

MEDAN: Eksesais gabungan bersama Malaysia-Indonesia (Malindo) kali ini yang memberi tumpuan kepada latihan menghadapi ancaman pengganas disifatkan sebagai langkah awal untuk dua negara berkenaan mencegah ancaman itu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata eksesais yang dijalankan bersama Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu turut menekankan aspek latihan operasi ketenteraan dalam menghadapi ancaman itu yang disifatkan beliau sebagai ancaman merentasi sempadan.

“Eksesais ini lebih memberi tumpuan kepada melawan keganasan…pada eksesais lepas yang diadakan di Malaysia, kami ada jalankan latihan melawan ancaman pengganas, namun tidak dilaksana secara menyeluruh.   myMetro Online

Wabak denggi di Singapura serius

NYAMUK aedes

NYAMUK aedes

SINGAPURA – Singapura akan mengagihkan ubat penghalau serangga ke setiap rumah dan merekrut beratus-ratus pegawai kawalan penyakit bagi menangani wabak denggi yang bertambah buruk di republik ini, kata beberapa pegawai.

Menurut Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura (NEA) dalam satu kenyataan kelmarin, dua warga Singapura maut akibat demam denggi pada tahun ini. Sementara kes-kes mingguan mencecah paras tertinggi sebanyak 820 hingga 8 Jun lalu.

Data yang dikeluarkan setakat kelmarin menunjukkan lebih 9,300 orang dijangkiti wabak denggi pada tahun ini.

Rekod terburuk di Singapura akibat wabak denggi adalah pada tahun 2005 selepas mencatatkan 13,984 kes.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

MoU tingkat penanaman padi dimeterai

Upacara menandatangani MOU

Upacara memeterai kontrak

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama hari ini memeterai kontrak dengan Integrated Environmental Consultants Sdn Bhd. bagi perkhidmatan profesional untuk projek Skim Mekanisasi projek padi Wasan-Bebuloh.

Projek tersebut merupakan salah satu usaha yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan di bawah Program Ke Arah Mencapai Sara Diri Dalam Pengeluaran Beras di Negara Brunei Darussalam.

Majlis pemeteraian kontrak berkenaan berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama hari ini. Jabatan Pertanian dan Agrimakanan diwakili Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Aidah bte Haji Mohd Hanifah dan disaksikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Pertanian, Awang Saidin Bin Namit.

Manakala pihak Integrated Environmental Consultants Sendirian Berhad diwakili oleh Pengarah Urusannya, Warwick Newall dan disaksikan oleh Pengarah syarikat berkenaan, Pengiran Haji Mohd Salleh bin Pengiran Haji Kamaluddin.   MEDIA PERMATA ONLINE

Pemerintah pertingkat usaha perangi denggi

PEMERINTAH akan terus mempertingkatkan usaha memerangi denggi, sedang bilangan kes denggi dijangka terus bertambah.

Ini lebih-lebih lagi kerana musim denggi yang biasanya berlangsung antara Jun dengan September, baru sahaja bermula.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan, antara lain, mendapatkan 300 lagi pegawai untuk menyokong 850 pegawainya sekarang ini, bagi membolehkan mereka mempertingkat pemeriksaan.

Beliau memberitahu sidang media di Pejabat Daerah Timur Laut NEA semalam, dengan lebih ramai pegawai, pemeriksaan di kawasan kelompok denggi juga dapat dijalankan dengan lebih cepat, tambahnya.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Petani Diminta Terapkan Teknologi Agar Tanaman Tak Tergenang Air

petani-_130411234507-600REPUBLIKA.CO.ID, YOGYAKARTA – Curah hujan di DIY cukup tinggi yakni di atas 50 milimeter per dasarian (per 10 hari) dan berlangsung sampai bulan Ogos. Hal ini dikarenakan gangguan cuaca atau anomali iklim dari keadaan normal.

“Padahal seharusnya mulai pertengahan Mei di DIY sudah masuk musim kemarau,” kata Kepala Seksi Data dan Maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) DIY Toni Agus Wijaya pada Republika, Rabu (12/6).

Gangguan cuaca mengakibatkan peningkatan suhu di permukaan laut perairan Indonesia. Sebab, ada peningkatan suhu maka jumlah wap air yang membentuk awan yang berpotensi turun hujan juga meningkat. “Keadaan seperti ini diramalkan boleh sampai bulan Ogos,” kata Toni menjelaskan.   REPUBLIKA ONLINE

Basuki: Pesta Rakyat di Monas untuk Menengah ke Bawah

Wakil Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama

Wakil Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama

JAKARTA, KOMPAS.com – Wakil Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama mengatakan, Pemerintah Provinsi DKI Jakarta akan tetap menyelenggarakan pesta rakyat Jakarta di Monumen Nasional (Monas) pada Julai 2013. Ini bukan pesta tandingan Pekan Raya Jakarta kerana bertujuan untuk menampung usaha kecil.

“Hari Jumaat ini, kita mau merasmikan Pekan Produk Kreatif Daerah (PPKD). Kita mau lihat dulu PPKD jalannya seperti apa dan Julai nanti ada lagi kegiatannya lain lagi,” kata Basuki di Balaikota Jakarta, Rabu (12/6/2013).

Ia mengatakan, saat ini Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo sedang merancang konsep pesta rakyat ala Pemprov DKI. Jokowi merancang mengembalikan konsep awal Pekan Raya Jakarta (PRJ) saat di bawah kepimpinan bekas Gubernur DKI Ali Sadikin. Basuki membantah bahawa Pemprov DKI membuat sebuah pesta rakyat tandingan PRJ yang diadakan PT JIExpo di Kemayoran, Jakarta Pusat.   KOMPAS ONLINE

Lima negara berminat beli pesawat Indonesia

Pesawat CN-295

Pesawat CN-295

Jakarta (ANTARA News) – Lima negara di rantau Asia Tenggara menyampaikan berminat membeli pesawat angkut buatan PT Dirgantara Indonesua, CN-295.

Lima negera itu menyatakan minatnya untuk membeli CN-295 ketika Jawatankuasa Dasar Industri Pertahanan (KKIP) yang dipimpin Timbalan Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin menggelar road show di enam negara ASEAN Mei lalu.

“Angkatan udara dari lima negara sudah menyatakan minatnya terhadap pesawat angkut buatan PT DI tersebut. Lima negara yakni Vietnam, Filipina, Thailand, Myanmar, dan Malaysia,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin yang juga setiausaha KKIP usai sidang KKIP ke-9 di Pejabat Kementerian Pertahanan di Jakarta, Selasa.   ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 13, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: