KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 17 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Kencing manis: 70% risiko buta, kudung

Kuala Lumpur: Lebih 70 peratus penghidap kencing manis di negara ini menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan.

Ini berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis seluruh negara.

 Kajian itu mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Manakala 77.5 peratus responden yang diuji itu mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik itu.   BERITA HARIAN ONLINE

Waspada tawaran pujuk rayu pemberi wang tidak berlesen

SANDAKAN: Orang ramai di bandar ini perlu berhati-hati dan jangan sampai tertipu dengan tawaran memujuk rayu yang ditampal pemberi wang tidak berlesen.

Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai Kementerian Sejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KBPKT) Cawangan Sabah, Supt. Abdul Latif Ibrahim, berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti syarikat yang tidak mempunyai premis tetap untuk mengelakkan mereka mempengaruhi masyarakat dengan pelbagai tawaran.

“Tindakan mereka ini atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Ah Long’ adalah salah di sisi akta dan undang-undang kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen serta premis dengan menggunakan pula iklan yang digantung atau ditampal di kereta untuk menarik perhatian orang ramai.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Politik, nilai komersial punca pendidikan rosak

Dr. Maszlee Malik

Dr. Maszlee Malik

SHAH ALAM – Sistem pendidikan di negara Islam  dilihat telah ‘dirosakkan’ dengan dua perkara iaitu akibat daripada politik dan nilai komersial.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Maszlee Malik berkata, dua faktor itu yang mana akhirnya menjadikan para pelajar mangsa.

“Permainan politik di negara Islam, yang mana terdapat banyaknya kelompongan dan ketirisan seperti gejala rasuah dalam pendidikan sedikit sebanyak telah menjejaskan sistem pendidikan di negara islam tersebut.

“Manakala sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan nilai komersial sehingga mengenetepikan nilai kemanusiaan juga telah menjejaskan sistem pendidikan tersebut,” katanya ketika menjadi panel Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) di Kompleks Karangkraf, di sini, malam semalam.   SINAR HARIAN ONLINE

Pihak berkuasa serbu lokasi curi pasir

HULU LANGAT 15 Jun – Hanya berbekalkan jentera pengorek terpakai tanpa mengeluarkan sebarang modal, seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri pasir di kawasan rekreasi Sungai Batang Si, Kampung Pasir Baru, Semenyih di sini mampu memperoleh keuntungan mencecah kira-kira RM300,000 sehari.

Keuntungan lumayan tersebut menyebabkan lelaki terbabit tidak serik melakukan kegiatan haram berkenaan walaupun pernah dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat baru-baru ini.

Lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai berani meneruskan kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut kerana perbuatannya dilindungi kumpulan samseng dan pihak tertentu yang dipercayai penyokong sebuah parti setelah dibayar sejumlah sogokan.   UTUSAN ONLINE

AS minta puluhan ribu data Facebook, Microsoft

GAMBAR pada 12 Jun lalu menunjukkan pusat simpanan data Facebook dekat bandar Lulea, Sweden.

GAMBAR pada 12 Jun lalu menunjukkan pusat simpanan data Facebook dekat bandar Lulea, Sweden.

WASHINGTON – Gergasi internet Facebook dan Microsoft mengaku pihaknya menerima beribu-ribu permintaan data pengguna daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Namun, kedua-dua syarikat itu menyatakan yang mereka dilarang daripada mendedahkan bilangan permintaan maklumat berkaitan isu keselamatan negara.

Pendedahan oleh Facebook dan Microsoft itu berlaku selepas kedua-dua firma berkenaan dikritik berhubung isu hak privasi pengguna internet.

Ia susulan pendedahan oleh seorang pakar teknologi maklumat, Edward Snowden, 29, mengenai program pengintipan e-mel dan akaun pengguna internet oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan baru-baru ini.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Perompak gagal naikkan ATM ke atas lori

PUTIH MATA: Inilah mesin tunai automatik (ATM) yang ditinggalkan lima penjenayah kerana ia terlalu berat untuk diangkat ke atas lori. - Foto HARIAN METRO

PUTIH MATA: Inilah mesin tunai automatik (ATM) yang ditinggalkan lima penjenayah kerana ia terlalu berat untuk diangkat ke atas lori. – Foto HARIAN METRO

KUANTAN: Aksi mereka seakan-akan lakonan dalam filem Hollywood.

Dengan menggunakan sebuah lori satu tan, sekumpulan lima lelaki cuba melarikan mesin tunai automatik (ATM) yang mengandungi RM84,000 ($33,745) dari sebuah bank di Indera Mahkota 5 di sini, awal pagi kelmarin.

Perompak itu, bagaimanapun, tidak berjaya kerana mereka tidak cukup kuat untuk menaikkan mesin itu ke atas lori walaupun mesin berkenaan sudah ditarik keluar dari pintu bank tersebut.

Perbuatan mereka disedari orang awam yang berada berhampiran tempat kejadian dan menyergah penjenayah berkenaan.

Hasil maklumat orang awam, kelima-lima lelaki berusia antara 22 dengan 34 tahun itu berjaya ditahan dua jam kemudian di dua tempat berbeza sekitar Kuantan.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Polisi Ungkap Ladang Ganja di Bukit Barisan

Ladang Ganja (Ilustrasi)

Ladang Ganja (Ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, LANGKAT – Aparat Polres Kabupaten Langkat Sumatera Utara mengungkap perladangan ganja yang berada di kaki gunung Bukit Barisan atau sekitar kecamatan Salapian.

“Ladang ganja tersebut berada di tanah seluas satu hektar bersamaan dengan tanaman cili dan cempokak,” kata Kapala Polis resort Langkat, AKBP Erik Bhismo di Stabat, Ahad (17/6).

Selain mengamankan puluhan batang ganja, aparat juga mengamankan dua orang tersangkanya berinitial Sop dan Hen yang diduga sebagai pemilik, katanya.

Erik Bhismo menjelaskan bahawa pendedahan adanya perladangan ganja itu setelah menerima maklumat daripada masyarakat yang merasa curiga terhadap ladang yang ditanam kedua suspek.   TEPUBLIKA ONLINE

Taufik Hidayat ucapkan selamat tinggal

Taufik Hidayat. (REUTERS/Bazuki Muhammad)

Taufik Hidayat. (REUTERS/Bazuki Muhammad)

Jakarta (ANTARA News) – Bintang bulu tangkis Indonesia, Taufik Hidayat, menyampaikan salam perpisahan kepada para puluhan ribu penggemarnya di Istora Senayan Jakarta dalam acara khusus disela-sela kejohanan bulu tangkis Djarum Indonesia Terbuka 2013, Ahad.

Taufik memutuskan gantung raket selepas 25 tahun berkhidmat sebagai atlet bulu tangkis yang mencatat deretan prestasi gemilang tingkat dunia.

Pada kesempatan yang sama, Taufik bahkan diberi penghargaan oleh Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) sebagai salah satu atlet terbaik yang disampaikan secara simbolik oleh Ketua Umum PBSI, Gita Wirjawan.

“Mungkin ini masa yang tepat bagi saya untuk memutuskan bersara sebagai atlet bulu tangkis Indonesia,” kata Taufik dengan mata berkaca-kaca.    ANTARA NEWS ONLINE

Menteri Gita: Indonesia Kekurangan Orang Terdidik

Gita Wirjawan. Tempo/Ratih Purnama

Gita Wirjawan. Tempo/Ratih Purnama

TEMPO.CO, Batam – Jumlah orang yang berpendidikan cukup di Indonesia relatif masih rendah. Padahal diperlukan orang-orang yang berpendidikan untuk mengubah paradigma negara pengimport menjadi negara pengeksport.

Dengan penduduk kira-kira 250 juta jiwa, jumlah penduduk Indonesia yang bergelar doktor (S-3) hanya 25 ribu orang, sedangkan pemegang gelar doktor di China 800 ribu orang dan India 600 ribu orang. “Padahal, untuk menjadi negara pengeksport, perlu disokong infrastruktur. Infrastruktur harus dikerjakan oleh orang yang berpendidikan cukup,” kata Menteri Perdagangan Gita Wirjawan di hadapan kader Barisan Indonesia (BARINDO) di Batam, Sabtu, 15 Jun 2013. “Kilang saja masih pakai buatan 1912.”

Menurut Gita, akibat menggunakan mesin lama, kesan rendemen yang dihasilkan industri hanya 4 peratus. Bandingkan dengan Thailand dengan angka 14 peratus. Bukan cuma itu, 12 peratus pemenuhan keperluan negara akan bahan makanan dan minuman – mulai daging lembu, bawang putih, bawang merah, epal – masih diimport. Ini juga terjadi pada produk elektronik, seperti telefon bimbit, dan motosikal. “Harus ubah paradigma negara pengimport menjadi negara pengeksport,” kata dia.   TEMPO ONLINE

Inilah Tempat Parkir Termahal di Dunia

Tempat parkir di Boston, AS ini laku terjual dengan harga Rp 5,5 miliar. | AP

Tempat parkir di Boston, AS ini laku terjual dengan harga Rp 5,5 miliar. | AP

BOSTON, KOMPAS.com – Ini mungkin tempat letak kereta termahal di dunia kerana dua jatah letak di Boston, Amerika Syarikat, ini laku terjual 560,000 dollar AS atau sekitar Rp 5.5 bilion.

Nilai tersebut sama dengan dua kali harga jual rata-rata rumah di kawasan tersebut.

Perang tawaran terjadi ketika lelongan untuk dua tempat pakir di kawasan Back Bay ini bermula, dengan harga awal “hanya” 42.000 dollar AS.

Pihak pelelong adalah Pejabat Perkhidmatan Cukai Boston, yang mengambil alih dua tempat letak ini kerana sang pemilik mempunyai tunggakan cukai.   Pembelinya adalah wanita bernama Lisa Blumenthal, yang tinggal di satu rumah bernilai   jutaan dollar AS, tak jauh dari tempat letak kereta ini.   KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 17, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: