KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 19 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia

KOTA KINABALU: Kesediaan pendatang tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, diberitahu kelmarin.

Pensyarah kanan Sosial Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Dayang Suria Mulia berkata memperoleh IC merupakan strategi pendatang tanpa izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar harga tinggi untuknya.

“Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC,” katanya.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Angka kematian akibat virus MERS meningkat

RIYADH – Empat orang menjadi korban baru virus MERS di Arab Saudi menjadikan jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 32.

Kementerian Kesihatan negara teluk itu berkata, semalam dua mangsa meninggal dunia dari bandar barat Taif manakala dua lagi mangsa meninggal dunia di wilayah timur Arab Saudi.

Dua minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kematian global  akibat virus itu meningkat kepada 31.   SINAR HARIAN ONLINE

Kelab malam wajib tutup sepanjang Ramadan

JAKARTA 18 Jun – Hampir 900 pusat hiburan malam di sekitar kotaraya ini tidak dibenarkan menjalankan operasi sepanjang bulan Ramadan.

Jumlah berkenaan bagaimanapun, hanyalah separuh daripada 1,799 pusat hiburan yang sedia ada di Jakarta.

“Penutupan ini berdasarkan peraturan kerajaan tempatan yang mengandungi lima ketetapan,” kata Ketua Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Arie Budiman di sini hari ini.   UTUSAN ONLINE

Pemilik sesawang http://www.jiwang.org ditahan

PUTRAJAYA – Seorang pengusaha laman sesawang hiburan yang terkenal iaitu http://www.jiwang.org (JWG) ditahan di Kelantan kelmarin selepas dia didapati menggunakan laman tersebut untuk memuat turun dan naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.

Hasil kegiatan haram sejak dia berusia 19 tahun dengan pendapatan adakalanya mencecah RM10,000 sebulan, lelaki itu yang kini berusia 35 tahun, mampu memiliki banglo, kereta mewah BMW dan lain-lain lagi.

Dia ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 11 Jun lalu berikutan aduan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang mendakwa industri kerugian RM10 juta akibat kegiatan lelaki itu.

Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, ditahan di banglonya di Kubang Kerian, Kota Bharu pada pukul 11.15 pagi.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Warga Pesisir Minta Pemerintah Bangun Rumah Murah

Nelayan (ilustrasi).

Nelayan (ilustrasi).

REPUBLIKA.CO.ID, SANGATTA – Puluhan warga nelayan di pesisir Dusun Kenyamukan Desa Sangatta Utara Kecamatan Sangatta Utara Kabupaten Kutai Timur Kaltim meminta kerajaan membangunkan rumah murah agar mereka boleh mempunyai tempat yang layak huni.

Dahlan, Ketua Rukun Tetangga (RT) 26 Dusun Kenyamukan, Selasa (18/6), mengatakan, warga pesisir yang tingga di kenyamukan ini 65 Kepala keluarga (KK) atau sekitar 200-an jiwa, tapi 95 peratus warganya sebagai nelayan, sehingga berharap ada rumah murah dibina kerajaan.

“Kami hanya boleh memiliki rumah layak kalau kerajaan membangunkan rumah murah dan boleh dicicil,” kata Ketua RT 26 Dahlan.   REPUBLIKA ONLINE

BMKG: Selat Malaka ditutupi kabut asap

2012061884Pekanbaru (ANTARA News) – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Stesen Pekanbaru menyatakan wilayah perairan Selat Melaka saat ini ditutupi kabut asap yang berasal dari kebakaran hutan atau lahan di Riau.

“Dari pantau satelit NOAA 18, dalam beberapa hari terakhir memang terjadi peningkatan jumlah titik api yang begitu pesat,” kata Penganalisis BMKG Stesen Pekanbaru, Warih Budi Lestari di Pekanbaru, Selasa.

Ia mengatakan, pada Senin (17/6), terdapat 113 hotspot di Sumatera yang sebahagian besar ada di Provinsi Riau.

“Semalam, untuk Riau ada 106 titik panas, sementara lebihnya berada di Jambi sebanyak tiga titik, kemudian Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Selatan dan Lampung masing-masing satu titik panas,” katanya.   ANTARA NEWS ONLINE

Kampung Durian di Lereng Merbabu  

Sejumlah pengunjung  menikmati buah durian di Kampung Durian, Magelang, Jawa Tengah.

Sejumlah pengunjung menikmati buah durian di Kampung Durian, Magelang, Jawa Tengah.

TEMPO.CO, Jakarta – Kendati hujan deras menyelimuti lereng Merbabu, namun puluhan kereta berplat luar bandar Magelang tampak “melepak” di kanan kiri jalan. Hanya ingin merasai lezatnya durian Merbabu, mereka pun rela berjalan kesana kemari untuk mencari durian yang pas.

Rumah-rumah penduduk di sepanjang jalan tampak dipadati orang. Pemandangan menarik hadir disitu, ada puluhan durian yang digelar di depan teras rumah. Pelbagai saiz durian tersedia dan pembeli bebas untuk memilihnya.

Kampung durian begitulah orang menyebutnya. Kampung yang terletak di Dusun Mantenan, Desa Giyanti, Kecamatan Candimulyo, Kabupaten Magelang ini tengah naik pamor berkat buah duriannya. Beribu-ribu orang datang untuk menyaksikan festival duren yang diadakan di kampung tersebut pada awal Mac lalu.   TEMPO ONLINE

Shah Rukh Khan Diselidiki Pejabat Kesehatan

Gauri dan Shah Rukh Khan

Gauri dan Shah Rukh Khan

NEW DELHI — Pejabat kesehatan di Mumbai sedang menyelidiki laporan-laporan bahwa superstar Bollywood Shah Rukh Khan dan istrinya tahu jenis kelamin bayi mereka yang dikandung seorang ibu tabung. Tes-tes penentuan jenis kelamin dilarang di India untuk menghentikan praktik-praktik mengaborsi jabang bayi perempuan karena kecenderungan anak laki-laki lebih disukai.

Khan sedang tak berada di rumah ketika otoritas kota berusaha menanyainya tentang berita bahwa perempuan tersebut menjalani tes semacam itu, demikian dilaporkan Press Trust of India.

Sebuah keluhan yang diajukan oleh LSM yang tidak disebut, menuduh Khan dan istrinya tahu mereka sedang mengharapkan bayi laki-laki. Khan telah menolak untuk berkomentar.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Makan seminggu pun tidak habis

BH_20130618_RSIKAN_618582PEKAN (Pahang): Penonton rancangan televisyen, “River Monsters”, mungkin sudah lazim dengan cara hosnya, Jeremy Wade, menggunakan peralatan terbarunya memancing ikan raksasa.

Namun, seorang nelayan dekat Pekan, berjaya menangkap seekor ikan tapah di salah satu cawang Sungai Pahang hanya menggunakan sebatang joran biasa, Sabtu lalu.

Encik Zulkifli Abidin, 36 tahun (gambar), dari Felcra Seri Makmur, berkata beliau mengambil masa lebih dua jam untuk ‘menawan’ sejenis ikan duri seberat 78 kilogram itu.

“Saya terpaksa menyimpan tenaga saya kerana ikan itu amat kuat,” kata Encik Zulkifli, yang memancing ikan itu di Sungai Lengkur kepada r The New Straits Times (NST) ..

Meskipun beliau sebelum ini pernah mendengar ada ikan tapah raksasa, Encik Zulkifli tidak pernah menjangkakan bahawa beliau dapat menangkap ikan itu. CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 19, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: