KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 30 JUN 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Kelantan juara Piala FA

KUALA LUMPUR: Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA 2013 apabila menumpaskan Johor Darul Takzim 1-0 pada saingan final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Kelantan diperoleh penyerang Norfarhan Muhammad pada minit ke-16.   BERITA HARIAN ONLINE

68 rumah setinggan di Kg Forest Darat diroboh

SANDAKAN: Sebanyak 68 rumah setinggan telah dirobohkan dalam satu operasi perobohan secara bersepadu di kawasan Kampung Forest Darat dekat sini, kelmarin.

Operasi yang diketuai Ketua Unit Setinggan di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Kassim Selamat dengan melibatkan kerjasama Jabatan Imigresen dan Polis itu adalah bagi memberi laluan kepada pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Tinjauan mendapati, rata-rata penghuni memberikan kerjasama apabila turut merobohkan rumah masing-masing setelah mendapat arahan mengosongkan tanah 20 hari sebelum ini.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Ops Daulat kini dikenali Operasi Sanggah

LAHAD DATU – Operasi Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu untuk memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, kini dinamakan Operasi Sanggah.

Pengumuman perubahan nama operasi itu dibuat sempena penyerahan rasmi operasi Ops Daulat kepada Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Tugas operasi Ops Daulat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di saksikan oleh Musa yang juga Pengerusi ESSCOM.   SINAR HARIAN ONLINE

Prosiding RCI Pendatang Asing Sabah Sambung 1 Julai

KOTA KINABALU: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing tanpa izin di Sabah akan bersambung selama lima hari, mulai 1 Julai.

Setiausaha RCI Pendatang Asing di Sabah, Datuk Saripuddin Kasim dalam kenyataan di sini pada Jumaat berkata prosiding akan dijalankan di Mahkamah Persekutuan di sini, pada 9.30 pagi.

“Setakat ini seramai 139 saksi selesai memberi keterangan di hadapan suruhanjaya dalam tujuh sesi, sejak 14 Jan lepas,” katanya.   mStar Online

Dasar tak makan saman

Alor Setar: Pengurusan sebuah pusat tahfiz di Jalan Yan-Kuala Kedah, di sini, tetap berdegil dan meneruskan operasi mengutip derma menggunakan kanak-kanak biarpun Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) sudah mengarahkan mereka memberhentikan operasi itu tidak sampai 48 jam yang lalu.

Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi tumpuan orang awam di sekitar bandar raya ini mendapati kanak-kanak pusat berkenaan masih meneruskan kegiatan mereka dengan mengutip derma, namun modus operandi mereka kali ini agak berbeza apabila ditemani guru masing-masing.   myMetro Online

Hampir separuh tiada rumah

HARGA rumah yang semakin meningkat menjadi halangan utama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. - Gambar hiasan

HARGA rumah yang semakin meningkat menjadi halangan utama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Katanya, kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.

Menurutnya, rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.

“Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup,” katanya kepada Bernama di sini semalam.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

$13 juta untuk padam kebakaran

Kepulan asap masih dilihat terbit daripada kawasan terbakar di daerah Pelalawan, di wilayah Riau, Sumatera, kelmarin,

Kepulan asap masih dilihat terbit daripada kawasan terbakar di daerah Pelalawan, di wilayah Riau, Sumatera, kelmarin,

JAKARTA: Pemerintah Indonesia telah memperuntukkan sejumlah 100 bilion rupiah ($13 juta) untuk menghasilkan hujan tiruan, memperolehi bahan-bahan dan menyediakan pesawat bagi melaksanakan operasi ‘pengeboman air’ untuk memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut di wilayah Riau, kata seorang menteri kanan Indonesia.

“Pemerintah akan menyewa pesawat-pesawat dari Korea Selatan dan Russia yang boleh membawa 4,000 hingga 5,000 liter air untuk operasi pengeboman air itu,” kata Menteri Penyelaras bidang Kesejahteraan Rakyat Indonesia, Encik Agung Laksono, selepas satu mesyuarat penyelarasan untuk membincangkan masalah itu di Jakarta, kelmarin.

Mesyuarat yang diadakan di Kementerian Perhutanan Indonesia itu dihadiri oleh Menteri Perhutanan, Encik Zulkifli Hasan, wakil tentera dan polis serta agensi-agensi pemerintah Indonesia yang berkaitan termasuk Kementerian Pertanian dari pentadbiran wilayah Jambi, Sumatera Selatan dan Kalimantan Selatan.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Indonesia himpun kes jenayah jerebu

JAKARTA, 28 Jun (Reuters) – Penyiasat-penyiasat Indonesia sedang menghimpunkan kes-kes jenayah terhadap lapan buah syarikat Asia Tenggara yang mereka syak bertanggung jawab kebakaran besar yang telah menyelubungi negara-negara jiran, Singapura dan Malaysia, dengan jerebu yang membahayakan.

Kementerian Alam Sekitar minggu lalu mendedahkan nama firma-firma tersebut bagi apa yang dipercayai peranan mereka dalam krisis pencemaran udara paling buruk di Asia Tenggara dalam tempoh 16 tahun, yang telah membangkitkan kebimbangan mengenai kesihatan awam dan menjejaskan perniagaan dan pelancongan di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Pemilik-pemilik lima daripada ladang-ladang itu telah menafikan sebarang salah laku. Reuters tidak dapat menghubungi yang lain.   MEDIA PERMATA ONLINE

Kendalikan Tikus, Stok Beras di Daerah Ini Meningkat

Petani secara swadaya melakukan pembasmian hama tikus

Petani secara swadaya melakukan pembasmian hama tikus

REPUBLIKA.CO.ID, SLEMAN – Surplus beras di Kabupaten Sleman mengalami peningkatan 41,79 peratus berbanding tahun lalu. Tercatat, pada 2012, lebihan beras di Sleman mencapai 109.724 tan. Pada 2011, lebihan beras mencapai 63.865 tan.

Angka tersebut membuat Sleman dapat mempertahankan predikat sebagai lumbung beras di DI Yogyakarta. Selain itu, terjadi peningkatan produktiviti padi dari 56,93 kwintal / ha menjadi 67,94 kwintal / ha. Peningkatan produktiviti tersebut meningkatkan pengeluaran beras dari 232.713 tan menjadi 312.815 tan.

Peningkatan tersebut dinilai berhasil lantaran kawalan perosak tikus dilakukan pada lahan seluas 100 hektar. Ketua kelompok tani Ngudi Makmur di Bulaksawah, Dusun Jogorejo, Desa Sendangsari, Kecamatan tepi, Sugiman mengatakan tuaian padi dapat dilakukan serempak dengan selisih waktu dua minggu setelah mendapat pendampingan.   REPUBLIKA ONLINE

144 Bom Air Padamkan Puluhan Titik Api

BAKAR LAHAN-Seorang warga membersihkan lahan pertaniannya dengan cara membakar, di tepi Jalan Lintas Timur Kabupaten Bengkalis, Riau, Kamis (27/6).

BAKAR LAHAN-Seorang warga membersihkan lahan pertaniannya dengan cara membakar, di tepi Jalan Lintas Timur Kabupaten Bengkalis, Riau, Kamis (27/6).

PEKANBARU – Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Jumat (28/6)  menyatakan bahwa sebanyak 144 bom air (water booming) yang dijatuhkan kemarin, sudah  memadamkan puluhan titik kebakaran lahan di Riau.

“Kemarin itu ada sebanyak empat helikopter yang melakukan ‘water booming’ di beberapa lokasi. Seperti Dumai, Bengkalis dan Indragiri Hilir,” kata Humas BNPB Agus Wibowo  di Posko Satgas Penanggulangan Bencana Asap Provinsi Riau di Pekanbaru, Jumat.
Data BNPB menyebutkan, pada Kamis (27/6) terdapat sebanyak 55 titik api yang tersebar di sejumlah wilayah di Riau. Karenanya,  upaya pemadaman dengan bom air dilakukan kemarin sejak pagi. Hingga sorenya, menurut BNPB, jumlah titik kebakaran mulai berkurang menjadi hanya tinggal 19 titik berada di Dumai dan Pelalawan.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE
Jakarta Kelebihan Pusat Belanja?
Pondok Indah Mall didatangi 20.000 kendaraan roda empat saat akhir pekan.

Pondok Indah Mall didatangi 20.000 kendaraan roda empat saat akhir pekan.

JAKARTA, KOMPAS.com – Fenomena sepinya (pengunjung dan tenan) hari pertama operasional pusat-pusat belanja baru, mengindikasikan Jakarta bisa jadi mengalami kejenuhan. Kondisi di mana terjadi pasok berlebih ketimbang kebutuhan terdapat di beberapa lokasi. Seperti di kawasan Senayan, kawasan Pluit, dan ruas Jl Satrio, Jakarta Selatan.

Head of Capital Market and Investment Knight Frank Fakky Ismail Hidayat mengatakan pendapatnya bahwa fenomena kejenuhan alias “over supply” bisa dilihat secara kasat mata dari sepinya mal-mal tersebut.”Tanpa harus melakukan perhitungan rasio densitas populasi Jakarta terhadap kuantitas pusat belanja eksisting dan akan buka di tahun depan, saya dapat menyimpulkan, “sepi” itu sebuah sinyalemen “over supply”,” ungkap Fakky.   KOMPAS ONLINE
Fruit Summit 2013 kenalkan inovasi industri buah
Ilustrasi. Seorang pedagang asinan menunggu pembeli di Komplek Bumi Indah, Nagoya, Batam,

Ilustrasi. Seorang pedagang asinan menunggu pembeli di Komplek Bumi Indah, Nagoya, Batam,

Jakarta (ANTARA News) – Dalam rangka merayakan Hari Buah Internasional yang jatuh pada tanggal 1 Juli, perusahaan Sunpride menggelar Indonesia Fruit Summit 2013.

Acara yang baru pertama kali digelar ini bertujuan untuk memperkenalkan lebih jauh kepada masyarakat tentang inovasi dan teknologi dalam industri buah.”Pecinta buah bisa bertemu langsung dengan produsen,” kata Martin M Widjaja, Managing Director Sunpride saat membuka Indonesia Fruit Summit 2013 pagi ini.
Acara yang diselenggarakan hari ini di Rumah Maroko, Menteng, Jakarta Pusat ini selain berisi sejumlah permainan, juga akan menghadirkan pembicara untuk mengadakan diskusi seputar tema “Dibalik Industru Buah: Inovasi dan Keceriaan Untuk Semua”.ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 30, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: