KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 03 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Ibu bapa, guru kena kerjasama didik anak

Putrajaya: Persepsi bahawa beban mendidik anak terletak sepenuhnya kepada guru dan sekolah perlu diubah.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca, menulis, mengira dan menaakul, memerlukan penggemblengan ibu bapa dan guru dalam usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa depan.

“Setiap ibu bapa diminta meluangkan masa untuk membantu sekolah seperti terkandung dalam Sarana Ibu Bapa merangkumi sumbangan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan.” Sufa’at Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sekgor Operasi Pendidikan.   BERITA HARIAN ONLINE
Pergolakan Mesir ragut 16 nyawa
Sebahagian penunjuk perasaan meninjau keadaan ibu pejabat pergerakan Ikhwan Muslimin

Sebahagian penunjuk perasaan meninjau keadaan ibu pejabat pergerakan Ikhwan Muslimin

KAHERAH 1 Julai – Ketua tentera Mesir hari ini memberi masa 48 jam kepada kerajaan Mesir pimpinan Presiden Mohammed Mursi untuk menjawab tuntutan rakyat atau pihak tentera akan menggunakan cara tersendiri untuk masa depan negara ini.

Jeneral Abdel Fateh al-Sisi dalam kenyataannya yang disiarkan melalui siaran televisyen tempatan berkata, tunjuk perasaan yang diadakan secara besar-besaran semalam mendesak Mursi meletakkan jawatan dan tuntutan tersebut tidak pernah berlaku yang dilakukan secara pungutan suara di negara ini.

Sementara itu, seramai 16 orang terkorban dan lebih 780 orang lagi cedera apabila tercetus pertempuran antara penentang Mursi dan penyokongnya dalam demonstrasi besar-besaran bagi mendesak beliau meletakkan jawatan, semalam.   UTUSAN ONLINE

Lahad Datu: Masih Ada Perkara Sulit Tidak Didedahkan

KUALA LUMPUR: Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan proses mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.

“Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya…adalah sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul,” katanya.   mStar Online

Esszone: ATM, PDRM tambah aset

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah aset pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diletak di bawah pengawasan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata antara penambahan itu ialah menyediakan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) untuk pasukan tentera darat dan PDRM.
“Kami akan turut menambah aset udara seperti helikopter dan perkara lain,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE
Aktiviti penguatkuasaan Taman Laut Labuan diperlahankan: Sukarno

LABUAN: Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Negara, Dr Sukarno Wagiman berkata, kerajaan telah pun mengarahkan supaya aktiviti penguatkuasaan Taman Laut Negara di Labuan diperlahankan.

Katanya, arahan itu selaras dengan petisyen para nelayan tempatan yang dihantar kepada Kementerian Wilayah Persekutuan agar perwartaan Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Rusukan kecil sebagai Taman Laut Negara ditarik balik.

“Kita telah pun menerima arahan secara rasmi daripada kabinet supaya penguatkuasaan di ketiga tiga pulau itu diperlahankan sehingga satu kajian terperinci dijalankan yang dapat memberikan manfaat kepada nelayan yang terjejas pendapatan akibat perwartaan tersebut,” katanya.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Kadar zakat fitrah di Kelantan kekal RM7

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan bayaran zakat fitrah di Kelantan pada tahun ini kekal RM7.

Timbalan Yang Dipertua Maik Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata 611 amil dilantik memungut zakat fitrah terdiri daripada imam masjid, pegawai agama di kem tentera, balai polis dan pusat tahanan.

“Kutipan zakat fitrah pada tahun ini dijangkakan berjumlah RM8 juta berbanding RM7.9 juta pada tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 1 peratus,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini hari ini.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

BNPB: korban gempa Aceh terus bertambah

Gempa Bumi Aceh Seorang korban mendapat perawatan menyusul gempa bumi

Gempa Bumi Aceh Seorang korban mendapat perawatan menyusul gempa bumi

Jakarta (ANTARA News) – Korban gempa 6.2 Skala Richter yang berlaku di Aceh pada Selasa (2/7) siang terus bertambah dan kerosakan terparah terjadi di Kabupaten Bener Meriah dan Aceh Tengah.

“Laporan sementara di Kabupaten Bener Meriah jumlah korban meninggal dunia lima orang, dua orang hilang, dan 70 orang luka-luka. Puluhan rumah mengalami rusak berat,” kata Kepala Pusat Data, Maklumat dan Perhubungan Awam Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho melalui mesej elektronik di Jakarta, Selasa.   ANTARA NEWS ONLINE

Ramadhan, Warung Makan Diminta Buka Setelah Pukul 3 Sore

Warung Makan Tutup (Ilustrasi)

Warung Makan Tutup (Ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Warung makan maupun restoran di Tangerang wajib buka di atas pukul 15.00 WIB hingga waktu sahur. Wali Kota Tangerang, Wahidin Halim menyebut, peraturan tersebut bertujuan untuk menghormati umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa.

Sebelumnya, Wahidin menghimbau tempat hiburan malam menutup total selama Ramadhan. “Untuk jam buka warung makan mulai pukul tiga sore hingga waktu sahur. Maka setelah sahur sampai pukul tiga sore tersebut tidak dibolehkan buka, “kata Wahidin kepada ROL di Pejabat Puspemkot Tangerang, Selasa (2/7). Diharapkan setiap restoran, warung makan, yang berada di wilayah Kota Tangerang harus mematuhi peraturan tersebut.   REPUBLIKA ONLINE

Aceh Diguncang Gempa 6,2 Richter

70SimulasiGempa dan tsunami di Aceh-SH-Junaidi HanafiahBANDA ACEH – Gempa berkekuatan 6,2 skala Richter menggoyang Aceh sekitar pukul 14:37:03 WIB. Puluhan rumah roboh di Takengon dan Bener Meriah, jaringan listrik terputus, hubungan telepon terganggu.

Kepala Pusat Data Informasi dan Humas BNPB Provinsi Aceh, Sutopo Purwo Nugroho mengatakan gempa berkekuatan 6,2 skala Richter.

“Sementara ini, lima orang luka dan 10 rumah rusak,” kata Sutopo yang dikutip melalui blackberry messenger dari Staf Khusus Presiden Bidang Bencana Alam dan Bantuan Sosial Andi Arief  di Jakarta, Selasa (2/7).   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Mendalami pengetahuan tentang ibadah puasa

Kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria yang menghadiri Majlis Ceramah

Kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria yang menghadiri Majlis Ceramah

KUALA BELAIT, 1 Julai – Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah mengadakan ceramah sempena menjelangnya bulan Ramadhan diadakan di Dewan Bandaran dekat sini dengan dihadiri sama oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah.

Majlis tersebut telah menyaksikan penyampaian ceramah khas yang bertajuk Ramadhan Mendidik Jiwa Untuk Menjalankan Amanah Dalam Etika Kerja oleh penceramah undangan Imam Muda Malaysia (Sarawak) Abe Syara, Ustaz Sharafuddin bin Suaut Al-Hafiz.   MEDIA PERMATA ONLINE

PA rekrut 10,000 relawan bantu perangi denggi

 Profesor Faishal bersama Encik Ang (kemeja-T merah) dan Pengarah Besar, Kesihatan Awam NEA, Encik Derek Ho (kemeja-T putih), sama-sama mengagihkan ubat penghalang nyamuk

Profesor Faishal bersama Encik Ang (kemeja-T merah) dan Pengarah Besar, Kesihatan Awam NEA, Encik Derek Ho (kemeja-T putih), sama-sama mengagihkan ubat penghalang nyamuk

PERSATUAN Rakyat (PA) akan merekrut seramai 10,000 sukarelawan bagi mengagihkan ubat penghalang pembiakan nyamuk kepada 10,000 rumah di serata Singapura.

Usaha tersebut dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi langkah memerangi wabak denggi di sini, yang sejauh ini telah merekodkan lebih 11,500 kes.

Selain mengagihkan ubat penghalang nyamuk di 9,000 blok di estet perumahan awam dan 1,000 rumah di estet swasta, para sukarelawan tersebut, yang dinamakan Pembasmi Denggi, akan mengingatkan penduduk supaya memainkan peranan memerangi denggi.  CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 3, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: