KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 04 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

20,000 rakyat kita diburu imigresen UK

London: Kira-kira 20,000 rakyat Malaysia menetap secara haram di United Kingdom (UK) dan mereka kini diburu pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan dihantar pulang.

Sumber di sini memberitahu kebanyakan mereka tinggal secara haram selepas tamat tempoh visa atau menyalahgunakan visa. Mereka kebanyakannya bekerja atau berniaga kerana tertarik dengan gaji atau hasil lumayan.

“Jika mereka ada masalah, kita sedia membantu tetapi jangan tinggal secara haram di sini” Zakaria Sulong, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Seri Zakaria Sulong, ketika diminta mengulas bagaimanapun berkata pihaknya tidak mempunyai perangkaan rasmi jumlah sebenar rakyat Malaysia tinggal secara haram di sekitar UK.   BERITA HARIAN ONLINE

RISDA galak golongan muda menganggur ceburi perusahaan getah

KUALA LUMPUR 3 Julai – Generasi muda yang menganggur digalakkan melibatkan diri dalam perusahaan getah memandangkan terdapat banyak peluang yang boleh diperoleh menerusi kegiatan tersebut.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, pelbagai skim yang disediakan RISDA boleh dimanfaatkan oleh generasi muda untuk melibatkan diri dalam perusahaan getah.

“Memandangkan terdapat kekurangan penoreh getah, usaha mendekati golongan muda menerusi pelbagai aktiviti giat dijalankan sejak dua tahun kebelakangan ini.

“Kita menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan kerana menerusi kegiatan itu mereka boleh menjana pendapatan.   UTUSAN ONLINE

Kaji kurangkan pengeluaran wang kertas

BANK Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini.

Penolong Gabenor BNM, Norzila Abdul Aziz berkata, BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar.

“Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baru untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan.

“Bayangkan betapa banyaknya penggunaan dan pembaziran sumber negara yang telah berlaku yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE

Gempa di Aceh

Lampahan (Indonesia): Satu gempa bumi sekuat 6.1 magnitud melanda Aceh semalam dan mengorbankan lima orang serta mencederakan puluhan yang lain.

Sejumlah bangunan turut musnah, suasana panik melanda penduduk setempat yang pernah mengalami gempa bumi dan tsunami besar pada 2004.

Gegaran itu berlaku pada jam 3.37 petang (waktu Malaysia) dengan pusat gempa terletak hanya 10 kilometer di bawah tanah di kawasan pergunungan di daerah Bener Meriah di tengah Aceh.

Kemusnahan rumah berlaku di daerah yang berada kira-kira 320 kilometer dari Banda Aceh. Doktor di sebuah klinik awam di Lampahan, Ema Suryani berkata, seorang kanak-kanak terbunuh akibat dihempap dinding bangunan yang runtuh.   myMetro Online

Warga asing tak boleh pandu teksi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati mengambil warga asing sebagai pemandu teksi di syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar kecil) berkata, rakyat asing tidak dibenarkan memandu teksi di negara ini kerana perkara itu merupakan satu kesalahan.

“Pemandu teksi rakyat asing terbabit juga boleh didakwa kerana menyalahgunakan permit memasuki negara ini.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala. Jika ada rakyat asing menjadi pemandu teksi, ia perlu dilaporkan kepada SPAD,” katanya.   KOSMO ONLINE

RCI diberitahu bahagian integriti diwujudkan di Jabatan Imigresen

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah di sini kelmarin diberitahu bahawa satu bahagian diwujudkan untuk memantau integriti petugas dan perkhidmatan Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata penubuhan bahagian yang ditadbir seorang pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bertujuan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan jabatan berkenaan, di samping menambah baik prestasi anggotanya.   NEW SABAH TIMES ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

90 persen rumah di Aceh Tengah roboh

Sejumlah warga korban gempa berada ditempat pengungsian sementara di Desa Blang Mancom, Kecamatan Ketol, Aceh Tengah, Provinsi Aceh.

Sejumlah warga korban gempa berada ditempat pengungsian sementara di Desa Blang Mancom, Kecamatan Ketol, Aceh Tengah, Provinsi Aceh.

Banda Aceh (ANTARA News) – Kira-kira 90 peratus rumah warga di tiga desa di Kecamatan Ketol, Kabupaten Aceh Tengah, Provinsi Aceh mengalami rosak teruk atau roboh akibat gempa berkekuatan 6.2 Skala Richter yang melanda daerah itu, Selasa (2/7).

Suroto, Koordinator sukarelawan Sentra Komunikasi (Senkom) Rakan Polri yang dihubungi dari Kota Kinabalu, Rabu malam, menyatakan bahawa dari hasil pantau langsung di tiga kampung terpencil di Aceh Tengah itu hampir 90 peratus rumah warga rosak teruk, sehingga tidak boleh diduduki lagi.

Suroto bersama sukarelawan Senkom Mitra Polri lain melihat langsung keadaan tiga desa tersebut, yakni Desa Kebah, Desa Berawang, dan Desa Rampa. Dari pengamatan di tiga desa yang bersempadan dengan Kabupaten Bener Meriah itu, keadaannya sangat membimbangkan.   ANTARA NEWS ONLINE

Perairan Indonesia Disebut Mudahkan Penyelundupan Narkoba

Wakapolda Metro Jaya Brigjen Sudjarno (tengah) menunjukan skema jaringan narkoba di Polda Metro Jaya, Jakarta Pusat

Wakapolda Metro Jaya Brigjen Sudjarno (tengah) menunjukan skema jaringan narkoba di Polda Metro Jaya, Jakarta Pusat

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Timbalan Ketua Polda Metro Jaya, Brigadier Jeneral Polis Sujarno mengatakan letak geografi wilayah Indonesia yang terdiri dari perairan memudahkan penyeludupan dadah.

“Kaitannya garis pantai di Indonesia yang panjang,” kata Sujarno di Jakarta, Rabu (4/7).

Sujarno menyatakan Indonesia mempunyai garis pantai yang panjang dan kepulauan, sehingga rangkaian dadah antarabangsa mudah menyeludup barang haram tersebut.

Ia menjelaskan rangkaian antarabangsa memanfaatkan garis pantai dengan membuat pelabuhan haram untuk menyeludup dadah ke Indonesia.   REPUBLIKA ONLINE

Isu Gunung Meletus, Warga Aceh Mengungsi

4527. Gempa Aceh (1)BANDA ACEH – Gempa berkekuatan 6.2 skala Richter, Selasa (2/7), pukul 14.37 WIB, tak cuma menggoncang sebahagian wilayah Aceh, tetapi juga meniupkan desas-desus yang membuat warga panik.

Ratusan warga terpaksa mengungsi ke kawasan Pondok Baru, Kecamatan Bandar, Kabupaten Bener Meriah, Provinsi Aceh, kerana ada isu gunung meletus. Isu yang bertiup pada Rabu (3/6), pukul 01.00 WIB, mengatakan Gunung Burni Telong akan meletus kerana sumber air panas tersumbat akibat gempa.

“Mendapat isu tersebut masyarakat panik, kemuncaknya saat terjadi gempa susulan pada pukul 21.00 WIB, sehingga masyarakat yang berada di sekitar Gunung Burni Telong mengungsi karena takut,” ujar Suroto, sukarelawan dari Sentra Komunikasi (Senkom) Rakan Polri, Rabu pagi buta.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Ini 9 Anggota Terpilih Komisi Penyiaran

JAKARTA, KOMPAS.com — Komisi I Dewan Perwakilan Rakyat akhirnya memilih sembilan orang anggota Komisi Penyiaran Indonesia (KPI), Rabu (3/7/2013). Pemilihan dilakukan melalui pemungutan suara setelah mufakat tak dicapai dalam forum lobi antarfraksi.

Ketua Komisi I DPR Mahfudz Siddiq mengatakan, pemungutan suara dilakukan karena seluruh kandidat menampilkan performa yang sama baiknya dalam uji kelayakan dan kepatutan. Karena itu, ujar dia, berdasarkan tata tertib DPR, pemungutan suara dilakukan.

“Dari hasil komunikasi informal disepakati bahwa dari sembilan komisioner yang dipilih, akan ada minimal tiga orang yang merupakan calon incumbent. Selain itu, kami juga pertimbangkan dari segi proporsional laki-laki dan perempuan,” ucap Mahfudz di Kompleks Parlemen, Rabu malam.   KOMPAS ONLINE

Famili S’pura paling banyak berhutang

KELUARGA Singapura adalah antara yang paling banyak berhutang berbanding dengan negara lain di rantau ini, menurut satu tinjauan terbaru Standard Chartered semalam.

Hutang keluarga Singapura mencapai 75 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) – antara tertinggi di rantau ini.

Ia meningkat daripada 55 peratus dalam 2010; 45 peratus dalam 2005; dan 38 peratus dalam 2000.

Ini sebahagian besar adalah kerana hutang hartanah yang tinggi di kalangan keluarga Singapura, membentuk 74 peratus daripada pinjaman pengguna secara keseluruhan.

StanChart, dalam laporannya itu, juga memberi amaran bahawa apabila kadar faedah meningkat, membayar hutang akan menjadi lebih sukar bagi sebahagian pemilik rumah di sini yang terlalu banyak berhutang.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Pupuk belia bidang keusahawanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan hari ini menganjurkan Bengkel Kefahaman Kewangan yang berlangsung di Mangrove Paradise Resort, Kota Batu, sebagai salah satu inisiatif yang menjadi pelengkap kepada tema Komanwel 2013 iaitu ‘Peluang Melalui Perusahaan.”

Bengkel itu merupakan peralihan yang setara dengan matlamat Komanwel dan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan membina asas dalam menyokong generasi muda untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan keseluruhan taraf hidup melalui keusahawanan dan pembangunan perusahaan.

Program bertujuan untuk membangunkan kompetensi mengenai penggunaan maklumat dan sumber kewangan dengan cara yang betul, dengan matlamat angka panjangnya adalah untuk memupuk tabiat menabung di kalangan golongan muda dan kanak-kanak sekolah.   MEDIA PERMATA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 4, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: