KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 05 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Akta Kebankrapan 1967 dalam proses pindaan: Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Jabatan Insolvensi Malaysia kini dalam proses meminda Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata dengan pindaan itu, beberapa peruntukan alternatif akan diperkenal kepada pemuitang untuk mendapatkan semula hutang berasaskan kepada kerangka perundangan insolvensi seperti perkiraan sukarela individu dan skim pembayaran semula hutang.

Beliau berkata, draf rang undang-undang kebankrapan itu dibawa kepada perhatian pihak Jabatan Peguam Negara.  BERITA HARIAN ONLINE

APM gagalkan cubaan seludup barang kawalan

KUDAT: Cubaan sebuah bot nelayan tempatan bersama 1 tekong dan 5 ‘awak-awak’ dalam satu cubaan menyeludup barang-barang kawalan di perairan negara menuju ke Pulau Palawan, Filipina digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Kudat, sini baru-baru ini.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Kudat, Leftenan Komander Maritim Norihan Ngah berkata, kesemua tekong dan ‘awak-awak’ itu didapati memiliki dokumen pengenalan diri (IMM13) warga negara Filipina.

“Bot itu menggunakan nombor pendaftaran KT 4993/3F ketika ditahan pada sekitar jam 1.05 pagi semalam,” katanya.

Menurut beliau, bot yang dianggarkan bernilai RM30,000 dan pelbagai lagi barang kawalan seperti minyak petrol, minyak diesel, minyak masak dan tepung gandum dianggarkan bernilai lebih kurang RM15,226 juga turut dirampas.  NEW SABAH TIMES ONLINE

ATM sedia guna aset bawa rakyat Malaysia pulang

NILAI – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, bagaimana pun setakat ini belum ada keperluan ke arah itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan kerajaan melalui koordinasi Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra.

“Kita memang telah bersedia sekiranya ada keperluan, tapi setakat ini belum ada keperluan dan saya yakin bahawa krisis yang dihadapi oleh Mesir ini dapat diselesaikan dalam beberapa ketika dan keadaan akan kembali reda,” katanya.  SINAR HARIAN ONLINE

Ancaman serangan pengganas

MANILA 3 Julai – Kerajaan Australia dan Kanada, hari ini mengeluarkan amaran tentang ancaman serangan pengganas dan penculikan di wilayah selatan Filipina.

Kedua-dua negara terbabit menggesa rakyat mereka yang bekerja di Filipina agar tidak berkunjung ke sebahagian besar kawasan di wilayah Mindanao.

Kerajaan Australia turut melarang diplomat yang bertugas di negara ini daripada mengunjungi bandar Davao, Cotabato dan Zamboanga.   UTUSAN ONLINE

Sindiket curi susu kanak-kanak kembali

MUAR: Sindiket mencuri susu kanak-kanak berjenama kembali aktif apabila Pasaraya Econsave di sini, dijadikan sasaran dan kerugian RM5,000 selepas 40 tin susu berkenaan dilarikan, 26 Jun lalu.

Kumpulan terbabit menyembunyikan susu tin di dalam seluar tiga wanita berjubah sebelum melarikan barangan berkenaan menggunakan tiga kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard.

Pengurusnya Aw Wee Siang berkata, setiap susu tin seberat 1.8 kilogram itu dicuri pada jam 7.20 petang.

“Kami menerima maklumat daripada pengurusan pasar raya lain memaklumkan kumpulan terbabit mencuri susu tin dan meminta kami berhati-hati.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Program bangun kapasiti PKS

Awang Mohd Riza Dato Paduka Haji Mohd Yunos

Awang Mohd Riza Dato Paduka Haji Mohd Yunos

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dalam usaha berterusannya ke arah memacukan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada hari ini mengadakan Program Pembangunan Kapasiti Pengusaha Kecil dan Sederhana dengan kerjasama Hongkong Shanghai Banking Corporation (HSBC).

Program yang diadakan di Pusat Pembangunan Keusahawanan Anggerak Desa itu dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Awang Mohd Riza Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

Beliau dalam ucapannya berkata, pelancaran ini merupakan satu manifestasi akan kesungguhan usaha kerajaan melalui kementeriannya ke arah mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam memudahcarakan perkembangan dan kemajuan perusahaan kecil dan sederhana.

Buat julung kalinya, katanya usaha kementerian turut disokong oleh HSBC Brunei yang tampil bagi menyumbangkan perkhidmatan berasaskan perkongsian kepakaran dalam bidang tertentu melalui penerapan program pembangunan kapasiti untuk pengusaha mikro, kecil dan sederhana.  MEDIA PERMATA ONLINE

MFA: Usah ke Mesir jika tidak perlu

KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) Singapura menasihatkan warga Singapura supaya menangguhkan sebarang lawatan “tidak perlu” ke Mesir, khususnya ke Kahirah, Iskandariah dan Suez.

“Demonstrasi besar-besaran berlaku di seluruh Mesir, termasuk pertempuran ganas yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

“Memandangkan suasana itu, warga Singapura harus cuba menangguhkan perjalanan tidak perlu ke Mesir, terutamanya ke Kahirah, Iskandariah dan Suez,” kata satu kenyataan MFA semalam.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Berbaju Seksi di Bandung Saat Ramadhan Akan Ditindak?

1433369shutterstock-37394083780x390BANDUNG, KOMPAS.com – Demi menjaga ketertiban, keamanan, dan keselesaan beribadah selama bulan Ramadhan, Polrestabes Bandung melakukan rapat koordinasi dengan beberapa ormas Islam di Kota Bandung, Kamis (5/7/2013).

Dalam rapat tersebut, terdapat salah satu cadangan daripada Suara Perempuan Jawa Barat agar pihak kepolisian menindak perempuan yang sengaja berkeliaran di jalanan Kota Bandung dengan pakaian minim atau seksi.

Hal tersebut diungkapkan Organisasi Suara Perempuan Jawa Barat. “Itu mengganggu ibadah. Mau tidak dilihat, tetap saja terlihat. Orang puasa itu niatnya nyari pahala, tapi kalau ada yang seperti itu puasa malah ternoda,” ungkap pembina Suara Perempuan Jawa Barat, Euis S Rifki, saat rapat koordinasi di Markas Polrestabes Bandung, jalan Merdeka.   KOMPAS ONLINE

Muslim Indonesia Diminta Tunggu Pemerintah Soal Awal Ramadhan

rukyatul-hilal-_130702111315-789REPUBLIKA.CO.ID, PALEMBANG – Ulama di Kota Palembang, Sumatra Selatan, mengajak umat Muslim menunggu keputusan daripada kerajaan pusat dalam menentukan awal Ramadhan 1434 Hijriyah atau 2013 Masehi.

Himbauan itu menyusul maklumat bakal ada perbezaan awal puasa pada Ramadhan tahun ini. “Perbezaan awal bulan Ramadhan yang terjadi di tengah-tengah umat Muslim daerah ini tidak perlu diperdebatkan atau dipermasalahkan, lebih baik menunggu keputusan dari kerajaan saja kapan sebenarnya waktu yang paling tepat,” kata Ustaz Irwansyah di Palembang, Kamis (4/7).

Menurutnya, setiap tahun umat Muslim di Indonesia selalu dihadapkan dengan masalah perbezaan waktu penetapan hari besar keagamaan, seperti Ramadhan. Dijelaskannya, mengenai kapan tepatnya boleh mula melaksanakan ibadah puasa sebenarnya bergantung kaedah yang biasa dipakai. Bagi masyarakat yang melaksanakan kaedah atau berpegang pada ketentuan hisab, awal puasa bulan Ramadhan dianggarkan jatuh pada pada 9 Julai, sedangkan bagi yang berpegang pada ketentuan rukyah, puasa bermula pada 10 Julai 2013.   REPUBLIKA ONLINE

Sembilan Desa Masih Terisolasi

Warga menshalatkan jenazah seorang anak yang meninggal karena tertimpa reruntuhan mesjid

Warga menshalatkan jenazah seorang anak yang meninggal karena tertimpa reruntuhan mesjid

ACEH TENGAH – Hingga hari ketiga gempa yang melanda Kabupaten Aceh Tengah dan Bener Meriah, sembilan desa dinyatakan masih terpencil kerana jalan menuju daerah tersebut tertutup runtuh.

Runtuh yang menutup jalan desa tersebut juga dijangka menimbun belasan warga. Hingga Kamis (4/7) pagi ini pembersihan runtuhan tersebut terus dilakukan.

Sembilan desa yang terpencil di antaranya Desa Bah, Desa Serempah, Desa Burlah, Desa Kekuyang, Desa Pantan Penyo, Desa Pantan Reduk, Desa Bergang, dan Karang Ampar. Diperkirakan ada sekitar 5,000 warga yang menduduki kampung-kampung itu.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Mendag sarankan pasar tradisional buka hingga malam

Menteri Perdagangan, Gita Wirjawan, usai meresmikan Pasar Bekonang di Sukoharjo

Menteri Perdagangan, Gita Wirjawan, usai meresmikan Pasar Bekonang di Sukoharjo

Ternate (ANTARA News) – Menteri Perdagangan (Mendag), Gita Wirjawan, menyarankan pengelola pasar tradisional modern Bahari Berkesan di Ternate, Maluku Utara, buka dari siang hingga malam hari supaya jumlah transaksinya meningkat.

“Pasar tradisional moden ini juga sebaiknya dilengkapi dengan CCTV (kamera pengawas) untuk memudahkan pengawasan operasi pasaran sekaligus untuk kepentingan keselamatan jika terjadi hal-hal yang tidak diingini,” katanya saat merasmikan pasar itu, Kamis.

Ia juga meminta pengelola pasaran yang dibina dengan dana Rp25, 2 bilion daripada kerajaan Kota Ternate dan Kementerian Perdagangan itu, sebanyak Rp5 bilion diantaranya dari bantuan Kementerian Perdagangan tersebut menggratiskan kos sewa bagi pedagang kaki lima.   ANTARA NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 5, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: