KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 06 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional Melayu yang tidak berdaftar, ‘Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang’ yang disyaki mengandungi deksametason.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM Datuk Eisah Abdul Rahman berkata hasil ujian yang dilakukan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk itu mengandungi deksametason, sejenis kortikosteroid berfungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi, dan ia tidak dibenar sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

Beliau berkata penggunaan deksametason secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.   BERITA HARIAN ONLINE

Lebih 9,000 pelajar Malaysia di Mesir selamat

image (5)KUALA LUMPUR – Seramai 9,101 pelajar Malaysia yang berada di Mesir selamat dan mereka tidak terlibat dengan pergolakan yang sedang berlaku di negara berkenaan.

Menurut jurucakap Kedutaan Malaysia di Kaherah, kesemua pelajar berkenaan pada masa ini sedang menghadapi peperiksaan semester dan tinggal berdekatan dengan universiti masing-masing.

“Buat masa ini, keadaan di Mesir masih terkawal dan tiada sebarang laporan memaklumkan kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar Malaysia di Mesir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pihak kedutaan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah keselamatan jika pergolakan di negara itu berterusan.   SINAR HARIAN ONLINE

BNM Laksana Langkah-Langkah Bendung Peningkatan Hutang Isi Rumah

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan satu set langkah-langkah, yang berkuat kuasa serta merta, untuk mengelakkan hutang isu rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata langkah-langkah itu mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kepada 35 tahun dan melarang penawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.

Turut termasuk ialah penetapan nisbah khidmat bayaran hutang yang membolehkan isi rumah mempunyai penampan kewangan mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan kejadian yang tidak dijangka, katanya.  mStar Online

Geng susu kangkang aktif lagi

AW Wee Siang menunjukkan jenama susu tepung yang dicuri

AW Wee Siang menunjukkan jenama susu tepung yang dicuri

MUAR 4 Julai – Kumpulan penjenayah yang mencuri susu kanak-kanak berjenama kembali aktif menyebabkan sebuah pasar raya di daerah ini mengalami kerugian sebanyak RM5,000 selepas 40 tin susu dilarikan minggu lalu.

Modus operandi kumpulan berkenaan adalah menggunakan tiga kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dan menyembunyikan susu seberat 1.8 kilogram setiap tin dalam seluar tiga wanita yang memakai jubah.

Pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang berkata, kejadian kira-kira pukul 7.20 malam Sabtu lalu itu disedarinya selepas pengiraan stok dan pada masa sama menerima maklumat dari sebuah pasar raya lain yang terlebih dahulu mengalami kes serupa.   UTUSAN ONLINE

19 kedai makan diarah tutup

Shah Alam: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengarahkan 17 gerai dan dua restoran di kawasan Seksyen 2, di sini ditutup serta-merta selepas didapati tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan kementerian dalam Ops Makanan Tak Suci kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 3.30 petang itu, sebanyak 24 gerai dan restoran di kawasan berkenaan diperiksa 75 anggota serta pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, pihaknya menjalankan operasi itu bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas kebersihan premis makanan.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Barat gesa pulihkan demokrasi

Anggota pasukan Tentera Mesir meronda jalan di luar Universiti Kahirah

Anggota pasukan Tentera Mesir meronda jalan di luar Universiti Kahirah

PARIS: Negara-negara Barat menggesa semua pihak menahan diri dan mengembalikan demokrasi di Mesir setelah tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi, menahan beliau dan para pegawai kanannya.

Pihak tentera berkata mereka bertindak sebagai respons kepada tunjuk perasaan besar-besaran oleh rakyat Mesir yang menggesa Encik Mursi berundur.

Namun, pihak Barat melahirkan rasa kurang senang pemimpin pertama yang dipilih secara demokratik di negara itu digulingkan hanya setahun menjawat jawatan presiden.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menggesa negara itu segera kembali kepada pentadbiran pemerintah sivil yang dipilih rakyat.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Pasar ekspor furnitur Indonesia makin luas

Pameran Furnitur

Pameran Furnitur

Jakarta (ANTARA News) – Pasar ekspor furnitur Indonesia makin meluas, seperti dikatakan Soenoto, Ketua Umum Asosiasi Mebel Kayu dan Rotan Indonesia (AMKRI).

“Tujuan ekspor Indonesia itu ke negara-negara seperti Amerika, Eropa, Afrika, Timur Tengah, dan Asia. Rusia juga sudah mulai merespon. Hampir di seluruh belahan dunai sudah mengenal furnitur Indonesia,” ujarnya dalam pembukaan Indonesia International Furniture Expo 2014, di Jakarta, Jumat.

Ia menambahkan, Indonesia punya modal bahan baku di seluruh penjuru negeri.

“Bahan baku dari Sabang sampai Merauke sangat mencukupi. Sementara itu, desain kita juga mulai bagus,” tambahnya, menekankan bahwa desain memegang peranan penting dalam dunia furnitur.   ANTARA NEWS ONLINE

Sambut Ramadhan dengan Megengan di Surabaya

Lambang Surabaya, ilustrasi

Lambang Surabaya, ilustrasi

REPUBLIKA.CO.ID, SURABAYA — Tidak seperti biasannya, usai Sholat isya, Masjid Syuhada daerah Jalan Pacar Kembang, Tambaksari, Surabaya, masih dipadati jamaah.

Di sudut pintu, sudah tersaji berbagai jenis kue, sebagai tradisi selametan jelang Ramadhan.”Ini namanya ‘megengan’, mas,” kata Sudarmadi (56), warga daerah sekitar yang hendak mengadakan ritual tersebut.

Dia menjelaskan, setiap warga umum menyumbangkan sedikitnya 50 kue untuk acara tersebut. Kegiatannya tidak selalu berlokasi di masjid. Banyak juga yang menyelenggarakannya di rumah.

Mereka mengundang kerabat dan tetangga dekatnya untuk berdoa dan santap makanan bersama. Jenis kue yang menjadi khas warga Surabaya menyambut ramadhan adalah kue Apem ditambah dengan pisang.   REPUBLIKA ONLINE

[Gempa Aceh] Ramadhan Tanpa Rumah Ibadah

Masjid di Desa Cangduri Kecamatan Ketol Aceh Tengah yang rubuh akibat gempa

Masjid di Desa Cangduri Kecamatan Ketol Aceh Tengah yang rubuh akibat gempa

Rumah ibadah, seperti masjid, menasah dan mushala merupakan bagian yang sangat penting dalam menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan. Rumah ibadah itu merupakan tempat warga melaksanakan shalat berjamaah, baik rawatif (lima waktu) maupun shalat tarawih, termasuk bertadarus. Beberapa hari lagi bulan ramadhan akan segera tiba, tetapi mereka telah “kehilangan” masjid, menasah dan mushala.

Sungguh malang nasib warga yang tinggal di kawasan Kecamatan Ketol dan Kecamatan Kute Panang Aceh Tengah. Gempa dahsyat pada skala 6,2 SR meluluh lantakkan sebagian wilayah Kabupaten Aceh Tengah pada tanggal 2 Juli 2013 lalu pukul 14.56 WIB. Pola gempa yang menghentak keatas dan kebawah menghancurkan seluruh bangunan gedung di kawasan itu, termasuk rumah ibadah.

Saat memasuki kawasan yang dilanda gempa itu, tidak ditemukan bangunan masjid dan menasah yang masih berdiri utuh, kecuali beberapa mushala yang dibangun dengan konstruksi semi permanen atau kayu. Biasanya, kalau terjadi bencana alam di desanya, warga mengungsi ke masjid atau rumah sekolah. Sekarang, tempat itu juga rubuh sebagaimana rumah warga.   KOMPAS ONLINE

Festival Film Indonesia 2013 Digelar di Semarang

56474_620 (1)TEMPO.CO, Semarang – Malam puncak Festival Film Indonesia (FFI) 2013 akan digelar di Semarang, Jawa Tengah, pada Desember mendatang. “Ada rangkaian acara selama tiga hari yang dlaksanakan sebelum malam puncak penganugerahan insan perfilman Indonesia nanti,” kata Kepala Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Jawa Tengah, Prasetyo Aribowo, di Semarang, Jumat, 5 Juli 2013.

Malam penganugerahan FFI 2013 akan digelar di Marina Convention Center Semarang, dan akan disii dengan sejumlah acara seperti pawai artis dan pesta rakyat di Lapangan Simpang Lima Semarang.

Dalam rangkaian acara tersebut, juga akan dilangsungkan Pekan Film Indonesia terbaik. “Malam anugerah FFI 2013 di Semarang ini sekaligus sebagai bagian dari program Tahun Kunjungan Wisata Jawa Tengah,” katanya.   TEMPO ONLINE

Sejumlah Desa Tak Tersentuh Bantuan

BANDA ACEH – Gempa yang melanda Kabupaten Aceh Tengah dan Bener Meriah telah memasuki hari ketiga, tetapi hingga Jumat (5/7) pagi ini, bantuan untuk korban gempa masih belum merata dan menumpuk di satu tempat. Bahkan, masih ada beberapa desa yang hingga saat ini belum memperoleh bantuan apa pun.

Beberapa daerah yang belum tersentuh bantuan karena pembagian yang tidak merata seperti di Gampong Wih Porak, Kecamatan Silih Nara, Aceh Tengah. Hingga saat ini, 120 korban gempa masih menunggu bantuan logistik.

Sekretaris Gampong Wih Porak, Adam mengatakan, 120 warga desa tersebut hingga saat ini masih harus tidur di tenda yang dibangun dari terpal yang biasanya digunakan untuk menjemur kopi. “Beberapa warga korban gempa di desa lain di Kecamatan Silih Nara juga bernasib seperti warga di Wih Porak,” ujarnya.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

One comment on “Menarik di akhbar online SERANTAU – 06 Julai 2013

  1. After looking over a number of the blog articles on your blog, I truly appreciate your way of blogging. I saved it to my bookmark webpage list and will be checking back in the near future. Please check out my web site too and let me know what you think.|

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 6, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: