KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 08 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Syarikat milik wanita perlu dapatkan ISO

KUALA LUMPUR 7 Julai – Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan syarat bagi pinjaman isi rumah termasuk mengehadkan tempoh pinjaman yang mana pakar ekonomi berpendapat dapat mengawal pinjaman berlebihan oleh pengguna dan membendung spekulasi hartanah.

BNM berkata, pihaknya kini hanya membenarkan pinjaman peribadi untuk tempoh sehingga 10 tahun manakala pembiayaan untuk hartanah kediaman dan bukan kediaman akan mempunyai tempoh bayaran balik maksimum 35 tahun.

Sebelum ini, pengguna dibenarkan memohon pinjaman peribadi dan hartanah masing-masing sehingga 25 dan 45 tahun.

Sementara itu, BNM turut mengumumkan pengharaman “produk pembiayaan peribadi pra-diluluskan”, pinjaman yang tidak diminta dan menawarkan kad kredit, berkuatkuasa serta merta.   UTUSAN ONLINE

Sembilan Pusat Mengundi PRK Kuala Besut

KUALA TERENGGANU: Sembilan pusat mengundi akan dibuka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Fakhrul Razi Ab Wahab.

Beliau berkata selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai.

“Bagi pengundian biasa, lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian,” katanya kepada Bernama.   mStar Online

Sultan Kelantan saran Palapes bersedia

KOTA KINABALU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyeru anggota pasukan keselamatan termasuk Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman yang akan mengganggu keselamatan dan kesejahteraan Negara.

Baginda bertitah, seperti yang dapat dilihat pada masa kini pelbagai konflik berlaku di negara luar seperti perang saudara, pemberontakan dan di dalam Negara pula, rakyat dikejutkan dengan peristiwa pendaratan pengganas Sulu di Lahad Datu yang menggugat keselamatan Negara.

“Beta yakin dengan kekuatan, tahap profesionalisme dan semangat yang ada serta didokong dengan pasukan simpanan yang akan bertindak sebagai angkatan barisan kedua yang mantap, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat mempertahankan kedaulatan Negara daripada sebarang ancaman yang bakal menggugat keharmonian dan keselamatan tanah air kita,” titah Baginda di Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes ke-32, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Kelas aliran agama diperluas ke SMK

Kelas aliran agama diperluas ke SMK - Gambar hiasan

Kelas aliran agama diperluas ke SMK – Gambar hiasan

TUMPAT – Kelas Aliran Agama (KAA) akan diperluaskan di semua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara berikutan sambutan positif ibu bapa pelajar terhadap pelaksanaannya.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Malaysia, Abdullah Md Din berkata kelas tersebut dimulakan pada 2008 di beberapa SMK terpilih dan jumlah kelas terpaksa ditambah bagi memenuhi permintaan tinggi ibu bapa.

“Kejayaan pelaksanaan ini menyebabkan kita membuka kelas berkenaan di sekolah harian biasa dan sambutan amat membanggakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan peringkat kebangsaan kali kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, di sini hari ini.

Pelajar yang mengikuti KAA akan mempelajari al-Quran dan Sunah, Bahasa Arab serta Syariah Islamiyah di samping mata pelajaran biasa seperti Fizik, Kimia dan Biologi.SINAR HARIAN ONLINE

Budak 12 tahun diarah bayar RM765,000

Riyadh: Mahkamah mengarahkan seorang budak didenda sebanyak SR900,000 (RM765,511) kerana membakar rakannya ketika mereka menikmati barbeku tiga tahun lalu.

Fayez Mohammed Awwad yang berusia 12 tahun mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak disengajakan.

Fayez berkata, dia tersilap mencurah petrol ke badan rakannya yang lebih muda dalam kejadian berhampiran rumahnya di bandar Turaif.   myMetro Online

6 juta tiada lesen memandu sah

JERANTUT – Kira-kira enam juta pengguna jalan raya di negara ini tidak memiliki lesen kenderaan yang sah meskipun mereka layak membuat permohonan untuk mendapatkan lesen.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ariffin Che Mat, majoriti pengguna jalan raya berkenaan terdiri daripada golongan remaja hingga dewasa yang menunggang motosikal.

Katanya, anggaran itu dibuat selepas meneliti statistik operasi yang dijalankan sebelum ini.

“Sebahagian operasi dijalankan JPJ dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain mendapati, kebanyakan penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen adalah remaja.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Ratusan TKW Indonesia tidak terpantau di Mesir

Kaherah (ANTARA News) – Ratusan tenaga kerja wanita (TKW) asal Indonesia keberadaannya tidak terpantau di Mesir kerana mereka tidak melaporkan diri ke Kedutaan Besar Republik Indonesia yang ada di negara itu.

TKW yang tercatat di KBRI Kaherah per Jun 2013 berjumlah 1,300 orang dan beratus-ratus orang lain tidak tercatat sehingga tidak boleh dipantau, kata Ketua Fungsi Protokol dan Konsuler KBRI Kaherah Nugroho Yuwono Aribhimo dalam perbincangan dengan ANTARA di Kaherah, Ahad.

“Untuk yang tidak tercatat, jumlahnya kita tidak boleh menganggarkan, namun menurut info dari pemerintah Mesir memang lebih banyak,” katanya.   ANTARA NEWS ONLINE

Pelarian Gempa Aceh Capai 16.000 Jiwa

Personel TNI dan polisi mengevakuasi jenazah Lilis (11), korban gempa yang tertimbun longsor

Personel TNI dan polisi mengevakuasi jenazah Lilis (11), korban gempa yang tertimbun longsor

ACEH TENGAH – Hingga kini pencarian dan penyelamatan korban gempa di Kabupaten Aceh Tengah dan Bener Meriah, Provinsi Aceh pada Selasa (2/7), masih terus dilakukan oleh pasukan SAR gabungan. Hingga Jumat (5/7) malam, masih ada lapan orang yang dinyatakan hilang di Aceh Tengah.

Ketua Pusat Data dan Maklumat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, data sementara jumlah mangsa akibat gempa di Aceh mencapai 16.000 jiwa. Para mangsa itu tersebar di dua wilayah yang terjadi gempa, yaitu 12.500 berada di Kabupaten Bener Meriah dan 3.500 jiwa di Kabupaten Aceh Tengah.

“Mangsa ada yang tersebar di titik-titik pengungsian, tapi ada juga yang memilih mengungsi di halaman rumahnya. Hal itu karena masyarakat masih trauma tinggal di rumah,” kata Sutopo saat dihubungi, Jumat (5/7).   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Serunya Perang Air Menyambut Ramadhan

Ratusan warga Dawung Banjarnegoro Mertoyudan Kabupaten Magelang menggelar tradisi Perang Air menyambut bulan Ramadhan,

Ratusan warga Dawung Banjarnegoro Mertoyudan Kabupaten Magelang menggelar tradisi Perang Air menyambut bulan Ramadhan,

MAGELANG, KOMPAS.com – Warga Dusun Dawung, Desa Banjarnegara, Kecamatan Mertoyudan, Kabupaten Magelang mempunyai tradisi unik menyambut bulan suci Ramadhan. Mereka menggelar “Perang Air” yang diikuti oleh para orang tua, remaja hingga anak-anak di lapangan dusun setempat, Minggu (7/7/2013).

Suasana gembira penuh gelak tawa tampak dalam tradisi yang dikenali dengan sebutan Padusan itu. Mereka saling melempar plastik yang sudah diisi dengan air. Menurut mereka aksi tersebut adalah simbol kebersamaan di antara sesama warga.

Sebelum Perang Air, aksi bermula dengan pengambilan air dari sendang Kedawung tidak jauh dari Dusun Dawung. Mereka menyusuri areal persawahan dengan diiringi muzik kesenian tradisional Jathilan dan Topeng Ireng dari kumpulan Tresna Manunggal Budaya, Magelang.   KOMPAS ONLINE

Ini Dia Kota Halal di Jawa Barat

Halal (ilustrasi)

Halal (ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Majelis Ulama Indonesia menetapkan Kota Bekasi, Jawa Barat, sebagai “Bandar Halal” pascapemberlakuan pensijilan halal terhadap produk usaha di wilayah setempat.

“Penetapan ini berdasarkan Surat Keputusan MUI Provinsi Jawa Barat Nombor 353/SK/MUI-JB/VI/2013,” ujar Kepala Dinas Perindustrian, Perdagangan, dan Koperasi (Disperindakop) Kota Bekasi Amit Riyadi di Bekasi, Minggu.

Menurut beliau, penghargaan itu diberikan kepada Wali Kota Bekasi Rahmat Effendi kerana telah menyokong dan memudahkan pensijilan halal bagi usaha mikro, kecil, dan menengah (UMKM) serta koperasi di wilayahnya.

Penghargaan tersebut diserahkan oleh Gubernur Jawa Barat pada acara Indonesia Halal Expo Jabar (Indhex) 2013 di Lapangan Gasibu, Kota Bandung, Kamis (4/7).    REPUBLIKA ONLINE

Gempa Aceh Bakal Picu Gempa di Sumatera Barat

Sejumlah anggota TNI AD mengangkat mayat korban gempa bumi yang tertimbun oleh tanah lonsor di Serempah, provinsi Aceh

Sejumlah anggota TNI AD mengangkat mayat korban gempa bumi yang tertimbun oleh tanah lonsor di Serempah, provinsi Aceh

TEMPO.CO, Padang – Gempa berkekuatan 6.2 skala Richter yang berpusat di Bener Mariah, Aceh, Selasa lalu, disebabkan patahan sesar Semangko. Hal ini mencetuskan aktiviti seismik di kawasan Sumatera Barat yang dilalui patahan Sumatera ini.

“Kesan langsung secara fizikal dan reaksi spontan memang tak ada. Namun, patahan Sumatera mempengaruhi kegempaan di beberapa kawasan di Sumatera Barat,” ujar Ketua Ikatan Ahli Geologi Indonesia (iagi) Sumatera Barat Ade Edward.

Menurut Ade Edwar, di sepanjang Bukit Barisan, garis lurus jalur patahan Sumatera itu ada 19 segemen dari Lampung hingga Aceh. Empat di antaranya ada Sumatera Barat, seperti Sianok, Sumani, Sumpur dan Suliti. “Segmen itu saling menyambung. Satu bergerak, yang lain akan berentet ikut bergerak dan berguncang. Sumatera Barat menunggu giliran,” ujarnya.   TEMPO ONLINE

45,000 kg kurma hadiah Arab Saudi diagih

Habib Hassan Al-Attas (berjubah putih) menyaksikan pengagihkan 45,000 kilogram, atau 45 tan, kurma 'Barni' yang dihadiahkan kerajaan Arab Saudi

Habib Hassan Al-Attas (berjubah putih) menyaksikan pengagihkan 45,000 kilogram,  kurma ‘Barni’ dihadiahkan kerajaan Arab Saudi

KETIBAAN Ramadan dirasakan semalam dengan pengagihan kurma hadiah kerajaan Arab Saudi kepada kesemua masjid dan pertubuhan Islam setempat.

Sebanyak 45,000 kilogram kurma Barni diagihkan di pekarangan Masjid Ba’alwie di Lewis Road pada 11 pagi dengan disaksikan imam masjid itu, Habib Hassan Al-Attas.

Kurma itu tiba di Singapura dari Madinah kelmarin.

Bersyukur, Habib Hassan berkata “menurut hadis, kurma Barni banyak manfaat, antaranya menyembuhkan penyakit, tiada mudarat dan mengandungi barakah”.

Tahun ini genap dua dekad Arab Saudi menghadiahkan kurma kepada Singapura.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Manfaatkan kemuliaan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – “Ajaklah anak-anak dan ahli keluarga ke masjid untuk mengerjakan solat secara berjemaah sama ada solat fardu mahupun Solat Sunat Terawih dan Witir di bulan Ramadan yang akan menjelang beberapa hari saja lagi ini.

“Kita juga berharap semoga keramaian jemaah bersolat Sunat Terawih dan Witir di masjid-masjid akan sentiasa semakin bertambah dan kekal ramai dari awal Ramadan hingga akhir bulan Ramadan,” kata Khatib dalam Khutbah Jumaatnya hari ini.

Khatib bagaimanapun mengingatkan bahawa dalam keghairahan merebut ganjaran pahala amalan-amalan sunat di bulan Ramadan, janganlah pula kita mengabaikan ibadat yang wajib terutama solat fardu lima waktu.   MEDIA PERMATA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 8, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: