KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 11 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Syarikat didenda kerana jual ‘Beras Nasional’ mengandungi tahi tikus

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat didenda RM6,000 atau lapan bulan penjara kerana menjual ‘Beras Nasional’ mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman itu ke atas syarikat Leong Yun Fah Sdn Bhd selepas wakilnya mengaku bersalah terhadap dakwaan itu.

Pengarah syarikat itu mengakui bahawa pada 24 Jan kira- kira jam 11 pagi menjual lima kampit ‘Beras Nasional’ ke sebuah kedai di Taman Puri Warisan, Inanam; yang setelah dianalisis dari dua lima kampit beras itu mengandungi tahi tikus, larva dan Tribolium Castaneum (kutu merah).   NEW SABAH TIMES ONLINE

FLFAM harap ayam import bebas selsema burung

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) berharap pengimport hanya membawa masuk ayam bulat dari negara yang bebas selesema burung dan wabak lain yang berkaitan, demi melindungi industri di negara ini dan juga pengguna.

Presidennya Kwei Yew Tong berkata FLFAM yang mengambil sikap berkecuali terhadap langkah kerajaan membuka permit import ayam bulat, juga akan berusaha meningkatkan pengeluaran ayamnya bagi menampung keperluan negara.

Namun pada masa yang sama penternak juga mahu memastikan pulangan yang diperoleh adalah setimpal dengan kos kerana mereka kini menanggung kos pengeluaran yang tinggi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Jais, Badan Kerajaan Bersihkan Stok Pasir Disimpan Di Tanah Rizab Perkuburan

Serbuan yang dilakukan Jais dan badan-badan kerajaan

Serbuan yang dilakukan Jais dan badan-badan kerajaan

SEBUAH tapak perlombongan dan tempat penyimpanan stok pasir di Gombak telah dibersihkan dan kawasan tersebut telah disita selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapati ia beroperasi secara haram di tanah rizab perkuburan Melayu.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, pegawai-pegawai dari jabatan itu telah melawat tapak simpanan pasir yang terletak di sepanjang Jalan Sungai Pusu pada 4 Julai lalu untuk mengeluarkan notis pemindahan kepada pengendali yang telah mengabaikannya notis tersebut.

Pada pukul 10 pagi Isnin, lebih 50 kakitangan dari pelbagai jabatan, termasuk Jais, polis, Imigresen, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pejabat tanah negeri dan daerah telah pergi ke tapak ini untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.   mStar Online

TH kaji ceburi sektor pemakanan

KUALA LUMPUR 10 Julai – Lembaga Tabung Haji, yang terlibat dengan sektor perindustrian, perkhidmatan, perladangan, perbankan serta pemilikan hartanah, merancang untuk menceburi sektor pemakanan sebagai strategi dalam mengembangkan perniagaannya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Paduka Ismee Ismail (gambar) menjangkakan perancangan tersebut, yang sedang di peringkat kajian, dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Tabung Haji perlu melakukan kajian terlebih dahulu bagi memastikan peluang yang sedia ada. Ia kemungkinan dilakukan di segi penjualan makanan atau pun jaringan pengedaran. Ini semua perlu dikaji.   UTUSAN ONLINE

5,337 calon terpilih sebagai pelajar baru USM

GEORGETOWN: Sebanyak 5,337 pelajar terpilih akan mendaftar sebagai pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Sept ini bagi mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman berkata daripada jumlah pelajar itu, sebanyak 3,790 pelajar akan mendaftar di kampus induk Pulau Pinang, kampus kejuruteraan Nibong Tebal (988) dan selebihnya di kampus kesihatan Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau berkata pelajar boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari esok dan mereka yang berjaya diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum 21 Julai.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Tiada kes Mers di sini sejauh ini

Dr Faishal memberi jaminan hospital mempunyai cukup bekalan pelitup N95

Dr Faishal memberi jaminan hospital mempunyai cukup bekalan pelitup N95

SERAMAI 51 orang telah menjalani pemeriksaan kesihatan bagi sindrom pernafasan Timur Tengah, atau Mers-CoV, di Singapura hingga 5 Julai lalu.

Kesemua mereka bagaimanapun didapati bebas daripada virus tersebut.

Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata semua kes yang disyaki atau disahkan sebagai kes Mers-Cov akan diasingkan.

“Kementerian Kesihatan (MOH) akan menjejak kontak jika perlu, dan mereka yang rapat dengan kes yang disahkan akan dikuarantin,” katanya.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

10 kapal nelayan Pacitan tenggelam terseret banjir

ilustrasi Banjir Bandang Malang

ilustrasi Banjir Bandang Malang

Pacitan (ANTARA News) – Sebanyak sepuluh unit kapal nelayan di Kabupaten Pacitan, Jawa Timur dilaporkan hilang tenggelam terseret banjir bandang yang melanda kawasan tersebut, Rabu dinihari.

Tidak ada korban jiwa ataupun luka dalam peristiwa bencana banjir tersebut, namun selain menenggelamkan 10 unit kapal nelayan, belasan hektare lahan pertanian terendam hingga kedalaman satu meter lebih, kata Hariadi, salah satu nelayan Desa Sirnoboyo, Kecamatan Pacitan, disela proses evakuasi kapal, Rabu.

“Arus air deras sehingga mengikis tebing disisi sungai, sehingga ambruk bersama pepohonan dan menimpa kapal,” katanya.   ANTARA NEWS ONLINE

Komoditas Khas Ramadhan Jadi Buruan

Penjual penjual timun suri di Bogor

Penjual penjual timun suri di Bogor

REPUBLIKA.CO.ID, BOGOR — Menjelang Ramadhan, beberapa komoditas khas Bulan Suci, seperti kolang-kaling, timun suri, dan blewah diburu pembeli.

”Sudah jadi tradisi warga Jawa Barat untuk menyediakan kolang-kaling dalam menu buka puasa pertama Ramadhan,” kata Aka, penjual kolang-kaling di Pasar Bogor, Selasa (9/7). Aka mengaku dapat menjual kolang-kaling hingga satu kwintal per hari menjelang Ramadhan ini dengan harga dari Rp 10 ribu hingga Rp 12 ribu tergantung ukurannya.

Pedagang lain, Odeng, bahkan dapat menjual kolang-kaling hingga 25 ton saat Ramadhan. ”Rata-rata memang langganan,” kata pria yang sudah berjualan kolang-kaling sejak tahun 1990 itu. Ia bisa memperoleh hingga 2 ton kolang-kaling dalam satu kali pesanan. Harga kolang-kaling yang sudah naik sejak sepekan menjelang Ramadhan diprediksi Odeng akan terus naik hingga lebaran.   REPUBLIKA ONLINE

Presiden: Pencarian Korban Aceh Prioritas

80gempaAceh-Sh-Junaidi HanafiahJAKARTA – Pemerintah memprioritaskan pencarian korban dan penanganan pengungsi dalam tanggap darurat bencana gempa bumi di Aceh.

“Prioritas kita, mencari 6 warga yang masih hilang (runtuh bersama rumahnya ke lembah yang dalam) dan berikan pelayanan kepada pengungsi,” kata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam akun Twitter @SBYudhoyono, Rabu (10/7).

Sehari sebelumnya, Presiden SBY bersama Ibu Negara Ani Yudhoyono mengunjungi pengungsi korban gempa di Aceh dengan menggunakan helikopter.

“Penanganan pascabencana terus kita lakukan,” kata SBY.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Jokowi: Orang Kerja Harus Diawasi

Melihat kerja petugas pelayanan di hari pertama bulan puasa.

Melihat kerja petugas pelayanan di hari pertama bulan puasa.

JAKARTA, KOMPAS.com – Gubernur DKI Joko Widodo menegaskan pentingnya melaksanakan pengurusan kawalan terhadap seluruh jajarannya. Hal itu dikatakan Jokowi berkaitan rentannya PNS membolos atau terlambat di hari pertama puasa.

“Yang namanya pengurusan pengawasan, kawalan itu harus dilakukan. Kalau tidak, orang kerja tidak merasa diawasi,” ujar Jokowi di Balaikota Jakarta, Rabu (10/7/2013) siang.

Jokowi memaklumi jika ada PNS membolos atau terlambat pada hari pertama puasa. Ia tidak terlalu bimbang dengan hal tersebut kerana pada hari-hari biasa pun ada juga PNS yang terlambat.   KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 11, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: