KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 12 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

200 Pati ditahan cuba masuk Langkawi

LANGKAWI – Polis marin Langkawi menahan 258 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang menaiki sebuah bot kira-kira tiga batu nautika dari Tanjung Timun, di perairan pulau ini awal pagi ini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Daerah 1 Langkawi, ASP Mohd Rodzi Abu Hasan berkata mereka yang ditahan termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Nepal, Pakistan, India dan Kenya.

“Hasil maklumat, pasukan polis melancarkan Ops Tutup dan berjaya mengesan sebuah bot kira-kira pukul 3.15 pagi tadi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Jom Durian Acara ‘Lazat’ Untuk Kumpul Dana

Durian untuk acara ini akan dibawa dari Negeri Sembilan

Durian untuk acara ini akan dibawa dari Negeri Sembilan

ACARA Jom Durian, “Eat All You Can for Charity” bagi mengumpul dana untuk Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia kembali lagi untuk tahun keenam berturut-turut.

Sebanyak tujuh tan durian dari kaki bukit di Negeri Sembilan akan dibawa ke The Summit Subang USJ, memberi peluang kepada orang ramai menikmati ‘Raja Buah’ sambil mengumpul dana yang amat diperlukan untuk masyarakat.

“Orang ramai boleh membeli tiket berharga RM20 yang membolehkan mereka makan sebanyak yang mampu dalam masa satu jam. Terdapat sehingga 1,500 tiket untuk diperolehi dari sekarang di The Summit Subang USJ.

“Terdapat lima sesi tanpa henti untuk dipilih, bermula dari pukul 2 petang hingga 8 malam pada 18 Ogos,” kata naib presiden persatuan Teoh Teik Hoong.   mStar Online

Denggi: Melonjak lebih 100%

Muji Salimon (tiga dari kiri) mengetuai Program Gotong-Royong Perdana Denggi Peringkat Daerah Pontian

Muji Salimon (tiga dari kiri) mengetuai Program Gotong-Royong Perdana Denggi Peringkat Daerah Pontian

PONTIAN 11 Julai – Sebanyak 44 kes penyakit denggi dilaporkan berlaku di daerah Pontian bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding 21 kes dalam tempoh sama pada 2012 lalu iaitu peningkatan sebanyak 105.6 peratus.

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Pontian, Dr. Norashikin Mahadan berkata, sebanyak 85 peratus daripada kes tersebut berpunca daripada pembiakan nyamuk aedes di luar premis melibatkan beberapa lokasi seperti di Lorong Pisang, Lorong Nipah, Lorong Manggis, Lorong Kemang, Lorong Mengkudu, Lorong Ciku dan Lorong Kenanga.

“Beberapa tindakan diambil bagi membendung pembiakan aedes dengan mengedarkan risalah dan maklumat kepada penduduk, penyemburan asap dan lawatan susulan. Walaupun tiada kematian dilaporkan, peningkatan kes yang tinggi memerlukan langkah-langkah yang segera agar tidak menjadi ancaman kepada orang ramai.   UTUSAN ONLINE

‘Mereka ingat penjenayah bodoh’

Kuala Lumpur: Lebih 60 peratus kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis perniagaan dan persendirian tidak menepati piawaian, sekali gus tidak banyak membantu siasatan polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di premis terbabit atau kawasan sekitarnya.

Lebih menyedihkan, bukan saja CCTV yang dipasang berkualiti rendah atau ‘cap ayam’ malah ada juga pemilik premis yang hanya memasang replika atau CCTV palsu kononnya untuk menakut-nakutkan penjenayah.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menyifatkan ia perkembangan yang jelas menunjukkan sikap kurang matang pemilik premis terbabit yang akhirnya merugikan diri sendiri.   myMetro Online

Peniaga ayam salahkan pembekal

Pelanggan membeli ayam di gerainya di Pasar Borong Selayang

Pelanggan membeli ayam di gerainya di Pasar Borong Selayang

KUALA LUMPUR – Harga ayam segar di kebanyakan negeri didapati meningkat dengan ketara sejak bermulanya Ramadan kelmarin.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati harga ayam meningkat antara RM7.50 hingga RM8.50 di sekitar Lembah Klang, Kedah dan Negeri Sembilan melebihi harga siling ayam yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu RM6.80 sekilogram.

Di Pasar Borong Selayang, seekor ayam bersih dijual antara RM7.80 hingga RM8 sekilogram.

Para peniaga ayam yang ditemui mendakwa,  tindakan pembekal yang menaikkan harga antara RM7.20 hingga RM7.50 merupakan punca mereka menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.  KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Muat lagi 400,000 jemaah

MAKKAH: Bangunan tambahan setinggi tiga tingkat yang baru dibina di Masjidil Haram telah dibuka untuk menampung lagi 400,000 jemaah umrah sepanjang Ramadan ini.

Selain daripada besmen, tingkat pertama dan mezanin, kawasan plaza utara, selatan dan barat Masjidil Haram kini telah dibuka.

Kawasan tawaf yang telah diluaskan, termasuk kemudahan khas untuk para jemaah yang kurang upaya, turut dibuka.

Mengesahkan demikian, Naib Pengerusi Penguasa Ehwal Dua Masjid Suci, Encik Muhammad Nasser Al-Khozaim, berkata:

“Seluruh kawasan tambahan telah dipasang dengan sistem hawa dingin pusat dan telah dihiasi dengan candelier yang indah.”   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Jakarta Baru Membawa Perubahan pada PNS DKI

Pegawai Negeri Sipil (PNS) di lingkungan Pemprov DKI Jakarta berjalan menuju bus jemputan

Pegawai Negeri Sipil (PNS) di lingkungan Pemprov DKI Jakarta berjalan menuju bus jemputan

JAKARTA, KOMPAS.com — Tingkat kedisiplinan pegawai negeri sipil (PNS) di lingkungan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta membaik. Jika dibandingkan dengan hari pertama puasa tahun sebelumnya, jumlah PNS yang mangkir tahun ini jauh berkurang.

Data yang dihimpun Kompas.com, pada Ramadhan tahun 2012 lalu, jumlah PNS yang absen pada hari pertama puasa sebanyak 79 orang. Jumlah itu terdiri dari 33 orang yang alpa alias tanpa keterangan, 16 pegawai cuti, 24 orang sakit, dan 6 PNS izin. Pada awal puasa tahun ini, hanya ada satu orang PNS yang alpa, 61 PNS cuti, 24 PNS sakit, dan 6 orang PNS izin.

Catatan itu memang tak memperlihatkan berapa banyak jumlah pegawai yang terlambat kemarin. Namun, harus diakui bahwa tingkat kehadiran PNS pada hari pertama puasa kali ini lebih baik dibanding masa sebelumnya. Apa penyebab semua itu?   KOMPAS ONLINE

Sumber Tanah untuk Petani Belum Jelas

MUSIM TANAM KEDUA

MUSIM TANAM KEDUA

JAKARTA – Sumber tanah yang hendak dibagi bagi para petani, berdasarkan rekomendasi Undang-Undang Perlindungan dan Pemberdayaan Petani (UU PPP), masih belum jelas hingga saat ini. Tanah adat bisa dimasukkan dalam kelompok ini dengan istilah “dipinjamkan”.

Menurut Wakil Ketua Komisi Komisi IV DPR, Herman Chaeron, pemerintah pusat dan pemerintah daerah harus mengonsolidasikan semua lahan yang tidak termanfaatkan. Saat dihubungi SH, Kamis (11/7), Herman menyebut lahan tidak produktif yang belum dimanfaatkan saat ini mencapai 32 juta hektare.

Menurut data Badan Pertanahan Nasional (BPN), ada sekitar 7,2 juta hektare (ha) lahan telantar dari sekitar 21 juta ha yang berpotensi telantar, tak termanfaatkan. Padahal pada saat yang sama, petani di Indonesia hanya memiliki rata-rata 1/3 ha lahan pertanian untuk dikerjakannya.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Bercinta di Semak, Diterkam Singa

Sebuah adegan romantis ditunjukan oleh sepasang Singa saling bermesraan di Afrika.

Sebuah adegan romantis ditunjukan oleh sepasang Singa saling bermesraan di Afrika.

TEMPO.COKariba – Seorang wanita tewas diterkam singa saat bercinta dengan pacarnya di balik semak. Korban, Sharai Mawera, tewas setelah diterkam singa di utara Kota Kariba, Zimbabwe. Dia terluka di bagian leher dan perut. Sedangkan pacarnya, yang belum diketahui namanya, lari menyelamatkan diri dengan telanjang.

Situs berita Zimbabwe melaporkan, singa itu menyerang sejoli ini di sebuah tempat terpencil di semak-semak dekat kota utara Kariba. Seorang sumber mengatakan, korban wanita itu meninggal di lokasi kejadian.

Menurut teman korban, yang menjadi saksi, pria pacar korban adalah seorang nelayan. Sejoli itu telah bertemu di tempat yang sama sebelumnya. “Singa itu datang dari belakang dan meraung,” ujar temannya. Pria itu berhasil melarikan diri, berhenti sebentar untuk melihat ke belakang dan menyaksikan pacarnya diserang sebelum bergegas ke jalan untuk mencari bantuan.   TEMPO ONLINE

Saudi Sumbang Mushaf dan Kurma

Jamaah membaca Alquran di Masjid Istiqlal, Jakarta

Jamaah membaca Alquran di Masjid Istiqlal, Jakarta

JAKARTA — Menyambut datangnya bulan suci Ramadhan yang juga disebut sebagai Syahrul Quran (bulannya Alquran), Pemerintah Arab Saudi akan membagikan mushaf Alquran secara gratis kepada warga Indonesia.

Atase Agama Kedutaan Besar Arab Saudi Ibrahim bin Sulaiman an-Nughaimsy mengatakan, jumlah mushaf Alquran yang akan dibagikan lebih dari 50 ribu eksemplar. Alquran tersebut langsung didatangkan dari percetakan mushaf al-Mujamma al-Malikul Fahd Lithibaatil Mushafi asy-syarif di Madinah.

Selanjutnya, mushaf Alquran tersebut akan dibagikan di seluruh wilayah di Indonesia. Pada Ramadhan ini kita akan membagikan lebih dari 50 ribu mushaf Alquran ke seluruh wilayah Indonesia, kata Ibrahim di Kantor Atase Agama Kedutaan Besar Arab Saudi Jakarta, Selasa (9/7).   REPUBLIKA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 12, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: