KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 13 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Syarikat Malaysia suspek pembakaran hutan di Riau

JAKARTA: Polis Nasional Indonesia menamakan satu subsidiari kepada sebuah syarikat Malaysia sebagai suspek pembakaran hutan bagi pembukaan tanah untuk perladangan di Riau.

Jurucakap Polis Nasional, Ronny F. Sompie, berkata syarikat itu didakwa melakukan amalan pembakaran secara tidak bertanggungjawab di kawasan konsesinya di Riau.

 “Syarikat itu bertanggungjawab atas pembakaran itu dan diisytiharkan sebagai suspek, tetapi kami belum mengenal pasti pekerja syarikat yang bertnggungjawab melakukan pembakaran itu,” beliau dipetik sebagai berkata oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, hari ini.   BERITA HARIAN ONLINE

Lebih 41,000 calon dapat tawaran ke IPTA sesi 2013/2014

PUTRAJAYA: Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Morshidi Sirat berkata mereka dipilih daripada 68,702 permohonan.

“Seramai 24,489 atau 58.9 peratus adalah daripada aliran sains dan 17,084 (41.1) peratus lagi aliran sastera.

“Daripada jumlah ini seramai 28,280 calon wanita berjaya mendapat tempat di IPTA dan selebihnya lelaki,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Kapal dagang disamun di perairan Pahang

KUANTAN – Sebuah kapal dagang yang berdaftar di Pelabuhan Klang disamun lapan lelaki bersenjata pistol dan pisau di Perairan Pahang, dekat Pulau Tioman.

Dalam kejadian 3.45 pagi semalam, sekumpulan lelaki terbabit menaiki bot sebelum menceroboh kapal MT 5G ASPHALT 1.

Menurut Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuantan Kapt Ab Aziz Idrus berdasarkan laporan awal, kumpulan penjenayah itu melarikan wang tunai kira-kira RM190,000 (US$55,000).

“Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Nasi Kandar Popular Diperingkat Antarabangsa

Nasi kandar

Nasi kandar

GEORGETOWN: Makanan istimewa di Pulau Pinang, nasi kandar, dipopularkan di peringkat antarabangsa apabila sebuah syarikat kapal pelancongan antarabangsa Genting Hong Kong Ltd akan menganjurkan pertandingan ‘The Star Cruises Nasi Kandar Cooking Competition 2013’.

Pembantu Timbalan Presiden Pengoperasian Star Cruises Eric Sia berkata syarikat itu menganjurkan pertandingan masakan nasi kandar atas kapal Super Star Libra yang berlabuh di Pulau Pinang pada 21 hingga 23 Ogos ini.

Beliau berkata cabaran memasak nasi kandar itu dikhususkan kepada kari kepala ikan sebagai simbol kegemaran masyarakat India-Muslim di Pulau Pinang dan pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu professional dan amatur.

“Markah pertandingan akan dinilai berdasarkan keaslian, teknik, rasa, persembahan, keselamatan dan kebersihan,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.   mStar Online

Analog kurang beri impak bantu polis

Kuala Lumpur: Kajian agensi penyelidik IMS Research mendapati 87 peratus kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasarkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia adalah jenis analog dan bukan jenis berangkaian atau IP yang menghasilkan rakaman jauh lebih berkualiti.

Pengurus Jualan Serantau ASEAN Axis Communications (Axis) Nafis Jasmani berkata, biarpun menyedari kamera IP lebih baik, pemilik premis perniagaan atau persendirian terlalu mementingkan kos dan tidak mahu berbelanja lebih. “Hasil rakaman kamera murah jenis analog kurang memberi impak untuk membantu siasatan polis apabila berlaku kejadian jenayah. Keadaan inilah yang menjadi antara punca utama kes jenayah sukar diselesaikan,” katanya.  myMetro Online

133 tabung derma dirampas

Sebahagian daripada tabung derma yang dirampas di Kuala Lumpur semalam.

Sebahagian daripada tabung derma yang dirampas di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak membenarkan individu atau organisasi mengutip derma tanpa kebenaran atas kebimbangan ia boleh dieksploitasi oleh pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, larangan itu berkuat kuasa di semua kawasan pentadbirannya iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menurut beliau, pihaknya menyekat aktiviti itu ekoran aduan orang ramai yang kurang senang dengan kehadiran kumpulan tertentu yang mengutip derma kononnya untuk membina masjid atau membantu orang miskin.

“Pihak Jawi tidak pernah mengeluarkan surat kebenaran untuk mana-mana pihak atau individu mengutip derma sejak tahun 2009. Bagaimanapun, kegiatan mengutip derma masih berlaku dan wajar disekat.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Segmen Anak Muda Potensial Bagi Industri Kuliner

Sajian kuliner Turki di Cafe Bogor, Hotel Borobudur

Sajian kuliner Turki di Cafe Bogor, Hotel Borobudur

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA —  Kebiasaan untuk berwisata kuliner terutama di kalangan anak muda dinilai sudah semakin membudaya di kalangan masyarakat. Karena itu pasar di segmen muda sangatlah potensial untuk digarap oleh pelaku industri makanan.

Apalagi generasi muda yang suka mencoba hal-hal baru terutama dari sisi kuliner juga semakin besar jumlahnya.

“Menurut statistik terbaru jumlah generasi muda di Indonesia saat ini sudah mencapai 40 persen dari total populasi penduduk. Ini segmen yang sangat potensial untuk digarap oleh industri kuliner kita,” kata Ketua Perhimpunan Hotel dan Restoran Indonesia (PHRI) Yanti Sukamdani di Jakarta, Jumat (13/7).   REPUBLIKA ONLINE

Transfer Uang Ke Luar Negeri Wajib Masuk PPATK

TEMPO.COJakarta — Wakil Kepala Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan Agus Santoso mengatakan semua laporan transaksi keuangan dari dan ke luar negeri wajib masuk ke PPATK. Aturan International Fund Transfer Instruction ini mulai berlaku Januari 2014. “Transaksi satu rupiah-pun perintah transfernya harus masuk PPATK,” katanya saat ditemui di Hotel Crowne Plaza, Jakarta Selatan, Jumat, 12 Juli 2013.

Tujuan aturan baru ini untuk mencegah tindak pidana pencucian uang. Aturan ini juga menguatkan pengawasan PPATK terhadap transaksi yang dianggap mencurigakan. “Kami bakal mengetahui asal uang dan akan dikirim ke mana.” Sebagai proyek percontohan, PPATK menjalin kerjasama dengan enam bank dan fund transfer manager.   TEMPO ONLINE

Jual Ginjal demi Ijazah Anak

Warga Kamal, Jakarta Barat, Sugiyanto (kiri), bersama anaknya, Sarah,

Warga Kamal, Jakarta Barat, Sugiyanto (kiri), bersama anaknya, Sarah,

JAKARTA – Pepatah kasih ayah sepanjang masa agaknya berlaku bagi Sugianto (45). Lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit keliling ini nekat menjual satu ginjalnya demi menebus biaya ijazah sang anak yang ditahan pihak pesantren. Aksi menjual ginjalnya ini dilakukan Sugiarto sekitar pukul 10.00 WIB di Bundaran Hotel Indonesia, Jakarta, Rabu (26/6), ditemani putrinya, Sarah Melanda Ayu (19).

Ayah lima anak ini menuturkan, ia nekat menjual ginjal lantaran lelah mencari jalan keluar guna menebus ijazah anaknya yang ditahan Pondok Pesantren Al-Ashriyyah Nurul Iman di Desa Waru, Parung Bogor, Jawa Barat sebesar Rp 70 juta. Sugiarto menyayangkan pihak sekolah yang menahan ijazah anaknya dari SMP hingga SMA.

“Saya disuruh bayar Rp 70 juta yang di antaranya penebusan ijazah SMP Rp 7 juta dan SMA Rp 10 juta serta biaya per hari kehidupan anak saya di pesantren sebesar Rp 20.000 selama tujuh tahun,” ungkap Sugiarto saat dihubungi SH, Selasa (25/6) malam.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

800 Ton Daging Sapi dari Australia Segera Tiba

Menteri Perdagangan Gita Wirjawan melakukan Sidakke Pasar Kosambi Kota Bandung, Kamis

Menteri Perdagangan Gita Wirjawan melakukan Sidakke Pasar Kosambi Kota Bandung, Kamis

JAKARTA, KOMPAS.com — Daging sapi impor dari Australia yang didatangkan menggunakan pesawat terbang akan segera tiba di Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng, Banten, dalam 2-3 hari mendatang.

Menteri Perdagangan Gita Wirjawan mengatakan, datangnya daging sapi impor itu diharapkan bisa menekan harga daging sapi yang saat ini di atas Rp 90.000 per kg.

“Untuk izin impor daging sapi dari Bulog sebesar 3.000 ton, rencananya 800 ton akan datang melalui Bandara Soekarno-Hatta, akan tiba 2-3 hari lagi,” kata Gita, Jumat (12/7/2013).   KOMPAS ONLINE

Pemimpin akar umbi jadi ‘guru niaga’

Encik Yasim (tengah) bersama beberapa anggota belia T-Net

Encik Yasim (tengah) bersama beberapa anggota belia T-Net

SEMAKIN ramai belia lebih sedar dan berminat dalam dunia keusahawanan, namun sebahagian besar mereka tidak tahu cara mendapatkan maklumat atau panduan tepat mengenainya.

Oleh itu, naib pengerusi jawatankuasa pengurusan Kelab Rangkaian Remaja (T-Net Club), Encik Mohamed Yasim Mohamed Abidin, menganggap latihan pengetahuan asas niaga yang diterimanya baru-baru ini sangat berguna.

Ini khususnya apabila beliau berinteraksi dengan belia anggota kelab itu semasa kegiatan-kegiatan kelab.

Encik Yasim adalah antara pemimpin akar umbi yang menyertai ceramah dan program latihan asas perniagaan anjuran bersama Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra) dan Institut Kepimpinan Masyarakat Nasional (Nacli) baru-baru ini.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

5,300 masih menganggur

TUTONG, 11 Julai – Isu pengangguran merupakan isu serius dan perlu penglibatan dari semua pihak untuk mengatasinya demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan penduduk negara ini.

Statistik Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) pada 2011 menunjukkan terdapat sebanyak 5,300 jumlah pengangguran.

Dari angka ini, kira-kira 2,740 darinya berdaftar di Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK), dedah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi Haji Muhammad Ali hari ini pada Majlis Taklimat Pekerjaan dan Keusahawanan Program ‘Kerjayaku Masa Depanku’ sempena Hari Keluarga Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2013.   MEDIA PERMATA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 13, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: