KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 14 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

4 warga Malaysia antara terperangkap

Kuala Lumpur: Empat rakyat Malaysia termasuk seorang wanita antara 2, 600 banduan yang ditahan di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Sumatera, yang terbakar selepas ratusan banduan merusuh sebelum melarikan diri, kelmarin.

Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata pihaknya belum menerima maklumat lanjut berhubung status empat tahanan warga Malaysia itu, sama ada turut melarikan diri bersama 150 banduan lain selepas rusuhan.

“Sehingga kini, kita belum dimaklumkan sama ada empat banduan berkenaan turut melarikan diri atau sebaliknya” Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, Duta Malaysia di Indonesia.   Katanya, keadaan di penjara di Medan masih kelam kabut yang menyebabkan maklumat terperinci mengenai status banduan rakyat Malaysia belum diperoleh.

“Ada empat banduan warga Malaysia di penjara itu termasuk seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah”.   BERITA HARIAN ONLINE

CAP: Siar nama pemilik premis kotor dalam media

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan pihak berkuasa supaya menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik.

Langkah ini dilihat sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil dan mengulangi kesalahan sama.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, setiap tahun, beribu kesalahan telah direkodkan berhubung perkara ini.

“Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi.   “Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar,” katanya dalam satu kenyataan.  SINAR HARIAN ONLINE

Imigresen perketat kawalan pintu masuk

KUALA LUMPUR 13 Julai – Jabatan Imigresen memperketat dan mempertingkatkan kawalan di semua pintu masuk negara susulan kejadian lebih 200 banduan meloloskan diri daripada Penjara Tanjung Gusta di Medan, Indonesia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia dan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan tiada banduan berkenaan memasuki dan seterusnya menjadikan Malaysia tempat persembunyian mereka.

“Kita akan memperketat kawalan di semua pintu masuk negara kerana mungkin ada banduan ini yang akan membuat dokumen palsu dan seterusnya memasuki Malaysia sebagai pelancong.

“Kita harap pihak berkuasa Indonesia dapat memberi butiran peribadi banduan berkenaan supaya kita dapat menahan mereka sekiranya ada yang cuba memasuki negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.   UTUSAN ONLINE

Bendung jenayah rentas sempadan

Sebagai penguat kuasa terulung di negara ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berdepan dengan perubahan trend jenayah termasuk kegiatan jenayah yang merentasi sempadan.

Era globalisasi menuntut tahap kecekapan lebih tinggi daripada PDRM bagi membanteras pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia, dadah, senjata api serta penipuan Internet yang terus memerangkap dan memperdayakan mangsa.

Berdasarkan laporan, aktiviti jenayah rentas sempadan tidak begitu membimbangkan, namun memerhati trend jenayah seperti aktiviti pemerdagangan orang, kemasukan secara haram pelbagai bentuk senjata api oleh sindiket tertentu serta penyeludupan keluar kenderaan yang dicuri di negara ini, PDRM tidak mampu bertindak sendirian tetapi perlu kerjasama dan perhubungan dengan negara yang bersempadanan dengan Malaysia.  myMetro Online

MCPF gesa kerajaan kaji semula undang-undang dadah

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang dadah ketika ini untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah ini perlu kerana kerajaan telah berikrar menjadikan Malaysia negara bebas masalah dadah menjelang 2015.

“Masanya telah tiba untuk kerajaan mengkaji semula pelbagai undang-undang berkaitan isu dadah dan mengambil langkah sewajarnya untuk mempertingkat usaha memerangi musuh nombor satu negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Banduan merusuh, penjara dibakar

Para pegawai polis dan askar kelihatan sedang menjalankan operasi mengawal keadaan

Para pegawai polis dan askar kelihatan sedang menjalankan operasi mengawal keadaan

MEDAN: Lebih 1,000 pegawai polis dan askar Indonesia semalam meneruskan usaha memburu sekitar 100 banduan yang meloloskan diri apabila sebuah penjara dibakar dalam satu rusuhan di sini kelmarin.

Antara banduan yang kini diburu ialah enam anggota pengganas.

Dalam rusuhan kelmarin, banduan di penjara Tanjung Gusta memulakan kebakaran, selain melempar botol ke arah para pengawal kerana marah apabila bekalan elektrik dan air di prasarana itu terputus.

“Kekacauan tercetus kerana bekalan air dan elektrik terputus sejak 5 pagi dan menjelang 5.30 petang, banduan-banduan mengadakan bantahan dan memecahkan pintu utama,” kata jurucakap polis Indonesia, Encik Boy Rafli Amar.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Thailand-Indonesia sepakat tingkatkan kerja sama

Menlu Marty Natalegawa

Menlu Marty Natalegawa

Bangkok (ANTARA News) – Menteri Luar Negeri Thailand Surapong Tovichakchaikul pada Jumat mengatakan negaranya siap bekerja sama dengan Indonesia untuk mendorong kerja sama dalam beberapa bidang.

Surapong mengadakan jumpa pers setelah pembicaraan dwipihak dengan Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa di ibu kota Thailand.

Menteri mengatakan, Thailand meminta Indonesia untuk membeli satu juta ton beras setiap tahun di bawah nota kesepahaman (MoU), yang ditandatangani oleh kedua negara pada tahun 2011. Pembicaraan lebih lanjut akan diadakan mengenai jenis, jumlah dan harga beras.   ANTARA NEWS ONLINE

Indonesia Belajar dari Tragedi Mesir…

Sekretaris Kabinet Dipo Alam

Sekretaris Kabinet Dipo Alam

JAKARTA, KOMPAS.com – Sekretaris Kabinet Dipo Alam mengingatkan seluruh komponen bangsa untuk terus mengedepankan konsensus dasar dalam berdemokrasi. Rakyat, kata Dipo, harus belajar dari rampasan kuasa Presiden Mesir Muhammad Mursi oleh tentera.

Menurut Dipo, seorang pemimpin semestinya tidak mentang-mentang. Walau terpilih secara demokratik dengan perolehan suara 52,49 persen, kata Dipo, kenyataannya Mursi lebih mementingkan partinya, bukan menjalankan agenda reformasi seperti yang dijanjikan ketika kempen.

“Intinya kita harus merangkul semua kekuatan, golongan. Jangan mentang-mentang terpilih sebagai presiden, dia mementingkan partinya saja,” kata Dipo di Jakarta, Jumat (12/7/2013), seperti dikutip Laman Sekretariat Kabinet.  KOMPAS ONLINE

Dahlan Ingin Gerakkan BUMN Tanam Cabai, Perlu Data Kitaran Harga

Pedagang cabai di Pasar Senen, Jakarta

Pedagang cabai di Pasar Senen, Jakarta

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Menteri BUMN Dahlan Iskan menggagas untuk menggerakkan syarikat BUMN agar menanam cili. Tujuanya untuk mengatasi harga komoditi tersebut yang saat ini terus mengalami kenaikan.

“Saya mau ada maklumat ke saya bulan apa biasanya cili mahal, dan bagaimana siklusnya tiap tahun. Saya ingin menggerakkan BUMN menanam cili,” kata Dahlan kepada wartawan di Jakarta, Sabtu (13/7), di sela-sela perjalanannya
melawat kilang Bateri Lithium yang terletak di Cileungsi, Bogor, Jawa Barat.

Dia mengatakan memerlukan data kapan biasanya harga cili mahal. Dengan data itu, ujarnya, BUMN boleh menggunakan untuk kitaran menanam cili. Nantinya diharapkan cili hasil pengeluaran syarikat BUMN boleh dituai apabila harga cili di pasaran sedang mahal, untuk menurunkan harga.   REPUBLIKA ONLINE

Hampir 4.000 Calon Haji Jatim Batal Berangkat

Pelepasan jemaah haji di Pamekasan, Madura, Jatim

Pelepasan jemaah haji di Pamekasan, Madura, Jatim

TEMPO.CO, Surabaya – Kantor Wilayah Kementerian Agama Jawa Timur menunda berlepas ribuan calon jemaah haji yang sebelumnya telah mendapatkan kerusi untuk pergi ke Tanah Suci tahun ini. Kepala Bahagian Perhubungan Awam Kanwil Kemenag Jawa Timur, Fatchul Arief, mengatakan, pihaknya akan mengumpulkan wakil-wakil 38 kabupaten / kota untuk mengumumkan keputusan penangguhan pemberangkatan ini.

“Semua wakil daerah / kota akan kami undang, Senin besok lusa, agar maklumat kelewatan pemberangkatan ini jelas,” kata Fatchul, Sabtu, 13 Julai 2013.

Menurut beliau, calon jemaah haji yang ditunda keberangkatannya berjumlah 3.889 dari total 31.251. Dengan demikian, untuk tahun ini, yang diberangkatkan hanya 27.362 jemaah haji.    TEMPO ONLINE

RI Perlu Empat Juta Pengusaha Baru

SLB AGRO-Siswa SLB Agro Industri di Cisarua, Kabupaten Bandung Barat,

SLB AGRO-Siswa SLB Agro Industri di Cisarua, Kabupaten Bandung Barat,

BOGOR-Kementerian Koordinator Perekonomian menilai, Indonesia masih memerlukan empat juta usahawan baru dan ini diperluakan agar Indonesia setara dengan negara-negara maju dunia. Jumlah wirausaha Indonesia masih kurang dari dua peratus (total jumlah penduduk), dan keadaan itu tentu sangat ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju yang lain,

Meteri keusahawanan ini disampaikan dalam acara Pesantren Kilat Ramadhan yang digagas Syarikat Pekerja Antara (SPA) bersama beberapa rakan kongsi di Kampus SEAMEO biotrop, Bogor, Sabtu (13/7).

“Merujuk pada data-data tersebut, kewirausahawan nyata perlu ditingkatkan lagi, sehingga diharapkan untuk menumbuhkan usahawan baru demi kemaslahatan negara,” kata Ketua Panitia Pesantren Kilat Ramadan, Rahmad Nasution saat membuka acara.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 14, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: