KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 15 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Polis buru 131 banduan Medan

Medan: Polis Indonesia semalam meneruskan operasi memburu 131 tahanan termasuk empat militan yang lari dari sebuah penjara di Medan, Sumatera.

Lebih 200 tahanan awalnya lari selepas rusuhan meletus disusuli kebakaran yang menyebabkan lima maut.

Banduan mula merusuh di dalam penjara di Sumatera, Khamis lalu, termasuk membaling botol ke arah pengawal kerana marah bekalan elektrik dan air terputus di penjara itu.

Api menjulang tinggi di penjara Tanjung Gusta, mengorbankan tiga tahanan dan dua kakitangan penjara yang terperangkap dalam pejabat.   BERITA HARIAN ONLINE

Kemajuan teknologi punca keruntuhan moral

Tan Sri Lee Lam Thye

Tan Sri Lee Lam Thye

KUCHING – Kepimpinan melalui teladan, khususnya dalam sektor awam, adalah penting untuk kejayaan kempen amalan budi bahasa dan nilai murni di kalangan rakyat Malaysia yang sedang dilaksanakan kerajaan, kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Menggesa semakan menyeluruh terhadap kempen peringkat kebangsaan selama lima tahun itu untuk memastikan sejauh mana telah mencapai objektifnya, beliau berkata masih banyak perlu dilakukan untuk memupuk nilai-nilai itu di kalangan rakyat Malaysia yang kini berdepan dengan isu keruntuhan moral dalam kehidupan seharian mereka disebalik kemajuan teknologi.

“Melihat kepada tingkah laku dan sikap sebahagian besar rakyat Malaysia, saya sangsi dengan keberkesanan  kempen yang sedang berlangsung untuk menggalakkan amalan budi bahasa di kalangan rakyat dan menjadikannya sebagai cara hidup.   SINAR HARIAN ONLINE

MILF, Filipina capai persetujuan

Ketua perunding bagi kerajaan Filipina, Miriam Coronel-Ferrer bersama fasilitator Tengku Datuk Ab Ghafar Tengku Mohammed (tengah) dan Pengerusi panel damai MILF, Mohagher Iqbal

Ketua perunding bagi kerajaan Filipina, Miriam Coronel-Ferrer bersama fasilitator Tengku Datuk Ab Ghafar Tengku Mohammed (tengah) dan Pengerusi panel damai MILF, Mohagher Iqbal

MANILA 14 Julai – Kerajaan Filipina, hari ini mencapai persetujuan berhubung isu utama iaitu perkongsian kekayaan dalam perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ketua perunding kerajaan, Miriam Coronel-Ferrer berkata, kerajaan optimis perjanjian damai dengan MILF akan dapat dicapai dalam beberapa minggu selepas kata sepakat dicapai, hari ini setelah berbincang selama enam hari yang ‘memenatkan’.

”Persetujuan ini menunjukkan kedua-dua belah pihak benar-benar komited untuk menyudahkan rundingan damai.

”Tiada siapa yang mahu ini (perjanjian) tidak membuahkan hasil,” kata Ferrer selepas formula perkongsian kekayaan itu ditandatangani.  

Di bawah perjanjian itu,  kata Ferrer,  kerajaan bersetuju membenarkan puak pemisah memiliki 75 peratus bahagian pendapatan daripada sumber asli dan mineral di wilayah autonomi yang dicadangkan bagi minoriti umat Islam di wilayah selatan Mindanau.   UTUSAN ONLINE

Upah RM300 seludup benih kerang

Bukit Kayu Hitam: Tindakan enam lelaki mengambil upah antara RM300 hingga RM400 tidak berbaloi apabila ditahan dalam cubaan menyeludup 96 guni benih kerang bernilai RM37,440 ke negara jiran dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam, sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah yang membuat intipan mendapati keenam-enam lelaki yang menaiki kereta berasingan dikatakan cuba memasuki sempadan Malaysia-Thailand melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini.

Bagaimanapun, semua suspek yang menaiki sebuah Proton Wira, dua kereta Proton Saga dan tiga Proton Iswara berpatah balik ke stor penyimpanan di kawasan perindustrian berkenaan apabila melihat kenderaan pihak berkuasa.  myMetro Online

20 anak yatim jadi rebutan

KUALA LUMPUR – Seramai 20 anak yatim yang didakwa diusir dari sebuah pusat jagaan anak yatim sejak Januari lalu kini menjadi rebutan dua buah pusat jagaan anak yatim di Sri Kundang, Rawang, Selangor.

Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas (Nur Ikhlas) mahu 20 anak yatim itu dipulangkan semula kepada mereka manakala Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin Sri Kundang (AYSK) bertegas mahu terus menjaga anak yatim terbabit.

Pengasas AYSK, Nor Azmi Jusoh berkata, beliau tidak akan melepaskan semula anak yatim tersebut kepada Nur Ikhlas kerana khuatir dengan nasib mereka di kemudian hari.   KOSMO ONLINE

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Reka bentuk Wisma Geylang Serai

r1REKA bentuk pusat Wisma Geylang Serai (WGS), yang muncul unggul berbanding saranan-saranan lain, akan menggabungkan ciri kontemporari serta unsur-unsur tradisional Melayu.

Dari sudut seni bina, reka bentuknya juga melengkapi bangunan Pasar Geylang Serai yang berdekatan.

Demikian antara sebab saranan reka bentuk yang dikemukakan firma seni bina Design-Environment Group Architects muncul sebagai pemenang dalam peraduan reka bentuk WGS.

Berucap di majlis pengumuman pemenang peraduan reka bentuk dan pameran WGS semalam, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim berkata:  “Di sebalik bangunan baru dan kemudahan moden ini, apa yang penting ialah kita pastikan semangat Geylang Serai terus berdenyut iaitu semangat gotong-royong kita, membantu satu sama lain yang memerlukan dan semangat progresif serta cekal mencari jalan memperbaiki kehidupan kita dan anak-anak kita.”    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Bawang merah Malaysia kuasai pasar di Nunukan

Bawang merah

Bawang merah

Nunukan (ANTARA News) – Bawang merah asal Malaysia saat ini menguasai pasaran di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, akibat tidak adanya pasokan dari Sulawesi Selatan.

“Walaupun cita rasa bawang merah dari Tawau (Malaysia) tidak sebaik bawang merah sari Sulawesi (Selatan), tetap dibeli warga karena tidak ada yang lain,” kata Karman, pedagang sembako di Pasar Inhutani Kabupaten Nunukan, Minggu.

Sejak tidak ada persediaan bawang merah dari Sulawesi Selatan selama Ramadhan 1434 Hijriah di wilayah itu, kata dia, seluruh pedagang dengan berat hati memasarkan bawang merah asal Malaysia yang sebelumnya tidak dilirik.   ANTARA NEWS

ONLINE

117 Napi Lapas Tanjung Gusta Belum Tertangkap

Narapidana berada di balik jeruji tahanan dengan bangunan yang terbakar di Lembaga Pemasyarakatan (Lapas) Klas I Tanjung Gusta, Medan,

Narapidana berada di balik jeruji tahanan dengan bangunan yang terbakar

MEDAN, KOMPAS.com-Hingga Minggu (14/7/2013) malam, kepolisian belum boleh menangkap 117 banduan dan tahanan yang kabur dari Lapas Tanjung Gusta. Sedangkan yang sudah ditangkap atau menyerahkan diri, mencapai 95 orang.

“Jumlah yang tertangkap 77 orang dan menyerahkan diri 18 orang,” kata Kabid Pembinaan Lapas Tanjung Gusta, Bagus Kurniawan, ketika dihubungi melalui telefon bimbit, Minggu malam. Dia mengatakan pengklasifikasian jenayah dari masing-masing banduan dan tahanan yang kabur belum rampung digarap.   KOMPAS ONLINE

77 Bus Sekolah Diuruskan

BUS SEKOLAH - Sejumlah bus sekolah yang baru dibeli Pemerintah Provinsi DKI Jakarta

BUS SEKOLAH – Sejumlah bus sekolah yang baru dibeli Pemerintah Provinsi DKI Jakarta

JAKARTA – Setelah sempat tidak beroperasi, 23 bas sekolah milik Pemerintah Provinsi (Pemprov) DKI Jakarta mulai tahun ajaran baru ini segera difungsikan.

Bas sekolah jenis sedang saiz mikrobus itu dipastikan siap melayani ulang-alik para pelajar di Jakarta. Nantinya 23 bas sekolah yang baru dibeli itu akan melayani empat daripada lima laluan zon yang telah diprogramkan untuk dilintasi.

Tahun 2013 ini, sebenarnya ada lima laluan zon yang akan dilayani 30 bus baru. “Tapi, kerana ada halangan, saat itu hanya tujuh yang boleh dikendalikan dan 23 terpaksa berada di pangkalan,” kata Ketua Unit Pengelola Angkutan Sekolah, Dinas Perhubungan DKI Jakarta, Nurhayati Sinaga kepada SH, Kamis (11/7).

“Memasuki tahun ajaran baru ini, 23 bus sekolah tersebut sudah dapat dikendalikan dan akan mengisi empat laluan zon yang telah ditentukan,” tuturnya.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Generasi Muda Jangan Takut Berwirausaha

Pelatihan kewirausahaan di Unida, Bogor.

Pelatihan kewirausahaan di Unida, Bogor.

REPUBLIKA.CO.ID, BOGOR – Generasi muda diharapkan tidak takut dan bimbang terjun dalam bidang wirausaha. Hal ini diungkapkan Pengarah Recognition and Mentoring Program (RAMP) IPB Dr Aji Hermawan, Ahad (15/7)

“Terjuni bidang yang anda minati, kemudian yakin boleh menjalankan usaha itu,” katanya pada Pesantren Kilat (sanlat) Ramadhan 1434-H bertema keusahawanan yang digagas kerjasama antara media massa, Syarikat Pekerja Antara (SPA), Yayasan At-tawassuth Bogor, yang disokong sejumlah rakan, Ahad (15/7).

Pada sesi yang dimoderatori Dr drh RP Agus lelana, kakitangan pengajajar Fakulti Perubatan Veterinar IPB – Aji Hermawan mengatakan bahawa menjadi wirausaha tidak harus semata-mata bergantung pada adanya modal yang besar, kerana ada banyak faktor yang menentukan kejayaan seseorang yang terjun pada dunia usaha.

“Oleh itu, sekali lagi, jangan bimbang untuk menekuni wirausaha,” katanya.   REPUBLIKA ONLINE

Pertamina Kembangkan Pembangkit Listrik Mini Hydro

Turbin Pembangkit Listrik Tenaga Mikrohidro

Turbin Pembangkit Listrik Tenaga Mikrohidro

TEMPO.CO, Jakarta-PT PT Pertamina (persero) menjalin kerja sama pembangunan Pembangkit Listrik Mini Hydro (PLTM) dengan PT Tirta Gemah Ripah di beberapa lokasi berpotensi di Jawa Barat. Pengarah Gas Berhad, Hari Karyuliarto mengatakan kerja sama ini sebagai implementasi pelaksanaan kepelbagaian perniagaan untuk tenaga baru dan boleh diperbaharui.

“Pelaksanaan kepelbagaian ini meliputi, tenaga panas bumi, pembangunan CBM, shale gas, sampah bandar, tenaga matahari, hydro, dan angin,” kata Hari dalam siaran pers yang diterima Tempo, Ahad, 14 Julai 2013.

Hari mengatakan, pembangunan PLTM akan selaras dengan rancangan kerajaan yang mensasarkan bahagian tenaga baru dan boleh diperbaharui sebanyak 25.9 peratus pada tahun 2025. Bersama Tirta Gemah Ripah, Pertamina akan melakukan langkah-langkah untuk mengembangkan hydro to power, meliputi kajian dengan melakukan pemetaan dan kelayakan lokasi yang berpotensi dalam penggunaan aliran air sungai di Jawa Barat.   TEMPO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 15, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: