KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 25 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Padah lawan fatwa

Kuala Lumpur: Wanita Islam yang mempersoalkan fatwa mengharamkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik selepas digugurkan daripada penyertaan merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 baru-baru ini, dijangka menghadapi tindakan kerana menghina Islam.

Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.   BERITA HARIAN ONLINE

KDN isytihar Syiah menyalahi undang-undang 

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai salah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 yang berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha KDN, Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keingkaran mereka yang masih bergiat aktif, walaupun pertubuhan itu tidak didaftarkan secara sah.

“Mereka pernah memohon mendaftarkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan dengan jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 jun 2011.

“Namun, permohonan mereka telah di tolak oleh Jabatan pada 4 Ogos 2011 dan Menteri Dalam Negeri pada 31 Oktober 2011,” katanya dipetik dalam kenyataan media, hari ini.   SINAR HARIAN ONLINE

Hentikan Khabar Angin Gelombang Kedua Pengganas – Ketua Polis Negara

Khalid menjawab pertanyaan pemberita

Khalid menjawab pertanyaan pemberita

KOTA BARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran khabar angin kononnya akan berlaku gelombong kedua kemasukan pengganas Kiram ke Sabah.

Beliau berkata khabar angin yang tidak berasas itu, tidak seharusnya disebarkan ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

“Apabila berita-berita sebegini disebarkan, ia menggusarkan masyarakat terutama di Sabah. Musim raya (Aidilfitri) dah nak sampai, jadi kenapa nak buat orang susah, menakutkan orang ramai, perkara tu tak benar sebenarnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Rabu.  mStar Online

Kebakaran besar di Manila, 1,200 hilang tempat tinggal

MANILA 25 Julai – Lebih 1,200 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas kawasan setinggan yang didiami musnah dalam kebakaran di sini, semalam.

Pegawai bomba, Douglas Guiyab berkata, sekurang-kurangnya 250 buah rumah musnah dan sebuah sekolah rendah rosak teruk dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Pasay City.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan. – DPA   UTUSAN ONLINE

Projek ‘tutup’ masjid

Kuala Lumpur: Tindakan Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) mengeluarkan notis cadangan pembangunan komersial bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan dianggap mencemar kesucian institut keagamaan di Malaysia.

Penduduk Hartamas Heights menganggap tindakan membina kawasan komersial di lot 58688 dan 58689 itu tidak relevan memandangkan kedudukannya yang terlalu hampir dengan masjid.

Wakil penduduk, Azim Abdul Aziz berkata, berdasarkan notis cadangan pembangunan di Jalan Changkat Kiara Hartamas itu, pembangunan mega berkenaan membabitkan pembinaan beberapa menara yang mencecah ketinggian 49 tingkat sehingga mampu ‘menutup’ pandangan masjid dari seluruh arah barat, barat laut dan barat daya.

“Jika kita lihat di negara luar, kawasan sekitar bangunan rumah ibadat seperti ini tidak dibangunkan dan hanya membiarkannya sendiri bagi menunjukkan kesucian tempat itu.  myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Cuaca buruk hambat usaha mencari mangsa

Anggota polis separa tentera membantu mangsa mengalihkan barangan daripada rumah mereka

Anggota polis separa tentera membantu mangsa mengalihkan barangan daripada rumah mereka

DINGXI (China): Anggota pasukan penyelamat terpaksa berdepan dengan keadaan berdebu semalam dalam usaha mencari dan menyelamat lebih ramai mangsa dalam runtuhan bangunan akibat dua gempa di China yang mengorbankan sekurang- kurangnya 94 orang.

Penyiar rasmi China, CCTV, menunjukkan rakaman anggota tentera mengorek tanah dan pasir untuk sampai ke rumah-rumah yang tertimbus akibat tanah runtuh di wilayah barat laut Gansu itu.

Pesakit yang cedera teruk dan diselubungi selimut dibawa ke ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou, dengan menggunakan helikopter. Bandar Lanzhou merupakan tempat terdekat dengan kawasan gempa yang mempunyai hospital besar.     CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Lebih 1,500 bergelar siswa

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Lebih 1,500 pelajar melangkah ke alam baru mereka hari ini di empat buah institusi pengajian tinggi yang bermula dengan minggu orientasi, bertujuan mendedahkan mereka dengan perkara-perkara penting berhubung kehidupan kampus sama ada ia berkaitan akademik serta membiasakan mereka dalam persekitaran pembelajaran yang baru.

Institut Teknologi Brunei (ITB) menerima kemasukan pelajar baru paling ramai iaitu seramai 773 orang, diikuti oleh Politeknik Brunei (370 orang), Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (283 orang) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (120 orang).

Pemangku Rektor UNISSA, Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah Pengiran Anak Haji Ismail dalam amanat sulung kepada pelajar-pelajar baru UNISSA menekankan: “Kita tidak mahu ruang lingkup mahasiswa kita hanya terhad kepada apa yang diistilahkan sebagai 3K (kuliah, kolej kediaman & katil) kerana kepedulian kepada masyarakat merupakan tanggungjawab sosial yang mesti diambil berat oleh warga universiti.   MEDIA PERMATA ONLINE

Mahasiswa Malaysia ikuti KKN UII Yogyakarta

Rektor UGM, Soedjarwadi menyematkan pin kepada salah satu mahasiswa KKN.

Rektor UGM, Soedjarwadi menyematkan pin kepada salah satu mahasiswa KKN.

Yogyakarta (ANTARA News) – Sebanyak 23 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengikuti program kuliah kerja nyata (KKN) Universitas Islam Indonesia (UII) Yogyakarta di beberapa kabupaten di Daerah Istimewa Yogyakarta, dan Jawa Tengah selama satu bulan.

“Mereka termasuk dalam 2.400 mahasiswa peserta program kuliah kerja nyata (KKN) Universitas Islam Indonesia (UII),” kata Rektor UII Edy Suandi Hamid di Yogyakarta, Selasa.

Menurut dia pada pelepasan 2.400 mahasiswa KKN UII, segudang aktivitas mahasiswa yang dilakukan di kampus dinilai belum cukup untuk menciptakan generasi yang benar-benar siap terjun di masyarakat.

“Sebelum lulus, mahasiswa juga perlu diterjunkan ke masyarakat untuk memberikan pengabdiannya, salah satunya dilakukan melalui program KKN,” katanya.   ANTARA NEWS ONLINE

Ribuan Orang Padati Pasar Kacang dan Pisang

REPUBLIKA.CO.ID, GORONTALO – Ribuan warga dari berbagai wilayah melawat pasar kacang dan pisang di Desa Payunga, Kecamatan Batudaa, Kabupaten Gorontalo, Rabu (25/7).

Pasaran khusus tersebut biasa digelar warga tempatan di setiap pertengahan bulan Ramadhan.

Pengunjung tak hanya datang dari desa setempat, tetapi juga datang dari Kota Gorontalo, Kabupaten Bone Bolango maupun Gorontalo Utara.

“Pasaran kacang dan pisang adanya hanya di Batudaa dan setahun sekali di bulan Ramadhan. Tak heran pasaran ini semakin dikenali dan pengunjungnya semakin banyak,” kata salah seorang peniaga, Kadi Maku.

Pelbagai jenis kacang dan pisang ditawarkan puluhan peniaga sehingga para pembeli dimanjakan dengan pilihan yang pelbagai.   REPUBLIKA ONLINE

Mati lampu karena ribuan burung

Ribuan burung datang ke sebuah bandar di Australia, menyebabkan terputusnya aliran elektrik dan kekacauan.

Datuk Bandar Rick Britton berkata kira-kira 2,000 burung kakaktua galah yang berwarna merah muda dan kakaktua putih singgah ke Boulia, Queensland, disebabkan kemarau,

Ditambah bahawa para burung bertengger di kabel elektrik menyebabkan mati lampu ketika terbang kembali.

Kumpulan burung ini mungkin tidak akan pergi hingga November mendatang saat hujan datang, lanjutnya, sehingga “orang-orang harus boleh hidup bersama mereka”.

Galah adalah jenis kakaktua berdada merah muda yang dijumpai di Australia.

Beberapa kawasan di Quensland tengah mengalami kekeringan akibat curah hujan yang rendah. Boulia adalah wilayah di bahagian barat negara itu.    TEMPO ONLINE/BBC indonesia

Ribuan Hektare Sawah Sultra Puso

94Padi-SH-Chusnun HadiKENDARI – Sawah seluas 6.832 hektar di Kabupaten Konawe dan Konawe Utara, Provinsi Sulawesi Tenggara (Sultra), dinyatakan puso setelah kedua wilayah tersebut bersama sejumlah daerah lain di wilayah itu dilanda banjir. Sementara, banjir di Kota Kendari membuat 41 keluarga kehilangan rumah, 195 rumah rosak berat, 179 rosak sedang, dan 6.422 rusak ringan.

Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kota Kendari Iskandar yang ditemui di posko penanggulangan banjir Kendari, Rabu (24/7) pagi, berkata Pemerintah Kota Kendari bersama aparat TNI Angkatan Darat terus mengumpulkan data-data kerosakan rumah mangsa banjir untuk dilaporkan kepada kerajaan pusat melalui Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) di Jakarta.

Menurut Iskandar, kerajaan pusat menyiapkan penggantian rumah bagi keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat musibah banjir dengan anggaran yang disediakan Rp20-25 juta per satu unit rumah.  SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

21 Pengemis di Masjid Pondok Indah Ditangkap Satpol PP

JAKARTA, KOMPAS.com – Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan bersama-sama dengan Satpol PP Jakarta Selatan menggelar razia gabungan di sekitar tempat ibadah yang rawan kewujudan Penyandang Masalah Kesejahteraan Sosial (PMKS).

“Dalam rangka menciptakan Ramadan yang penuh berkah dan ampunan agar umat Islam menjalankan ibadah dengan khusyuk, bebas dari gangguan PMKS,” ujar Kasudin Sosial Jakarta Selatan, Abdurrahman Anwar, Rabu (24/7/2013).

Pelaksanaan razia dititikberatkan pada titik rawan PMKS dan tempat ibadah. Pada razia malam tadi, yang menjadi fokus operasi adalah Masjid Raya pondok Indah. Pemilihan Masjid Raya Pondok Indah sebagai lokasi razia berdasarkan laporan jamaah bahawa kewujudan pengemis di lingkungan masjid sudah meresahkan.    KOMPAS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 25, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: