KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 31 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Nasi berlauk ayam ‘lipas’

Georgetown: Sebanyak 24 premis makanan di negeri ini diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta-merta kerana gagal mematuhi kebersihan penyediaan makanan pada operasi pemeriksaan dan penutupan premis makanan fasa ketiga, semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata arahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dengan pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika gagal mematuhinya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan 51 kompaun kepada pemilik premis kerana mengabaikan aspek kebersihan.

“Operasi kali ini turut mengesan tempat pemprosesan cincau di sebuah rumah di Seberang Prai Tengah (SPT) dengan aspek kebersihannya tidak memuaskan.   BERITA HARIAN ONLINE

Labuan catat negeri ke lima tertinggi penyakit tibi

LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan merupakan antara negeri ke empat atau kelima yang mempunyai bilangan penghidap penyakit tibi tertinggi di seluruh negara.

Demikian diberitahu oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Zaini Hussin kepada pemberita pada Program Lawatan Ahli Parlimen Labuan, Rozman Datuk Isli bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Labuan di Pejabat Kesihatan Negeri, Jalan Tanjung Teras, dekat sini baru-baru ini.

Katanya, Tibi atau dikenali batuk kering disebabkan jangkitan bakteria Mycobacterium Tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan sebagainya.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Indonesia Negara Pelajar Bahasa Jepun Terbanyak Kedua

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Indonesia merupakan negara dengan jumlah pelajar bahasa Jepun terbanyak kedua di dunia, yakni mencapai 3.984.538 orang, demikian hasil perhitungan cepat The Japan Foundation (JF).

“Pada masa ini, berdasarkan data terbaru tahun 2012 Indonesia merupakan negara dengan jumlah pelajar Bahasa Jepun kedua terbesar di dunia, di bawah China,” kata Ketua Pengarah JF Jakarta, Tadashi Ogawa saat ditemui di Jakarta, Selasa (30/7).

Menurut data yang dipaparkan Ogawa, Indonesia menduduki jumlah pelajar kedua berada di bawah China dengan 1.046.490 orang yang mempelajari Bahasa Jepun. Kemudian Indonesia berada di bawah Korea Selatan, yang sebelumnya menduduki peringkat pertama, dengan 840.147 orang pelajar Bahasa Jepun.   REPUBLIKA ONLINE

Jawa Timur Batal Import Daging

Ilustrasi daging sapi.

Ilustrasi daging sapi.

TEMPO.CO, Surabaya-Pejabat Karantina Surabaya belum menemukan daging lembu import masuk ke Jawa Timur. Heli Afiantoro, Kepala Seksi Pengawasan dan Penindakan Balai Karantina Surabaya, berkata belum ada laporan daging lembu import ke balai kuarantin meski Gubernur Soekarwo membenarkan daging import masuk ke Jawa Timur. “Tidak ada import daging lembu yang dilaporkan ke kuarantin,” kata Heli kepada Tempo, Selasa 30 Julai 2013.

Hali mengatakan daging import wajib mendapatkan izin kuarantin sebelum dipasarkan. Gabenor Soekarwo sebelumnya mengeluarkan diskresi yang memperbolehkan daging import masuk Jawa Timur. Diskresi ini bertujuan untuk mengimbangi harga daging lembu yang terus melonjak.

Namun Kepala Dinas Perindustrian dan Perdagangan Jawa Timur Budi Setyawan menyatakan dasar diskresi telah dibatalkan. Alasannya, harga daging pasaran beransur turun seiring kemasukan daging import di Jabodetabek.   TEMPO ONLINE

Anggap kewujudan objek rahmat Ramadan

Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok

Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok

KOTA BHARU– Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.    SINAR HARIAN ONLINE

TH Belanja RM104 Juta Subsidi Haji Tahun Lalu

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) membelanjakan sebanyak RM104 juta bagi menampung subsidi haji kira-kira 28,000 jemaah pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Karim berkata, kos subsidi yang ditanggung ialah RM5,575 setiap seorang jemaah muasassah bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.

“Kos sebenar haji adalah sekitar RM15,555. Jadi subsidi ini membolehkan jemaah hajimuasassah terus menikmati kemudahan yang disediakan dengan selesa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir pada majlis sumbangan Zakat Projek Ehsan TH peringkat Negeri Selangor di Hotel TH di sini, Selasa.     mStar Online

Kes bunuh guna senjata api fenomena baharu

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan ‘pembunuh upahan’, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan.

Beliau berkata, kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotifkan isu peribadi, dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi.

Malah, beliau juga menyatakan perkara-perkara seperti itu jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana kes tembakan sering kali disabitkan sebagai samun atau rompakan.

“Kepada saya ini merupakan satu fenomena yang baharu, masa saya berkhidmat, perkara macam ini, ada juga tetapi bukan macam kekerapan yang berlaku (sekarang), malah semalam sahaja, dua orang ke tiga orang ditembak,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama TV di sini hari ini.   UTUSAN ONLINE

Korban Banjir Konawe Terancam Kelaparan

Banjir di Konawe, Sultra

Banjir di Konawe, Sultra

KENDARI – Warga Kabupaten Konawe, Provinsi Sulawesi Tenggara (Sultra), yang tersebar di tiga wilayah desa di Kecamatan Pondidaha, saat ini, sangat memerlukan bantuan kerajaan. Mereka terutama mengharapkan bahan pangan dan perahu getah untuk menyeberangkan warga yang akan keluar dan masuk ke desa secara percuma.

Wilayah yang hingga Selasa (30/7), masih terendam sejak banjir terhempas di Kecamatan Pondidaha Selasa (16/7), adalah Desa Laloika, Desa Belatu, dan Desa Monapa.

“Penduduk di tiga kampung itu yang berusaha mencari nafkah menjadi buruh bangunan ke ibu kota Kecamatan Pondidaha, Kota Unaaha atau Kota Kendari, harus mengeluarkan wang paling kurang Rp 150.000. Sebanyak Rp 100.000 untuk membayar sewa perahu yang menyeberangkan warga dari desa dan Rp 50.000 untuk ongkos pengangkutan ke Unaaha atau Kendari, “kata Alimuddin (20), mahasiswa Universiti Haluoleo Kendari asal Desa Laloika, Kecamatan Pondidaha, kepada SH di Kendari, Senin (29 / 7) malam.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Bulan Puasa, Ribuan Liter Miras Dimusnahkan

SUKOHARJO, KOMPAS.com – Ribuan botol miras dan pakej dadah bernilai ratusan juta rupiah dimusnahkan Kepolisian Resor Sukoharjo, Selasa (30/7/2013).

Ribuan miras dari pelbagai jenama dan puluhan pakej dadah tersebut merupakan hasil operasi polis di beberapa wilayah di Kabupaten Sukoharjo saat menjelang Ramadhan.

Selain miras yang dikemas dalam botol, petugas juga memusnahkan ribuan liter minuman keras tradisional, ciu. Pemusnahan 234 botol berisi arak dan 11.921 liter ciu membuat udara di sekitar lokasi pemusnahan beraroma miras. Tak sedikit tamu undangan dan wartawan menutup hidung melawan bau yang menyengat deria bau.

Pemusnahan miras yang dilakukan di lapangan bekas Atrium Solo Baru, Sukoharjo, tersebut menggunakan alat berat. Untuk pemusnahan sabu, petugas memasukkan barang haram tersebut ke sebuah tempat, lalu dicampur dengan air dan solar. Sebahagian juga dibakar.   KOMPAS ONLINE

Rakyat Malaysia didakwa jalankan perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang

JAKARTA – Seorang rakyat Malaysia yang telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan dadah dan sedang ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur, didakwa masih meneruskan perniagaan dadah dari dalam penjara.

Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada tahun 2012 setelah didapati bersalah mengedar 350 kilogram dadah. Semasa ditahan di dalam penjara, dia dikatakan mempunyai lima buah telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan perniagaan dadah itu bersama seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat setengah tahun di penjara itu dan lima suspek lain, media tempatan melaporkan pada Selasa.   KOSMO ONLINE

Gred dan gaji sama bagi pegawai rendah yang diambil bekerja semula

PEGAWAI perkhidmatan awam bergaji rendah akan melihat gred dan gaji mereka dikekal jika mereka diambil kerja semula selepas mencapai usia persaraan 62 tahun.

Perubahan tersebut, yang melibatkan pekerja Divisyen III iaitu rata-rata pekerja kerani atau barisan depan, berkuat kuasa Khamis ini, demikian menurut kenyataan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) semalam.

PSD berkata ia bertujuan memberi pegawai awam bergaji rendah keyakinan apabila mereka diambil bekerja semula.

Sementara itu, lebih ramai pegawai Divisyen I dan II juga akan menikmati gred dan gaji sama setelah diambil bekerja semula. Tetapi, jika gaji mereka diubah, ia tidak akan melebihi 15 peratus.

PSD berkata ini sejajar dengan amalan pasaran sektor swasta apabila Akta Persaraan dan Pengambilan Kerja Semula dikuatkuasa Januari tahun lalu.    CYBEREITA ONLINE SINGAPURA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 31, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: