KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 03 Ogos 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Divisyen Siaran Melayu gabung Suria, Warna, Ria

Cik Zakiah Halim

Cik Zakiah Halim

SYARIKAT penyiaran MediaCorp telah membentuk Divisyen Siaran Melayu, yang menggabung saluran televisyen Suria dan dua stesen radio Melayu, iaitu Warna 94.2FM dan Ria 89.7 FM.

Divisyen itu diketuai Cik Zakiah Halim dalam peranan barunya sebagai naib presiden kanan divisyen tersebut.

MediaCorp dalam satu kenyataannya semalam berkata pembentukan divisyen itu sebahagian daripada perubahan pengurusan dan struktur utama bagi mensejajarkannya dengan perubahan keperluan perniagaan.

Suria adalah sebuah saluran Melayu yang menyiarkan program yang mencerminkan pandangan, budaya dan gaya hidup warga Melayu Singapura.

Stesen radio Warna 94.2FM memainkan lagu-lagu malar segar dan kontemporari popular, manakala Ria 89.7FM pula memainkan lagu-lagu popular Melayu dan Inggeris yang diminati golongan muda dan yang muda di hati.  CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Mahkamah Syar’iah semarakkan Ramadhan

Yang Berhormat Pehin Dr Ustaz Haji Awang Yahya hadir selaku tetamu kehormat

Yang Berhormat Pehin Dr Ustaz Haji Awang Yahya hadir selaku tetamu kehormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Mahkamah Syar’iah tidak ketinggalan menyemarakkan dan memperbesar-besarkan bulan Ramadhan Mubarak dengan majlis khatam Al-Quran di bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-mahkamah Syar’iah, Bandar Seri Begawan.

Majlis merupakan antara aktiviti tahunan diungkayahkan mahkamah untuk mengeratkan hubungan pegawai dan kakitangannya.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Hakim Syar’ie Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin, seterusnya bacaan khatam Al-Quran secara beramai-ramai oleh kesemua pegawai dan kakitangan diikuti dengan bacaan takhtim dan tahlil serta doa khatam.    MEDIA PERMATA ONLINE

Pemisah selatan Thai guna taktik bakar

Bangkok: Sebanyak 13 kejadian membakar melanda tiga wilayah di selatan Thailand selain beberapa serangan bom semalam menyebabkan seorang anggota keselamatan terbunuh.

Kejadian berlaku di Yala, Pattani dan Songkla turut menyebabkan empat lagi cedera, kata jurucakap Ibu Pejabat Operasi Keselamatan Dalam Wilayah ke-4 Tentera, Kolonel Pramote Promin.

Pihak berkuasa dan tentera Thai mengesyaki satu kumpulan pemisah di bawah naungan Barisan Revolusi Nasional (BRN) bertanggungjawab.

Serangan pertama berlaku pada 3 pagi semalam di Yala apabila penyerang membakar beberapa kilang, pokok getah dan menara tenaga, kata polis.   SINAR HARIAN ONLINE

Kemeriahan raya dalam penerbangan MAS

MAS

MAS

MALAYSIA Airlines (MAS) akan menghidangkan menu istimewa pada hari pertama dan kedua Aidilfitri selain promosi diskaun tambang bagi perjalanan selepas Hari Raya.

Bagi kedua-dua hari itu, penumpang akan dihidangkan dengan nasi impit dan rendang ayam, kuah lontong dan kuah kacang bagi kelas perniagaan, dan nasi minyak dengan rendang ayam dan sayur campur bagi kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan nasional itu akan juga menyajikan juadah Melayu yang popular seperti dodol dan kuih tat nenas sebagai tawaran tambahan kepada penumpang pada  hari raya pertama.

“Menyambut perayaan dengan penumpang-penumpang yang kami hormati amat penting. Kami ingin memberikan pengalaman berhari raya kepada mereka yang membuat perjalanan pada kedua-dua hari ini,” kata Pengarah Perkhidmatan Pelanggan Malaysia Airlines, Datuk Mohd Salleh Ahmad Tabrani, dalam satu kenyataan.    SINAR HARIAN ONLINE

Tempoh Mohon Permit Pekerja Asing 14 Hari

KUALA LUMPUR: Tempoh permohonan permit untuk pekerja asing dalam bidang pembinaan ialah 14 hari dan bukan lapan bulan seperti yang didakwa Master Builders Association Malaysia (MBAM), menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Beliau berkata pihaknya telah menambah pegawai di bahagian Visa dan Rujukan (VDR) serta bekerja lebih masa untuk memastikan proses permohonan permit dan visa ini tidak mengambil masa yang lama.

“Jika MBAM mendakwa ia lebih lama, mereka boleh berjumpa dengan pihak Imigresen dan membawa bukti serta dokumen berkaitan,” katanya ketika dihubungi Bernama.    mStar Online

Bot karam, 36 masih hilang

JOHOR BAHRU 2 Ogos – Sebanyak 36 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dikhuatiri hilang sementara lapan yang lain dapat diselamatkan dalam kejadian bot pancung karam dipukul ombak kuat ketika menyusup keluar untuk pulang ke Indonesia, di perairan Tanjung Siang berdekatan Desaru semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam pada kedudukan 13.5 batu nautika dari pantai Tanjung Siang itu, bot yang dipercayai membawa lebih muatan dipercayai mula karam selepas kumpulan PATI tersebut bertolak tidak lama selepas waktu berbuka puasa, memaksa mereka berpaut pada bot tersebut sebelum dihanyutkan arus.

Sehingga pukul 11 malam tadi, hanya lapan daripada mereka berjaya diselamatkan dan kini ditahan di Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tanjung Sedili manakala operasi mencari dan menyelamat terpaksa disambung esok berikutan cuaca gelap.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan Polis Marin dan Maritim Malaysia masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat.    UTUSAN ONLINE

KBRI jamin daging Australia dihasilkan secara halal

Daging Sapi

Daging Sapi

Jakarta (ANTARA News) – Kedutaan Besar Republik Indonesia di Canberra menegaskan, daging lembu Australia yang dieksport ke Indonesia telah memenuhi syariat Islam dalam pemotongan dan pengeluarannya.

First Secretary / Economy Indonesian Embassy di Canberra Iman Santosa, melalui keterangan tertulis kepada Antara di Jakarta, Jumat, menyatakan, daging lembu Australia dalam pemotongan maupun pengeluarannya telah mengikuti program halal rasmi dan di bawah pengawasan organisasi Islam yang diakui oleh Kerajaan Australia.

“Berdasarkan pengamatan kami yang selalu mendampingi pasukan dari Bulog yang dihantar khusus untuk melakukan pembelian daging lembu di Australia, semua pengeksport daging lembu yang dihantar ke Indonesia telah mempunyai sijil halal dan memenuhi syariat Islam seperti yang diterbitkan oleh Islamic Coordinating Council of Victoria dan Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (NSW), “katanya.   ANTARA NEWS ONLINE

Berkat Media Sosial, Pelakon Malaysia Tembus Sekolah Drama di New York

Samantha Tan

Samantha Tan

KUALA LUMPUR – Artis pertama Malaysia yang berjaya masuk Actors Studio Drama School di New York berkata, ia berharap dapat memberi inspirasi generasi baru pelakon di negaranya.

Samantha Tan kembali ke rumahnya di Kuala Lumpur pada masa bercuti dan berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya untuk masuk ke sekolah drama berprestij itu yang berkaitan dengan The Actors Studio.

Studio tersebut ditubuhkan pada tahun 1947 dan telahmenghasilkan alumi seperti Marlon Brando, Robert De Niro, Jack Nicholson dan Marilyn Monroe. Samantha Tan berkata, masuk ke sebuah sekolah dengan sejarah panjang seperti itu juga menimbulkan masalah sendiri. “Ketika saya masuk, saya perlu mengumpul dana sekitar US $ 150 ribu untuk membuktikan kepada kerajaan AS bahawa saya mempunyai cukup dana untuk membayar wang sekolah sampai selesai – sekitar 450 ribu ringgit Malaysia,” katanya.   REPUBLIKA ONLINE

Guru di Nigeria Sasaran Serangan Mematikan

Seorang anak berdiri di reruntuhan yang terbakar saat pertempuran antara militer Nigeria dengan pemberontak muslim

Seorang anak berdiri di reruntuhan yang terbakar saat pertempuran antara militer Nigeria dengan pemberontak muslim

TEMPO.CO, Maiduguri – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh akibat dari serangan yang diduga dilakukan oleh kumpulan pejuang Boko Haram di sebelah timur laut Bandar Maiduguri, Nigeria, Selasa, 30 Julai 2013.

Sejumlah saksi mata mengatakan kepada pejabat berita Associated Press, Khamis, 1 Ogos 2013, serangan yang berlangsung, Selasa, 30 Julai 2013, ditujukan kepada para guru dan ulama setempat.

Bala Anjikui, seorang guru sekolah, mengatakan para pejuang dalam serangannya menggunakan belati untuk membunuh korban di Bandar Bui, kira-kira 200 kilometer selatan Maiduguri.

Juru bicara tentera Nigeria mengeluarkan amaran Kamis, 1 Ogos 2013 bahawa Boko Haram merancang serangan lebih besar terhadap beg pertahanan mereka di Maiduguri. Leftenan Kolonel Sagir Musa menerangkan, serangan disiapkan pada saat umat Islam seminggu berakhirnya puasa di bulan suci Ramadan.    TEMPO ONLINE

Pengguna tak hirau keselamatan

Kuching: Kecuaian pengguna jalan raya antara faktor utama berlakunya kemalangan, bukannya kerana keadaan jalan kurang memuaskan.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, walaupun jalan berkenaan dianggap laluan maut, ia bukan disebabkan keadaan jalan yang tidak elok, tetapi berdasarkan kekerapan berlakunya kemalangan di kawasan itu.

Katanya, kemalangan turut berlaku di jalan raya yang diselenggara baik kerana kecuaian pengguna sendiri.   myMetro Online

One comment on “Menarik di akhbar online SERANTAU – 03 Ogos 2013

  1. Jubah Moden
    Ogos 25, 2013

    Kadang2 dalam penulisan … kita akan buat org lain teruja … tahniah awak .. memang blog awak mengujakan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 3, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: