KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 04 Ogos 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Ratusan Pemandu Jalani Ujian Dadah

TES NARKOBA-Sejumlah sopir bus menjalani tes urine di Terminal Regional Daya Makassar

TES NARKOBA-Sejumlah sopir bus menjalani tes urine di Terminal Regional Daya Makassar

YOGYAKARTA-Puluhan pemandu bas di Terminal Giwangan, Sabtu (3/8), mengikuti ujian urine. Ini bertujuan untuk memastikan mereka yang sedang bertugas mengantarkan penumpang pada masa Angkutan Lebaran 2013 tidak sedang dalam pengaruh dadah.

“Ujian ini dilakukan sebagai upaya pencegahan agar pemandu bas yang sedang bertugas selama masa Angkutan Lebaran tidak menggunakan dadah kerana akan sangat membahayakan penumpang,” kata Kepala Bidang Pemberantasan Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) DIY Sumargiyono di Yogyakarta, Sabtu.

Latar belakang dilakukannya ujian dadah tersebut, antara lain makin tingginya intensitas kerja para pemandu bas untuk melayani para penumpang sehingga terkadang mereka mengambil ubat-ubatan bahkan dadah dengan harapan mampu memperkuat daya tahan tubuh sehingga tidak mudah merasa lelah.    SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

KPI Tegur Lapan Program Ramadhan Televisyen

Jakarta, Pelita   –  Komisen Penyiaran Indonesia (KPI) Pusat menyampaikan teguran tertulis kepada sejumlah stesen televisyen swasta atas lapan program siaran Ramadhan karena tidak sesuai dengan pedoman perilaku penyiaran dan standar program siaran.

Komisioner KPU Pusat Bidang Siaran Nina Mutmainnah Armando dalam keterangan yang diperoleh dari laman web Kementerian Komunikasi dan Informatika di Jakarta sebagaimana dikutip Antara, Jumat (2/8).

Menurutnya, kelapan acara yang mendapatkan teguran adalah “Sahurnya Pesbukers” (ANTV), “Yuk Kita Sahur” (TransTV), “Sahurnya OVJ” (Trans 7), “Karnival Ramadan” (Trans TV), “Hafidz Indonesia” (RCTI) , “Mengetuk Pintu Hati” (SCTV), “Promo Siaran Karnival Ramadan” (Trans TV), dan iklan “PT Djarum edisi Ramadhan versi merawat ibu bapa”. Di antara program-program siaran tersebut, “Sahurnya Pesbukers” dan “Yuk Kita Sahur” telah mendapat dua kali sekatan teguran tertulis.   PELITA ONLINE

Kamaruzzaman harap pendekatan LHDN mampu ubah pandangan rakyat

SANDAKAN: Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah, Haji Kamaruzzaman Ab. Salleh, berharap pendekatan menerusi Operasi Mesra Hasil akan dapat mengubah pandangan rakyat terhadap sistem pentadbiran LHDN yang sering dianggap mementingkan kutipan hasil cukai.

Menurut beliau, operasi berkenaan bukan sahaja menunjukkan kepatuhan LHDN terhadap undang-undang tetapi juga mampu mencerminkan operasi LHDN yang lebih telus sekali gus memberi persepsi yang mesra pelanggan.

“Inilah antara pendekatan LHDN dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim di Wisma LHDN Sandakan, di sini, pada Rabu lepas.    NEW SABAH TIMES ONLINE

‘Helo, helo… martabak bungkus cepat!

Pekerja-pekerja restoran menjual martabak di North Bridge Road dilihat bertindak 'menarik' pelanggan

Pekerja-pekerja restoran menjual martabak di North Bridge Road dilihat bertindak ‘menarik’ pelanggan

DARI jauh lagi mereka sudah ghairah melambai-lambai dan memekik-mekik ke arah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang sedang menuju ke arah mereka.

Apabila pemandu kereta atau penunggang motosikal semakin dekat dan memperlahankan kenderaan, mereka akan berebut-rebut menghampiri kenderaan tersebut.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang mereka cuba lakukan.

Rupa-rupanya, mereka cuba memikat pemandu dan penunggang supaya membeli martabak dari restoran mereka.

Begitulah senario ‘perang martabak’ yang boleh dilihat di North Bridge Road dekat Arab Street antara pekerja restoran di situ setiap hari sepanjang Ramadan ini.    CYBERITA ONLINE SINGAPURA

New Zealand Beri Amaran Produk Tenusu Tercemar Dengan Botulisme

WELLINGTON: New Zealand memberi amaran kepada pengguna antarabangsa bahawa produk berasaskan tenusu yang dieksport oleh syarikat Fonterra, termasuk susu formula bayi mungkin tercemar kerana mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit botulisme – yang boleh membawa maut.

Kerajaan New Zealand berkata pati protein tercemar atau produk yang menggunakan ramuan berkenaan telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam.

Syarikat tenusu terbesar di New Zealand, telah menghasilkan produk berkenaan sejak setahun lalu berkata, lapan pengguna telah dinasihati untuk menyiasat sama ada produk tenusu yang mereka gunakan memberikan kesan sampingan dalam kehidupan mereka.

Sekiranya perlu, produk yang tercemar itu akan ditarik balik daripada pasaran, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.    mStar Online

Waspada Gelombang Tinggi di Jalur Laut Ini

Beberapa perahu nelayan yang bersandar akibat cuaca buruk di kawasan Pantai Pangandaran, Jawa Barat

Beberapa perahu nelayan yang bersandar akibat cuaca buruk di kawasan Pantai Pangandaran, Jawa Barat

TEMPO.CO, Jakarta – Kementerian Perhubungan menyatakan, berdasarkan laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), potensi gelombang tinggi terjadi di Laut Cina Selatan. “Gelombang empat hingga lima meter di Laut China Selatan,” kata Ketua Harian Shift II Posko Tingkat Nasional Angkutan Lebaran Terpadu, Tonny Budiono, melalui laporannya, Sabtu, 3 Ogos 2013.

Gelombang dengan tinggi lebih dari empat meter juga berpotensi terjadi di perairan utara dan barat Aceh, serta perairan selatan Jawa hingga Bali. Sementara itu, gelombang setinggi tiga hingga empat meter diramal muncul di empat jalur laut.

Keempat jalur laut tersebut adalah Laut Andaman, perairan utara dan barat Aceh, perairan selatan Jawa hingga Bali, serta perairan Kepulauan Babar – Tanimbar. Gelombang dengan tinggi antara dua hingga tiga meter pun dianggarkan muncul di 18 jalur laut,    TEMPO ONLINE

7,000 anggota bomba bertugas semasa Aidilfitri

BUKIT MERTAJAM – Seramai 7,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan bertugas sepanjang musim perayaan Aidilfitri bagi mengawasi insiden melibatkan kebakaran dan kemalangan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata selain 267 balai di seluruh negara, JBPM juga menempatkan 16 jentera di beberapa plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara Selatan bagi mempercepat dan memudahkan kerja menyelamat jika berlaku kemalangan.

“Cuma 30 peratus anggota dibenar bercuti manakala 70 peratus akan bertugas semasa perayaan Aidilfitri ini bagi memastikan keselamatan dari segi kebakaran dan kerja-kerja menyelamat tidak terjejas.

“Kita akan tempatkan 16 jentera di kawasan tol, satu jentera ada lapan anggota akan bersedia di sana… motosikalpun ada juga. Pengalaman kita yang lepas ini banyak membantu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Mesra Ketua Pengarah Bersama Anggota dan Kakitangan JBPM Negeri Pulau Pinang di sini malam ini.    SINAR HARIAN ONLINE

3,500 Becak Jadi Alat Pengangkutan ISG III

REPUBLIKA.CO.ID, PALEMBANG – Kenderaan roda tiga jenis beca kembali akan dilibatkan sebagai alat pengangkutan pada pekan sukan multi even Islamic Solidarity Games (ISG) III pada 22 September – 1 Oktober 2013.

Seperti Sea Games XXVI November 2011, pada ISG kali ini akan ada sebanyak 3,500 unit becak yang disiapkan pada minggu sukan negara-negara Islam yang akan dipusatkan di komplek Jakabaring Sport City (JSC).

Ketua umum KONI Sumsel, Muddai Madang, Sabtu (3/8) menjelaskan, para pemandu beca yang akan dilibatkan pada ISG akan diberi seragam setelah sebelumnya mendapat pengarahan dari panitia.

“Selama bertugas di ISG mereka akan mendapat honor,” ujarnya.    REPUBLIKA ONLINE

Syawal wira selamatkan adik dalam kebakaran

BIARPUN baru berusia lima tahun, Mohd. Syawal Mohd. Shukri (kanan) menjadi ‘hero’ apabila berjaya menyelamatkan dan membawa keluar adiknya

BIARPUN baru berusia lima tahun, Mohd. Syawal Mohd. Shukri (kanan) menjadi ‘hero’ apabila berjaya menyelamatkan dan membawa keluar adiknya

BESUT 3 Ogos – Biarpun baru berusia lima tahun, Mohd. Syawal Mohd. Shukri menjadi ‘hero’ apabila berjaya menyelamatkan dan membawa keluar adiknya dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Kubang Depu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Mohd. Syawal sedang bermain dalam bilik tidur mereka bersama adiknya, Mohd. Syakir, 4, sebelum menyedari api sedang marak di bilik itu dan dapur rumah mereka.

Dalam keadaan cemas, Mohd. Syawal segera memaut adiknya lalu membawanya ke rumah nenek mereka, Fatmah Sulaiman, 55, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mereka sambil memaklumkan neneknya mengenai kejadian itu.

Dia kemudian berlari ke luar sejauh kira-kira satu kilometer untuk mencari bapanya dan memberitahu kejadian itu sambil menjerit meminta pertolongan sebelum disedari jiran dan penduduk kampung,    UTUSAN ONLINE

38,000 orang pindah akibat banjir diMyanmar

MANGSA banjir menerima bantuan makanan

MANGSA banjir menerima bantuan makanan

YANGON – Banjir di tenggara Myanmar mengorbankan tiga orang dengan seorang hilang, manakala lebih 38,000 mangsa dipindahkan, menurut beberapa laporan rasmi.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, banjir itu disebabkan oleh hujan lebat yang turun sejak Sabtu lalu.

Antara kawasan yang terjejas dalam bencana tersebut termasuklah enam buah bandar di negeri Karen dan tiga bandar di negeri Mon, dekat sempadan Thailand.

Menurut laporan itu, seramai 38,000 orang yang dipindahkan kini tinggal di 113 buah pusat penempatan sementara.    KOSMO ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 4, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: