KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

AIDILFITRI 1434

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

KUALA LUMPUR: Selepas genap sebulan berpuasa, jutaan muslimin dan muslimat di seluruh negara menunaikan solat sunat Aidilfitri menyambut ketibaan 1 Syawal sebelum meneruskan sambutan dengan keluarga dan rakan.

Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, bersama kira-kira 20,000 jemaah.

Turut serta dengan baginda ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet.

 Pasangan diraja itu kemudian mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Istana Negara bermula 11 pagi hingga 2 petang sementara Najib serta Jemaah Menteri mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dari 10.30 pagi hingga 4 petang.   BERITA HARIAN ONLINE
Meraikan tradisi di alaf digital
Salam lebaran. Lumrah Ramadan dan Syawal saya sekarang, walaupun membosankan, sudah jadi mapan. Tidak semestinya berada dalam susunan yang tegar, lazimnya ia begini: mula berpuasa, menghadiri majlis berbuka puasa yang tidak boleh dielak-elak lagi, membeli kelengkapan hari raya untuk si kecil dan ayahnya, memesan biskut-biskut raya, menandatangan kad hari raya di pejabat (tahun ini saya hantar kad digital sahaja, langsung jimat masa), menukar duit raya dan duit sedekah, dan akhirnya sampai pada kemuncak segala acara: balik kampung.
Ditindas mimpi-mimpi getir dalam mengejar duniawi, hari raya saya kebelakangan ini, kurang terasa kesannya di jiwa. Mungkin juga faktor usia dan penambahan tanggungjawab mempengaruhi suasana lebaran. Kini hari raya saya lebih klinikal pendekatannya, tiada sinambungan dengan elemen-elemen kemeriahan yang saya kecapi semasa kecil dahulu.  SINAR HARIAN ONLINE
Sambut Syawal tanpa rumah
Kediaman Azilah musnah terbakar

Kediaman Azilah musnah terbakar

KUALA KRAI – Tahun sebelumnya, 1 Syawal begitu dinanti-nantikan Azilah Ismail, 30, dan anak-anak, dengan pelbagai persiapan terutama pakaian untuk dipakai pada hari raya.

Keperluan lain seperti penyediaan aneka biskut dan kuih-muih untuk dihidangkan kepada tetamu pada pagi Syawal juga turut difikirkan.

Bagaimanapun bencana menimpa mereka sekeluarga sehingga menyebabkan dia, suami, Hamdi Daud, 39, dan anak-anak hilang tempat tinggal sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan menyebabkan Azilah tidak bersemangat menyediakan persiapan Aidilfitri kali ini.

Malah, fikirannya masih terganggu dan dia masih bersedih dengan kejadian yang menyebabkan mereka sekeluarga hilang segala-galanya dalam sekelip mata, seterusnya perlu berusaha untuk membina rumah baru dan membeli segala keperluan rumah yang baru.   SINAR HARIAN ONLINE

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013,” katanya.   Bernama / UTUSAN ONLINE

Mufti ucap ‘Selamat Hari Raya’

MUFTI Dr Mohamed Fatris Bakaram mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada umat Islam di Singapura selepas mengumumkan tamat sudah Ramadan tahun ini, semalam.

Dalam pengumuman yang disampaikan menerusi radio dan televisyen selepas maghrib, Mufti mengisytiharkan awal bulan Syawal bagi 1434 Hijrah jatuh hari ini, menandakan Ramadan tahun ini berakhir pada hari ke-29, sama seperti tahun lalu.

“Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mabims (Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei-Indonesia-Malaysia-Singapura), anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 14 minit setelah terbenam matahari petang tadi (semalam).

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin dan Muslimat Singapura: Selamat Hari Raya Aidilfitri.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Istana Nurul Iman dibuka tiga hari

Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Grand Chamberlain mengumumkan bahawa sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1434 Hijriah, Istana Nurul Iman akan dibuka selama tiga hari mulai dari Hari Raya Kedua dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dan dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang, bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Diraja.   MEDIA PERMATA ONLINE

Materialisme ancam umat Islam

Jamaah menunaikan shalat

Jamaah menunaikan shalat

Pangkalpinang, Bangka Belitung (ANTARA News) – Khatib Shalat Idul Fitri 1434 Hijriyah di Padang Merdeka Kota Pangkalpinang, Zulkarnain Karim, menyatakan, materialisme mengarah pada konsumtivisme ancaman terbesar bagi kehidupan umat Islam.

Barang-barang untuk keperluan hidup semakin banyak, makin pelbagai, gemerlap, menggoda untuk konsumtif yang harus dipenuhi.

“Akibatnya masyarakat makin mencintai benda, bergantung kepada benda, makin mengejar, terkumpul materi sehingga menjadikan masyarakat bertambah bakhil, susah berinfaq, bershadaqah,” katanya, di hadapan ribuan jamaah Shalat Idul Fitri 1434 Hijriyah di Pangkalpinang, Kamis.

Di Padang Merdeka Kota Pangkalpinang, kira-kira 10 ribu jamaah memadati lapangan untuk menunaikan Solat Id.

Kelihatan puluhan aparat berjaga-jaga di sekitar Padang Merdeka untuk menjangka ngangguan keamaan, ketertiban dan kekhusukan jamaah melaksanakan Shalat ID.   ANTARA NEWS ONLINE

Lebaran Sederhana bagi Kaum Pinggiran

Pemulung mencari besi sisa bangunan yang sudah dirobohkan di Kelurahan Senayan, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan

Pemulung mencari besi sisa bangunan yang sudah dirobohkan di Kelurahan Senayan, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan

KOMPAS.com – Bukan Lebaran jika tak ada kumpul keluarga atau silaturahim dengan sanak famili dan tetangga setelah solat Idul Fitri. Begitu secara umum orang memandang Lebaran. Namun, bagi sebahagian orang, Lebaran harus dimaknai dan dijalani berbeza kerana kesulitan menggapai Lebaran dalam pengertian umum tersebut.

Itulah yang dialami beberapa warga di Ibu Kota pada Lebaran tahun ini. Saat orang tenggelam dalam hiruk-pikuk mudik ke kampung halaman, mereka bahkan masih berjibaku mempertahankan hidup. Bagi mereka, Lebaran adalah kemewahan.

Andi Rusmana (49), pemungut, misalnya. Selasa (6/8) siang itu, ia bersandar di pangkal pokok di pinggir Jalan Sudirman, Jakarta. Matanya memerah menahan kantuk. Tangan kirinya memegang erat karung yang terisi setengahnya dengan botol-botol bekas minuman.   KOMPAS ONLINE

Jelang Lebaran, Konawe Masih Terendam

40Banjir di Konawe, Sultra-Antara-JojonKENDARI – Empat wilayah kecamatan di Kabupaten Konawe, Provinsi Sulawesi Tenggara (Sultra), saat ini, masih terendam banjir. Keempat wilayah kecamatan tersebut masing-masing Kecamatan Sampara, Bondoala, Pondidaha, dan Wonggeduku. Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Konawe Jahluddin kepada sejumlah wartawan di Kendari, Senin (5/8), mendedahkan mangsa banjir yang rumahnya masih terendam air di empat wilayah kecamatan tersebut sekitar 5.200 keluarga.

“Kalau dalam masa tiga hari ke depan masih juga turun hujan, beribu-ribu keluarga mangsa banjir di empat wilayah kecamatan itu dipastikan akan melaksanakan Lebaran di tempat pengungsian dan perlindungan di khemah-khemah kecemasan,” kata Jahluddin.

Menurut Jahluddin, beribu-ribu keluarga mangsa banjir tersebut sudah hampir tiga minggu ini hidup di khemah-khemah kecemasan dan pelarian di rumah keluarga mereka. Ketinggian air yang menenggelamkan rumah-rumah warga mencapai setengah hingga dua meter.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 8, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: