KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Suasana Aidilfitri 1434

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

1,000 penduduk sehelai sepinggang rumah atas air musnah dijilat api

HAMPIR 200 rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini musnah kebakara

HAMPIR 200 rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini musnah kebakara

SANDAKAN: Kira-kira 1,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila hampir 200 rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini musnah kebakaran tengah hari tadi.

Kebakaran itu turut menyebabkan warga emas, Isnah Kuayah, 73, rentung dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu.

 Seorang lelaki turut dilaporkan terkena renjatan elektrik dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, manakala seorang anggota bomba turut dihantar ke hospital yang sama selepas tergelincir ketika membuat operasi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata bomba menerima panggilan pada jam 1.18 tengah hari sebelum menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera.  BERITA HARIAN ONLINE

Obama ucap Salam Aidilfitri

imageKUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isteri Michelle hari ini mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.
Dalam kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar White House, Obama berkata sejak bebarapa bulan lalu, umat Islam telah memuliakan agama mereka dengan berdoa, beribadah serta berpuasa selain menghabiskan masa dengan orang tersayang.
“Michelle dan saya mengucapkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam yang menyambut Aidilfitri di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.
“Bagi berjuta-juta rakyat Amerika, Aidilfitri merupakan sebahagian daripada pelbagai tradisi Amerika dan saya berharap agar semua Muslim diberkati dan penuh kegembiraan. Salam Adilfitri,” kata Obama.   SINAR HARIAN ONLINE
Tradisi Munjung Diteruskan Pada Syawal
Lebih 3,000 ketupat dimasak sempena program Munjung iaitu acara tahunan tradisi masyarakat Jawa Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini

Lebih 3,000 ketupat dimasak sempena program Munjung iaitu acara tahunan tradisi masyarakat Jawa Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini

TANJONG KARANG: Melapah seekor lembu dan memasak 3,000 biji ketupat adalah antara aktiviti wajib bagi penduduk Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini untuk program ‘Munjung’ yang diadakan setiap tahun menjelang sambutan Syawal.

Suasana meriah penduduk kampung bergotong-royong menyiapkan juadah istimewa sempena Hari Raya itu pasti akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang turut menyertai Munjung, yang diambil daripada perkataan mengunjung.

Pengerusi dan Penyelaras Kelab Kebajikan Kampung Sungai Gulang-Gulang Mohd Zamri Kahar berkata Munjung merupakan amalan masyarakat Jawa iaitu tradisi menghantar makanan kepada jiran tetangga beberapa hari sebelum sambutan Lebaran.

Beliau berkata program kali ini merupakan tahun ketiga diadakan dan membabitkan 500 keluarga di kampung berkenaan dengan berkonsepkan sedekah sesama penduduk kampung yang mengumpul dana untuk memasak dan mengedarkan juadah seperti ketupat, kuah kacang, rendang dan dodol.     mStar Online

Gerai lemang Pak Ali tidak pernah ditutup

Pak Ali sentiasa memeriksa lemang yang dibakar agar tidak hangus.

Pak Ali sentiasa memeriksa lemang yang dibakar agar tidak hangus.

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Jika disebut Lemang Pak Ali, pasti ramai yang terliur dek kerana rasanya yang sedap.

Md. Ramli Abdul Rasip, 71, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ali telah memulakan perniagaan menjual lemang sejak tahun 1984.

Lemang Pak Ali bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Kuala Lumpur malah namanya turut popular ke serata negara.

Ditanya mengapa ramai orang menggemari lemang beliau, Pak Ali berkata, tiada rahsia atau ramuan istimewa bagi setiap batang lemang yang dihasilkannya, kecuali dia menggunakan santan yang benar-benar asli dalam memastikan kualiti lemang berada dalam keadaan terbaik.

Selain itu, menurutnya, harga yang ditawarkan juga tidak terdapat di mana-mana gerai lemang iaitu daripada RM8 sehingga RM16 bergantung kepada saiz lemang.   UTUSAN ONLINE

‘Mari kukuh rasa kekitaan kita’

Dr Yaacob mengalu-alukan usaha pasangan adik-beradik Tengku Azan Shah Tengku Sri Indra dan Tengku Sri Melati yang menganjurkan Ramadan Food Drive.

Dr Yaacob mengalu-alukan usaha pasangan adik-beradik Tengku Azan Shah Tengku Sri Indra dan Tengku Sri Melati yang menganjurkan Ramadan Food Drive.

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengajak masyarakat Islam Singapura memperkukuhkan semula rasa kekitaan dan rasa bangga sebagai warga negara, sedang mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan selang sehari.

Berkata demikian dalam amanat beliau semalam sempena Hari Raya Aidilfitri, Dr Yaacob berkata masyarakat Islam republik ini telah mencapai banyak kemajuan sejak Singapura merdeka.

Masyarakat, katanya, kini berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencapai tahap kemajuan selanjutnya.

Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-48 esok.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, kita telah mengundang rakan-rakan daripada agama lain untuk sama-sama nikmati juadah berbuka kita. Usaha ini perlu diteruskan. CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Brunei sambut Aidilfitri esok

Salah seorang pegawai sedang merukyah anak bulan Syawal 1434H di Bukit Shahbandar, Jerudong

Salah seorang pegawai sedang merukyah anak bulan Syawal 1434H di Bukit Shahbandar, Jerudong

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini pada Jumaat bersamaan 9 Ogos 2013.

Pengumuman mengenai tarikh hari raya itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Dato Seri Setia Haji Awang Matussin bin Haji Baki dan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Brunei (RTB) malam ini.

Rombongan yang ditugaskan untuk melihat anak bulan Syawal tahun 1434H yang terdiri daripada Hakim-hakim Syarie, pegawai-pegawai dari Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam, di beberapa tempat di negara ini pada petang tadi, telah tidak berhasil melihat anak bulan tersebut.   MEDIA PERMATA ONLINE

Ribuan warga berlebaran bersama Presiden Yudhoyono

Situasi saat warga menyalami Presiden Susilo Yudhoyono dan Ibu Negara, Kristiani Yudhoyono, dalam simakrama (open house) Lebaran, di Istana Negara, Jakarta Pusat.

Situasi saat warga menyalami Presiden Susilo Yudhoyono dan Ibu Negara, Kristiani Yudhoyono, dalam simakrama (open house) Lebaran, di Istana Negara, Jakarta Pusat.

Jakarta (ANTARA News) – Setahun sekali, pintu Istana Negara dibuka untuk warga yang ingin berlebaran bersama presidennya; kali ini bersama Presiden Susilo Yudhoyono dan Ibu Negara, Kristian Yudhoyono, Kamis petang.

Waktu itu memang disediakan Kerumahtanggaan dan Protokol Istana untuk warga yang ingin bertemu langsung dengan presidennya pada hari pertama Idul Fitri 1343 Hijriah.

Tadi pagi, Yudhoyono menggelar simakrama (open house) dengan pejabat pemerintahan, tokoh-tokoh politik, perniagaan, duta-duta besar negara sahabat dan perwakilan institusi antarabangsa di Jakarta, dan pemimpin lembaga-lembaga tinggi negara.

Ribuan ramai berdatangan sejak pukul 12.00 WIB padahal acara simakrama itu baru bermula pukul 15.30 WIB hingga menjelang maghrib.   ANTARA NEWS ONLINE

Hikmah Lebaran di Tengah Banjir

Komarudin (55) tak bisa berbuat apa-apa saat banjir melanda permukimannya di Kampung Pulo, Jatinegara, Jakarta Timur, Kamis

Komarudin (55) tak bisa berbuat apa-apa saat banjir melanda permukimannya di Kampung Pulo, Jatinegara, Jakarta Timur, Kamis

JAKARTA, KOMPAS.com – Bagi kebanyakan orang di Indonesia, berkumpul bersama sanak keluarga dianggap menjadi kesempatan istimewa di hari raya Idul Fitri. Malangnya, suasana itu tidak dirasakan sebahagian warga Kampung Pulo, Kampung Melayu, Jatinegara, Jakarta Timur. Banjir menggagalkan kebersamaan itu.

Komarudin (55) merasakan hal itu. Air setinggi satu meter menenggelamkan rumahnya sejak Rabu (7/8/2013) malam hingga Kamis (8/8/2013) siang. Keluarga dari penjuru daerah pun membatalkan acara silaturahim tahunan bersamanya.
“Biasanya yang dari Depok, Pulogadung, adik-adik, anak saudara, kakak-kakak pada datang. Ya, akhirnya lewat telefon doang,” ujarnya ketika ditemui Kompas.com di sela aktiviti membersihkan rumah, Kamis sore.

Setelah menerjang banjir untuk Shalat Id, Kamis pagi, lelaki yang bekerja sebagai tukang permak seluar itu menanggalkan baju Lebaran-nya. Ia memilih bertelanjang dada seperti ia lakukan sehari-hari. Tak ada yang ia lakukan selain sesekali menelefon atau menerima panggilan telefon dari sanak saudaranya. Opor ayam, sayur labu, serta ketupat yang telah masak sejak Rabu sore tak dapat dinikmati bersama sanak keluarga.   KOMPAS ONLINE

Menjadi Baik dan Adil

Warga memilih anyaman daun kelapa (janur) sebelum dibeli dan dijadikan kulit kantong ketupat,

Warga memilih anyaman daun kelapa (janur) sebelum dibeli dan dijadikan kulit kantong ketupat,

Menurut perhitungan saya, umat Islam telah merayakan Idul Fitri 1.432 kali, sejak pertama kali puasa Ramadan diwajibkan pada tahun ke-2 Hijriah. Perayaan Idul Fitri berkaitan secara organik dengan puasa Ramadan.

Tidak ada Idul Fitri tanpa didahului puasa (shaum / shiyâm) yang bermakna “menahan diri” atau “mengendalikan diri” dari bujukan bumi (materi / kesenangan) agar tarikan langit memenangi pertarungan. Dengan demikian, puasa punya dua dimensi: fisikal dan spiritual.

Secara fizikal orang yang berpuasa dilarang makan, minum, dan hubungan suami-isteri sejak subuh sampai waktu magrib selama satu bulan.

Di malam hari sekalipun boleh berbuka, sangat dianjurkan untuk salat malam, berzikir, baca Al-Quran, dan merenung sebagai kekuatan kejiwaan agar manusia secara spiritual tidak pernah kalah oleh godaan materi dan kekuasaan, dua komponen yang sering membawa orang jatuh kepada kehancuran dan malapetaka moral.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Lebaran, Jumlah Armada Bus Ditambah 2.000 Unit

Sejumlah bus antar kota antar provinsi (AKAP) menunggu penumpang di Terminal Lebak Bulus, Jakarta

Sejumlah bus antar kota antar provinsi (AKAP) menunggu penumpang di Terminal Lebak Bulus, Jakarta

TEMPO.CO, Jakarta – Setiausaha Agung Dewan Pengurus Pusat (Sekjen DPP) Organisasi Angkutan Darat (Organda), Andriansyah, berkata, dalam arus mudik dan balik tahun ini, dipastikan jumlah kerusi bus tak akan berkurang. Sebab, jumlah armada bus yang tersedia sudah mencukupi.

Untuk Lebaran tahun ini, jumlah armada bus meningkat kira-kira 2,000 unit berbanding tahun lalu. Tahun lalu, jumlah armada mencapai 35.220 bus, sementara tahun ini naik menjadi 37.100 bus. Yang terdiri dari 21 ribu bus antarkota antarprovinsi, 13 ribu bus antarkota dalam provinsi, dan selebihnya bus pelancongan sebagai kenderaan cadangan.

Andriansyah melanjutkan, jumlah pemudik yang menggunakan bus tahun ini meningkat 3 peratus berbanding tahun lalu. Pada tahun lalu, jumlah pemudik yang memakai bus mencapai 5.9 juta orang, manakala tahun ini diramalkan mencapai 6.1 juta. “Adanya kenaikan jumlah pemudik dijamin untuk jumlah kerusi bus tak akan kekurangan,” ujar dia saat dihubungi Tempo, Senin malam, 5 Ogos 2013.

Selain itu, Andriansyah melanjutkan, adanya hari cuti yang panjang membuat pengedaran arus mudik tahun ini lebih baik. “Jumlah kerusi boleh terprediksi dari awal,” katanya.   TEMPO ONLINE

Gempa Bikin Warga Yogyakarta Panik

Gempa bumi (ilustrasi)

Gempa bumi (ilustrasi)

REPUBLIKA.CO.ID, YOGYAKARTA — Gempa bumi 5,5 skala richter (SR) yang mengguncang Yogyakarta dan sekitarnya, Kamis (8/8), sempat membuat warga panik. Gempa yang terjadi pada pukul 17.53 WIB itu terasa hingga ke wilayah selatan Gunungkidul.

Risnanto (32), warga Paliyan Gunungkidul mengaku kaget saat getaran cukup kencang terasa. Ia yang berada di lantai 2 rumahnya langsung berlari keluar.

“Kita tengah bercengkerama pada lebaran ini teus kaget dan berlari keluar semua karena gempa,” ujarnya, Kamis (8/8).

Gempa juga terasa di Kabupaten Bantul. Siti Maimun (27) warga Wonokromo,Pleret, Bantul juga berlari keluar rumah karena getaran itu.     REPUBLIKA ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 9, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: